You are on page 1of 6

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia,

sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang


berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Kerajaan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 telah memperkenalkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan golongan murid yang produktif tinggi,
mahir dalam komunikasi, serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Menurut Newman (1990), KBAT didefinisikan sebagai cabaran dan
penggunaan minda secara meluas bila seseorang perlu membuat interpretasi,
menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab sesuatu persoalan.

Terdapat 5 item ciri - ciri KBAT yang boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam
pembinan item soalan. Ciri yang pertama ialah skop yang luas. Dalam pembinaan
item soalan penggunaan sooalan mestilah melebihi apa yang terdapat di dalam buku
teks. Ini bermaksud konteks yang baru yang merujuk kepada setuasi baru yang tidak
lazim kepada pelajar. Ini bertujuan untuk merangsang pelajar berfikir dan bukannya
menyatakan semula apa yang telah dipelajar di dalam bilik darjah. Menurut Faizah
dan Saemah (2011) kemahiran berfikir merupakan satu kemampuan menerima dan
memproses maklumat yang boleh dijana dan diperhebatkan melalui masa,
pembelajaran, pengalaman dan latihan yang berterusan. Item yang kedua ialah
stimulus. Stimulus ialah rangsangan atau bayangan. Dalam KBAT penggunaan
stimulus digunakan secara ekstensif seperti penggunaan gambar rajah, graf,petikan
atau sebagainya. Ini adalah untuk menjana kemahiran inferens dan penaalukan
kritis. Item ketiga ialah setuasi sebenar dalam kehidupan. Pemberian soalan
berbentuk KBAT ini haruslah seiring dengan perkembangan dan setuasi sebenar.
Item yang ke empat ialah pelbagai tahap dan aras pemikiran. Pada item ini soalanya
yang di kemukakan perlu mempunyai aras domaian kognitif untuk memberi impak
yang yang lebih besar. Item yang terakhir ialah item tidak berulang. Ini bermaksud
oalan yang dikemukan mestilah berlainan dan berbeza setiap tahun dan soalanya
melebihi aras yang terdapat dalam buku teks.
Contoh item subjektif (20 markah)
COVID 19 telah menyerang dunia. Anda telah hilang pekerjaan dan bagi simpanan
anda berjumlah Rm100 ribu dan Anda berhasrat membuka kilang penghasilan
keropok lekor.
Berdasarkan kenyataan di atas:

(a) Terangkan DUA (2) teknologi dalam pemprosesan dan pembungkusan


makanan
bagi penghasilan keropok lekor.
( 6 markah )

(b) Senaraikan EMPAT (4) tujuan pemprosesan makanan bagi penghasilan


keropok
lekor.
( 4 markah )

(c) Tentukan jenis dan tujuan aditif makanan yang digunakan bagi penghasilan
keropok lekor yang berkualiti.
Jenis aditif :
Tujuan :
( 2 markah )

(d) Lakarkan reka bentuk pembungkusan keropok lekor yang sesuai dan
berkualiti
bagi tujuan eksport ke luar negara.
( 4 markah )

(e) Terangkan DUA (2) fungsi reka bentuk pembungkusan keropok lekor bagi
tujuan
eksport.
( 4 markah )
RUBRIK PENSKORAN

No. Pecahan Jumlah


Jawapan
Soalan Markah Markah
1
Penyejukbekuan
- Suhu makanan diperlahankan kepada 0°C
- Menyebabkan mikrob menjadi tidak aktif
1 fakta 1
- Tetapi rasa makanan akan hilang kerana terlalu
banyak air markah, 2 isi 2

- Penyejukbekuan segera, makanan markah

disejukbekukan pada suhu kurang -18°C


- Contoh makanan : daging, ikan dll
- Makanan boleh disimpan sehingga beberapa bulan 3m

- Bakteria tidak aktif dan tindakan enzim


dihentikan
- Tiada perubahan yang ketara terhadap tekstur dan
rasa makanan
- Bakteria dan spora tidak dapat dibunuh tetapi
melambatkan pembiakannya.
(a) 6
markah
Pembalut vakuum
- Keluarkan udara dari bekas kedap udara
(beg/botol)
- Pembungkusan makanan tanpa oksigen 1 fakta 1
- Makanan disimpan dalam keadaan kedap markah, 2 isi 2
udara markah
- Tidak mengubah rasa
- Nutrien makanan dapat dikekalkan
- Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam 3m
keadaan vakuum kerana tiada udara dan air.
- Menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
- Mengelakkan pengoksidaan makanan.
- Sesuai untuk makanan tertentu sahaja.
Tujuan Pemprosesan Makanan
- Membunuh mikrooranisma
- Menjadikan makanan tahan lama
1 jawapan 1
- Meningkatkan kandungan nutrien dalam markah 4
(b)
makanan
markah
- Memudahkan pencernaan makanan 4 x 1m = 4m
- Membantu memudahkan pembungkusan,
penyimpanan, penggunaan dan pengangkutan
(mana-mana empat)

Jenis Aditif : Perisa/Perasa 1 markah


Tujuan : Menambah rasa makanan 1 markah
= 2m
ATAU 2
(c)
markah
Jenis Aditif : Pengawet 1 markah
Tujuan : Mencegah makanan dari dirosakkan oleh 1 markah
mikroorganisma.
= 2m
Lakaran pembungkusan perlu mempunyai
ciri-ciri berikut :
- Melakar pembungkusan yang bersesuaian
dengan produk keropok lekor
- Lakaran berfungsi sebagai pembungkusan I ciri 1 markah
untuk melindungi apa yang dijual Mana-mana
(d) - Lakaran berfungsi sebagai pembungkusan empat ciri 4
untuk menjual apa yang dilindungi markah
- Lakaran berfungsi sebagai pembungkusan 4 x 1m = 4m
untuk memudahkan pengendalian produk
- Mempunyai pelabelan yang bersesuaian
- Mempunyai ciri kedap udara /pembalut
vakuum
Melindungi apa yang dijual
- Daripada kerosakan fizikal
(tindih/hentak/gegar/jatuh/hempap)
- Persekitaran (cahaya/ oksigen /wap air /
mikrob / serangga / haiwan)
- Perubahan warna, tengit, lemau kulat dan rasa
- Kecurian/khianat
1 fakta 1

Menjual apa yang dilindungi markah


1 huraian 1
- Bentuk, stail, saiz, warna, grafik, mesra pengguna, 4
(e) markah
mesra alam, jangka hayat, menarik, bermaklumat markah

2 x 2m = 4m
Kemudahan pengendalian
- Membawa /Memegang /Menyusun
/Menyimpan /Mempamer /membuka
/mengoyak /menutup semula (ziplock,spout)
/mengeluarkan makanan /khalis kianat (temper
proof) /warga emas
(mana-mana dua jawapan)
20
Jumlah
markah

Secara holistiknya, KBAT ini juga dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan
mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan
mereka lebih produktif dan berdaya saing. Justeru, guru harus mempunyai ilmu
yang luas. Adalah amat penting untuk guru membina kemahiran berfikir
iniberlandaskan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa
sejarah yang akan diajar (Waheedawati, 2003). Sebagai agen perubahan, guru
merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama dalam menjayakan
transformasi pendidikan. Selan itu guru seharusnya sedar akan kepentingan KBAT
dalam pengajaran seharian.

Rujukan:
Alhassora, N. S. A., Abu, M. S., & Abdullah, A. H. (2017). Newman error analysis on
evaluating and creating thinking skills. Man in India, 97, 413-27.
Othman, F., & Rahman, S. (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir
secara Krititis dan Kreatif (KBKK) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. In
Pembentangan Seminar Serantau ke 5/2011. Indonesia: Riau.

Alias, S. N., & Ibrahim, F. (2015). The level of mastering forces in equilibrium topics
by thinking skills. International Journal of Multicultural and Multireligious
Understanding, 2(5), 18-24.

You might also like