You are on page 1of 13

Panduan Guru

Modul Kecemerlangan Akademik Akhir Tahun

TINGKATAN 4 2016
____________________________________________________________

BAHASA MELAYU

KERTAS 2
2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kelebihan/kepentingan memakan kismis dalam kalangan


masyarakat 2

Petikan membincangkan kelebihan/kepentingan kismis kepada kesihatan manusia 2

Petikan membincangkan kelebihan/kepentingan memakan kismis dan kerugian


kepada manusia jika tidak memakan kismis yang terbukti memiliki kandungan
antioksidan yang tinggi 2

Rumusan membincangkan kelebihan/kepentingan memakan kismis dan


langkah-langkah untuk menggalakkan memakan kismis. 2

Petikan/Rumusan membincangkan kelebihan/kepentingan memakan kismis 1

Petikan membincangkan kebaikan memakan kismis. 0

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ]

S1 Melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat 2

S2 Membantu memulihkan kesihatan jantung 2

S3 Memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari 2

S4 Membantu menurunkan berat badan 2

S5 Melindungi daripada masalah sembelit 2

S6 Mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi 2

S7 Membantu diri lebih awet muda 2

S8 Agen melindungi tubuh daripada radikal bebas 2

S9 Memperbaiki daya penglihatan 2


3

S10 Pengganti gula untuk kebanyakan resepi dalam pelbagai hidangan 2

S11 Meningkatkan motivasi diri 2

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah ]

T1 Menggunakan kismis dalam pelbagai juadah/masakan 2

T2 Mempelbagaikan produk berdasarkan kismis 2

T3 Menurunkan harga jualan barangan kismis 2

T4 Mengadakan kempen galakan memakan kismis 2

T5 Meluaskan pasaran agar masyarakat mudah memperoleh bekalan kismis 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup

Kesimpulannya, amalan memakan kismis haruslah ditingkatkan agar kesihatan masyarakat


terpelihara. . 2

Kesimpulannya, amalan memakan kismis harus digalakkan 1


4

Soalan 2(a) : Petikan Umum Markah

i Maksud rangkai kata tidak harus dipandang ringan.


- Jangan diambil remeh akan kebaikan kismis

[ Maksimum : 2 markah ]

(ii) Kesan tidak baik (isi cukup 2)

- tidak memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari


- tidak membantu menurun berat badan
- tidak melindungi daripada masalah sembelit
[ Maksimum : 3 markah ]
( isi cukup 2 )
ii Faktor-faktor (isi cukup 3)
- Kurang promosi atau galakan
- Bentuk yang tidak menarik
- Dihasilkan daripada buah-buahan yang tidak digemari oleh kanak-kanak
- Rasanya yang manis
- Terpengaruh dengan iklan makanan ringan yang lain

(Jawapan lain yang sesuai boleh diterima)

[ Maksimum : 4 markah ]

( isi cukup 3 )

Soalan 2b (Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

(i) Sebab menjaga kulit kijang memerlukan perapian?

Tidak boleh dibasuh

Tidak boleh dilipat sembarangan

Tidak lasak

[Maksimum: 2 markah]
[Isi
cukup: 2 isi]
5

(ii) Perkara yang perlu diberi perhatian oleh individu ketika melancong selain kewangan.

Tempat tinggal/ rumah tumpangan/penginapan

Bekalan atau keperluan makanan/ minuman

Pakaian yang bersesuaian

Pemandu pelancong/kenalan/teman

Pelan/Peta sebagai panduan

Visa dan pasport perjalanan yang sah

[Maksimum: 3 markah]
[Isi
cukup: 2 isi]

(iii) Satu persoalan dalam petikan.

Ingatan terhadap ahli keluarga dan kenalan

Mas membeli cenderamata kepada setiap ahli keluarganya ketika melancong


di Turki.

Atau

Kepentingan merancang kewangan.

Mas tidak boros sebaliknya berbelanja dengan berhemat walaupun banyak


barang menarik dijual.

Satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.

Berhati-hati semasa melancong.

Mas dan rombongannya sentiasa bersama-sama ketika melancong di negara


Turki.

Kepentingan menguasai bahasa Inggeris

Mas dapat berinteraksi dengan pekedai semasa membeli barangan kerana


fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Keprihatinan terhadap haiwan


6

Mas mendermakan hasil jualan jaket kulit kijangnya kepada zoo yang
memelihara kijang

[Maksimum: 4 markah]
Isi
cukup: 2 isi (1+1)

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

Soalan 2c (Prosa Tradisional: Kepimpinan Melalui Teladan)

(i) Maksud anak penjurit yang berani dan kepetangan?


Anak pahlawan yang tangkas dan bijak dalam tipu helah

[Maksimum: 2 markah]
[Isi
cukup: 2 isi]

(ii) Reaksi Kertala Sari setelah ibunya memberitahu yang ayahnya dibunuh
oleh Laksamana ialah:

terlalu marah
bertanya orang yang menyuruh membunuh bapanya
berhasrat untuk membunuh Laksamana dan Ratu Melaka
berhasrat membinasakan negeri Melaka

[Maksimum: 3
markah]
[Isi
cukup: 2 isi]

(iii) Tindakan yang wajar diambil Kertala Sari selain menuntut bela untuk menebus kematian
bapanya Petala Bumi ialah
Melakukan amal ibadat/berdoa/bersolat dll
Menjaga ibunya dengan sebaik mungkin
Meninggalkan perbuatan jahatnya seperti mencuri/membunuh
Berbincang dengan kerajaan Melaka untuk mendapatkan pampasan / ganti rugi
kepada keluarganya.
.
7

[Maksimum: 3
markah]
[Isi
cukup: 2 isi]

Soalan 2d ( Sajak)

(i) Maksud rangkap ombak gelora menampar pantai aman

Cabaran/Dugaan dalam kehidupan yang harmoni/sejahtera

[Maksimum: 2 markah]
[Isi
cukup: 2 isi]

(ii) Usaha-usaha kerajaan mengukuhkan jati diri dan sahsiah rakyat.

Menyediakan pendidikan awal/sejak kecil untuk membudayakan nilai-nilai


murni
Mengadakan pendedahan secara perterusan melalui media massa seperti
kempen/seminar/ceramah tentang cara hidup terpuji
Mengimarahkan rumah ibadat untuk meningkatkan keimanan/ketakwaan
rakyat
Menganjurkan pertandingan/anugeraha tokoh seperti okoh Maal Hijrah/Imam
Muda / program PLKN

[Maksimum: 3
markah]
8

[Isi
cukup: 3 isi]

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

(iii) Nilai yang wajar dijadikan pegangan hidup.

Keberanian- Berani menghadapi cabaran dalam kehidupan.


Keimanan- Dugaan dalam hidup menguji keimanan.
Rasional- Berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.

[Maksimum: 4 markah]
[Isi
cukup: 2 isi (1+1)]

Mana-mana isi yang sesuai diterima.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan
imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. jatuh (kata kerja)


1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh,runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut,


9

surut, menjunam,

3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam,tenggelam, turun, masuk,

4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang,runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan


dengan,bertepatan dengan, tepat pada

ii. masak (adjektif)


1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang,ranum,

2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk,lembut, lunak,

2. Bersinonim dengan matang:berpengalaman, berumur, dewasa,tua,

iii. tinggi (adjektif)


1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong,
tonjeng, lonjong, agam, ampai,
2. Bersinonim dengan luhur:mulia, murni, besar, agung,
3. Bersinonim dengan angkuh:bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring,muluk, halus dan keras,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang,
meningkat, naik,

[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah
maksud asalnya.
10

Anak-anak remaja perlukan pemantauan dan perhatian daripada ibu bapa. Mereka
memerlukan bimbingan walaupun telah mencapai umur belasan tahun. Oleh sebab itu, ibu
bapa perlu sentiasa cakna dengan perubahan sikap dan aktiviti anak-anak remaja.

1- Anak-anak remaja perlukan pemantauan daripada ibu bapa.


2- Anak-anak remaja perlukan perhatian daripada ibu bapa.
3- Mereka / Anak-anak remaja memerlukan bimbingan.
4- Mereka / Anak-anak remaja telah mencapai umur belasan tahun.
5- Ibu bapa perlu sentiasa cakna dengan perubahan sikap anak-anak remaja.
6- Ibu bapa perlu sentiasa cakna dengan aktiviti anak-anak remaja.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak polis menyarani semua pengguna jalanraya menservis kenderaan sebelum
pulang berhari raya di kampung halaman.

Ejaan Imbuhan
jalanraya jalan raya menyarani menyarankan

(ii) Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh boleh menyebabkan kepelbagaian penyakit
kronik seperti diabetes, stroke dan jantung.

Ejaan Imbuhan
11

stroke strok berlebih - berlebihan

(iii) Kepelbagaian spesis haiwan dalam ekosistem marin semakin pupus akibat daripada
aktiviti manusia yang terlalu berkejarkan kemewahan sehingga mencemarkan alam
sekitar.

Ejaan Imbuhan
spesis spesies berkejarkan mengejar

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Kami perlu membawa lain-lain bahan bagi menyiapkan model landskap ini, kata Cikgu
Rahim kepada ahli kumpulan dua.

Istilah / Penggunaan Kata Tatabahasa


Kami Kamu lain lain bahan bahan - bahan lain

(ii) Berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
untuk membantu kaum gelandangan dan warga emas yang hidup terbiar di kota-kota
besar.
12

Istilah / Penggunaan Kata Tatabahasa


kaum golongan berbagai berbagai-bagai / pelbagai

(iii) Isu pelarian perang di Timur Tengah sering menjadi perdebatan pada pentas
antarabangsa, sehingga kini Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu masih membisu.

Istilah / Penggunaan Kata Tatabahasa


Persatuan - Pertubuhan pada pentas di / di pentas

[6 markah]
(e) Jelaskan maksud peribahasa yang diberi.

(i) Murah hati


- Pemurah
(ii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- Pengagihan yang sama banyak.
(iii) Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
- Berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain
Soalan 4
[15 markah]

(a) Latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel Pantai Kasih

Latar Masyarakat Peristiwa/Bukti/Contoh


Masyarakat yang Dr. Raiha yang menjaga anak OKU dengan
bertanggungjawab terhadap sebaik-baiknya walaupun menerima tekanan
keluarga daripada suaminya sendiri.
Masyarakat yang Dr. Raiha melawat Unong Siron selepas
bertanggungjawab terhadap pembedahan kali ke-6 bagi memastikan keadaan
kerjaya kesihatan Unong Siron.
Masyarakat yang Dr. Raiha tidak mahu menggugurkan
bertanggungjawab terhadap kandungannya walaupun dipaksa oleh suaminya
agama Dr. Sadiz

Isi-isi lain yang sesuai diterima


Isi cukup Dua isi
Isi = 4 markah
Bahasa = 3 markah
13

Jumlah = 7 markah

(b) Iktibar (Pengajaran)

Iktibar/Pengajaran Peristiwa/Bukti/Contoh
Kita hendaklah menyayangi Dr. Raiha sangat menyayangi anaknya sehingga
ahli keluarga dia berasa trauma apabila anaknya mati dalam
kebakaran kereta
Kita mestilah menjalankan Dr. Raiha melawat Unong Siron selepas
tanggungjawab dengan pembedahan kali ke-6 bagi memastikan keadaan
amanah kesihatan Unong Siron.
Kita janganlah terlibat dalam Felicia terlibat dalam gejala penyalahgunaan ubat
gejala yang tidak sihat batuk/ketagihan ubat batuk
Kita perlulah melayan semua Dr. Raiha menegur sikap Felicia yang berbahasa
orang dengan adil kasar terhadap emak Unong Siron

Isi-isi lain yang sesuai diterima


Isi cukup Tiga isi
Isi = 6 markah
Bahasa = 2 markah
Jumlah = 8 markah

PANDUAN GURU TAMAT

You might also like