You are on page 1of 6

SKEMA RUMUSAN SET 10 Pendahuluan : [ 2 markah ]

Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah-kaedah / langkah-langkah / 2m


pendekatan- pendekatan menjaga kesihatan diri di Malaysia / di negara ini.
ATAU
Rumusan membincangkan usaha-usaha / kaedah-kaedah / langkah-langkah / 2m
pendekatan-pendekatan menjaga kesihatan diri dan masalah untuk
melaksanakannya.
Isi tersurat: [ 4 hingga 12 markah ]
1 kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan 2m
2 mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan 2m
3 pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun 2m
4 mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat 2m
5 melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu 2m
6 amalan meminum air kosong 2m
7 mengamalkan senaman yang konsisten 2m
8 rehat dan tidur yang secukupnya 2m
Isi tersirat: [ 4 hingga 12 markah ]
1 banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran 2m
2 kurang pengetahuan cara penjagaan kesihatan diri 2m
3 sibuk dengan tugas harian 2m
4 kurang prasarana melakukan aktiviti senaman / riadah / sukan 2m
5 kurang mendapat galakan daripada keluarga / pihak bertanggungjawab 2m
Kesimpulan: [ 2 markah ]
Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan
masyarakat yang sihat.
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 PPT TINGKATAN 5 2020

Soalan 1 : Rumusan

Soalan 2(a): Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata tindakan awal ialah


 langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan [2 markah]
 tindakan / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan [1 markah]
 langkah / awal [1 markah]

(ii) Kepentingan-kepentingan :
 menjamin keceriaan hidup individu
 menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan
 tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari
[3 markah]

(iii) Peranan pihak sekolah:


 Kempen /ceramah / pameran kesedaran penjagaan kesihatan
 mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains
 aktiviti unit beruniform
 program 1Murid 1Sukan
 pemeriksaan kesihatan di sekolah
 jadual aktiviti riadah dan sukan
 lawatan ke hospital
[4 markah]
Soalan 2 (b) - CERPEN MUNSYI

(i) Asal usul bermaksud susur galur.


2m

(ii) Berdasarkan petikan, pelajaran sejarah perlu diterapkan kepada generasi muda
kerana

- dapat menghidupkan roh patriotisme 1m


- membentuk jati diri dalam diri mereka. 1m
- dapat menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan 1m
kepentingan bangsa sendiri.
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah :


- patriotisme (nilai jati diri). 1m
Sebagai contohnya saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh
patriotisme dan jati diri dalam diri saya.

Satu nilai lain daripada keseluruhan cerpen ialan


- kasih sayang. Contohnya Mel sayang akan ibunya. 1m
- ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan 1m
keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di
kota.
- hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi 1m
sebagai seorang pejuang bahasa.
- kebijaksanaan. Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak 1m
kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]

Soalan 2 (c): Kepimpinan Melalui Teladan

(i) Maksud perkataan pertandaan yang sungguh


- bukti/alibi yang sahih/ jelas/ tepat 2m
- pertandaan yang sahih/ jelas / tepat 1m
- bukti yang sungguh 1m

(ii) Sebab-sebab tersebut.


- Laksamana datang dengan membawa dua bukti yang sahih dan tepat,iaitu
sayhwat dan keris Kertala Sari
- pahlawan lain berasa gentar/takut berlawan dengan Kertala Sari
- hanya Laksamana yang berani menentang kehebatan Kertala Sari.
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]
(iii) tindakan-tindakan raja
- menguar-uarkan berita itu kepada seluruh rakyat yang kehilangan harta benda
- mengumpul rakyat untuk membuat pengecaman harta masing-masing yang telah
dicuri
- menubuhkan satu pasukan bagi merekodkan setiap harta yang diambil semula
oleh rakyat untuk mengelakkan penipuan/ketidakjujuran
- menasihati rakyat jelata agar tidak mengambil harta orang
- bertindak tegas terhadap rakyat yang menipu tentang pengambilan harta yang
dicuri itu.
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

Soalan 2 (d) : Sajak Sejadah Rindu

(i) - Melafazkan kalimah suci


- berasa insaf
- mengenangkan dosanya yang lalu.
[Maksimum: 2 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) - Seseorang itu akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan pada masa depan.
- dapat mengelakkan diri daripada mengulangi kesalahan yang pernah
dilakukannya.
- seseorang itu akan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan sekali gus mendapat
ketenangan jiwa.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Nilai keinsafan – penyajak insaf akan dosa-dosa yang lalu dan bertaubat kepada
Tuhan
Nilai kegigihan – penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan
daripada Tuhan sebelum meninggal dunia.
Nilai keinsafan – Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga
menitiskan air mata.
Nilai ketaatan – Penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap kepada
pengampunan daripada Pencipta.

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 Markah]

(a) Bina ayat


(i) terpelajar - berpelajaran / berpendidikan/ golongan cerdik pandai
(iii) baik - memberi faedah, elok, tidak jahat, pulih/sembuh,
(iv) terbaik - paling baik / amat bagus
(v) campak - buang, lempar
(vi) tercampak - terlempar , terpelantin

(b) Menggabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk

(i) Pemuda itu dimasukkan ke hospital kerana/lantaran/setelah terlibat dalam


kemalangan jalan raya.
(ii) Budak yang sedang menerima anugerah di pentas itu pelajar pintar.
(iii) Nenek baru dari kampung lalu/kemudian memeluk cucu kesayangannya.
(iv) Ayah akan memberikan hadiah sekiranya/jika/jikalau adik mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

(v) Setiap anggota masyarakat harus sedar bahawa keadaan ekonomi negara
kurang stabil pada masa sekarang.
(vi) Salim terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawannya untuk membayar
sewa rumah pada awal bulan.

(c) Betulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

Salah Betul

(i) cendikiawan - cendekiawan


sumbang - sumbangan

(ii) ketelanjuran - keterlanjuran


bergaduhan - pergaduhan

(iii) mempertahan - mempertahankan


jatidiri - jati diri

(d) Betulkan kesalahan kata/istilah dan tatabahasa

Salah Betul

(i) insentif - inisiatif


dari - daripada

(ii) eksekutif - eksklusif


wartawan itu adakan - diadakan oleh wartawan itu

(iii) setengah - sesetengah/setengah-setengah


lupus - luput

(e) Peribahasa

(i) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

(ii) bagai mencurah air ke daun keladi/ bagai hujan jatuh ke pasir/ bagai
mencurah garam ke laut

(iii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Soalan 4 : Novel
[15 Markah]

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak
utama yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah).

Cadangan jawapan:

Perwatakan Lili Perwatakan Dahlia


(watak utama (watak utama
novel Jendela Menghadap Jalan) novel Songket Berbenang Emas)
 Seorang yang rajin membaca. ● Seorang yang berhemah tinggi.
-Buktinya Lili membaca buku Buktinya, Dahlia tidak membalas kata-
sepanjang perjalanan ke Terengganu. kata sindiran Aton. Ketika berjalan
Dia membaca buku berjudul Panduan pulang ke rumah, Aton yang sedang
Pemakanan Sihat Melalui Sayur- mencabut pokok ubi di hadapan
sayuran dan Buah-buahan. Buku ini rumahnya menyindir Dahlia yang kerap
membicarakan khasiat dan pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini.
penanaman ulam-ulaman, tumbuhan Dahlia hanya mendiamkan diri
herba dan rempah-rempah. menerima sindiran itu.

 Seorang yang patuh akan arahan ibu ● Seorang yang penyayang


– Lili patuh akan permintaan ibunya - Dahlia amat menyayangi ibu, ayah
supaya pulang ke kampung walaupun dan adik-adiknya. Buktinya, Dahlia
dia mempunyai rancangan bersama- sanggup pulang dari asrama dan
sama rakan-rakan sekolahnya. Dia tinggal di rumahnya kerana dia perlu
ingin memanfaatkannya untuk menjaga adik-adiknya semasa ayah
menghadiri majlis perpisahan dan ibunya dirawat di hospital. Dia
pengetua. terpaksa berulang-alik dari rumah ke
asrama setiap hari.

 Seorang yang berani ● Seorang yang cekal


– Lili berani menghadapi situasi dirinya – Pelbagai dugaan menimpa hidup
diculik oleh Haziq dan Rafiq. Dia Dahlia, namun dia cekal
berpura-pura tidur atau pengsan menghadapinya. Sebagai contoh,
supaya tidak diapa-apakan oleh kedua- ibunya yang tidak tahan menghadapi
dua beradik itu sehinggalah dia tekanan telah mengalami kemurungan
diselamatkan oleh Danel. dan seterusnya dimasukkan ke
hospital. Dia terpaksa berulang-alik ke
sekolah kerana terpaksa menjaga adik-
adiknya.

(b) Watak utama sering digambarkan seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam
kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa
yang menunjukkan ketabahan watak utama. [8 Markah]

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Peristiwa Lili diculik oleh Rafik dan Haziq.


Lili tabah menerima dugaan apabila dia diculik oleh Rafik dan Haziq semasa dalam
perjalanan pulang dari pekan. Dia tabah apabila dikurung di dalam pondok usang di
hujung kampung.

 Peristiwa Lili tabah menghabiskan masa cuti di kampung walaupun


sebenarnya dia ingin menghabiskan masa cuti bersama-sama dengan
rakannya di Kuala Lumpur.
Sewaktu di kampung, Lili tabah menghadapi pelbagai masalah yang cuba
diselesaikan oleh Lili bersama dengan rakan –rakanya iaitu Geeta Dan Danel. Lili
tabah dengan kata-kata datuknya terhadap ibunya yang jarang-jarang pulang ke
kampung. Selain itu, dia juga berusaha membantu penduduk kampung
menyelesaikan isu kubah dan isu keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che
Jah sekeluarga.
Novel Songket Berbenang Emas

 Peristiwa Dahlia menuntut ilmu.


Dahlia tabah menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi
masalah keluarga seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular.

 Peristiwa Dahlia menguruskan adik- adiknya.


Dahlia tabah memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama Anggerik
yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital.

 Peristiwa Dahlia menerima penghinaan dan kejian daripada masyarakat


sekeliling.
Dahlia tabah menerima tuduhan Aton yang menuduhnya sengaja menyebabkan Said
lemas di sungai.

You might also like