You are on page 1of 15

SULIT

PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TINGKATAN 5

1223/1
PENDIDIKAN ISLAM

1223/1 © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak SULIT
SULIT 1 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Al-Quran
Tajuk: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam
1 (a) i Sebab turun ayat 13, Surah al-Hujurat ialah: [2 isi x 1m=
2 markah]
- Terdapat beberapa orang sahabat memandang rendah terhadap Bilal ketika
melaungkan azan.
- Jibril memberitahu perkara ini kepada Rasulullah SAW dan baginda
memanggil sahabat yang terlibat untuk bertanyakan hal tersebut lalu turunlah
ayat ini.

(ii) Dua sebab kita dituntut saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa ialah: [2 isi x 2m=
4 markah]
- Menjalinkan perpaduan dan perhubungan yang harmoni.
- Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia tanpa mengira rupa paras.
- Menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam selagi mereka tidak
memusuhi agama Islam.
- Menggalakkan integrasi dan kerjasama antara masyarakat yang akan
melengkapi antara satu sama lain.

(iii) Dua pengajaran daripada ayat di atas ialah: [2 isi x 2m=


4 markah]
- Kita hendaklah sentiasa bekerjasama (1m) untuk membina keluarga yang
harmoni dan sejahtera (1m). Isi =1m
- kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya (1m) supaya wujud Huraian =1m
persefahaman dalam masyarakat (1m).
- Kita hendaklah berusaha memperbaiki akhlak dalam diri (1m) agar dapat
menjadi insan yang bertakwa (1m).

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 2 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Hadis
Tajuk: Kemuliaan Berdikari
1 (b) i Konsep berdikari ialah: [1 isi x 2m=
2 markah]
- Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seperti kekuatan
tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat.
- Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara
maruah dan kemuliaan diri.
- Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
- Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri,
masyarakat dan negara.
- Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.

(ii) Dua kelebihan berdikari ialah: [2 isi x 1m=


2 markah]
- Menjadikan Islam dipandang tinggi.
- Mendapat sumber pendapatan yang halal.
- Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.
- Memperkasakan daya saing masyarakat.

(iii) Dua pengajaran daripada hadis di atas ialah: [2 isi x 2m=


4 markah]
- Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal (1m) walaupun
hasilnya sedikit (1m). Isi =1m
- Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang Huraian =1m
lain (1m) demi memelihara kemuliaan dan maruah diri (1m).
- Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran (1m) untuk mendapat pandangan yang
lebih baik (1m).
- Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan
(1m) agar hidup dirahmati Allah SWT (1m).

1 (c) Dua jenis qalqalah ialah: [2 isi x 1m=


2 markah]
- Qalqalah Sughra
- Qalqalah Kubra
- Qalqalah Akbar

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 3 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Akidah
Tajuk: Al-Raqib
2 (a) i Nama Allah SWT yang menunujukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi [1 isi x 2m=
semua perbuatan dan keadaan makhluk. 2 markah]

(ii) Dua bukti Allah bersifat al-Raqib ialah: [2 isi x 2m=


4 markah]
- Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada
perintah dan larangan-Nya.
- Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama
manusia.

(iii) Sistem penguatkuasaaan yang berkesan dapat mengurangkan kadar [4 markah]


kemalangan di jalan raya.

Kaitkan pernyataan dalam konteks keimanan terhadap nama Allah SWT al-Raqib.

Rubrik Penskoran:

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja. 1m

Menjelaskan hujah berserta huraian ringkas. 2m

Menghuraikan hujah berserta huraian lengkap dan ada 3m


contoh yang menyokong isi yang diberi.

Merumus hujah berserta huraian yang lengkap dan ada 4m


contoh yang menyokong alasan yang diberi.
Olahan jawapan tepat, jelas, relevan dan menarik.

Cadangan Jawapan:
Pengguna jalan raya akan sentiasa mematuhi segala peraturan jika ada
pengawasan daripada pihak yang berwajib (I/1m). Hal ini kerana mereka takut
akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan (H/1m) sebagaimana seseorang
yang beriman dengan sikap al-Raqib Allah SWT yang sentiasa berwaspada dalam
semua keadaan zahir dan batin (HI/1m). Kesimpulannya, umat Islam hendaklah
berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT sentiasa
mengawasi apa yang dilakukan oleh hamba-Nya (K/1m).

Cadangan Isi:
- Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan pada perintah
dan juga larangan-Nya.

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 4 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Akidah
Tajuk: Hindari Ajaran Sesat
2 (b) i Maksud ajaran sesat ialah: [1 isi x 2m=
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah 2 markah]
dengan al-Quran dan al-Sunnah.

(ii) Dua ciri ajaran sesat dari aspek akidah ialah: [2 isi x 1m=
2 markah]
- Mengaku menjadi nabi atau rasul.
- Mendakwa diri atau gurunya sebagai imam Mahdi.
- Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.
- Menolak alam ghaib seperti roh, malaikat dan jin.
- Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan.
- Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga.

(iii) Kesan melakukan ajaran sesat dalam kehidupan ialah: [1 isi x 2m=
2 markah]
- Melemahkan iman dan merosakkan akidah (1m) kerana terpesong dengan
ajaran agam Islam (1m). Isi =1m
- Menjatuhkan imej umat Islam (1m) kerana perbuatan segelintir umatnya yang Huraian =1m
menyimpang dari ajaran sebenar (1m).
- Melahirkan individu pasif dan malas (1m) kerana dikongkong oleh pemimpin
ajaran sesat (1m).
- Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak berfaedah (2m).
- Menggugat kestabilan politik (1m) akibat tindakan keganasan (1m).
- Mewujudkan suasana yang tidak harmoni (1m) akibat taksub kepada
pemimpin kumpulan (1m).
- Membentuk individu masyarakat yang agresif dan kasar (1m) kerana tidak
berfikir secara rasional (1m).
- Memutuskan hubungan silaturrahim dan persaudaraan Islam (1m) kerana
saling berbalah dengan ajaran yang batil (1m).

(iv) Dua cara menjauhi ajaran sesat ialah: [2 isi x 2m=


4 markah]
- Mempelajari akidah yang sebenar (1m) berdasarkan manhaj Ahli Sunah Wal
Jamaah (1m). Isi =1m
- Menghindarkan diri (1m) daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu Huraian =1m
dan amalannya (1m).
- Memastikan amalan yang dilakukan (1m) mengikut panduan al-Quran dan
al-Sunnah (1m).
- Mencari maklumat yang sahih (1m) supaya tidak terpengaruh dengan ajaran
sesat (1m).
- Berdoa memohon petunjuk (1m) agar berada di jalan yang benar (1m).
- Bertaubat kepada Allah SWT (1m) atas keterlanjuran mengikuti dan beramal
dengan ajaran sesat (1m).

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 5 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Fekah
Tajuk: Haji dan Umrah
3 (a) i Dua rukun haji ialah: [2 isi x 1m=
2 markah]
- Niat mengerjakan haji/ niat ihram.
- Wukuf di Arafah.
- Tawaf di Kaabah/Baitullah.
- Saie.
- Bergunting atau bercukur rambut.
- Tertib pada kebanyakkan rukun.

(ii) Dua perbezaan antara haji dan umrah ialah: [2 isi x 2m=
4 markah]
Haji Umrah
Dikerjakan pada bulan haji Pada bila-bila masa sepanjang
sahaja tahun
Wajib wukuf Tiada wukuf
Melontar 7 anak batu pada Tiada melontar 7 anak batu
ketiga-tiga jamrah pada ketiga-tiga jamrah
Bermalam di Muzdalifah Tiada bermalam di
Muzdalifah
Bermalam di Mina Tiada bermalam di Mina
Melontar 7 anak batu di Tiada melontar 7 anak batu di
jamrah Kubra jamrah Kubra

(iii) Hukum kepada perkara berikut ialah: [2 isi x 1m=


2 markah]
(1) Memperbanyakkan talbiah selepas berihram.
= Sunat

(2) Penggunaan payung dan kaca mata hitam ketika ihram.


= Harus

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 6 1223/1 (PP PERCUBAAN)

(iv) Hikmah menunaikan ibadah haji dan umrah ialah: [1 isi x 2m=
2 markah]
- Menghapuskan dosa/ Meraih ganjaran syurga (1m) kerana pengorbanan
harta dan tenaga dalam melakukan perintah Allah SWT (1m). Isi =1m
- Menzahirkan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT (1m) bagi Huraian =1m
mencapai kasih sayang/ rahmat Allah SWT (1m).
- Saling mengenali sesama umat Islam (1m) walaupun berbeza bangsa dan
negara (1m).
- Menzahirkan kekuatan umat Islam (1m) agar tidak mudah diganggu oleh
musuh Islam (1m).
- Menyemarakkan perkembangan dakwah islam (1m) supaya Islam tersebar
ke seluruh alam (1m).
- Meningkatkan taraf hidup umat Islam (1m) dengan menabung dalam tabung
haji/ supaya dana umat Islam meningkat (1m).
- Meningkatkan dana umat islam (1m) untuk mewujudkan sumber pendapatan
baharu (1m).

Catatan:
Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 7 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Fekah
Tajuk: Pengurusan Harta Selepas Kematian
3 (b) i Maksud faraid ialah: [2 isi x 1m=
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia (1m) kepada 2 markah]
anggota warisnya menurut hukum syarak (1m).

(ii) Dua rukun faraid ialah: [2 isi x 1m=


2 markah]
- Orang yang mewariskan harta.
- Waris.
- Harta pusaka.

(iii) Pembahagian harta pusaka bagi isteri yang kematian suami ialah: [1 isi x 2m=
(1) Sekiranya tiada anak. 2 markah]
= 1/4

(2) Mempunyai anak.


= 1/8

(iv) [4 markah]

Berdasarkan keratan akhbar di atas, kemukakan pandangan anda berkaitan situasi


di atas.

Rubrik Penskoran:

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja. 1m

Menjelaskan hujah berserta huraian ringkas. 2m

Menghuraikan hujah berserta huraian lengkap dan ada 3m


contoh yang menyokong isi yang diberi.

Merumus hujah berserta huraian yang lengkap dan ada 4m


contoh yang menyokong alasan yang diberi.
Olahan jawapan tepat, jelas, relevan dan menarik.

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 8 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Cadangan Jawapan:
Perebutan harta yang berlaku sebaik sahaja selesai pengurusan jenazah si mati
adalah berpunca daripada kurang penghayatan ajaran Islam dalam kalangan waris
(I/1m) kerana mereka tamak dengan harta si mati hingga menafikan kadar-kadar
tertentu harta pusaka yang telah ditetapkan dalam al-Quran (H/1m). Kesannya
berlaku penganiayaan terhadap ahli waris yang layak menerima harta pusaka
(HL/1m). Oleh itu, kita hendaklah mendalami ilmu tentang faraid supaya semua
waris akan mendapat hak masing-masing seperti mana yang sepatutnya (K/1m).

Cadangan Isi:
- Ingin membolot semua harta si mati.
- Cetek pengetahuan dan kesedaran tentang pengagihan harta faraid.
- Hubungan dingin antara ahli keluarga.

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 9 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Sirah & Tamadun Islam
Tajuk: Kerajaan Umaiyah
4 (a) i Dua khalifah yang terkenal dalam kerajaan Umaiyah ialah: [2 isi x 1m=
2 markah]
- Muawiyah bin Abi Suffian
- Abdul Malik Bin Marwan
- Al-Walid bin Abdul Malik
- Umar bin Abdul Aziz

(ii) Dua faktor kemerosotan kerajaan Umaiyah dari aspek politik ialah: [2 isi x 2m=
4 markah]
- Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan
persaingan dalam kalangan anggota keluarga.
- Pemberontakan oleh puak Syiah, Khawarij dan golongan yang tidak berpuas
hati dengan penubuhan kerajaan Umaiyah.

(iii) Dua iktibar daripada pemerintahan kerajaan Umaiyah ialah: [2 isi x 2m=
4 markah]
- Kita hendaklah memartabatkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dalam urusan
kepimpinan (1m) agar syariat Islam dapat ditegakkan (1m). Isi =1m
- Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat (1m) Huraian =1m
agar hidup harmoni (1m).
- Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam mempertahankan
kedaulatan negara (1m) agar negara terus maju (1m).
- Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam
(1m) seperti zuhud/ tegas/ berilmu/ bijaksana (1m).
- Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan (1m) agar mengeratkan kasih
sayang (1m)
- Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan (1m) agar dapat
memberi sumbangan kepada umat Islam (1m).

Catatan:
Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 10 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Sirah & Tamadun Islam
Tajuk: Keunggulan Tokoh Empat Mazhab – Imam Al-Syafie
4 (b) i Riwayat hidup Imam Syafie r.a. ialah: [3 isi x 1m=
3 markah]
- Nama Penuh: Muhammad bin Idris Al-Syafie
- Tarikh Lahir: 150 Hijrah
- Tarikh Wafat: 204 Hijrah
- Kunniyah: Abu Abdullah
- Keperibadian: Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum arab badwi demi
menguasai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan arab, sanggup bermusafir
jauh demi kecintaannya terhadap ilmu, berani menegakkan kebenaran ketika
difitnah oleh puak syiah dan berdepan dengan khalifah Harun al-Rasyid,
sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana, tinggi
sifat warak dan kuat beribadah.
- Antara guru yang tersohor: Imam Malik bin Anas, Sufyan bin Uyainah dan
Muslim Khalid al-Zanji.

(ii) Tiga sumbangan Imam Syafie r.a. ialah: [3 isi x 1m=


3 markah]
- Hasil Karya al-Um / al-Musnad.
- Mengasaskan Mazhab Syafi’e.
- Murid yang terkenal ialah Ahmad bin Hanbal / Abu Yaakub Yusuf bin Yahya
al-Buwaiti / Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzni.
- Mazhab Syafi’e tersebar di Mesir / Iraq / Parsi / Syria / Malaysia / China /
Indonesia / Brunei / Pakistan / India.

(iii) Dua iktibar daripada kegigihan Imam Syafie r.a. dalam menuntut ilmu ialah: [2 isi x 2m=
4 markah]
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan Imam Syafie r.a. dalam menuntut ilmu
(1m) sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu (1m). Isi =1m
- Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari (1m) supaya hidup Huraian =1m
diberkati Allah SWT (1m).
- Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan antara mazhab (1m)
supaya masyarakat hidup harmoni (1m).
- Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki (1m) agar
dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat (1m).
- Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber-sumber ilmu (1m) agar
tidak terpesong daripada syariat Islam (1m).
- Kita hendaklah sanggup bermusafir jauh (1m) kerana cinta pada ilmu (1m).
- Kita hendaklah berguru dengan ramai tokoh ilmuan yang terkemuka (1m)
untuk memantapkan ilmu pengetahuan (1m).
Catatan:
Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 11 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Akhlak Islamiah
Tajuk: Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Ummah
5 (a) i Maksud Wasatiyyah ialah: [1 isi x 2m=
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan. 2 markah]

(ii) Dua prinsip wasatiyyah ialah: [2 isi x 1m=


2 markah]
- Kesederhanaan.
- Keseimbangan.
- Keadilan.
- Kecemerlangan.

(iii) Hikmah melaksanakan prinsip wasatiyyah ialah: [1 isi x 2m=


2 markah]
- Syiar Islam dapat ditegakkan (1m) dengan menyempurnakan akhlak dan
nilai-nilai murni (1m). Isi =1m
- Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan (1M) kerana Huraian =1m
adanya kestabilan politik (1m).
- Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana (1m) kerana tiada berlaku
pembaziran (1m).
- Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan (1m) mengikut keperluan
negara (1m).
- Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dapat dibangunkan (1m)
dengan melaksanakan prinsip-prinsip keadilan (1m).

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 12 1223/1 (PP PERCUBAAN)

(iv) [4 markah]

Berdasarkan gambar di atas, cadangkan langkah untuk mengatasi pembaziran


yang sering berlaku dalam masyarakat.

Rubrik Penskoran:

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja. 1m

Menjelaskan hujah berserta huraian ringkas. 2m

Menghuraikan hujah berserta huraian lengkap dan ada 3m


contoh yang menyokong isi yang diberi.

Merumus hujah berserta huraian yang lengkap dan ada 4m


contoh yang menyokong alasan yang diberi.
Olahan jawapan tepat, jelas, relevan dan menarik.

Cadangan Jawapan:
Membuat kempen penjimatan air dalam penggunaan seharian (I/1m) melalui
media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter (H/1m). Kesannya, dapat
mendidik masyarakat supaya berjimat cermat selari dengan konsep wasatiyyah
yang diterapkan dalam Islam (HL/1m). Kesimpulannya, kita hendaklah
menghargai sumber air supaya dapat dinikmati oleh generasi seterusnya (K/1m).

Cadangan Isi:
- Sedekah makanan yang berlebihan.
- Menampal poster berkaitan pembaziran.
- Mengenakan caj tambahan bagi setiap pembaziran yang dilakukan.

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 13 1223/1 (PP PERCUBAAN)

Soalan Jawapan Markah


Bidang Akhlak Islamiah
Tajuk: Alam Sekitar Penenang Minda
5 (b) i Dua adab menjaga alam sekitar ialah: [2 isi x 1m =
2 markah]
- Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna.
- Sentiasa memelihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang
kerosakan.
- Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar.
- Sentiasa menjaga kelestarian alam.
- Sentiasaa mengamalkan cara hidup yang mesra alam.
- Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunkan air

Dua hikmah beradab menjaga alam sekitar ialah: [2 isi x 2m=


4 markah]
- Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar (1m) kerana menyedari
tanggungjawab yang diamanahkan (1m). Isi =1m
- Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa (1m) kerana melihat keindahan Huraian =1m
alam (1m).
- Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit (1m)
kerana pembudayaan cinta akan alam sekitar (1m).
- Melestarikan alam sekitar yang indah (1m) untuk dimanfaatkan kepada
generasi akan datang (1m).
- Meningkatkan pendapatan (1m) kerana melaksanakan aktiviti-aktiviti
eko-pelancongan (1m).

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak
SULIT 14 1223/1 (PP PERCUBAAN)

[4 markah]

Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan pandangan anda tentang peranan


masyarakat dalam menangani situasi tersebut daripada terus berleluasa.

Rubrik Penskoran:

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja. 1m

Menjelaskan hujah berserta huraian ringkas. 2m

Menghuraikan hujah berserta huraian lengkap dan ada 3m


contoh yang menyokong isi yang diberi.

Merumus hujah berserta huraian yang lengkap dan ada 4m


contoh yang menyokong alasan yang diberi.
Olahan jawapan tepat, jelas, relevan dan menarik.

Cadangan Jawapan:
Masyarakat hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku
pencemaran (I/1m) seperti Jabatan Alam Sekitar (H/1m). Kesannya, tindakan
awal dapat diambil supaya pencemaran dapat dikawal daripada menjadi lebih
buruk (HL/1m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa peka terhadap apa yang
berlaku di persekitaran kita agar hidup lebih harmoni (K/1m).

Cadangan Isi:
- Mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya pencemaran.
- Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk melakukan pemantauan
berkala.
- Memboikot barang pengeluaran kilang yang melakukan pencemaran.

1223/1 (PP PERCUBAAN) © 2023 Hak Cipta Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak

You might also like