You are on page 1of 13

PANDUAN PENSKORAN PERCUBAAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2023

SOALAN CONTOH JAWAPAN MARKAH

1a i Maksud sunnatullah :
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap
semua makhluk [1m] dan tiada siapa yang boleh menghalang atau 2 Markah
mengubah ketetapan tersebut.[1m]
*ikut buku teks

ii Dua kesan memahami sunnatullah :


- Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut
ketetapan dan kehendak Allah SWT yang Maha Bijaksana.
- Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan
untuk mencapai kejayaan.
- Menerima ketetapan Allah SWT dengan bersikap positif
dalam setiap keadaan. 2 isi x 2m=
- Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam untuk 4 Markah
pembangunan dan kemajuan umat Islam.
- Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam
berdepan dengan cabaran hidup.
catatan : jawapan isi sahaja (ayat lengkap)(3 perkataan)
*untuk mendekatkan diri kepada Allah (x)
*Tiada jawapan munasabah.

iii Dua pengajaran ayat :


- Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur
kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan dan
ketetapan-Nya.
- Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya
dapat mengetahui dan menyelidiki sunnatulllah.
- Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat
terdahulu agar menjadi pedoman dalam kehidupan.
- Kita hendaklah meyakini bahawa al-Quran ialah petunjuk ke
arah kebenaran bagi orang yang beriman dan bertaqwa.
2 isi x 2m=
- Kita hendaklah menjauhi sikap lemah dan mudah berputus
4 Markah
asa ketika menerima ujian dalam kehidupan.
- Kita hendaklah menjaga keimanan agar beroleh kedudukan
yang tinggi di sisi Allah SWT.

Catatan :
- Mesti ada ayat pengajaran.
- Ada ayat pengajaran , isi dan huraian. (2M)
- Ada isi dan huraian (ayat pernyataan) (1M).
- Pengajaran mesti merujuk Ali-Imran ayat 137-139 sahaja.
- Huraian yang sama untuk isi berbeza = 1m

b i Maksud kalimah bergaris:


- ‫ ٍراع‬: pemimpin 2 isi x 1m =
- ‫ُالخادم‬
ِ :pekerja 2 Markah

ii Dua tanggungjawab dan peranan anak :


- Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa
- Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau
telah meninggal dunia
- Sentiasa mendoakan mereka
- Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya 2 isi x 1m =
- menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan mereka 2 Markah

catatan : jawapan isi sahaja (ayat lengkap)(3 perkataan)


Mana-mana jawapan munasabah diterima.

iii Dua pengajaran hadis :


- Sebagai umat Islam kita hendaklah menyedari bahawa setiap
individu berperanan sebagai pemimpin yang akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
- Sebagai umat Islam kita hendaklah menjalankan
tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adil
dan Amanah.
- kita hendaklah memelihara dan melindungi anggota keluarga
agar selamat di dunia dan di akhirat.
- kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan
keluarga dan rumahtangga agar kekal harmoni.
- Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa bersikap amanah 2 isi x 2m =
dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati. 4 Markah
- kita hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapa semasa
mereka hidupatau setelah meninggal dunia kerana jasa
mereka tidak terbalas.
- kita hendaklah mencontohi sunah rasulullah SAW dalam
segala aspek kepimpinan kerana baginda ialah contoh ikutan
yang terbaik.

Catatan :
Mesti ada ayat pengajaran.
Ada ayat pengajaran , isi dan huraian. (2M)
Ada isi dan huraian (ayat pernyataan) (1M).

c Pembahagian hukum mad Silah


- Mad silah qasirah
- Mad silah tawilah 2 isi x 1m=
2 Markah

2a) i Maksud al-Muntaqim:


- nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah swt Maha
Pembalas(1m)/ dengan menimpakan azab terhadap orang
yang melampaui batas.(1m)
Catatan :
2 Markah
- Isi 1 wajib – tiada isi 1 (0m)

ii Dua kefahaman nama Allah al-Muntaqim:


- Allah memberikan pembalasan dengan seksaan neraka
terhadap orang yang menolak peringatan al-Quran.
- Allah menimpakan azab dalam peristiwa dukhan iaitu kaum
Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu
seperti asap menutup mereka kerana mereka menolak
dakwah Rasulullah.
- Allah memberikan pembalasan terhadap golongan yang
2 isi x 2m
menentang agamanya setelah diutuskan rasul dan diberikan
=4M
keterangan yang jelas.

Catatan :
- Jawapan lain tidak diterima.

- Isi 1M , Huraian 1M
iii Kbat : Kesan beriman dengan al-Muntaqim

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja 1 markah

Menjelaskan hujah dan huraian 2 markah


ringkas

Menjelaskan hujah, huraian 3 markah


ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan

Menjelaskan hujah, huraian 4 markah


ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan
serta mengandungi ayat
kesimpulan atau olahan
jawapan tepat, jelas, relevan
dan menarik.
Cadangan isi: 4 Markah

- Seseorang itu tidak akan berani melakukan kemungkaran.

- Kerosakan di muka bumi dapat dikurangkan.

- Masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman dan


harmoni.

Contoh jawapan :

Seseorang itu tidak akan berani melakukan kemungkaran dan


kerosakan (I) kerana yakin adanya Allah yang akan membalas segala
perbuatan (H). Kesannya, seseorang itu tidak akan mendapat dosa
serta jauh daripada kemurkaan Allah seperti gempa bumi, tsunami
dan sebagainya(HL). Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita
hendaklah sentiasa bertaubat dan menginsafi segala kekhilafan diri
agar hidup kita sentiasa dirahmati Allah (K).

Catatan :

- Mana-mana isi yang munasabah diterima.

- Tiada isi, semua H,HL dan K tidak diterima (0M).


b i Sejarah ringkas Syiah:
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib
dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW,(1m) dan
berkeyakinan bahawa hanya Ahlil Bait sahaja yang lebih layak
2 isi x 1m=
memegang jawatan khalifah.(1m)
2M

ii Dua prinsip Syiah :

1. Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum, iaitu


terpelihara daripada dosa kecil dan besar.
2. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga
disamakan dengan Rasulullah SAW.
3. Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama 2 isi x 1m=
Nabi Muhammad SAW. 2 Markah

catatan : jawapan isi sahaja (ayat lengkap) (3 perkataan ke


atas)
● Melakukan perkara kufur = 0m

iii Dua usaha saya untuk menghindari diri daripada ajaran Syiah :

- Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj


ahli as-sunnah wal jamaah.
- Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang
yang dicurigai ilmu dan amalannya. 2 isi x 1m=
- Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar 2 Markah
mengikut panduan al-Quran dan as-sunnah
- Mencari maklumat daripada sumber yang sahih.
- Sentiasa berdoa agar terhindar daripada ajaran Syiah.

#Mana-mana jawapan munasabah


- jawapan isi sahaja (ayat lengkap) (3 perkataan ke
atas)

iv Dua kepentingan berpegang dengan akidah ahli Sunnah wal


Jamaah:
- Mendapat keredhaan Allah S.W.T kerana berpegang dengan
2 isi x 2m=
akidah yang benar.
4 Markah
- Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan kerana
bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah.
- Memelihara kesucian agama Islam agar tidak diselewengkan.
- Menjamin keamanan Negara kerana Islam adalah agama
yang sejahtera.
- Mengelak umat Islam daripada terjebak dengan ajaran sesat.
- Membersihkan akidah daripada sebarang bentuk kekeliruan.
- Menghindarkan umat Islam daripada fahaman yang
melampau.
Catatan : Isi 1M , Huraian 1M

3a) i Maksud haji:


Mengunjungi baitullah al haram pada bulan-bulan haji untuk
2 Markah
mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

ii Ciri-ciri berkemampuan dalam ibadat haji dan umrah :


- Cukup perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan umrah
pergi dan balik.
- Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang dibawah
tanggungannya.
- Ada kenderaan pergi dan balik. 2 isi x1m
- Aman perjalanan pergi dan balik. = 2 Markah
- Sihat tubuh badan.
- Mendapat keizinan suami atau walinya.
- Ditemani oleh suami atau mahram atau kumpulan
perempuan yang boleh dipercayai.

iii Dua larangan ihram bagi lelaki dari aspek pakaian:


- Menutup kepala / memakai kupiah . 2 isi x1m
- Memakai pakaian berjahit/bersarung/bercantum. = 2 Markah

iv Dua hikmah haji dan umrah dari aspek ekonomi:

- Meningkatkan taraf hidup umat Islam dengan menabung


dalam tabung haji supaya dana umat Islam meningkat. 2 isi x 2m
= 4 Markah
- Meningkatkan dana umat Islam dan mewujudkan sumber
pendapatan baru.

b i Maksud solat sunat istikharah:


- Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT 2 Markah
dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.
ii Hukum solat sunat istikharah :
- Sunat. 1 Markah

iii Kaifiat solat istikharah :


- Niat : Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana
Allah Taala.
- Bilangan rakaat : 2 rakaat. 3 isi x 1m
- Cara pelaksanaan : Bersendirian. = 3 Markah
- Berdoa dengan doa yang sesuai.

iv Kbat : Sebab dituntut melaksanakan solat Istikharah:

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja 1 markah

Menjelaskan hujah dan huraian 2 markah


ringkas

Menjelaskan hujah, huraian 3 markah


ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan

Menjelaskan hujah, huraian 4 markah


ringkas dan huraian yang 4 Markah
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan
serta mengandungi ayat
kesimpulan atau Olahan
jawapan tepat, jelas, relevan
dan menarik.

Cadangan isi :
- Meningkatkan keimanan kepada Allah.
- Mendidik umat Islam sentiasa memohon kepada Allah.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.

Contoh jawapan :
Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT / kerana menjadikan
Allah sebagai tempat pergantungan./ Kesannya, mereka akan
reda dengan apa jua keputusan yang diambil nanti. /
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berserah kepada Allah
agar hati menjadi tenang.

Catatan :

- Mana-mana isi yang munasabah diterima.

- Tiada isi, semua H,HL dan K tidak diterima (0M).

4a i Sejarah Kerajaan Umaiyyah : Bersempena nama Umaiyyah bin


Abdu as Shams bin Abdul Manaf iaitu salah seorang daripada
pemimpin keturunan Quraisy.
2 isi x 1m =
-Pengasasnya adalah Muawiyah bin Abi Suffian
2 Markah
Catatan : nama Umaiyyah bin abd as-Shams (1m)

ii Dua faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyyah dari aspek akhlak:


- Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam
perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati
rakyat. 2 isi x 2m =
- Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana 4 Markah
cenderung kepada hiburan dan kekejaman
Catatan : 3 perkataan ke atas (fakta). Tidak perlu huraian

iii Kbat : Sebab mengapa bidang ketenteraan diberi keutamaan:


Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja 1 markah

Menjelaskan hujah dan huraian 2 markah


ringkas
4 isi x 1m =
Menjelaskan hujah, huraian 3 markah
4 Markah
ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan

Menjelaskan hujah, huraian 4 markah


ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan
serta mengandungi ayat
kesimpulan atau olahan
jawapan tepat, jelas, relevan
dan menarik.

Cadangan isi :
- Menjaga keamanan negara
- Mengelakkan daripada pencerobohan atau penjajahan
- Menunjukkan kekuatan pertahanan negara
- Meningkatkan pelaboran asing

Catatan :
- Mana-mana isi yang munasabah diterima.
- Tiada isi, semua H,HL dan K tidak diterima (0M).

4b i Riwayat hidup Prof Ahmad bin Ibrahim :

- Nama : Ahmad bin Muhammad Ibrahim


- Tarikh Lahir : 15 Mei 1916
- Tempat lahir : Singapura 2 isi x 1m =
- Tarikh wafat : 17 April 1999 2 Markah
- Kuniyah : Profesor Emeritus Tan Sri Doktor

Catatan : Fakta yang betul.

ii Dua sumbangan Prof Ahmad bin Ibrahim dalam bidang


perundangan :
- Anggota Panel Pengasas Kuliah Undang-undang di Universiti 2 isi x 2m =
Islam Antara Bangsa Malaysia 4 Markah
- Pengasas dan Penggubal Enakmen Undang-undang Islam
- ( Hudud dan Qisas ) Kelantan pada tahun 1991.

iii Kbat : Iktibar daripada keunggulan tokoh menjadi pelajar cemerlang.


Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja 1 markah 4 Markah

Menjelaskan hujah dan huraian ringkas 2 markah


Menjelaskan hujah, huraian ringkas dan 3 markah
huraian yang lengkap yang menyebut
alasan atau sebab atau dalil sokongan

Menjelaskan hujah, huraian ringkas dan 4 markah


huraian yang lengkap yang menyebut
alasan atau sebab atau dalil sokongan
serta mengandungi ayat kesimpulan atau
Olahan jawapan tepat, jelas, relevan dan
menarik.

Cadangan isi jawapan :


- Mencontohi kegigihan dan kesabaran tokoh dalam
menuntut ilmu
- Mengamalkan ilmu yang dipelajari
- menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki

Catatan :

- Mana-mana isi yang munasabah diterima.

- Tiada isi, semua H,HL dan K tidak diterima (0M).

5a i Maksud wasatiyyah :
- Pendekatan yang sederhana , seimbang, adil dan cemerlang 2 Markah
dalam setiap tindakan.

ii Dua prinsip wasatiyyah:


- Kesederhanaan
• Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh
bertanggungjawab.
• Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi
arahan dan prosedur dalam menjalankan amanah.
• Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di 2 isi x 1 m =
muka bumi. 2 Markah
- Keseimbangan
Rohani :
• Melaksanakan ibadat fardu dan sunat dengan
istiqamah.
• Menghayati al-Quran dan berzikir dengan
bersungguh-sungguh.
• Melakukan ibadat dengan ikhlas.
Jasmani :
• Mengambil makanan yang baik dan seimbang untuk
menjaga kesihatan tubuh badan.
• Berehat setelah penat bekerja supaya badan Kembali cergas
dan bertenaga.
• Memenuhi keperluan biologi dan fitrah manusia.

Akli :
• Menjauhi barang larangan yang boleh merosakkan
akal seperti dadah dan arak.
• Menggunakan akal sebaik-baiknya untuk
meningkatkan ilmu.
• Menggunakan akal untuk memajukan diri dan
masyarakat serta meningkatkan pembangunan
negara.
- Keadilan
• Menunaikan hak kepada mereka yang berhak
menerimanya.
• Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang
secara hikmah antara dua perkara yang ekstrim.
- Kecemerlangan
• Melakukan kebaikan seperti memakmurkan bumi,
membangunkan negara dan membasmi kemiskinan.
• Mencegah diri daripada melakukan kezaliman,
kefasikan dan kekejaman.
• Menggunakan kekayaan di dunia untuk mendapatkan
keredhaan Allah.
• Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas
kerana Allah.

iii Dua hikmah wasatiyyah :


- Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan
akhlak dan nilai-nilai murni.
- Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat
diwujudkan kerana adanya kestabilan politik.
- Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana kerana tiada 2 isi x 2m =
berlaku pembaziran. 4 Markah

Catatan : Isi (1m) dan huraian (1m)


Isi berbeza huraian sama (1m)
5b i Maksud alam sekitar :
Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling
2 Markah
manusia.

ii Dua adab menjaga alam sekitar :


- Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna.
- Sentiasa memelihara dan menjaga alam sekitar dengan tidak
melakukan kerosakkan.
- Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan
alam sekitar.
- Sentiasa menjaga kelestarian alam sekitar seperti menjaga
2 isi x 1m =
kebersihan sungai.
2 Markah
- sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti
amalan kitar semula.
- Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunakan
sumber air.

Catatan : Isi sahaja (ayat lengkap).

iii Dua faktor berlakunya pencemaran alam sekitar :


- Sikap tidak bertanggungjawab individu seperti membuang
sampah merata-rata.
- Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti
minyak dan sisa toksik. 2 isi x 2m =
Catatan : 4 Markah
- Mana-mana jawapan munasabah diterima. (Faktor
berlaku pencemaran)
- Isi (1m) Huraian (1m)
-

iv Kbat – langkah mencegah pencemaran alam.

Kriteria Skor

Menyatakan hujah sahaja 1 markah

Menjelaskan hujah dan huraian 2 markah 4 Markah


ringkas

Menjelaskan hujah, huraian 3 markah


ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan
Menjelaskan hujah, huraian 4 markah
ringkas dan huraian yang
lengkap yang menyebut alasan
atau sebab atau dalil sokongan
serta mengandungi ayat
kesimpulan atau Olahan
jawapan tepat, jelas, relevan
dan menarik.

Cadangan isi :
Cara mengatasi pencemaran alam sekitar :
- Mengadakan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar.
- Memperbanyakkan iklan penjagaan alam sekitar di media
sosial dan elektronik.
- Memulakan pendidikan alam sekitar sejak di bangku
persekolahan.
- Menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
pencemaran alam sekitar.
- Mengadakan pertandingan keceriaan dan kebersihan di
kawasan kampung dan taman-taman perumahan.

Cadangan jawapan :

Mengadakan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar di stesyen


televisyen, radio dan media masa.[I]Hal ini dapat memberi
kefahaman kepada semua peringkat masyarakat akan kepentingan
menjaga kebersihan alam sekitar.[H] Kesannya setiap anggota
masyarakat akan sama-sama memastikan kebersihan kediaman,
kawasan tempat tinggal dan persekitaran masing-masing.[HL]
Kesimpulannya ,Kita hendaklah menjaga kebersihan alam sekitar
dengan sebaik-baiknya agar dapat hidup dengan bahagia dan
selesa.[K]

Catatan :

- Mana-mana isi yang munasabah diterima.


- Tiada isi, semua H,HL dan K tidak diterima (0M).

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

You might also like