You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEI

HWA Tel : 06-9751143


84400 SUNGAI MATI, TANGKAK Faks : 06-9756716
JOHOR DARUL TA’ZIM Emel:
jea9012@moe.edu.m
y

Ruj. Kami : JEA9012/2022/


Tarikh : 4 Oktober 2022

Kepada,

En. Mohamad Azamudin bin Zainal


(Da’i Azam Al-Kankari)
Jalan Bukit Kangkar, Tangkak
84400 Johor

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak Panitia Agama Islam dengan kerjasama Majlis
Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) SMJK Pei Hwa akan mengadakan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul seperti butiran berikut:

Nama Program : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H SMJK Pei Hwa
Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Tempat : Dewan SMJK Pei Hwa
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput Tuan untuk menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul.

4. Semoga dengan kerjasama dan penglibatan daripada pihak Tuan dapat membantu melancarkan
lagi perjalanan program ini. Jasa baik Tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….

(EN. BOO CHOON YONG)


Pengetua
SMJK Pei Hwa.

You might also like