You are on page 1of 6

Skima

Tasawwur
Islam
Tingkatan
Empat
PKBS Kali ke -2
Jun 2021

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BACHOK

PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PKBS KALI KE-1
TINGKATAN 4 2021

TASAWWUR ISLAM
Dua Jam Tiga Puluh Minit

PERATURAN PEMARKAHAN
TASAWWUR ISLAM
5226

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


SULIT 2 5226

BAHAGIAN A

1. Addin
2. Iman
3. Solat
4. Ihsan
5. Ikhlas
6. Allah SWT
7. Individu
8. Akhlak
9. Dengan manusia
10. Dengan alam
11. Reda/ syukur dan lain-lain
12. Memelihara alam sekitar dan lain-lain
13. ü
14. X
15. ü
16. X
17. B
18. D
19. A
20. C

5226 © 2021 Hakcipta PPD Bachok [Lihat Sebelah]


SULIT 3 5226

BAHAGIAN B

Soalan Isi Huraian Huraian tambahan Kesimpulan


[1 markah] [1 markah] [1 markah] [1 markah]
1 (a) (i) Maksud Islam sebagai addin
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.
(1 isi x 1 Huraian = 2M )
(ii) Dua sebab Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna
1. Ajarannya adalah datangnya daripada Allah SWT/ melalui al-Quran dan al-Hadis/ bukannya
ciptaan manusia.
2. Ajarannya adalah lengkap dan sempurna /yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia
/samada di dunia dan akhirat.
3. Ajarannya adalah sesuai dengan fitrah kejadian manusia/ tanpa mengira darjat dan keturunan.
(2 isi x 2 huraian = 4 M)
(iii) Empat rukun iman
1. Percaya kepada Allah SWT.
2. Percaya kepada Rasul .
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada malaikat.
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada qadak dan qadar
. (4 isi x 1 m = 4 m )
(b) (i) Dua cara menerapkan sifat ihsan dalam beribadat
1. Melakukan sesuatu ibadat / dengan sebaik-baiknya dan sempurna
2. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas/ semata-mata kerana Allah SWT
3. Sentiasa belas kasihan / kepada semua makhluk Allah SWT yang lain
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)
(ii) Cara menyedarkan Mohammad Hafiq Akmal
Menasihati Mohammad Hafiq Akmal (I) dengan berhemat (H1) dengan cara menghantar ceramah
agama (H2) mengenai ikhlas beribadat oleh ustaz yang terkemuka (H3) ke telefon pintar beliau. (H4)
Mudah-mudahan apabila beliau mendengar ceramah tersebut beliau akan menyedari kesilapan
tersebut dan seterusnya berubah kearah yang lebih baik. (K)

Mana-mana jawapan yang munasabah di terima


( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 m)
2 (a) (i) Empat sifat mustahil bagi rasul
1. Kitman - menyembunyikan
2. Baladah - bodoh
3. Khianat – menganayai orang lain
4. Kizib - pendusta
( 1 isi x 1 m = 4 m)
(ii) Dua amalan yang boleh manambahkan keimanan kepada Allah SWT
1. Membaca al-Quran,
2. berzikir,
3. bertahlil
4. bertasbih.
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)
(iii) Perbezaan antara dalil akli dan dalil nakli
Dalil akli adalah bukti daripada pemikiran manusia / manakala dalil nakli adalah bukti daripada al-
Quran atau hadis Rasulullah SAW
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)

5226 © 2021 Hakcipta PPD Bachok [Lihat Sebelah]


SULIT 4 5226
Soalan Isi Huraian Huraian tambahan Kesimpulan
[1 markah] [1 markah] [1 markah] [1 markah]
(b) (i) Perkara yang akan terjadi sekiranya manusia mengingkari adanya perkara ghaib seperti pahala dan
dosa ialah
Menjadikan manusia berani (I) melanggar perintah dan larangan Allah SWT (H1) dengan melakukan
maksiat dan kemungkaran (H2) kerana mereka tidak yakin bahawa segala perbuatan mereka akan
dinilai oleh Allah SWT(H3) . Kesannya manusia akan sentiasa bergelumbang dengan dosa (H4) kerana
tidak percaya kepada pembalasan daripada Allah SWT (K1)

Mana-mana jawapan yang munasabah diterima


( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 m)
(ii) Dua cara membuktikan bahawa pegangan akidah seseorang itu adalah benar dan menepati kehendak
Islam.
1. Menyakini bahawa akidah seseorang itu / adalah berasaskan kepada kepercayaan kepada
kewujudan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Esa
2. Konsep akidah yang dipegangnya adalah bersih / daripada unsur mitos, khurafat dan mendewa-
dewakan manusia
3. Akidah tersebut bertepatan dengan al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)

3 (a) (i) Pengertian ibadah dalam Islam ialah


Ialah pengabdian diri kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang
ikhlas / semata-mata kerana Allah SWT berlandaskan syariat Islam.
( 1 isi x 2 M)
(ii) Maksud ibadat khusus beserta contoh
Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT samada fardu atau sunat.
Contoh : Solat, Puasa sunat, menguruskan jenazah, menuntut ilmu dan sebagainya.
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 contoh = 4 M)
(iii) Dua kepentingan mendirikan solat kepada individu
1. Amalan yang pertama di hisab di akhirat / , jika ibadat solat diterima maka ibadah lain akan
diterima. Jika solat di tolak maka ibadat lain juga akan tertolak.
2. Menyelamatkan diri / daripada perbuatan keji dan mungkar

( 2 isi x 2 huraian = 4M)


(b) (i) Cara kewajipan zakat dapat menghapuskan kemiskinan umat Islam
Dengan sentiasa megeluarkan zakat / serta mencari asnaf zakat / untuk diagihkan zakat tersebut /
kesannya nasib orang miskin akan sentiasa terbela
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 1 isi, 1 huraian, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 4 M)
(ii) Cara untuk meningkatkan kualiti ibadah supaya diterima oleh Allah SWT

Mempunyai niat yang ikhlas (I) kerana Allah SWT (H1) dalam melakukan ibadat (H2) agar ibadatnya
diterima oleh Allah SWT(H3) disamping memenuhi segala peraturan dalam beribadat (H4) seperti
memenuhi syarat, rukun, tertib dan sebagainya (H5) agar amalannya tidak sia-sia. (K)
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 m)
4 (a) (i) Maksud akhlak ialah
Sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang mendorong mereka melakukan sesuatu perbuatan dan
perlakuan / tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam
( 1 isi x 1 huraian = 2M)
(ii) Dua proses penyucian jiwa daripada akhlak yang buruk
1. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT / supaya dapat mendidik jiwa dengan sifat yang
mulia.
2. Sentiasa bersyukur / dengan segala nikmat Allah SWT
3. Sentiasa menjaga silaturahim / sesama manusia lain dengan baik
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)

5226 © 2021 Hakcipta PPD Bachok [Lihat Sebelah]


SULIT 5 5226
Soalan Isi Huraian Huraian tambahan Kesimpulan
[1 markah] [1 markah] [1 markah] [1 markah]
(iii) Dua amalan yang boleh menyuburkan akhlak mulia
1. Penyabar / iaitu sentiasa menerima sesuatu takdir Allah SWTdengan hati yang tenang serta
bersikap positif dengan sesuatu perkara
2. Pemaaf / iaitu sentiasa berlapang dada dengan sesuatu musibah yang menimpa

Mana-mana jawapan yang munasabah diterima

( 2 isi x 2 huraian = 4 M)
(b) (i) Empat contoh akhlak mazmumah yang mesti di hindari
1. Mengumpat
2. Berputus asa
3. Keluh kesah
4. Dengki
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 4 isi X 1 M = 4 m)
(ii) Tindakan yang patut dilakukan bagi menghalang adik daripada terlibat dengan rokok
Menasihati beliau (I) dengan bijaksana (H1) bahawa merokok adalah perbuatan sia-sia (H2) yang
boleh membahayakan kesihatan (H3) kerana ianya boleh merosakkan paru-paru manusia (H4) dengan
asap rokok, kesannya kita akan mudah di jangkiti penyakit yang berbahaya (H5) seperti penyakit batuk
kering dan sebagainya. (K)
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 m)
5 (a) (i) Pengertian rabaniyyah
Semua hukum, konsep, prinsip , nilai dan peraturan Islam / adalah secara mutlak datangnya
daripada Allah SWT.
( 1 isi x 1 huraian = 2 m)
(ii) Dua keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam.
1. Ajaran Islam sesuai dengan fitrah semulajadi manusia / kerana Islam datangnya daripada Allah
SWT
2. Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia / samada di dunia dan akhirat
3. Islam mampu menyelesaikan segala masalah hidup di dunia dan akhirat / kerana ajarannya
lengkap dan merangkumi setiap aspek kehidupan.
( 2 isi x 2 huraian = 4 m)
(iii) Tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi menjaga keperibadian sebagai seorang muslim yang wajib
menutup aurat
Berhenti daripada bekerja ditempat itu (I) dengan mencari kerja ditempat lain (H1) yang patuh syariah
(H2) kerana rezeki Allah SWT berada dimana-mana (H3) selagi kita rajin berusaha dan jujur.(H4)
Kesimpulannya keperibadian muslim seseorang itu akan terjaga dan kita terlepas daripada dosa
membuka aurat . (K)
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 M)
(b) (i) Pengertian murunah serta contoh
Ajaran Islam boleh diperluaskan, berubah mengikut kesesuaian manusia / tanpa mengubah prinsip
asas yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadis.
Contohnya solat qasar, solat jamak semasa sakit atau musafir

Mana-mana jawapan yang munasabah diterima


( 1 isi, 1 huraian x 2 contoh = 4 M)
(ii) Dua ciri alamiyyah yang terdapat dalam hak asasi manusia yang dipertahankan dalam ajaran Islam
1. Tiada paksaan / dalam memeluk agama Islam
2. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat / selagi tidak melanggar batasan agama
3. Kebebasan dalam memiliki harta / dengan cara yang halal.
4. Hak pelindungan nyawa dan kehormatan diri/ daripada dicerobohi.
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)
6 (a) (i) Maksud insan ialah

5226 © 2021 Hakcipta PPD Bachok [Lihat Sebelah]


SULIT 6 5226
Soalan Isi Huraian Huraian tambahan Kesimpulan
[1 markah] [1 markah] [1 markah] [1 markah]
Insan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat istimewa / kerana mereka boleh berfikir,
menerima ilmu dan berkehendak
( 1 isi x 1 huraian = 2 m)

(ii) Empat proses kejadian manusia sebelum ditiupkan roh


1. Nutfah (Concentration) - Sperma lelaki dan ovum perempuan bercantum dandisenyawakan di
dalam rahim perempuan (Permanian)
2. Alaqah (Zigot) – percantuman nutfah menjadi segumpal darah
3. Mudghah (Embrio) – Alaqah akan menjadi seketul daging. Pada peringkat initerbentuk tangan,
kepala, kaki dan tulang rusuk
4. Izam dan Lahm ( Embrio) – Daging akan membaluti tulang sehingga membentuk lembaga manusia
yang sempurna fizikalnya
( 4 isi x 1 m = 4 m)
(iii) Dua keistimewaan manusia berbanding makhluk Allah yang lain
1. Memiliki akal fikiran / yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
2. Dilantik sebagai rasul / untuk menyampaikan risalah Allah SWT.
3. Makhluk yang berbudaya dan bertamadun / yang dapat mencipta kemajuan hidup.
4. Dilantik sebagai khalifah / untuk memakmurkan alam Allah SWT.
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)
(b) (i) Dua tindakan yang patut dilakukan bagi memelihara fitrah kejadian manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT di mjuka bumi.
1. Sentiasa melaksanakan ibadah fardu setiap hari / seperti solat dan sebagainya
2. Memperbanyakan ibadah sunat / seperti puasa sunat, bersedekah dan sebagainya
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian / seperti sentiasa bersyukur dengan
segala nikmat Allah SWT
Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
( 2 isi x 2 huraian = 4 M)

(ii) Akibat yang akan terjadi jika manusia menggunakan akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-
quran dan hadis.
Keadilan tidak terjamin (H) yang menyebabkan berlakunya kezaliman dan pergaduhan dalam
masyarakat (H1) kerana tidak puas hati dengan keputusan (H2) yang menyalahi dan bercanggah
dengan fitrah semulajadi manusia (H3) ini kerana undang-undang ciptaan manusia sentiasa berlaku
perubahan (H4) mengikut perubahan manusia (H5) Kesimpulannya pengunaan akal semata-mata akan
memudahkan berlakunya penyelewengan dalam keputusan yang dibuat.

Mana-mana jawapan yang munasabah diterima


( 1 isi, 1 huraian, 1 contoh, 1 huraian tambahan, 1 huraian lengkap, 1 kesimpulan = 6 m )

SKIMA TAMAT

5226 © 2021 Hakcipta PPD Bachok [Lihat Sebelah]

You might also like