You are on page 1of 11

SULIT

PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021
ANJURAN BERSAMA
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
NEGERI PERLIS

PERATURAN PERMARKAHAN

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 1 SULIT


‫‪SULIT‬‬

‫‪BAHAGIAN A‬‬

‫ݢنجرن‬ ‫‪.11‬‬ ‫ميم شدّة‬ ‫‪.1‬‬

‫فرض کفاية‬ ‫‪.12‬‬ ‫مد لين‬ ‫‪.2‬‬

‫قذف‬ ‫‪.13‬‬ ‫دباچ ڤنجڠ ‪ 2‬حرکة‬ ‫‪.3‬‬

‫امانه‬ ‫‪.14‬‬ ‫دباچ ڤنجڠ ‪ 6/4/2‬حرکة‬ ‫‪.4‬‬

‫علمو تفسير‬ ‫‪.15‬‬ ‫مد صلة طويلة‬ ‫‪.5‬‬

‫حديث حسن‬ ‫‪.16‬‬ ‫وقف قبيح‬ ‫‪.6‬‬

‫‪‬‬
‫خليفة عثمان بن عفان ‪‬‬ ‫‪.17‬‬ ‫منيڤيسکن‬ ‫‪.7‬‬

‫سنن النسا ِئي‬ ‫‪.18‬‬ ‫مد عوض‬ ‫‪.8‬‬

‫اخالق‬ ‫‪.19‬‬ ‫مکية دان مدنية‬ ‫‪.9‬‬

‫تاڠن‪/‬کواس‬ ‫‪.20‬‬ ‫سند دان متن‬ ‫‪.10‬‬

‫‪5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis‬‬ ‫‪2‬‬ ‫‪SULIT‬‬
SULIT

BAHAGIAN B

NO SOALAN JAWAPAN MARKAH


1 (a) (i) Maksud alam semesta ialah: 1 isi x 2 m = 2 m
Satu hamparan dan ruangan yang sangat luas yang tidak
diketahui dan tidak dapat dibayangkan luasnya

(ii) Dua bukti kekuasaan Allah yang disebut di dalam ayat di 2 isi x 1 m = 2 m
atas ialah:
- Penciptaan laut yang airnya masin dan tawar.
- Penciptaan hidupan laut sebagai makanan kepada
manusia.
- Khazanah laut terdiri daripada bahan yang boleh
dijadikan perhiasan oleh manusia.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima-berdasarkan


ayat)

(iii) Orang Islam dituntut mengkaji fenomena kejadian alam 1 isi x 2 m = 2 m


agar:
- Manusia dapat berfikir tujuan penciptaan alam
supaya dapat memanfaatkan sumber alam dengan
sebaiknya.
- Manusia dapat mengkaji alam melalui kajian saintifik
agar dapat menguruskan dan memajukan alam.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(iv) Dua pengajaran ialah : 2 isi x 2 m = 4 m


- Sebagai umat Islam kita hendaklah memelihara dan
memulihara alam keran ia adalah tuntutan agama
- Sebagai umat Islam kita dituntut untuk mengkaji
fenomena alam agar menjadi manusia yang sentiasa
cintakan ilmu.
-
(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(b) (i) Intisari ayat dalam surah Ar-Ra’du ayat 11: 1 isi x 2 m= 2 m
- Allah memerintahkan malaikat supaya mengawasi
manusia pada setiap masa termasuk menjaga
manusia dari ditimpa bahaya.
- Allah menjelaskan bahawa sebahagian malaikat
ditugaskan untuk mencatat segala amalan manusia

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 3 SULIT


SULIT

sama ada baik atau jahat.


- Allah menjelaskan bahawa Allah tidak akan
mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka
yang mengubahnya.
-
(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima-berdasarkan
ayat)

(ii) Seseorang muslim perlu beriman dengan kewujudan 1 isi x 2 m = 2 m


malaikat kerana:
- Mengelakkan daripada perlakuan maksiat kerana
percaya bahawa malaikat sentiasa mencatat setiap
amalan.
- Menggalakkan amalan kebaikan agar buku amalan
dipenuhi dengan perkara yang diredhai Allah swt.
- Memantapkan keimanan seseorang kerana
mempercayai rukun iman yang merupakan asas
akidah.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(iii) KBAT
M Situasi tersebut dapat memberi kesan dalam 6 isi x 1 m = 6m
transformasi pembelajaran dengan:
I Saya akan lebih tekun belajar setiap hari
H Kerana telah disediakan kaedah pembelajaran
yang menarik.
HL Hal ini membuatkan saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam
pelajaran.
D ‫من جد وجد‬
HD Dalil di atas menjelaskan pentingnya kesungguhan
dalam sesuatu pekerjaaan agar menperoleh hasil
yang baik.
R Kesimpulannya, setiap pelajar perlu berusaha
menuntut ilmu dalam pelbagai cara agar beroleh
kejayaan.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 4 SULIT


SULIT

NO SOALAN JAWAPAN MARKAH


2 (a) (i) Intisari Hadis 1 isi x2m = 2m

Rasulullah saw mmenjelaskan:


- Orang yang berbuat baik kepada keluarganya
dianggap sebagai sebaik-baik manusia di sisi Islam.
- Sesorang mukmin perlu menjaga imannya agar boleh
menjadi insan yang berakhlak mulia.
- Lelaki yang tidak berbuat baik kepada isteri dan
keluarganya termasuk dalam golongan yang dimurkai
Allah dan RasulNya.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima-berdasarkan


hadis)

(ii) Kesan Berbuat baik kepada Isteri: 1 isi x 2 m = 2 m


- Mewujudkan hubungan harmoni dalam rumahtangga
agar mendapat keberkatan Allah swt
- Memberikan motivasi kepada isteri agar dapat
menguruskan rumahtangga dengan sempurna.
- Lahir pendidikan anak-anak yang sempurna mengikut
acuan agama kerana kerjasama dan muafakat antara
suami isteri.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(iii) Dua cara terbaik seseorang murid menjauhkan diri 2 isi x 2 m = 4 m


daripada akhlak buruk :
- Mendalami ilmu agama di sekolah, masjid dan
university kerana semakin tinggi ilmu pengetahuan
keagamaan seseorang, semakin tinggi keimanan dan
ketakwaan kepada Allah
- Menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan
laranganNya agar timbul rasa takut untuk melakukan
kemungkaran.
- Berkawan dengan orang yang baik akhlaknya supaya
saling memperingati jika melakukan kesalahan
- Menyibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan
agar terhindar daripada perkara mazmumah.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 5 SULIT


SULIT

(iii) Kepentingan mempunyai iman yang sempurna : 1 isi x 2 m = 2m


- Menjadi perisai/benteng bagi seseorang muslim
supaya tidak melakukan kemungkaran.
- Iman merupakan ubat yang mujarab untuk
menenangkan perasaan keluh kesah/dukacita
- Pemangkin dan pendorong semangat suka berkorban
untuk mendapat ganjaran daripada Allah swt.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(b) (i) Dua kekuatan yang diperlukan oleh umat Islam: 2 isi x 1 m = 2 m
- Kekuatan ilmu
- Kekuatan Sains Dan Teknologi
- Kekuatan Sains Dan Perubatan
- Kekuatan Ekonomi
- Kekuatan Ketenteraan

(ii) Usaha untuk menjadi mukmin yang dikasihi Allah swt: 1 isi x 2 m = 2 m
- Menunaikan kewajipan yang difardhukan dengan
memenuhi rukun Islam ditambah dengan amalan2
sunat yang lain.
- Sentiasa berusaha memperbaiki diri dan bertaubat
supaya sentiasa dekat dengan Allah swt.
- Bersikap adil dalam segala amanah dan
tanggungjawab yang diberikan supaya mendapat
keredhaan Allah swt.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(iii) KBAT
M Persiapan yang diperlukan bagi 6 isi x 1 m = 6 m
mempertahankan keselamatan negara daripada
ancaman pihak luar :
I Kerajaan perlu memastikan penguasaan
Teknologi Ketenteraan yang canggih

H agar dapat mengerunkan pihak musuh yang cuba


mengancam keselamatan negara.

HL Hal ini kerana pertahanan negara adalah


setanding dengan pertahanan negara-negara
besar yang lain.

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 6 SULIT


SULIT

D Firman Allah:
َ ِّ َ َّ ُ ِّ ُ ۡ َ َ ۡ َّ ُ َ ْ ُّ َ َ
‫اط‬
ِ ‫وأ ِعدوا لهم ما ٱست ۡط َعتم من قو ٖة و ِمن رب‬
‫ٱلخ ۡي ِل‬
HD Dalil di atas menjelaskan saranan Islam agar
umatnya sentiasa peka akan isu keselamatan dan
pertahanan negara.

R Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlulah bersiap


sedia dengan segala kekuatan ilmu pengetahuan
dan kepakaran dalam pelbagai bidang untuk
mempertahankan negara daripada sebarang
ancaman dan pencerobohan.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

NO SOALAN JAWAPAN MARKAH


3 (a) (i) Pengertian wahyu 1 isi x 2 m = 2 m
Kalam Allah yang diturunkan kepada seseorang utusan
yang menjadi pilihanNya, melalui perantaraan atau pun
secara tersembunyi sebagai ajaran agama mengikut cara
yang khusus.

(ii) Kepentingan Nuzul Al-Quran secara beransur-ansur 1 isi x 2 m = 2 m

- Memudahkan para sahabat menghafaz dan


mengamalkan al-Quran
- Menguat dan meneguhkan hati Rasulullah saw
sehingga baginda dapat menyelesaikan permasalahan
yang menimpa umat Islam dengan pantas.
- Bukti bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT
bukannya pertuturan Rasulullah saw semata-mata.
- Beransur-ansur dalam menetapkan sesuatu hukum
seperti pengharaman arak.
- Hukum-hukum lebih mudah difahami dan dilaksanakan
agar manusia tidak terbeban dalam melaksanakan
perintah Allah.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 7 SULIT


SULIT

(iii) KBAT
M Sekiranya usaha inovasi al-Quran tidak 6 isi x 1 m = 6 m
dilakukan oleh para ulama
I Umat Islam sukar membaca Al-Quran
H kerana tidak dapat membezakan antara huruf-
huruf Al-Quran, hukum mad, dengung dan
sebagainya.
HL Ini adalah kerana tulisan al-Quran yang asal tidak
mempunyai titik dan baris.
D ‫إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحفظون‬
HD Dalil ini menjelaskan bahawa inovasi tulisan Al-
Quran merupakan ilham daripada Allah untuk
menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran.
K Justeru itu, kita hendaklah bersyukur dan
berterima kasih kepada para ulama silam yang
telah membuat inovasi tulisan al-Quran bagi
memudahkan umat Islam membaca Al-Quran.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(b) (i) Maksud istilah berikut: 2 isi x 2m = 4m

a) Rawi
Individu yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya
sendiri secara bersambung hingga sampai kepada
Rasulullah saw

b) Musnad
Kitab hadis yang disusun mengikut nama perawi
daripada kalangan sahabat

(ii) Pembahagian Hadis Mutawatir: 2 isi x 1m = 2m

- Lafdzi

- Maknawi

(iii) Tindakan untuk menggunakan ilmu Hadis mutawatir dan 1 isi x 2m = 2m


Hadis Ahad sebagai panduan dalam kehidupan:

- Menggunakan hadis mutawatir dengan penuh


keyakinan kerana ia mengandungi maklumat yang
tepat dan tidak boleh dianggap palsu.

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 8 SULIT


SULIT

- Menggunakan Hadis Ahad yang sahih dari segi


sanad dan matan sebagai panduan untuk umat
Islam bertindak mengikut syariat yang ditetapkan

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(iv) Tindakan saya untuk menyekat penularan dan 1 isi x 2m = 2m


penyebaran hadis-hadis palsu :

- Melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat


pendakwah yang menyebarkan hadis-hadis palsu
supaya tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka
- Segera merujuk kepada pihak berkenaan sekiranya
terdapat penularan bahan-bahan bercetak mengenai
hadis palsu agar tidak tersebar secara berleluasa
- Menyelidik dan memastikan sesuatu hadis yang
diterima dengan teliti supaya tidak bersubahat
menyebarkan hadis-hadis palsu

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)


NO SOALAN JAWAPAN MARKAH
4 (a) (i) (a) Pengertian iman dari segi istilah 1 isi x 2 m = 2 m

- Perkara yang menyelamatkan seseorang daripada


kekal dalam neraka Jahannam dan memasukkannya
ke syurga.

- Membenarkan apa yang dibawa oleh Nabi


Muhammad saw dan mengetahui melalui agama
dengan terang dan jelas.

- Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan


lidah dan mengamalkan ajaran-ajaran Allah yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw dengan anggota.

(b) Dua perkara yang boleh membatalkan iman 2 isi x 2 m = 4 m

- Mengucapkan sesuatu yang merosakkan akidah


seperti mengatakan undang-undang Islam adalah
kejam.

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 9 SULIT


SULIT

- Meminta bantuan daripada jin , syaitan atau makhluk


halus untuk meminta nobor ramalan.
- Yakin dalam hati bahawa agama lain lebih baik
daripada agama Islam.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(ii) (a) Dua contoh Af’alullah 2 isi x 1 m = 2 m

1) Kejadian siang dan malam


2) Bencana alam
3) Pasang surut air laut.
4) Peredaran planet2

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(b) Maksud “Beriman kepada Qadha dan Qadar tidak 1 isi x 2 m = 2 m


menafikan usaha dan tawakkal”:

Pernyataan di atas menjelaskan bahawa beriman kepada


Qadha dan qadar bukanlah bermaksud berserah bulat-
bulat kepada Allah tanpa berusaha, sebaliknya hedaklah
berikhtiar sehabis baik kemudian berserah kepada Allah
sebagai penentu.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

(b) (i) Maksud nifaq: 1 isi x 2m = 2 m


Nifaq ialah menzahirkan keimanan pada luaran tetapi
menyembunyikan kekufuran dalam hati.

(ii) (a) Cara merawat penyakit hati: 1 isi x 2 m = 2 m

- Muhasabah diri untuk memperbaiki diri sendiri..


- Menginsafi diri agar tidak hanyut dengan perbuatan
dosa.
- Taubat dan istighfar untuk memohon keampunan
daripada Allah.
- Berdoa kepada Allah agar dapat mengalahkan hawa
nafsu dan godaan syaitan.
- Solat dan zikir kerana keduanya adalah senjata ampuh
bagi mencegah kemungkaran
(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)
5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 10
SULIT
SULIT

(b) KBAT
M Sekiranya perkara tersebut tidak dihayati oleh 6 isi x 1 m = 6m
masyarakat ( Taatilah Allah, rasul dan Ulil Amri)
I Negara akan kucar-kacir
H Kerana rakyat tidak patuh kepada arahan
pemimpin.
HL Kesannya, ekonomi akan lemah dan
pembangunan Negara akan terjejas
D ... ‫ومن يعص األمير فقد عصاني‬... :‫حديث‬
… Sesiapa yang mengingkar pemimpin
sesungguhnya dia mengingkariku...
HD Dalil ini menunjukkan bahawa mentaati pemimpin
adalah bukti keimanan kepada Rasul.
K Kesimpulannya, umat Islam hendaklah mentaati
pemimpin selagi tidak bertentangan dengan
syariat Islam supaya negara aman harmoni.

(Mana-mana jawapan yang sesuai diterima)

5227/1@ Hak Cipta MPSM & MGC Negeri Perlis 11


SULIT

You might also like