You are on page 1of 7

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI


JALAN BACANG UTAMA, TAMAN KOTA MASAI

FORMAT PENANDAAN DAN PEMARKAHAN


PEPERIKSAAN PERTENGAHAHAN TAHUN TINGKATAN 4

TAHUN 2022
BAHASA MELAYU
Kertas 2

____________________________________________________________________________

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta SMK Kota Masai. Kegunaannya khusus untuk
pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam pemarkahan ini tidak boleh
dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa
bentuk media.

____________________________________________________________________________

1103/2 [Lihat halaman sebelah]


SKEMA KERTAS 2
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Soalan 1 : MORFOLOGI
Kata kerja tak transitif
i. Mencabar - Pendakian ke puncak gunung itu lebih mencabar selepas sejam pendakian
kerana perlu melalui pelbagai halangan yang sukar
ii. Bermula - Demam denggi bermula dengan demam panas, bitnik-bintik merah di
seluruh tubuh dan sakit sendi-sendi selepas lima hingga enam hari gigitan
nyamuk.
iii. Berbentuk - Menara Berkembar petronas dikatakan berbentuk dua tongkol jagung .

Senarai 3 kata kerja tak transitif : 3 markah


Ayat :3 Markah
[Maksimum: 6 markah]

Soalan 2 : SINTAKSIS
(i) Ayat Perintah (Permintaan)
(ii) Ayat Seruan
(iii) Ayat perintah (larangan)
(iv) Ayat Tanya
(v) Ayat Perintah (Suruhan)
(vi) Ayat Penyata
[Maksimum: 6 markah]

Soalan 3 : PENYUNTINGAN
Petikan 1
Industri global semasa mempamirkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan pasaran
terbuka yang lebih tercabar hingga terpaksa bersaing dengan syarikat bertaraf antarabangsa.
Peningkatan prodaktiviti yang tinggi menghasilkan rantaian bekalan yang luas untuk memacu
penumbuhan ekonomi. Setiap peringkat dalam rantaian pembekalan ini mempunyai nilai tambah
yang mampu diagihkan kepada beribu industri kecil yang lain
i. Mempamirkan- mempamerkan
ii. Tercabar-mencabar
iii. Prodaktiviti-produktiviti
iv. Penumbuhan-pertumbuhan
v. Pembekalan –bekalan
vi. Beribu-beribu-ribu
[Maksimum: 6 markah]
Petikan 2
Kerajaan berusaha untuk mensasarkan agenda negara bagi memastikan sektor industri utama
masih berada dalam kedudukan yang signifikan sebagai satu daripada sektor penyumbang utama
kepada pendapatan eksport negara, selain daripada sektor elektrik dan elektronik serta sektor
petroleum dan gas. Dengan nilai pemasaran yang kekal positif dan semkin berkembang kini,
peserta industri perabut kayu perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk
menghasilkan pulangan yang mewah.
i. Mensasarkan-menyasarkan
ii. Selain daripada- selain
iii. Pemasaran- pasaran
iv. Perabut-perabot
v. Mewah-lumayan
[Maksimum: 5 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard


Selepas Kertala Sari berkata-kata seperti itu lalu orang suruhan Patih Gajah Mada pun
sampailah. Kemudian, dilihatnya oleh Kertala Sari sedang bercakap-cakap dengan ibunya seperti
kelakuan orang bergaduh. Selepas dilihatnya oleh Kertala Sari orang yang daang itu lalu Kertala
Sari berkata kepada orang itu, “Siapakah tuan hamba ini?”
[Maksimum: 6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa
1. Seperti kacang melupakan kulit
2. Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang janjinya
3. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?

[Maksimum: 6 markah]
Soalan 6 :Petikan Umum
i. Menghadapi/ menemui/ mengalamai berbagai-bagai/ banyak masalah/ halangan/
kekangan/kesukaran /kesulitan

ii. Persamaan:
P1 (Bahan 1 dan Bahan 2) Sikap terlalu memilih pekerjaan 1
P2 (Bahan 1 dan Bahan 2) kurang kemahiran berkomunikasi 1

Perbezaan
Bahan 1
P1 Tawaran gaji yang tidak cukup untuk menampung kos hidup 1
yang semakin meningkat
P2 Penguasaan bahasa inggeris yang lemah 1
P3 Personaliti yang negatif 1

(Bahan 2)
P1 Institusi pengajian tinggi didakwa kurang menawarkan kursus
yang dikehendaki oleh pasaran kerja
P2 Kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia.

[Maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup: 3 isi (satu isi daripada setiap bahan)]

iii. Kesan-kesan apabila siswazah tidak memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian:
P1 Tidak mampu membayar pinjaman semula 1
P2 Menyebabkan tekanan emosi 1
P3 Menyebabkan ketidaktenteraman keluarga 1
P4 Mengalami masalah kewangan untuk berbelanja 1
P5 Menyebabkan perasaan rendah diri 1
*mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima 1

[Maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup: 2 isi ]

iv. Cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi memastikan rakan anda
memperoleh pendapatan:
P1 Beniaga secara kecil-kecilan 1
P2 Mengajar di pusat tuisyen 1
P3 Menjual kraf tangan 1
*mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima

[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup: 3 isi ]
Soalan 7 : Petikan Sastera
i) Mempunyai makanan tetapi dibuang / mempunyai rezeki tetapi dibuang

ii) Nasib malang yang menimpa Pak Kaduk:


P1 Raja merampas tanah Pak Kaduk 1
P2 Menggadaikan tanah/ kampung tergadai 1
P3 Berada di bawah cengkaman orang berkuasa 1
P4 Menumpang di rumah orang walaupun ada rumah sendiri 1
P5 Nyaris mati tidak makan kerana membunuh isteri 1
P6 Belayar ketika tiada angin 1
P7 Menumpang di rumah orang walaupun ada rumah sendiri 1
[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup: 3 isi ]

iii) Faedah-faedah yang diperoleh negara dengan memajukan bidang pertanian:


P1 Meningkatkan ekonomi /Mata wang negara dengan mengeksport 1
hasil pertanian
P2 Mengelakkan pembaziran wang melalui import makanan 1
P3 Menjamin bekalan makanan rakyat jika berlaku krisis 1
P4 Mengurangkan kadar pengangguran. 1

*mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima


[Maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup: 2 isi ]

iv) Cara-cara yang anda lakukan untuk menarik minat murid belajar:
P1 Menggunakan peranti elektronik/ teknologi moden 1
P2 Menjalankan tugas berkumpulan / belajar secara berkumpulan 1
P3 Menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21 1
P4 Menggalakkan murid untuk mencari maklumat daripada internet 1
P5 Menyediakan bilik darjah yang selesa dan kondusif. 1

*mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima

[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup: 3 isi ]
Soalan 8 : Novel
(i) Perkara-perkara yang dilakukan oleh Farisha setelah memasuki perut pesawat:
1. Menyimpan beg beroda di ruang simpanan 1
2. Mengambil tempat 1
3. Memasang tali pinggang keselamatan 1
4. Terus memejamkan mata 1
[Maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup: 4 isi ]

(ii) Dua peristiwa yang menggembirakan:

NOVEL DI SEBALIK DINARA


1. Peristiwa Shida yang sedang bermain squash segera balik ke rumah untuk membuka pintu
rumah apabila Farisha memaklumkan bahawa dia tidak dapat masuk ke rumah.
Sebab gembira : Shida merupakan sahabat sejati yang sangan baik dan sanggup
membantu rakannya yang dalam kesusahan.
2. Peristiwa Azrai yang memasang retina scanner di pintu apartmen rumah Farisha bagi
memastikan keselamatannya terjamin.
Sebab gembira : Peristiwa ini menunjukkan Azrai merupakan seorang abang yang sangat
bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keselamatan adiknya itu.
3. Peristiwa Farisha menerima tawaran daripada Syarikat Soft Lab sebanyak 1.5 juta bagi
menggodam Sistem Dinara yang dimasuki virus.
Sebab gembira : Farisha sangat bertuah kerana mendapat tawaran yang sangat lumayan
dalam masa yang singkat sahaja.
4. Peristiwa berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dikson untuk upacara
pengebumian Dr Karl bagi menghormati Dr Karl buat kali yang terakhir.
Sebab gembira : Ramai pekerja yang menyayangi dan menghargai Dr Karl sewaktu
kematiannya.

NOVEL SILIR DAKSINA


1. Peristiwa Ai Ling yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan deklamasi sajak bahasa
Melayu sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolahnya.
Sebab gembira: Ai Ling merupakan gadis berbangsa Cina tetapi dapat mendeklamasi
sajak dengan baik, walaupun dia mempunyai masalah dalam pernafasan.
2. Peristiwa Umi, Walid dan adik tiri Haiqal telah datang ke kampung Seri Purnama dan
melihat Haiqal yang sedang membuat persembahan tarian zapin di balai raya.
Sebab gembira : Akhirnya Umi berlembut hati dan menerima kemahuan Haiqal yang
cenderung dalam bidang sastera seperti arwah ayahnya.
3. Peristiwa Haiqal yang menghidupkan semula kumpulan zapin di Seri Purnama yang sudah
lama terkubur.
Sebab gembira : Peristiwa ini membolehkan tarian zapin dihidupkan semula dan usaha
ayahnya tidak sia-sia begitu sahaja.
4. Peristiwa Ong See Hwa / Ai Ling mengirimkan manuskrip yang bertulis tangan kepada
Haiqal di Kuala Terengganu
Sebab gembira : Ai Ling telah menunaikan amanah Cikgu Amirulnizam dengan baik agar
menyerahkan manuskrip itu kepada anaknya apabila dia sudah tiada

*mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima

[Maksimum : 6 markah]
[ 1 isi + Huraian : 2 Markah]

Soalan 9 : Rumusan

Bahan membincangkan kepentingankepentingan/ kelebihan-kelebihan/ kebaikan-kebaikan /


faedah-faedah/ manfaat-manfaat robot kepada manusia dan ciri-ciri ciptaan robot sosial

Isi Tersurat Bahan 1 (kepentingan robot kepada manusia )


1. Sebagai mesin yang membantu untuk memudahkan kerja manusia
2. Dapat berinteraksi dengan manusia
3. Digunakan dalam bidang perkhidmatan di pasar raya, di hospital dan di muzium
4. Sebagai terapi di rumah penjagaan warga tua atau kanak-kanak
5. Sebagai penyambut tetamu di univeristi
6. Dapat menunjukkan ekspresi muka neutral, gembira, terkejut dan sedih.
7. Menjadi teman bertutur bagi kanak-kanak.

Isi tersurat Bahan 1 (Ciri-ciri ciptaan robot sosial)


1. Menyerupai manusia
2. Mempunyai rupa bentuk fizikal yang mampu menarik perhatian manusia
3. Tidak wajar mempunyai rupa bentuk yang menakutkan.
Isi Tersurat bahan 2 (Ciri-ciri ciptaan robot sosial)
1. Tidak dipengaruhi oleh emosi dan rasa penat
2. Boleh menjawab pertanyaan manusia
3. Mamu membuat kerja seni
4. Boleh menari mengikut rentak muzik
5. Boleh makan dan menguraikan makanan
6. Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa

Kesimpulan
Semua pihak perlulah menggalakkan penciptaan robot supaya memajukan pembangunan negara.

You might also like