You are on page 1of 3

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

AKTIVITI PENGUKUHAN
BAB 5 ISLAM DI ALAM MELAYU
BAHAGIAN A
1. Perkara-perkara berikut merupakan pengaruh tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia
KECUALI:
A Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
B Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dari kalangan orang Melayu
C Menjadikan Islam sebagai agama persekutuan
D Yang Di-Pertuan Agung sebagai ketua agama dan ketua negara

2 Manakah antara berikut merupakan hasil karya yang ditulis oleh pengarang Melayu dalam sejarah
tamadun Islam di Alam Melayu?
A Al-Umm B Ihya’ Ulumuddin
C Fiqh al-Zakat D Mir’at al-Tullab

3. Apakah bukti kukuh pendapat yang mengatakan Islam datang ke Alam Melayu dari Gujerat, India?
A Batu bersurat B Batu nisan
C Kitab-kitab Urdu D Tembikar

4 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa kepada perubahan terhadap sistem pendidikan dan
keilmuan di rantau ini. Apakah perubahan yang telah berlaku dalam bidang tersebut?
i Kitab-kitab agama ditulis dalam bahasa Melayu jawi
ii Karya kesusasteraan dipengaruhi oleh gaya penulisan dan cerita Melayu
iii Kitab-kitab Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
iv Karya kesusasteraan membantu memperkayakan pemikiran Islam
A i,ii dan iii B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv D Semua di atas

5. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Alam Melayu.


i Faktor perdagangan merupakan antara pemangkin Islamisasi di Alam Melayu
ii Prof. Syed Naquib al-Attas turut menyokong teori kedatangan Islam dari India
iii Penerimaan Islam hanya berlaku di kalangan golongan bangsawan sahaja
iv Animisme adalah anutan tertua masyarakat di Alam Melayu
A i dan II B ii dan iii
C ii, iii dan iv D Semua di atas

6. Siapakah antara berikut BUKAN tokoh sarjana yang membincangkan teori kedatangan Islam ke Alam
Melayu?
A. Syed Muhammad Naquib al-Attas B. Snouck Hurgronje
C. Ahmad Ibrahim D. S. Q. Fatimi

7 Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu.
i. Muncul kerajaan Islam di Pasai, Melaka, Acheh dan Patani
ii. Penggunaan istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu
iii. Tamadun Islam dipengaruhi adat dan budaya Melayu

1
iv. Tersebarnya agama Islam secara revolusi
A. i, dan ii B. i, ii, dan iv
C. i, ii, dan iii D. iii dan iv

8 Manakah antara berikut hujah yang menyokong bahawa Islam datang dari arah Semenanjung Tanah Arab?
i. Cara pembacaan al-Quran dalam kalangan umat Islam di Malaysia
ii. Pendakwah yang datang ke Alam Melayu berasal dari negara Arab
iii. PengIslaman pemerintah kerajaan Kedah iaitu Maharaja Derbar II
iii. Persamaan batu nisan di Pasai danGerisik di Tanah Jawa
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

9 Berikut adalah tokoh-tokoh ulama Melayu yang tersohor KECUALI


A. Nasiruddin al-Tusi B. Syeikh Daud Patani
C. Shamsuddin al-Sumatrani D. Abdul Rauf al-Singkel

10 Apakah yang boleh dikaitkan penemuan batu bersurat di Terengganu dengan teori kedatangan Islam ke
Alam Melayu?
A. Islam datang dari arah India B. Islam datang dari arah Arab
C. Islam datang dari arah Parsi D. Islam datang dari arah Champa

11 Manakah antara pernyataan berikut BUKAN faktor utama penerimaan Islam di kalangan masyarakat
Melayu?
A. Kegerunan terhadap kekuatan Islam B. Keistimewaan ajaran Islam
C. Keikhlasan pendakwah D. Pengaruh pemerintah

12 Manakah pernyataan berikut TEPAT mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia?
i. Raja-raja menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing
ii. Peruntukan kewangan kerajaan untuk program-program keislaman
iii. Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi seluruh persekutuan
iv. Kebebasan beragama, amalan dan peruntukan kewangan untuk semua penganut agama lain
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

13 Apakah peruntukan yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
A. Hak keistimewaan orang Melayu
B. Keistimewaan raja-raja Melayu
C. Islam sebagai agama persekutuan
D. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
14 Mengapakah tamadun Melayu dianggap sebagai asas kepada pembinaan tamadun Malaysia?
i. Peranan kerajaan dan raja-raja Melayu di dalam pemerintahan negara
ii. Adat-istiadat Melayu sebagai kebudayaan rasmi negara
iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
iv. Hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

15 Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan sumbangan tamadun Melayu-Islam dalam pembinaan
tamadun Malaysia, KECUALI

2
A. Tamadun Melayu teras tamadun Islam
B. Agama Islam memantapkan tamadun Melayu
C. Tamadun Melayu memantapkan tamadun Malaysia
D. Tamadun Melayu asas pembinaan bahasa dan bangsa Melayu

BAHAGIAN B
SOALAN 1
Kedatangan Islam ke Nusantara telah memberikan pengaruh positif yang mengubah cara hidup orang
Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan. Bangsa Melayu telah berjaya membangunkan tamadun dan
kebudayaan nilai-nilai Islam. Pengaruh ini meletakkan beberapa asas penting dalam pembentukan negara
Malaysia.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan:
(a) TIGA (3) faktor utama yang mempercepatkan proses perkembangan Islam di Nusantara.
(b) TIGA (3) pengaruh tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia.

SOALAN 2
Prof. S. M. Naquib al-Attas menegaskan bahawa kedatangan Islam telah melahirkan zaman baharu di
Alam Melayu.
Berdasarkan pendapat tersebut, bincangkan:
(a) TIGA (3) teori kedatangan Islam di Alam Melayu.
(b) TIGA (3) elemen yang menunjukkan tamadun Melayu menjadi asas kepada pembinaan tamadun
Malaysia.

SOALAN 3
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah menjadikan Alam Melayu sebahagian daripada dunia Islam.
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan perkara-perkara berikut:
(a) DUA (2) kesan pengaruh Islam di Alam Melayu.
(b) TIGA (3) pengaruh tamadun Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia.

SOALAN 4
Kedatangan Islam telah member impak yang besar kepada pembinaan tamadun di Nusantara dalam
pelbagai aspek.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan:
(a) EMPAT (4) pengaruh Islam di Nusantara.
(b) EMPAT (4) hujah Islam menjadi teras dalam pembinaan tamadun Malaysia.

You might also like