You are on page 1of 3

KARANGAN RESPON TERHAD

(KARANGAN PENDEK)
TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD
(KARANGAN PENDEK) YANG CEMERLANG
1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa
Melayu PT3.
2. Apa itu karangan respon terhad (karangan pendek)? Bermaksud anda
perlu merangka sebuah karangan yang pendek dan ringkas berdasarkan
soalan.
3.10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.
4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.
5.Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya
tidak menyusahkan pemeriksa kertas.
6.Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
7.Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek )untuk
soalan bahagian ini.
8.Gunakan semua isi yang diberikan.
9.Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan
pendek.
10.Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah
perkataan.
11.Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti
Sekolah Rendah Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah
dikira sebagai 1 perkataan sahaja.
CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA
MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos


perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban
ibubapa- bayar yuran- perlu praktikkan

RANGKA KARANGAN:
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
ISI-ISI PENTING
1. Dapat digunakan semasa kecemasan.
- Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
2. Berjimat-cermat.
- tidak boros berbelanja
- membeli barangan keperluan sahaja.
3.Mengurangkan beban ibu bapa.
-Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua
orangterutamanya generasi muda.

You might also like