You are on page 1of 15

Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 53

Faktor Risiko Tingkah Laku Relaps Dadah dalam Kalangan Pelatih Wanita di
Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC)

(Risk Factors of Drug Relapse Behavior among Female Clients in Cure and Care
Rehabilitation Centre (CCRC))

Norruzeyati Che Mohd Nasir*1,


Mohammad Rahim Kamaluddin2
Mohd Alif Jasni1
1
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia
2
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

*Corresponding e-mail: [zeyati@uum.edu.my]

The issue of drug addiction among women has shown a significant increased over the years.
One of the issues related to drug addiction is drug relapse. Most studies on drug addiction
focus on male clients and thus contribute to intervention strategies that appropriate for male.
An effective intervention strategy must be client-based as well as gender-based intervention.
Therefore, this study is aimed to explore the risks factors of drug relapse involving female
clients in Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok, Kelantan. This study utilized
qualitative research design, consisted of an in-depth interview with 11 informants, who are
chosen based on the purposive sampling technique. The data obtained from the interview
were analyzed using thematic analysis through Nvivo 10 software. There are three main
themes emerged that explain the risk factors of drug relapse among women; employment
issues, internal factors or emotional strain and push and pull factors from the informant's
social system. This study proposes that intervention strategies should be holistic and
integrative by incorporating a client’s ecological systems, namely micro, mezzo and macro
levels. Emphasis should also be given to the client's psychological aspects.

Keywords: risk factors, relapse behavior, drug addiction, female

Masalah penagihan dadah adalah isu penagih wanita adalah kecil, namun
global yang sentiasa menarik perhatian terdapat peningkatan kes dari tahun ke
ramai pihak kerana masalah ini boleh tahun, misalnya daripada 699 kes (2014)
merencatkan keselamatan, ketenteraman kepada 1,184 kes (2016). Jika tiada
awam dan pembangunan individu, langkah pencegahan dan pemulihan yang
keluarga, masyarakat serta negara. Di khusus, kemungkinan lebih ramai wanita
Malaysia, jumlah penagih dadah yang terjebak dengan penagihan dadah pada
berjaya dikesan dalam tempoh lima tahun masa hadapan. Pengkaji menjangkakan
(2014 – 2018) ialah 130,478 kes dengan penagih dadah wanita akan berkembang
125,633 kes (96.3%) melibatkan penagih dengan cepat berbanding lelaki (Ridenour
lelaki manakala 4,845 kes (3.7%) penagih et al. 2005). Wanita didapati mempunyai
wanita (Agensi AntiDadah Kebangsaan risiko yang tinggi untuk bergantung
(AADK), 2018). Walaupun bilangan kepada dadah, menggunakan dadah secara
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 54

berlebihan dan mempunyai tahap


ketagihan serta risiko relaps yang tinggi Menurut Kendler, Bulik, Silberg, Hettema,
(Addiction Center, 2019). Myers & Prescott (2000), remaja
perempuan yang didera secara seksual
Kajian menunjukkan majoriti wanita adalah tiga kali lebih tinggi untuk terlibat
terlibat dengan penagihan dadah ketika dengan dadah. Kajian Day, Thurlow dan
usia remaja atau awal belia iaitu dalam Woolliscroft (2003), sebanyak 70% hingga
lingkungan umur 15 hingga 20 tahun dan 80% mangsa penderaan seksual
21 hingga 26 tahun (Fauziah, Ezarina, mengambil dadah secara berlebihan.
Salina, Norulhuda & Nor Jana, 2014). Di Menurut Sabitha, Mahmood dan Rosnah
Amerika Syarikat, remaja perempuan (2007), antara sebab utama wanita terlibat
berusia 12 hingga 17 tahun cenderung dengan dadah ialah perasaan ingin tahu,
menyalahgunakan semua jenis opioid dan menghilangkan kerungsingan, pengaruh
stimulan berbanding remaja lelaki dalam rakan sebaya, perpecahan keluarga dan
kategori umur yang sama (Addiction pergolakan rumah tangga, melarikan diri
Center, 2019). Jenis dadah yang paling daripada masalah hidup serta pengalaman
banyak diambil oleh wanita ialah syabu didera semasa kanak-kanak. Abasi dan
diikuti dengan heroin, ganja, Mohsmmadkhani (2016) mendapati tiga
amphetamina, morfin, candu, kokain dan faktor utama yang menyumbang kepada
inhalan (Fauziah et al. 2014). Kajian Sun, penglibatan wanita dalam penagihan dadah
Guo, Li, He dan Lu (2017) mendapati iaitu ketidakfungsian keluarga, gaya
dadah sintetik menjadi pilihan berbanding keibubapaan dan keganasan domestik.
dadah tradisional oleh penagih wanita di Keluarga yang tidak berfungsi ialah
Beijing, China. Kokkevi et al. (2014) keluarga yang gagal menjalankan peranan
mendapati penyalahgunaan dadah dalam kerana ibu bapa sendiri terlibat dengan
kalangan wanita melibatkan gabungan penagihan dadah. Kanak-kanak yang
beberapa jenis dadah atau polydrug. membesar dalam keluarga tersebut
Pengambilan polydrug boleh mungkin meniru perlakuan ibu bapa
meningkatkan risiko masalah kesihatan, melalui pemodelan peranan. Sikap
pengunaan dadah yang kerap dan tingkah permisif dalam keluarga yang ketagihan
laku relaps (Galaif & Newcomb, 1999). dadah mempengaruhi sikap anak-anak
untuk mengamalkan tingkah laku yang
Penagihan berulang atau relaps adalah sama. Macy, Renz dan Pelino (2013)
bersifat kompleks, dinamik dan tidak mendapati penagih wanita bermula dengan
dijangka. Menurut Marlatt & Witkiewitz pengambilan alkohol atau marijuana
(2005), relaps bermaksud kembali semula setelah diperkenalkan oleh ahli keluarga
kepada pola tingkah laku bermasalah dan atau rakan sebaya.
ia menjadi denominator utama dalam
merawat sesuatu masalah tingkah laku. Terdapat kajian menunjukkan wanita yang
Kajian menunjukkan pengalaman didera oleh pasangan cenderung untuk
traumatik semasa kanak-kanak antara menggunakan dan bergantung kepada
penyumbang kepada penagihan dadah substans berbanding wanita yang tidak
wanita. Antara pengalaman hidup yang pernah didera. Sebagai contohnya,
traumatik ialah ketidakfungsian keluarga, Schneider dan Burnette (2009) mendapati
pengabaian, mangsa keganasan domestik 47% wanita yang mendapatkan rawatan
serta penderaan fizikal, seksual dan emosi penyalahgunaan bahan mempunyai
(Hien, Cohen, & Campbell, 2005). Selain pengalaman sebagai mangsa keganasan
itu, faktor psikologikal juga dikaitkan rumahtangga. Begitu juga dengan kajian
dengan isu penagihan dadah (Nazira et al., Engstrom, El-Bassel dan Gilbert (2012)
2019). menunjukkan 90% wanita yang hadir
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 55

untuk rawatan metadon pernah mengalami pengkaji menghubungi Pengarah di


keganasan oleh pasangan pada satu-satu CCRC, Bachok sebelum proses
tahap dalam hidup mereka. Malahan, penggumpulan data bermula. Kajian ini
Macy, Renz dan Pelino (2013) melibatkan 11 informan yang dipilih
menyatakan kebergantungan kepada dadah menggunakan teknik persampelan
adalah strategi untuk melupakan masalah bertujuan iaitu hanya informan yang
hidup dan menangani tekanan mempunyai rekod kemasukan ke mana-
psikologikal. Wanita yang mempunyai mana institusi pemulihan dadah, pernah
sejarah penagihan dadah juga berdepan dipenjarakan atas kesalahan menggunakan
dengan stigma masyarakat kerana dadah untuk diri sendiri atau pernah
perlakuan tersebut bertentangan dengan ditempatkan di institusi pemulihan akhlak
ciri-ciri peribadi dan tingkah laku wanita seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
yang baik (Ayyagari, Boles, Johnson & Pemilihan informan berdasarkan cadangan
Kleber, 1999). Penagih dadah wanita daripada pihak pengurusan iaitu
dianggap gagal memenuhi aspirasi dan mempunyai rekod tingkah laku relaps dan
tuntutan hidup berkaitan dengan prinsip boleh memberi kerjasama dalam proses
moral wanita. Keadaan ini boleh temu bual. Seramai 13 informan telah
mendorong kepada tingkah laku relaps dikenal pasti oleh pihak pengurusan.
kerana kurangnya sokongan sosial Pengkaji membuat pertemuan dengan
daripada orang sekeliling. Berdasarkan informan yang tersenarai dan menjelaskan
perbincangan di atas, faktor penglibatan latar belakang, objektif kajian, jangkaan
wanita dalam penagihan dadah adalah impak kajian serta prosedur kajian.
bersifat pelbagai atau multi-faktorial. Selepas pertemuan itu, dua informan
Justeru itu, kajian ini bertujuan meneroka menarik diri daripada terlibat dalam kajian
faktor risiko tingkah laku relaps dadah ini.
dalam kalangan pelatih wanita di Cure and
Care Rehabilitation Centre (CCRC), Kaedah penggumpulan data kajian ini
Bachok, Kelantan. menggunakan temu bual secara
bersemuka. Kaedah ini membolehkan
Kaedah Kajian pengkaji menyelami pengalaman, perasaan
dan sejarah hidup informan. Kelebihan
Objektif kajian ini ialah mengeksplorasi menggunakan kaedah temu bual ialah
faktor risiko tingkah laku relaps dadah memberi ruang kepada informan untuk
dalam kalangan pelatih wanita di Cure and berkongsi pengalaman hidup tentang
Care Rehabilitation Centre (CCRC). Oleh tingkah laku relaps dadah, menghasilkan
itu, rekabentuk kajian yang digunakan data yang “kaya” bagi memenuhi objektif
ialah rekabentuk kualitatif. Pemilihan kajian serta membolehkan pengkaji
rekabentuk ini berasaskan alasan bahawa menjelaskan sesuatu perkara dan
ianya sesuai bagi mengkaji fenomena yang melakukan probing sepanjang sesi temu
jarang dikaji, isu yang kompleks, bual berlangsung. Proses pengumpulan
mendapatkan pandangan yang bersifat data menggunakan satu set senarai soalan
subjektif serta memahami masalah sosial temu bual semi struktur yang disiapkan
dalam bentuk yang interpretif (Cresswell, sebelum kajian lapangan. Soalan
1998; Rubin & Babbie, 2008). Kajian ini berbentuk semi struktur membolehkan
secara bertujuan memilih CCRC, Bachok, pengkaji mengeksplorasi secara mendalam
Kelantan sebagai lokasi kajian kerana pengalaman tingkah laku relaps dadah
CCRC ini menempatkan penagih wanita serta membolehkan informan
daripada seluruh negara. Pengkaji telah menghuraikan sesuatu isu. Soalan yang
mendapat kebenaran bertulis daripada dikemukakan merangkumi aspek latar
Ketua Pengarah AADK seterusnya sosio-demografi informan, sejarah
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 56

penglibatan dalam penagihan dadah serta Kelantan. Seramai empat informan berada
pengalaman tentang faktor tingkah laku dalam lingkungan umur 20 hingga 29
relaps dadah. tahun, empat informan berumur antara 30
Sesi temu bual mengambil masa lebih hingga 39 tahun dan tiga informan
kurang 45 hingga 60 minit untuk setiap berumur antara 40 hingga 49 tahun.
informan. Tempoh masa bergantung Seramai lima informan berkahwin, dua
kepada kandungan temu bual dan informan masih bujang, dua informan
perkongsian pengalaman informan. Hasil telah bercerai dan dua informan kematian
temu bual telah dianalisis secara tematik suami. Informan yang mempunyai
menggunakan bantuan perisian NVivo 10. bilangan anak paling ramai ialah informan
Proses analisis data kualitatif melibatkan R4 iaitu tujuh orang diikuti informan R7
penelitian terhadap transkrip temu bual, dengan lima orang anak. Kebanyakan
membuat catatan dan mengelompokkan informan bersekolah hingga sekolah
data mengikut tema. Hanya satu tema menengah iaitu tingkatan lima (tiga
dianalisis dalam satu-satu masa supaya informan), tingkatan tiga (dua informan)
pengkaji dapat memberi sepenuh perhatian serta tingkatan satu dan dua (tiga
tanpa dipengaruhi oleh maklumat yang informan). Terdapat seorang informan
tidak berkaitan. Analisis data kualitatif yang bersekolah hingga darjah lima,
memerlukan penelitian dan komitmen manakala dua informan lagi tidak pernah
pengkaji untuk memahami secara bersekolah (R1 dan R3). Bilangan adik
mendalam penyataan informan sama ada beradik informan adalah tiga orang ke atas
yang tersurat mahupun yang tersirat. dengan seorang informan adalah anak
Sehubungan itu, pengkaji akan membaca tunggal dan seorang pelatih (R1) tiada
berulang kali pernyataan informan maklumat tentang adik beradik beliau.
sebelum mengelompokkannya mengikut Informan R1 tidak mengetahui asal
tema. usulnya setelah dibesarkan oleh keluarga
angkat sehingga berusia 11 tahun. Seramai
Hasil Kajian 10 informan beragama Islam dan hanya
seorang informan beragama Kristian.
Profil sosio-demografi dan sejarah Begitu juga dengan kaum iaitu 10
penagihan dadah informan adalah kaum Melayu dan
seorang informan adalah suku kaum
Jadual 1 memaparkan profil sosio- Bidayuh.
demografi 11 informan yang terdiri
daripada pelatih wanita di Cure and Care
Rehabilitation Centre (CCRC), Bachok,

Jadual 1
Profil sosio-demografi informan
Status Bil. anak Tahap Bil. adik
Informan Umur perkahwinan Pendidikan beradik
R1 36 Bercerai 4 Tidak bersekolah TM
R2 36 Bujang - Darjah 5 14
R3 45 Bujang - Tidak bersekolah 4
R4 38 Berkahwin 7 Tingkatan 2 8
R5 35 Berkahwin 2 Tingkatan 1 4
R6 24 Berkahwin 1 Tingkatan 1 6
R7 29 Bercerai 5 Tingkatan 5 1
R8 46 Berkahwin 4 Tingkatan 3 5
R9 23 Berkahwin - Tingkatan 5 5
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 57

R10 28 Balu 2 Tingkatan 3 3


R11 48 Balu - Tingkatan 5 8
TM = Tiada maklumat

Berdasarkan Jadual 2, kebanyakan ketika berumur 30 tahun. Jenis dadah dan


informan mengambil dadah semasa usia substans yang diambil terdiri daripada
belasan tahun atau dalam kategori “kanak- heroin, eremin-5, ekstasi, syabu, ganja,
kanak” (18 tahun ke bawah) dengan usia kokain dan morfin. Sebilangan informan
yang paling muda ialah 11 tahun (R1 dan mengambil beberapa jenis dadah atau
R2). Usia yang paling lewat ketika mula- pengguna dadah polydrug iaitu informan
mula mengambil dadah ialah R8 iaitu R1, R6, R8, R10 dan R11.

Jadual 2
Maklumat sejarah penagihan dadah
Umur mula Tempoh
Informan mengambil dadah menagih Jenis dadah
(tahun) (tahun)
R1 11 25 Heroin/eremin-5/ekstasi
R2 11 25 Heroin
R3 27 18 Heroin
R4 13 25 Heroin/Syabu
R5 17 18 Heroin
R6 13 11 Ganja/syabu/Erimin-5
R7 20 9 Syabu
R8 30 16 Syabu/ganja
R9 15 8 Ekstasi
R10 18 10 Ekstasi/heroine/kokain/syabu
R11 17 31 Ganja/heroin/morfin

Faktor Risiko Tingkah Laku Relaps pengalaman tentang kesukaran


Dadah mendapatkan atau mengekalkan pekerjaan
kerana rekod jenayah dan status bekas
Objektif kajian ini ialah mengeksplorasi penagih dadah. Informan memaklumkan
faktor risiko tingkah laku relaps dadah bahawa majikan sanggup memecat mereka
dalam kalangan pelatih wanita dengan apabila mengetahui status sebenar
menggunakan pendekatan kualitatif. walaupun sudah bekerja beberapa bulan.
Berdasarkan temu bual dengan 11
informan, tiga tema umum yang Saya pernah kerja guard tapi tak
dibangkitkan berhubung kenapa mereka sampai 3 bulan dia cek balik rekod,
mengulangi penagihan dadah iaitu masalah terus buang.
pekerjaan, faktor internal atau psikologikal (Informan R2)
serta faktor penarik dan penolak daripada
sistem sosial. Shopping complex, hotel-hotel pun dia
cek rekod sekarang…payah (mendapat
1) Isu pekerjaan kerja)
(Informan R3)
Pekerjaan merupakan tema yang
dibangkitkan oleh informan R1, R2, R3, Informan R4 turut berkongsi masalah
R4, R10 dan R11. Mereka berkongsi pekerjaan yang dihadapi oleh adiknya
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 58

sebagai bekas penagih dadah. Apabila kerja. Majikan meminta mereka menunggu
terdapat kes jenayah di tempat kerja, pihak keputusan, namun tiada khabar berita sama
pengurusan memecat mereka yang ada mereka memperolehi pekerjaan yang
berstatus bekas penagih daripada bekerja. diinginkan atau tidak. Kegagalan
Tindakan tersebut menimbulkan perasaan mendapatkan pekerjaan ditambah dengan
kecewa sehingga membawa kepada harapan keluarga supaya bekerja
penagihan berulang. menimbulkan perasaan kecewa sehingga
mereka memilih untuk kembali menagih
Macam adik memang dapat kerja, dadah.
kerja elok la, adik saya pun takde “Bila dah keluar dari pusat…bila dah
hisap…elok je dah tiga bulan, siap duduk kat rumah mula la family pulak
dapat beli motor…lepas tu ada satu mengharap kitorang ni buat kerja,
kes, kes ni kes rogol bunuh. Semua dia sebulan, dua bulan boleh la dorang
(majikan) buang, yang takde bersalah tanggung…pergi mintak kerja ni tak
yang takde apa, dia cek rekod semua dapat, tunggu-tunggu…ok, nanti la
kena buang…padahal rekod-rekod tu saya (majikan) panggil tinggal nombor
dah lama punya rekodkan. Tu adik telefon … kita pun hisap balik”
saya pun hisap balik, frust. (Informan R2)
(Informan R4)
Saya memang nak berubah la kan,
Terdapat juga informan yang mendapat pergi interview kerja kat company tu
pekerjaan walaupun majikan mengetahui dah siap ambik gambar apa semua tu,
sejarah penglibatan mereka dalam tingkah family saya susah kan… modal pinjam
laku jenayah atau penagihan dadah. Walau dekat mak dulu…lepas tu dia kata
bagaimanapun, mereka sering diugut nanti dia panggil. Kalau tak nak terima
dengan laporan palsu oleh pihak majikan cakap teruskan, nanti panggil-panggil,
dan tidak diberi bayaran kerja lebih masa. last-last tak panggil…benda-benda
macam ni yang banyak bagi kitaorang
Kalau kita minta gaji kita kan, contoh down balik.
la macam gaji 1 hari RM50 kan dia (Informan R4)
dah OT (over time) 1 jam RM 2.50,
contoh la RM 70 (untuk sehari), nak Bekas penagih yang gagal mendapat
mintak OT, majikan pun cakap, kau pekerjaan akan menggunakan saluran tidak
kira bagus aku tak report polis, kalau sah untuk mendapatkan wang seperti
tak aku boleh charge kau curi barang menjual dadah atau mencuri. Akhirnya
aku ke apa ke…Walaupun tak buat, mereka kembali semula kepada penagihan
sebab dia dah tau dah rekod kita, dadah. Informan R1, R4 dan R11
ambik kesempatan. berkongsi pandangan tentang penglibatan
(Informan R1) mereka dalam kerja berkaitan jenayah
sebagai sumber ekonomi.
Mereka sangat mengharapkan ada majikan
yang sudi mengambil mereka sebagai Pasal tu penagih banyak yang jadi
pekerja. Pekerjaan merupakan aspek penyamun, habis nak kerja elok-elok
penting dalam proses berintegrasi semula tak dapat. Saya cakap benda yang
dengan masyarakat dan mengelakkan diri betul.
daripada bergaul dengan rakan-rakan lama (Informan R4)
sehingga boleh kembali terjebak dengan
penagihan dadah. Terdapat informan yang Keluar dari sini 2011, tokan call saya
menunjukkan komitmen mencari pekerjaan balik, “nak cari duit tak?”. Masa tu
dan mengharapkan mereka mendapat saya memang memang nak guna duit.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 59

Saya nak duit yang cepat. Tak fikir


banyak. Itu lah jadi macam tu. Hasil kajian menunjukkan tema faktor
(Informan R11) internal informan menjadi penyumbang
kepada tingkah laku relaps dadah. Majoriti
Terdapat informan yang berusaha untuk informan memberikan reaksi kecewa dan
mendapatkan wang dengan cara yang sah putus harapan untuk kembali sebagai
iaitu melalui bekerja sendiri. Informan R1 individu bebas dadah. Perasaan tersebut
berminat dalam membuat kek dan roti adalah refleks kepada isu seperti kesukaran
hasil latihan kemahiran dalam penjara mendapatkan pekerjaan dan penerimaan
sebelum ini. Sebaik keluar dari penjara, sistem sosial. Misalnya, informan R1
beliau mengusahakan perniagaan kek dan mempunyai sejarah hidup yang traumatik
roti secara atas talian dan dijual kepada apabila tidak mengetahui asal usul
kenalan di penjara, pusat pemulihan serta keluarga atau anak terbuang, dirogol oleh
orang awam. Beliau menggunakan saluran abang angkat serta kecewa dengan sikap
media sosial facebook untuk stigma masyarakat terhadap status penagih.
mempromosikan perkhidmatannya. Namun Semua situasi ini menimbulkan perasaan
begitu, perniagaan beliau yang semakin dendam dan sikap benci kepada orang lain.
maju disabotaj oleh individu yang
mengenali beliau melalui ruangan komen. Dalam hati ni penuh
Peristiwa ini menyebabkan informan dendam…bermain dalam saya punya
berasa amat kecewa dan kembali semula hati, jiwa, perasaan. Setiap kali orang
menjual dadah. tua tengok saya, saya mesti maki dia
apasal kau tengok aku, anak kau ke,
Biasanya customer saya ramai kawan- aku pakai baju kau, mintak duit
kawan dari penjara, pusat dan orang kau…sampai satu tahap saya takde
luar. Dia (pelanggan) akan beli tapi hormat sebab penuh dengan dendam
bila tup tup satu hari, saya tengok kat dalam hati...sampai la saya keluar
facebook saya, ada yang komen “eh masuk keluar masuk.
kau beli dengan R1 tu ke? R1 tu kan (Informan R1)
bekas penagih, buatnya dia masukkan
dadah dalam tu. Tu yang kek dia sedap Perasaan dendam juga timbul disebabkan
apa semua kan”. Komen lain marah dengan tindakan pihak berkuasa
“memang la dia murah sebab dia nak menempatkan informan dalam pusat
bagi laku, kau tak tau dia letak dadah pemulihan.
ke dalam tu…tu yang korang asyik
ingat dia, nak ambik je dengan dia”. Macam kena tangkap dia jadi dendam
(Informan R1) tau…Kita dipaksa… balik, keluar pintu
pagar terus hisap. Saya pernah 22
Bila lepas tu…saya terus jatuh. Yang bulan (di pusat), bila bebas saya pergi
ada pun cuma kawan-kawan sama- terus cari barang lepas geram.
sama masa di penjara, bila jatuh (Informan R4)
mendadak, saya macam jadi
stress…lantak kau la, baik aku jual Informan turut berkongsi pandangan
dadah lagi bagus, jual dadah satu hari tentang perasaan putus harapan untuk
dapat dua tiga ribu kan…benda halal kembali kehidupan normal ekoran sudah
pun aku boleh kecundang. Macam ni, lama terlibat dengan penagihan dadah.
baik aku buat kerja salah.
(Informan R1) Usia saya ni banyak habis kat dalam
je, saya penjara 9 kali, daripada umur
2) Faktor internal/ Ketegangan emosi saya 14 tahun saya biasa masuk,
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 60

Sungai Lereh 3 tahun lepas tu saya diri dan mengharapkan tuhan mengambil
bebas sebulan masuk pulak Batu Gajah nyawa.
Perak 3 tahun…Seterusnya macam ni
ah, keluar masuk. Ingin cuba bunuh diri, dah 5 kali dah,
(Informan R4) koma-koma duk hidup lagi. Cakap bila
la Tuhan nak ambik (nyawa).
Saya berhenti dalam pusat je la gentle (Informan R2)
la saya cakap, kang bila balik ni hisap
ah…Macam orang selalu Tuhan kalau kau nak ambik nyawa aku
cakap…sekeras-keras kerak nasi tu kau ambik lah, tak sanggup dah nak
kalau dia curah air dia jadi lembut tempuh. Saya kalau boleh hari-hari
jugak. Macam batu kan setiap hari dia saya mintak mati sebab apa tak nak
kena titis-titis…sama gak dadah. jumpa besok kan entah-entah besok
(Informan R3) apa lagi hidup korang buat. Esok lagi
akan jadi kan…lepas tu kira memang
Tapi kalau saya keluar, dalam masa 3 makin hari makin saya makin gelap.
bulan tu...InsyaAllah la drop balik. (Informan R1)
(Informan R6)
3) Faktor penarik dan penolak daripada
Bagi informan R1, perancangan untuk sistem sosial
meninggalkan menagih selepas dibebaskan
hanyalah angan-angan penagih. Pernyataan Hasil temu bual mendapati faktor penarik
informan di bawah mengambarkan dan penolak daripada lingkungan sistem
perasaan putus harapan untuk bebas dadah. sosial menyumbang kepada tingkah laku
relaps dadah. Terdapat dua sistem sosial
Sampai sekarang la terus terang saya utama di sini iaitu keluarga dan rakan-
cakap…kita tak boleh nak rancang rakan. Penolakan (rejection) dan stigma
sebab apabila kita merancang kita daripada keluarga menjadi faktor penolak
hipokrit sebab apa…kita ni berangan, kepada penagihan semula. Manakala
sebabnya apa yang kita rancang ni rakan-rakan menjadi faktor penarik kepada
berangan. Kita berangan nak jadi penagihan semula. Rata-rata informan
orang normal. Kita berangan je mengakui bahawa rakan-rakan mempunyai
sedangkan kita tau, kita kenal diri kita pengaruh yang kuat untuk mereka terjebak
siapa. Balik ni mana kaki kita akan semula dengan dadah. Informan R7 dan
pergi dulu. Tak payah la cakap balik ni R10 menjelaskan bahawa mereka
aku nak…aku nak ni, cari kerja, aku mempunyai keinginan untuk berubah,
nak stabilkan diri aku, memang itu namun kembali menagih apabila berjumpa
tapi…tapi percaya la saya cakap itu rakan-rakan yang masih menagih.
semua hanya angan-angan. Angan-
angan kita penagih ni ha sebab apa Bila saya jumpa (rakan-rakan),
mungkin yang first time mungkin boleh semuanya ambik dadah, semua
tapi macam saya berulang-ulang kali kenalkan saya balik dengan dadah.
bukan takde keyakinan tak percaya, Saya memang nak berubah tapi orang
tapi tu la diri saya. kata bila saya nak berubah saya jumpa
(Informan R1) orang-orang, semua ambik dadah kan.
Bila kita nak berubah kalau jumpa
Bebanan perasaan yang ditanggung oleh yang tu.
informan menyebabkan ada informan yang (Informan R7)
pernah mengambil tindakan cubaan bunuh
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 61

Penagih ni ada satu sikap tau. Dia Lepastu sengaja pergi tempat kerja
macam dia tengok. Walaupun first saya, cari saya. Macam ajak keluar
saya tak nak cuba lagi, tapi saya minum hi-tea la. First first memang hi-
tengok kawan saya cuba. Kadang dia tea…tapi last bukan. “eh teman saya
macam teringin. Sekali, dua kali tak pergi sini.”. Saya cakap buat apa.
apa lah, tapi lama lama... “Ambik barang sekejap,”. Kita pun
(Informan, R10) pernah jadi penagih, bekas penagih.
Last last jatuh balik.
Macam kita dengan kawan-kawan ni (Informan, R10)
kan, kita dah tak hisap, tengok dia
hisap tak payah nak ajak dah Pengaruh rakan-rakan tidak terbatas di luar
sememangnya kita memang institusi pemulihan, sebaliknya mereka
syaitan…ah hisap je la. terdorong untuk kembali menagih sebaik
(Informan R3) sahaja dibebaskan apabila sering berkongsi
pengalaman menagih semasa dalam
Bagi mengelak daripada terjebak semula institusi pemulihan.
dengan penagihan dadah, informan R10
dan R11 mencadangkan agar memutuskan Pasal benda tu kita belajar, pasal tu
hubungan dengan rakan-rakan lama, orang cakap buruk baik seseorang
membuang nombor telefon dan berhijrah penagih ni makin teruk bila dia bebas
ke tempat baharu. penjara, pusat dia semakin
teruk…Pasal duduk pusat pun kita
Satu saja cut dengan kawan. Langsung duduk dalam kumpulan yang ramai.
cut. Kalau boleh, cut. Saya tak nak Bila pagi-pagi macam ni, kita akan
campur orang. Bukan nak kurung duduk berkumpul, kita akan cerita
sendiri. Paling penting la cut kawan benda ni benda zaman kita menagih
kawan penagih ni. Pasal tak ada kita cerita…Saya berhenti dalam pusat
berfaedah ni. je la gentle la saya cakap, kan bila
(Informan, R10) balik ni hisap ah.
(Informan R3)
Saya rasa tak boleh bercampur kawan-
kawan penagih dadah ni. Pergi tempat Selain faktor penarik daripada rakan-rakan,
tempat lama. Kawan yang ada sekitar, informan memaklumkan bahawa stigma
kawan yang dulu tu. Kalau ada dan penolakan keluarga menjadi faktor
nombor kat handset tu tak payah la. penolak untuk mereka terlibat dengan
Tak boleh bergaul, tinggalkan tempat penagihan dadah. Informan R3
lama, hijrah. menyatakan sokongan keluarga adalah
(Informan, R11) penting dalam membantu penagih kembali
ke pangkal jalan serta membantu dalam
Strategi memutuskan hubungan dengan proses kepulihan. Walau bagaimanapun,
rakan-rakan yang menagih adalah sukar sikap ahli keluarga seperti tidak percaya
kerana rakan-rakan akan mencari dan stigma terhadap informan setelah
informan. Informan R10 menyatakan bebas dari pusat pemulihan membuatkan
beliau sudah memutuskan hubungan mereka kembali menagih dadah.
dengan rakan-rakan, namun mereka
mencari beliau sehingga ke tempat kerja. Saya pun nak kalau boleh (berhenti)
tapi saya sejenis manusia yang cepat
Saya dah cuba pindah rumah, cuba tak membrontak. Kalau saya dah berhenti,
nak contact dengan diorang (kawan- pergi rumah adik-beradik, macam dia
kawan). Tapi diorang akan cuba cari.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 62

takut purse apa beg duit kan…Dorang ini menunjukkan program yang akan
masih tak percaya kita. dilakukan perlu mengambil kira tahap
(Informan R2) keupayaan pemikiran dan penguasaan
pelatih.
Adik kita dia letak handset, “hey kau
tolong ambik handset aku tu kejap lagi Kajian ini mendapati majoriti informan
kang mesti hilang”, satu dah, memang mula mengambil dadah pada usia belasan
kita terasa dah. Dalam hati ni tahun iaitu 18 tahun dan ke bawah.
cakap…terajang kang…tikam mati Dapatan ini menyokong kajian Fauziah et
budak ni kan…baru balik pusat, dia al. (2014) iaitu majoriti penagih wanita
cakap macam ni. Macam kita bekas terlibat dengan penagihan dadah ketika
penagih baru balik, “eh kau alih ah usia remaja atau awal belia. Usia awal
beg duit aku kejap lagi kang 10 ringgit remaja (12 hingga 14 tahun) dan akhir
duit aku mesti terbang”, takpe kau remaja (15 hingga 17 tahun) merupakan
ambil kau punya beg duit sekejap lagi fasa kehidupan yang kritikal serta
kau tengok ada ke takde, saya jenis membawa kepada permulaan mengambil
macam tu. Kau cabarkan…sepatutnya dadah atau substans (Strashny, 2014).
macam family ni dia kena bagi Pergaulan dengan rakan sebaya delinkuen
sokongan sebenarnya walaupun dia dan konflik keluarga semasa fasa
tak bagi banyak, orang cakap sebesar perkembangan remaja mungkin
kuman pun cukup ah. menyumbang kepada pengambilan dadah.
(Informan R3) Majoriti informan terlibat dalam penagihan
dadah selama 10 tahun dan ke atas di mana
Perbincangan empat informan telah mengambil dadah
dalam tempoh 25 hingga 31 tahun.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti Dapatan ini menunjukkan informan adalah
tingkah laku relaps dadah dalam kalangan penagih tegar dan mempunyai
pelatih wanita. Hasil kajian dibahagikan kebergantungan yang tinggi kepada dadah
kepada dua bahagian iaitu profil sosio- serta berisiko untuk tingkah laku relaps.
demografi dan faktor tingkah laku relaps Kajian ini juga mendapati majoriti
dadah. Hasil analisis profil sosio- informan mengambil lebih daripada satu
demografi menunjukkan majoriti informan jenis dadah sepertimana kajian oleh
berumur antara 20 hingga 49 tahun. Kokkevi et al. (2017).
Dapatan ini selari dengan statistik Agensi
AntiDadah Kebangsaan (AADK) yang Berdasarkan temu bual dengan 11
melaporkan majoriti penagih dadah informan, terdapat tiga tema utama yang
daripada kumpulan umur antara 20 hingga dibangkitkan berkaitan faktor tingkah laku
49 tahun (AADK, 2018). Kumpulan umur relaps iaitu isu pekerjaan, faktor internal
ini diklasifikasikan sebagai kumpulan serta faktor penolak dan penarik daripada
umur produktif dari segi ekonomi, sistem sosial informan. Isu pekerjaan
kehidupan sivil dan sosial. Majoriti meliputi kesukaran mendapatkan atau
informan mempunyai tahap pendidikan mengekalkan pekerjaan ekoran rekod
yang rendah iaitu tidak menamatkan jenayah dan status sebagai bekas penagih
pendidikan asas hingga tingkatan lima dan dadah serta majikan mengambil peluang
ada yang tidak pernah bersekolah. Dapatan terhadap mereka seperti tidak membayar
ini selari dengan jumlah penagih yang elaun kerja lebih masa. Dapatan ini selari
dikesan mengikut tahap pendidikan iaitu dengan kajian Fauziah et al. (2011) iaitu
57.8% penagih dikategorikan sebagai tidak kebanyakan majikan enggan untuk
bersekolah, sekolah rendah dan tingkatan mengambil penagih dadah sebagai pekerja.
tiga (SRP/PMR) (AADK, 2018). Dapatan Selain Fauziah et al. (2011), hasil kajian
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 63

ini turut menyokong dapatan kajian oleh sangat berpengaruh kepada penglibatan
Olphen, Eliason, Freudenberg dan Barnes remaja dalam penagihan dadah. Melalui
(2009) iaitu bekas banduan wanita dengan interaksi dengan rakan-rakan penagih,
masalah penagihan dadah berdepan dengan individu memerhati dan mempelajari sikap
diskriminasi kerja. Selain itu, gaji yang dan nilai yang menggalakkan penggunaan
diterima tidak setimpal dengan pekerjaan dadah. Selain faktor penarik daripada
dan tidak mendapat feaedah seperti faedah rakan-rakan penagih, stigma dan
kesihatan. Kesukaran mendapatkan penolakan keluarga menjadi faktor penolak
pekerjaan yang sah menyebabkan untuk informan terlibat semula dengan
informan tiada pilihan selain menjual penagihan dadah. Kajian lepas mendapati
dadah atau terlibat dalam pelacuran. penagih dadah adalah golongan yang
Tingkah laku relaps dadah dalam kalangan paling distigma dan didiskriminasi oleh
pelatih wanita turut dikaitkan dengan masyarakat (Corrigan, Watson & Miller,
faktor internal atau ketegangan emosi 2006). Individu yang distigma berhadapan
seperti perasaan dendam, kecewa serta dengan penolakan sosial, pelabelan,
putus harapan untuk kembali menjadi diskriminasi dan konsekuenses negatif
insan normal atau bebas dadah. seperti dinafikan hak untuk bekerja
Ketegangan emosi yang ditanggung (Corrigan, Kuwabara & Shaughnessy,
menyebabkan ada informan yang 2009).
melakukan cubaan bunuh diri beberapa
kali. Kajian Khazaee-Pool, Pashaei, Nouri, Berdasarkan perbincangan hasil kajian di
Taymoori & Ponnet (2019) juga mendapati atas, tingkah laku relaps dalam kalangan
penagih wanita berhadapan dengan beban penagih wanita adalah bersifat pelbagai
psikologikal seperti kecewa, putus harapan faktor atau multi-factorial. Tiada faktor
dan tekanan sosial sehingga membawa tunggal yang menyebabkan penagihan
kepada tingkah laku relaps. Kajian ini juga semula dadah. Namun, perkara yang perlu
konsisten dengan kajian Johnson, O’Leary, diberi perhatian ialah penagih wanita
Strilry, Abdallah, Bradford dan Cottler berhadapan dengan beban psikologikal
(2011) iaitu penagih wanita yang berkait dengan pekerjaan dan penolakan
berhadapan dengan masalah emosi seperti keluarga seterusnya menyumbang kepada
kemurungan adalah berisiko tinggi untuk perasaan kecewa dan putus harapan. Salah
kembali menagih dadah. satu cara untuk mengurangkan beban
psikologikal ialah mengambil dadah,
Dapatan lain kajian ini ialah tingkah laku bergaul semula dengan rakan-rakan
relaps dadah berkait dengan faktor penarik penagih serta terlibat dalam aktiviti
dan faktor penolak daripada sistem sosial menjual dan mengedar dadah. Situasi ini
informan. Faktor penarik merujuk kepada menggambarkan tingkah laku relaps kekal
pengaruh rakan-rakan untuk kembali berlaku dan sukar untuk dihapuskan.
menagih, manakala faktor penolak ialah Sehubungan itu, strategi intervensi yang
stigma dan penolakan (rejection) keluarga. bersifat holistik dan integratif perlu
Hasil kajian ini selari dengan dapatan direkabentuk dan diimplementasikan
Parsai, Voisine, Marsiglia, Kulis dan Nieri dalam institusi pemulihan dadah. Strategi
(2009) iaitu rakan-rakan menyumbang intervensi mestilah mencakupi semua
kepada sikap dan tingkah laku remaja sistem ekologikal pelatih. Profesion
lelaki dan perempuan dalam pengambilan bantuan seperti pekerja sosial, kaunselor
alkohol, rokok dan marijuana serta mula dan ahli psikologi perlu mengenal pasti
menunjukkan keinginan untuk mengambil rawatan yang paling sesuai untuk
dadah. Kajian Mason dan Windle (2001) mengurangkan seterusnya menghapuskan
dan Tani, Chavez dan Deffenbacher (2001) ketagihan dadah.
mendapati sokongan daripada rakan-rakan
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 64

Pihak institusi pemulihan perlu melakukan membiayai penyelidikan ini di bawah skim
pentaksiran psikologikal dalam Geran Kolej. Penghargaan juga ditujukan
mendiagnosis keadaan psikologikal serta kepada Agensi AntiDadah Kebangsaan
mengukur tahap ketagihan dadah pelatih. (AADK) yang membenarkan penyelidik
Selain itu, pelatih juga perlu diberi latihan menjalankan kajian di Cure and Care
kemahiran sebagai daya tindak kepada Rehabilitation Centre (CCRC), Bachok,
ketagihan, kemahiran meditasi, kemahiran Kelantan.
mengurus perasaan marah dan kemahiran
vokasional sebagai persiapan menceburi Rujukan
bidang pekerjaan apabila dibebaskan
kelak. Selain intervensi yang Abasi, I., & Mohammadkhani, P. (2016).
memfokuskan klien, intervensi peringkat Family risk factors among women
mezzo dan makro juga perlu with addiction-related problems:
dititikberatkan. Keluarga merupakan An integrative review.
institusi sosial informal yang sangat International Journal of High Risk
penting dalam menyediakan sokongan Behaviors & Addiction, 5(2), e-
emosi seterusnya membantu pelatih dalam 27021.
mengekalkan kepulihan. Oleh itu, https://doi.org/10.5812/ijhrba.2707
intervensi berasaskan keluarga seperti 1.
terapi tingkah laku keluarga, terapi
kefungsian keluarga dan terapi Addiction Center. (2019). The differences
multisistemik adalah relevan dalam in addiction between men and
mencegah tingkah laku relaps dadah dalam women. Diakses daripada
kalangan ahli keluarga. Usaha pencegahan https://www.addictioncenter.com/a
juga perlu menjangkau kumpulan majikan ddiction/differences-men-women/.
dan masyarakat umum dalam
mengurangkan stigma terhadap bekas Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).
penagih. (2018). Buku maklumat dadah,
2018. Putrajaya. Kementerian
Secara kesimpulannya, kajian ini telah Dalam Negeri.
mengenal pasti tiga faktor risiko tingkah
laku relaps dadah dalam kalangan wanita Ayyagari, S., Boles, S., Johnson, P &
iaitu masalah berkaitan pekerjaan, aspek Kleber, H. (1999). Difficulties in
dalaman atau ketegangan emosi dan faktor recruiting pregnant substance
penarik dan penolak daripada lingkungan abusing women into treatment:
sistem sosial wanita itu sendiri. Artikel ini Problems encountered during the
turut mengemukakan cadangan-cadangan cocaine alternative treatment study.
yang relevan untuk diaplikasikan dengan Health Services Research, 16, 80–
penagih wanita seterusnya membantu klien 81.
untuk menangani masalah kebergantungan
kepada dadah. Strategi intervensi perlulah Corrigan, P.W., Kuwabara, S.A., & O’
mengambil kira serta melibatkan pelbagai Shaughnessy, J. (2009). The public
sistem ekologikal klien supaya tingkah stigma of mental illness and drug
laku relaps dadah dapat dicegah. addiction: Findings from a
stratified random sample. Journal
Penghargaan of Social Work, 9(2), 139-147.

Penyelidik ingin merakamkan Corrigan, P.W., Watson, A.C., & Miller,


pernghargaan kepada Kolej Sastera dan F.E. (2006). Blame, shame and
Sains, Universiti Utara Malaysia kerana contamination: The impact of
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 65

mental illness and drug dependence vulnerability factor for women with
stigma on family members. Journal substance use disorders? Clinical
of Family Psychology, 20(2), 239- Psychology Review, 25, 813–833.
246.
Johnson, J.E., O'Leary, C.C., Striley, C.W.,
Creswell, J.W. (1998). Qualitative inquiry Abdallah, A.B., Bradford, S., &
and research design: Choosing Cottler, L.B. (2011). Effects of
among five traditions. California: major depression on crack use and
Sage Publications. arrests among women in drug
Day, A., Thurlow, K., & Woolliscroft, J. court. Addiction, 106(7), 1279–
(2003). Working with childhood 1286.
sexual abuse: A survey of mental Kendler, K.S., Bulik, C.M., Silberg, J.,
health professionals. Child Abuse Hettema, J.M., Myers, J., &
& Neglect, 27, 191-198. Prescott, C.A. (2000). Childhood
sexual abuse and adult psychiatric
Engstrom, M., El-Bassel, N., & Gilbert, L. and substance use disorders in
(2012). Childhood sexual abuse women: An epidemiological and
characteristics, intimate partner cotwin control analysis. Archives of
violence exposure and General Psychiatry, 57, 953-959.
psychological distress among
women in methadone treatment. Khazaee-Pool, M., Pashaei, T., Nouri, R.,
Journal of Substance Abuse Taymoori, P., & Ponnet, K. (2019).
Treatment, 43(3), 366–76. Understanding the relapse process:
Exploring Iranian women’s
Fauziah Ibrahim., Mustaffa Omar., Z.M. substance use experiences.
Lukman., Khadijah Alavi., Substance Abuse Treatment,
Norulhuda Sarnon @ Kusenin., Prevention and Policy, 14,
Salina Nen., & Nasrudin, S. (2011). https://doi.org/10.1186/s13011-
Employment barriers against 019-0216-3.
people with drug use histories.
Pertanika Journal of Social Kokkevi, A., Kanavou, E., Richardson, C.,
Science and Humanities, 19(S), Fotiou, A., Papadopoulou, S.,
109-114. Monshouwer, K., Matias, J., &
Olszewski, D. (2014). Polydruguse
Fauziah Ibrahim., Ezarina Zakaria., Salina by European adolescents in the
Nen., Norulhuda Sarnon., & Nor context of other problem
Jana Saim. (2014). Pengguna dadah behaviours. Nordic Studies on
wanita di Malaysia: Pengalaman Alcohol and Drugs, 31,323-342.
penagihan dan hubungan
kekeluargaan. Jurnal Teknologi, Macy, R.J., Renz, C., & Pelino, E. (2013).
67(1), 17-25. Partner violence and substance
abuse are intertwined: Women’s
Galaif, E.R., & Newcomb, M.D. (1999). perceptions of violence-substance
Predictors of polidrug use among connections. Violence Against
four ethnic groups: A 12-year Women, 19(7), 881-902.
longitudinal study. Addictive
Behaviors, 24(5), 607-31. Marlatt, G.A., & Witkiewitz, K. (0.
Relapse prevention for alcohol and
Hien, D., Cohen, L., & Campbell, C. drug problems. Dalam G.A. Marlatt
(2005). Is traumatic stress a & D.M. Donovan (Eds.), Relapse
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 66

prevention: Maintenance strategies


in the treatment of addictive Sabitha, Marican., Mahmood Nazar
behaviors (2nd ed.) (m.s. 1-44). Mohamed., & Rosnah Ismail.
New York: The Guilford Press. (2007), Trend dan punca
penggunaan dadah di kalangan
Mason, W.A., & Windle, M. (2001). penagih dadah wanita di negeri
Family, religious, school and peer Sabah: Implikasi kepada rawatan
influences on adolescent alcohol dan pemulihan dadah, Jurnal Anti
use: A longitudinal study. Journal Dadah Malaysia, 2(2), 111-136.
of Studies on Alcohol, 62(1), 44–
62. Schneider, R., & Burnette, M. (2009).
Nazira Sadiron., Mohammad Rahim Prevalence and correlates of
Kamaluddin., Wan Shahrazad Wan intimate partner violence
Sulaiman., & Rozainee Khairudin. victimization among men and
(2019). Psikologi Penagihan women entering substance use
Dadah: Satu Tinjauan Literatur. disorder treatment. Violence and
Jurnal Psikologi Malaysia, 33 (1), Victims, 24(6), 744–756.
12-33
Smith, P.H., Homish, G.G., Leonard, K.E.,
Olphen, J.V., Eliason, M.J., Freudenberg, & Cornelius, J.R. (2012). Intimate
N., & Barnes, M. (2009). Nowhere partner violence and specific
to go: How stigma limits the substance use disorders: Findings
options of female drug users after from the National Epidemiologic
release from jail. Substance Abuse Survey on Alcohol and Related
Treatment, Prevention and Policy, Conditions. Psychology of
4, https://doi.org/10.1186/1747- Addictive Behaviors, 26(2), 236–
597X-4-10. 45.

Parsai, M., Voisine, S., Marsiglia, F. F., Strashny, A. (2014). Age of substance use
Kulis, S., & Nieri, T. (2009). The initiation among treatment
protective and risk effects of admissions aged 18 to 30. Diakses
parents and peers on substance use, daripada
attitudes, and behaviors of Mexican https://www.ncbi.nlm.nih.gov/book
and Mexican American female and s/NBK384841/.
male adolescents. Youth & Society,
40(3), 353-376. Sun, Y., Guo, W., Li, G., He, S., & Lu, H.
(2017). Increased synthetic drug
Ridenour T.A., Maldonado-Molina M., abuse and trends in HIV and
Compton, W.M., Spitznagel, E.L., syphilis prevalence among femake
& Cottler, L.B. (2005). Factors drug users from 2010-2014 from
associated with the transition from Beijing, China. International
abuse to dependence among Journal of STD & AIDS, 29(1), 30-
substance abusers: implications for 37.
a measure of addictive liability.
Drug Alcohol Dependency 80(1):1– Tani, C.R., Chavez, E.L., & Deffenbacher,
14. J.L. (2001). Peer isolation and drug
use among White Non-Hispanic and
Rubin, A., & Babbie, E.R. (2008). Mexican American adolescents.
Research methods for social work Adolescence, 36(141),127–138.
(6th ed.). Belmont, CA: Thomson.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 67

You might also like