You are on page 1of 4

TUGASAN KERJA KURSUS

SESI 2020/2021

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Program : DPLI Nama Pelajar:


Kod : DWP 10503 Semester / Tahun :
Nama Kursus :
Semester 1 Tahun 1
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Ujian (30%) 01 Dis 2020 01 Dis 2020

2. Laporan/Pembentangan (30%) 28 Nov 2020 21 Dis 2020

3. Laporan/Projek (40%) 05 Dis 2020 02 Jan 2021

ARAHAN KEPADA CALON

Jawab semua Tugasan.

Kertas tugasan ini mengandungi 3 muka surat

DWP 10503 /FKI/SEMESTER I SESI 2020


Tugasan 1

Ujian
(30%)

Menjawab soalan ujian yang disediakan sebanyak 20 soalan objektif anika pilihan dan 3
soalan subjektif yang meliputi beberapa aspek termasuklah konsep pengujian, pengukuran,
pentaksiran dan penilaian serta kaitan antara konsep-konsep tersebut. Tajuk ujian
merangkumi
i) Konsep dan pengertian ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian
ii) Klasifikasi dan jenis-jenis ujian
iii) Pembinaan/rekaan ujian
iv) Penggubalan item/soalan ujian
v) Ciri-ciri utama ujian
vi) Permakahan dan Penggredan
vii) Pentaksiran Altenatif
viii) Statistik awalan dalam pentaksiran pembelajaran
Skema jawapan disediakan

Tugasan 2

Laporan/Pembentangan
(30%)

Semasa perjumpaan ibu bapa dan guru sekolah anda, terdapat ibu bapa menyuarakan
perasaan tidak puas hati dengan prestasi pelajaran anaknya yang tidak konsisten. Ibu bapa
itu juga mempersoalkan pentaksiran yang diamalkan disekolah anda yang terlalu
berorentasikan peperiksaan. Pengetua meminta anda mengambil tindakan memantapkan
lagi pengujian yang diamalkan di sekolah anda.

Bincangkan tindakan yang dapat anda lakukan, berdasarkan jenis-jenis pengujian dalam
pentaksiran pembelajaran dan kenalpasti ciri-ciri serta kaedah pelaksanaan untuk menangani
isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa itu.

Tugasan ini perlu dilaksanakan secara kumpulan bertiga. Panjang tugasan adalah tidak
melebihi 7 muka surat tidak termasuk rujukan dan lampiran. Laporkan tugasan anda dalam
bentuk persembahan “Power Point” dan dibentangkan semasa sesi pembentangan
Tugasan 3

Laporan/ Projek
(40%)

Keobjektifan merupakan salah satu ciri penting ujian yang mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan skor ujian.

Gronlund & Linn (1995), mengariskan bahawa ujian dikatakan objektif jika ujian tersebut bebas
daripada pandangan peribadi pemeriksa dan penghakiman yang bias.

Sesuatu ujian mestilah sah dan boleh dipercayai untuk benar-benar dapat mentaksir

Secara kumpulan bertiga, anda dikehendaki membina satu set soalan ujian/peperiksaan
pertengahan tahun mengikut bidang pengkhususan masing-masing berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdiri daripada;
i. 20 soalan objektif
ii. 3 soalan subjektif

Untuk tujuan ini, anda harus menyediakan;


i. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
ii. Rubrik/skema pemarkahan

Soalan yang dibina ini perlu selari dengan JSU yang disediakan dan soalan berkenaan hendaklah
anda tadbir kepada murid sekolah anda. Data yang diperoleh perlu dibuat analisis pencapaian murid,
Indeks Kesukaran Item dan juga Indeks Diskriminasi Item . Laporkan penulisan anda sebagai laporan
penulisan akademik.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Persembahan “Power Point” diantara 10 hingga 15 minit
2. Laporan bertaip, langkau 1.5 baris,menggunakan font Arial bersaiz 11.
3. Rujukan harus merangkumi sumber yang pelbagai termasuk jurnal, buku rujukan, sumber
internet atau sumber-sumber lain yang berwibawa.
4. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association).
5. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Muka hadapan esei merangkumi:
 Nama pelajar
 Angka giliran
 No. Kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh hantar

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like