You are on page 1of 2

Kerja Kursus 1 DWP10603 Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum

Program Diploma Lepasan Ijazah, Semester 1, Sesi 2020/2021,


Kampus Gong Badak,
Universiti Sultan Zainal Abidin

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-guru melaksanakan


program-program lawatan yang berunsur pendidikan bagi murid-murid. Program-
program seperti ini mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua
pihak yang terlibat. Di samping dapat membantu murid-murid menambahkan ilmu
pengetahuan dan pengalaman masing-masing, ia juga akan memberi pendedahan
kepada murid mengenai suasana atau keadaan sebenar di sekeliling mereka (SPI
Bil.12/2000, KPM).
Pengendalian aktiviti lawatan meliputi pengurusan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti yang dianjurkan. Perancangan dan pelaksanaan ketiga-tiga peringkat
ini secara teliti akan dapat meningkatkan tahap keselamatan, kebajikan dan
pengalaman pendidikan kepada murid-murid yang menyertainya (SPI Bil.5/2007,
KPM).

Tugasan 1. (20 markah)


Anda dikehendaki menyediakan satu (1) kertas kerja lawatan ke suatu tempat
pilihan anda kepada Pengetua atau Guru Besar untuk kelulusan. Sila rujuk kepada
buku panduan, bahan kuliah dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dalam
penyediaan kertas kerja yang baik. Pilihan tempat-tempat lawatan bagi sekolah
boleh dibuat berdasarkan kategori berikut: (lihat LAMPIRAN A)

Tugasan 2. (10 markah)


Tulis dua (2) surat rasmi kepada pihak pengurusan atau pentadbir sesuatu
organisasi bagi menjayakan program lawatan sekolah anda. Satu surat rasmi
permohanan rombongan lawatan sekolah anda kepada Ketua Pentadbir tempat atau
organisasi yang ingin dilawati. Surat rasmi kedua adalah untuk memohon kelulusan
program lawatan sekolah anda daripada pihak Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri.

1
LAMPIRAN A
Kategori Tempat-Tempat Lawatan Sekolah: (SPI Bil.5/2002, KPM)
1. Sains dan Teknologi/ Alam Sekitar -
• Planetarium
• Muzium Sains
• Petrosains
• Cyberjaya
• Wetland di Paya Indah & Putrajaya
• FRIM
• Zoo
• Taman Pertanian
• Stesen Satelit
• Kilang Elektronik
• Kilang Kereta/ Motosikal
• Kilang Makanan
• Pelabuhan dan Perkapalan
• Lapangan Terbang

2. Mercu Tanda –
• Bangunan Parlimen
• Masjid Negara
• Putrajaya
• Tugu Negara
• Menara Petronas
• Menara Kuala Lumpur
• Dataran Merdeka
3 Galeri -
• Memorial Tunku Abdul Rahman
• Memorial Tun Abdul Razak
• Galeri Perdana (Langkawi)
• Balai Seni Lukis Negara

4 Kesenian dan Kebudayaan -


• Istana Budaya
• Dewan Filharmonik Petronas
• Pusat Kraftangan
• Kilang Batik dan Songket

5 Sejarah -
• Muzium Sejarah
• Kesan-kesan Sejaran
• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara
• Tempat-tempat Bersejarah

dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat pengajaran dan
pembelajaran murid.

You might also like