You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
KE KILANG YAKULT (SEREMBAN 2) DAN KILANG COKLAT BERYLS
(SERI KEMBANGAN)
ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK YAMTUAN HITAM, 71500, TANJUNG IPOH, N.SEMBILAN

1. NamaProjek
Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Yakult (Seremban 2) dan Kilang Coklat Beryls
(Seri Kembangan)
2. Penganjur: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK YAMTUAN HITAM
3. Tema: MENIMBA PENGALAMAN MENGUKUH KEMAHIRAN
4. Rasional
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Kilang Yakult dan Kilang
Coklat Beryls ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar
melawat tempat-tempat yang menarik di samping menimba pengetahuan dan
pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar
memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu
kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan
khas ini.
5. Matlamat
Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang
ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi
pelajar terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SK
Yamtuan Hitam akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan
pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam
bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.
6. Objektif
6.1 Pelajar mengetahui bagaimana minuman kesihatan Yakult diproses dan dipasarkan.
6.2 Pelajar berpeluang melihat dan membuat coklat komersil di Kilang Beryls
6.3 Pelajar dapat berdikari dan menguruskan diri ketika mengikuti lawatan
7. Tempoh : 1 hari
8. Tarikh :

Oktober 2017

9. Sasaran
Peserta/Sekolah
Pelajar PPKI
Guru
PPM
Jumlah

SK YAMTUAN HITAM
6
2
1
9

10. Kos lawatan


10.1 Sumber Kewangan

10.2

LPBT
Bimbingan Dan kaunseling
Bayaran murid PPKI
Bayaran daripada guru dan PPM

Kos Perbelanjaan:
Kutipan murid
Kutipan guru dan
PPM
Makan Dan Minum
Pengangkutan

(6 orang X RM100.00)
(3 orang X RM 100.00)
LPBT
(Bimbingan dan
Kaunseling)

RM 100.00

RM 600.00
JUMLAH

11. Tempat Lawatan


11.1 Kilang Yakult Seremban 2
11.2 Kilang Coklat Beryls, Seri Kembangan

12. Jadual Perlaksanaan

RM
RM

600.00
300.00

RM
RM

100.00
600.00

: RM 1600.00

Tarikh

Masa
7.30 pagi

Oktober
2017
9.00 pagi

Aktiviti
- Berkumpul di SMK Datuk Undang Abdul Manap
- Taklimat dan mencatat kehadiran
- Berlepas ke destinasi
- Kilang Yakult No. 276, Jalan Haruan 1, Oakland
- Industrial Park,Seremban 2
- Taklimat dan lawatan cara pemprosesan Yakult

12.00
tengahari

-Kilang Coklat Beryls, Seri Kembangan


Taklimat dan lawatan cara pemprosesan coklat

12.30 petang

Makan tengahari dan Solat Zuhur

2.30 petang

Bertolak pulang

13. Harapan
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
pelajar-pelajar PPKI SK Yamtuan Hitam. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan
pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga
lawatan ini memberi motivasi dan keyakinan kepada pelajar PPKI untuk terus mencari dan
menguasai kemahiran untuk berdikari dan memajukan diri dan masa depan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh ,

..
(Huzaifah binti Abdul Talib)
Setiausaha PPKI,
SK Yamtuan Hitam

(Dayang Normeme binti Azmi)


Penyelaras PPKI,
Sk Yamtuan Hitam

Disahkan oleh ,

(Khadijah binti Mokhtar)


Guru Besar,
SK Yamtuan Hitam

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PPKI SK YAMTUAN HITAM

KE :
KILANG YAKULT DAN KILANG
COKLAT BERYLS

You might also like