You are on page 1of 7

KAEDAH MENGAJAR MATEMATIK

DWP11403

AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN KAEDAH INDUKTIF,


DEDUKTIF DAN POLYA

NAMA NO. MATRIK KELAS

NURUL FATIN NABILA BINTI MUHAMAD 061296 A

AMALINA BINTI MOHMAD NASIR 061305 A

SITI SYUAIRAH BINTI OTHMAN 061344 A

DISEDIAKAN UNTUK: TN. HAJI ABD SAMAT BIN TAIB

TARIKH: 16 APRIL 2021


TUGASAN 1

AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 MENGGUNAKAN


KAEDAH INDUKTIF

Topik : Sukatan Membulat

Subtopik : Luas Sektor Bulatan

Objektif Pembelajaran:Pelajar dibimbing untuk memahami dan menggunakan konsep luas


sektor untuk menyelesaikan masalah

Hasil Pembelajaran :Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat
menentukan sektor berdasarkan maklumat yang diberikan

Pengetahuan Sedia Ada:


Pelajar telah mempelajari
1. Konsep sudut dalam topik sudut dan garis
2. Sifat bulatan dan luas bulatan dalam topik bulatan

Bahan Bantu Mengajar:


1. Pinggan kertas yang mewakili sebiji piza
2. Pinggang kertas yang telah dipotong bagi mewakili kepingan piza
3. Pembaris untuk mengukur jejari
4. Jangka sudut

Kaedah Pengajaran: Induktif

Perancangan: Aktiviti Pengajaran dan Pembembelajran


Dalam subtopik luas bulatan, pelajar akan mempelajari hubungan antara sektor dan
keseluruhan bulatan serta memahami bagaimana rumus luas sektor adalah berkaitan
dengan rumus luas bulatan.

Langkah-langkah Cadangan Aktiviti


1. Guru meminta pelajar membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar.
Setiap kumpulan akan menerima sebiji piza (pinggan kertas) dan beberapa kepingan
piza (pinggan kertas yang telah dipotong). Kemudian guru memberi arahan seperti
berikut:
I. Pelajar membuat perbandingan antara sebiji piza dengan kepingan piza
II. Pelajar akan ditanya berapa kepingan piza untuk menghasilkan sebiji piza
III. Guru bertanya kepada pelajar, berapakah pecahan untuk mewakili piza jika
terdapat x keping piza.
IV. Guru bertanya maksud sektor kepada pelajar.

2.Guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan mengemukankan


soalan-soalan seperti berikut:
I. Berapakah jumlah keping piza yang terhasil daripada sebiji piza?
II. Bagaimanakah untuk menentukan pecahan bagi sebiji piza?
0
III. Berapakah nilai sudut sekeping piza jika sudut satu bulatan ialah 360 = 2π?

3. Guru membuat penerangan bahawa kepingan piza mewakili pecahan daripada sebiji
piza atau sektor bulatan

4. Guru bertanya kepada murid beberapa soalan yang berkaitan dengan subtopik yang
akan mereka pelajari.
1
I. Apakah nilai sudut yang mewakili 2
bulatan?
1
II. Apakah nilai sudut yang mewakili 4
bulatan?
0
III. Berapakah jumlah keping piza yang mewakili sudut sektor bulatan120 ?
0
IV. Berapakah jumlah keping piza yang mewakili sudut sektor bulatan 180 ?
V. Bagaimanakah untuk mendapatkan luas separuh bulatan menggunakan kepingan
piza?
VI. Apakah nilai sudut yang mewakili separuh bulatan?
VII. Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pusat?

Penutup
5. Kemudian guru meminta pelajar mengira luas sektor bulatan daripada pecahan bulatan
(kepingan piza) yang diberikan kepada mereka. Pada masa yang sama, guru menerangkan
rumus bagi luas sektor bulatan di hadapan kelas. Seterusnya guru memberikan lembaran
kerja kepada pelajar sambil memantau hasil kerja pelajar. Setelah pelajar selesai menjawab
lembaran kerja pelajar akan membentagkan jawapan kumpulan masing-masing di hadapan
kelas. Pelajar membuat kesimpulan hubungan antara sektor bulatan dengan keseluruhan
bulatan dan mengaitkan rumus luas sektor bulatan dengan luas bulatan. Guru menyelia
kesimpulan yang dikemukakan oleh pelajar.
AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN
KAEDAH DEDUKTIF

Topik : Geometri Koordinat

Subtopik: Persamaan Lokus

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat memahami dan menentukan persamaan lokus
bagi titik yang bergerak yang nisbah jarak dari dua titik tetap adalah malar.

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran, murid dapat menentukan persamaan lokus bagi titik yang bergerak

Pengetahuan Sedia Ada:


Pelajar telah mempelajari persamaan lokus bagi suatu titik dengan menggunakan rumus
jarak antara dua titik.

Bahan Bantu Mengajar:


Geometri set, kertas Majung, Maker pen.

Kaedah Pengajaran: Pendekatan Deduktif

Perancangan: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah-langkah Cadangan Aktiviti:

Langkah 1:
Guru menunjukkan satu contoh situasi menyelesaikan masalah yang melibatkan lokus.
setiap langkah penggunaan geometri set di tunjukkan dengan jelas kepada murid. Guru
bersama murid sama-sama menyelesaikan contoh soalan.

Langkah 2:
Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid. setiap
kumpulan akan diberikan dua soalan yang berkaitan dengan persamaan lokus. soalan dipilih
oleh wakil setiap kumpulan dengan mencabut dua kertas yang berlipat mengandungi soalan.
satu soalan berbentuk direct dan satu lagi berbentuk situasi dua orang dari setiap kumpulan
perlu menjawab satu soalan.

contoh soalan 1:
Titik P bergerak dengan jaraknya dari titik S(1,2) dan T(4,-1) dalam nisbah 2:1. cari
persamaan lokus bagi titik bergerak P.

contoh soalan 2:
Cari persamaan lokus bagi titik bergerak Q supaya jaraknya dari titik A(2,3) dan titik B(6,9)
adalah sama.

contoh soalan situasi :


Seekor kambing diikat dengan tali pada sebatang tiang yang terletak ditengah-tengah
sebuah padang. Panjang tali yang digunakan ialah 4 meter. Kambing itu berjalan di hujung
tali yang tegang mengelilingi tiang. Jika Koordinat bagi tiang ialah A(2,4), Cari persamaan
Lokus bagi laluan kambing itu.

Langkah 3:
Guru mengedarkan kertas majung dan maker pen kepada setiap kumpulan. Murid perlu
menjawab kedua-dua soalan tersebut diatas kertas majung yang disediakan. Murid perlu
menggunakan geometri set untuk mengetahui jarak antara dua titik bagi mencari
persamaan lokus bagi setiap soalan. Murid perlu melukis gambar rajah persoalan dengan
menggunakan geometri set dan menggunakan rumus jarak antara dua titik,
2 2
𝑑 = (𝑥 − 𝑥1) + (𝑦 − 𝑦1) untuk mencari persamaan lokus. Guru akan memantau setiap
gerak kerja kumpulan dan memastikan setiap kumpulan menggunakan geometri set dan
rumus jarak antara dua titik. Nilai kerjasama perlu ada untuk setiap kumpulan.

Penutup:
Sebelum berakhir kelas, guru memberikan penegasan terhadap tajuk yang diajar dan guru
bertanyakan kepada murid apa yang dipelajari pada hari tersebut. Murid memberi respon
dengan menyatakan semula untuk mencari persamaan lokus perlu menggunakan rumus
jarak antara dua titik.
TUGASAN 2

AKTIVITI PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 1 MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA

Topik: Nisbah, Kadar dan Kadaran

Subtopik: Perkaitan antara nisbah, kadar dan kadaran dengan peratusan, pecahan dan
perpuluhan

Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk memahami konsep peratusan dan
hubungan antara peratusan dengan pecahan atau perpuluhan dengan perkaitan nisbah,
kadar dan kadaran.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengaitkan pecahan dan


perpuluhan serta peratusan dengan nisbah, kadar dan kadaran.

Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah menguasai subtopik nibsah, kadar dan kadaran
melalui pembelajaran matematik tingkatan satu.

Bahan Bantu Mengajar:


1. Buku teks
2. Alat matematik
3. Kertas mahjung
4. Marker pen

Kaedah Pengajaran: Kaedah Polya

Perancangan: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam subtopik perkaitan antara nisbah, kadar dan kadaran dengan peratusan, pecahan
dan perpuluhan, pelajar akan mempelajari empat langkah yang boleh diambil untuk
penyelesaian masalah mengikut kaedah Polya dengan cara memahami masalah,
merancang srategi, melaksanakan strategi dan menyemak semula.

Langkah-langkah Cadangan Aktiviti:


Langkah 1:
Guru akan menunjukkan satu contoh soalan yang melibatkan peratusan, pecahan dan
perpuluhan. Guru akan menerangkan terlebih dahulu dan menyelesaikan soalan bersama
pelajar.

Langkah 2:
Guru akan meminta pelajar membuka buku teks untuk melihat soalan dengan lebih jelas dan
meminta pelajar untuk memahami kehendak soalan terlebih dahulu dan menerangkan
secara ringkas.

Langkah 3:
Guru akan membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada lima orang
murid. Setiap kumpulan akan diberikan satu soalan untuk diselesaikan bersama. Apabila
pelajar telah memahami kehendak soalan, guru meminta pelajar untuk merancang strategi
yang boleh digunakan dalam menyelesaikan soalan.

contoh soalan 1:
terdapat 40 orang penumpang di dalam sebuah bas. Di perhentian bas yang
berikutnya, 8 orang penumpang turun dan 18 orang penumpang menaiki bas itu.
Tentukan peratusan penumpang yang turun bas berbanding dengan jumlah asal
dengan mengaplikasikan konsep kadaran.

contoh soalan 2:
Di dalam sebuah bakul, nisbah bilangan epal merah kepada bilangan epal hijau ialah
3:5.
a) Tulis pecahan epal merah daripada jumlah epal hijau. seterusnya, ungkapkan
pecahan ini dalam perpuluhan.
b) Apakah peratusan epal merah didalam bakul itu?

contoh soalan 3:
Burung kolibri lebah ialah burung yang paling kecil di dunia. Jisimnya boleh sekecil 2
g. Burung unta ialah burung yang terbesar di dunia dan jisimnya boleh mencapai
sehingga 150 kg. Apakah peratusan jisim burung kolibri lebah ialah jisim burung
unta?

Langkah 4:
Guru akan mengedarkan kertas mahjung dan marker pen kepada setiap kumpulan. Pelajar
perlu menyelesaikan soalan yang telah diberikan mengikut kumpulan. Guru akan membantu
pelajar untuk melaksanakan strategi dengan cara menyemak setiap langkah yang diambil
bagi memastikan pelajar benar-benar memahami tentang topik yang diajar.

Langkah 5:
Guru akan meminta setiap kumpulan pelajar membentangkan hasil penyelesaian masalah
yang diberikan dihadapan kelas. Guru membuka ruang besoal jawab dengan pelajar bagi
memastikan pelajar benar-benar memahami tentang tugasan yang diberikan.

Penutup: Sebelum berakhir pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberi penegasan
dan pengukuhan kepada pelajar mengenai subtopik yang dipelajari.

You might also like