You are on page 1of 5

DWP10703 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2020/2021

ULASAN ARTIKEL 1: PRESTASI AKADEMIK MENGIKUT GENDER


ULASAN ARTIKEL 2: FAKTOR BUDAYA DAN PERSEKITARAN DALAM
PRESTASI PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI MALAYSIA: KAJIAN KES DI
KELANTAN

NAMA: NURUL FATIN NABILA BINTI MUHAMAD


NO. MATRIK:061296

DISEDIAKAN UNTUK: PN. ROSMANI BT ALI


TARIKH: 26 APRIL 2021
PRESTASI AKADEMIK MENGIKUT GENDER

Zalizan Mohd Jelas, and Saemah Rahman, and Roselan Baki, and Jamil Ahmad, (2005) Prestasi
akademik mengikut gender. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30. pp. 93-111. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

1.0 PENGENALAN

Pengkaji dalam artikel ini telah mengupas mengenai faktor-faktor yang


mempengaruhi prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini juga turut membincangkan
bagaimana peranan guru mengatasi perbezaan prestasi akademik mengikut gander.
Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2005 yang ditulis oleh Zalizan Mohd Jelas,
Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad di dalam sebuah jurnal
pendidikan 30 (2005) 93 – 111.

Kepelbagaian sumber rujukan digunakan oleh penulis mengukuhkan lagi


kejituan maklumat yang di sampaikan. Antara sumber yang terbaik ialah daripada
Journal of Educational Psychology oleh Bridgeman, B & Wendler, C. (1995) dan
Dwyer, C. A. (1974), Handbook of Educational Psychology oleh Eisenberg, N.
Martin, C. L. & Fabes, R. A. (1996), Perangkaan Pendidikan Malaysia 2000 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Sex Differences in Cognitive Abilities oleh
Halpern, D. F. (1992) dan lain-lain rujukan.

2.0 Ulasan Artikel

Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji faktor perbezaan


akademik mengikut gander. Artikel ini telah mengemukakan dapatan kajian daripada
ramai pengkaji lain yang berbeza-beza di dalam jurnal ini. Contohnya, dapatan
kajian Xu dan Farell (1992) ke atas pelajar Cina tidak menampakkan keputusan
yang konklusif dari segi jantina. Terdapat kajian-kajian yang merumuskan bahawa
pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar
perempuan. Terdapat juga kajian yang menunjukkan pelajar perempuan
menunjukkan prestasi yang lebih tinggi (Bridgement &Wendler,1995). Keterangan
daripada beberapa pengkaji lain membuktikan penulis telah membuat penggalian
yang mendalam berhubung dengan perbezaan dapatan kajian yang dinyatakan.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bersifat diskriptif. Kajian
ini telah membuat kajian soal selidik ke atas 3,000 orang pelajar dan 1,118 orang
guru. Pengumpulan data yang lebih besar dapat menghasilkan kajian yang lebih
tepat. Kajian ini juga adalah berdasarkan prestasi pelajar lelaki dan perempuan
dalam peperiksaan awam, iaitu Pencapaian Sekolah Rendah (PMR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1996
sehingga tahun 2000 terhadap beberapa subjek. Daripada data ini penulis dapat
meyakini pembaca dengan bukti yang jelas mengenai perbezaan prestasi antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Selain itu, penulis mengemukakan data yang diperolehi di dalam bentuk yang
mudah untuk difahami pembaca iaitu data dinyatakan di dalam bentuk graf bar dan
mengikut peratusan lulus pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pengkaji telah
mengemukakan bukti yang didapati hasil daripada kajiannya, dikukuhkan lagi
dengan dapatan kajian-kajian lepas. Didapati bahawa artikel ini menunjukkan
bahawa minat pelajar perempuan adalah berkaitan dengan teori, hipotesis dan hal-
hal akademik manakala pelajar lelaki pula berminat ke arah kemahiran dan teknikal.

Seterusnya, daripada dapatan primer penulis mengemukakan faktor andaian


pencapaian akademik pelajar dari segi faktor pelajar, faktor persekitaran dan faktor
guru. Sangat menarik dan jelas apabila penulis menggunakan analisis MANOVA
untuk melihat perbezaan yang signifikan antara gaya belajar pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dari aspek concrete sequential, abstract sequential, abstract
random dan abstract sequential. Seterusnya penulis merumuskan bahawa pelajar
perempuan mempunyai amalan keperluan pembelajaran bilik darjah yang
mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai.

Penulis juga telah mengemukakan dapatan kajian mengenai perbezaan


jantina dari faktor-faktor yang diandaikan mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar. Tiga faktor yang diketengahkan adalah faktor pelajar (Gaya pembelajaran
pelajar), kemahiran dan strategi belajar (Tahap kepuasan terhadap persekitaran
sekolah dan persepsi terhadap kawalan keluarga) serta aspirasi terhadap
pendidikan dan kerjaya), faktor persekitaran dan faktor guru (Persepsi pelajar
terhadap pengajaran guru, persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan,
persepsi guru terhadap profesion perguruan dan intrepretasi serta pelaksanaan
kurikulum).

3.0 Pendapat Pengulas

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh pengulas adalah prestasi pelajar lelaki
dan pelajar perempuan mempunyai perbezaan yang menampakkan kecenderungan
pelajar perempuan di dalam pendidikan adalah lebih tinggi. Pengkaji telah
mengemukakan data di dalam bentuk yang mudah di fahami dan jelas iaitu secara
statistik deskriptif iaitu carta graf dan statistik inferensi iaitu ujian t dan analisis varian
multivariate (MANOVA). Namun begitu kaedah MANOVA ini tiada jalan pengiraan
yang jelas yang mana akan memberi kesukaran kepada pembaca yang tidak
menguasainya. Selain itu, pengkaji telah membuat huraian data yang jelas
berdasarkan data yang telah dikumpul di mana peratusan pelajar perempuan adalah
lebih tinggi di dalam subjek seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains manakala
perajar lelaki lebih cenderung kepada subjek Teknologi kejuruteraan dan Lukisan
Kejuruteraan. Hasil keputusan data ini adalah relevan dan telah banyak dibuktikan
oleh banyak pengkaji di serata dunia. Sehubungan itu, saya bersetuju dengan isi
kandungan di dalam artikel ini yang telah dibuktikan dengan dapatan data primer
dan data skunder yang selari dengan dapatan kajian lain.

Persoalan kajian ini telah terjawab oleh pengkaji dengan pengumpulan data soal
selidik para pelajar dan guru. Tambahan pula, pengkaji telah menggunakan ujian
Cronbach Alfa untuk menentukan indeks kebolehpercayaan instrumen kajian ini
yang mana menunjukkan kebolehpercayaan tinggi bahawa item-item yang
dihasilkan dalam instrumen ini adalah konsisten dan boleh dipercayai. Metodologi
yang digunakan oleh pengkaji adalah sangat sesuai untuk menentukan tahap
kebolehpercyaan dan kesahan hasil kajian. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian
menggunakan metodologi ini dapat dipercayai dan diyakini. Kajian penulisan ini
dapat mengubah cara pemikiran terhadap perbezaan jantina di dalam pendidikan.
Guru perlu memberi dorongan kepada pelajar lelaki untuk mereka menguasai subjek
Matematik, bahasa Inggeris dan Sains manakala pelajar perempuan pula digalakkan
menguasai subjek seperti kejuruteraan agar dapat mencapai keseimbangan antara
prestasi pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Berdasarkan pembacaan artikel ini,
saya dapat memperbaiki cara penyelidikan iaitu dengan pengumpulan data yang
lebih banyak dan sudah semestinya data yang mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi untuk menghasilkan keputusan yang lebih jitu. Saya juga perlu
mahir dalam membuat analisis data menggunakan kaedah pengiraan data
menggunakan pendekatan matematik misalnya (MANOVA) yang digunakan oleh
pengkaji dalam artikel ini dan tahu membuat huraian yang lebih jelas untuk difahami.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya memperoleh beberapa perkara baru berdasarkan


kajian penyelidikan artikel ini. Antaranya ialah saya dapat melihat corak dan trend
perbezaan prestasi di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam
peperiksaan awam dengan jelas supaya sebagai pendidik saya dapat membuat
tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Dalam pada itu, saya dapat
mengetahui empat jenis gaya pembelajaran iaitu concrete sequential, abstract
sequential, abstract random dan abstract sequential dengan cara analsis MANOVA.
Berdasarkan ilmu pengetahuan yang saya perolehi daripada kajian ini, dapat
membantu saya untuk membuat penyelidikan yang lebih berkesan pada masa akan
datang dengan menggunakan pelbagai pendekatan, dapatan kajian lepas, analisis
dokumen dan sebagainya. Namun begitu, kualiti kajian ini dapat ditingkatkan lagi
dengan membuat perbandingan dapatan pengumpulan data daripada kajian lepas
untuk menambah keyakinan pembaca.

5.0 Lampiran

http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf

You might also like