You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Masyarakat orang asli merupakan sebahagian daripada kaum Bumiputera di


negara Malaysia yang terdiri daripada tiga suku bangsa Negrito, Senoi dan Melayu
Asli. Antara kaum yang dikelaskan sebagai masyarakat terpinggir adalah orang asli.
Prestasi pendidikan orang asli berada pada tahap yang sangat rendah akibat
daripada sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak
mereka, pelajar kurang mendapat motivasi, faktor persekitaran fizikal dan budaya
yang tidak menerima kemajuan. Sehubungan itu, pelbagai cabaran, isu dan usaha
dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan orang asli telah dilaksanakan
di Malaysia.

Saya telah memilih jurnal yang bertajuk Faktor Budaya dan Persekitaran
Dalam Prestasi Pendidikan Anak Orang Asli Malaysia: Kajian Kes Di Kelantan.
Artikel ini ditulis oleh Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad dan Noraziah Ali
pada tahun 2014 di dalam Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 -
122). Kajian kes ini adalah di bawah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian kes ini telah dijalankan di dua buah sekolah iaitu SK Pos Brooke
dan SK Pos Pulat yang terletak di jajahan Gua Musang Kelantan. Kajian ini
melibatakan 26 orang guru dan 50 orang ibu bapa orang asli.

2.0 SINOPSIS

Secara ringkasnya artikel ini membincangkan tentang faktor-faktor yang


mempengaruhi prestasi pendidikan pelajar orang asli. Disamping itu, artikel ini juga
mengemukakan usaha dan cabaran pelbagai pihak dalam menangani masalah
pendidikan orang asli yang kini berada pada tahap yang sangat rendah berbanding
dengan pencapaian kaum yang lain di Malaysia. Masyarakat orang asli menganggap
pelajaran adalah tidak penting untuk kehidupan mereka kerana mereka berpendapat
mereka mampu menyara kehidupan mereka tanpa pendidikan.(Khairul Hisyamdam
Ibrahim,2007)

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pengumpulan data primer dan


data skunder di SK Pos Pulat dengan pelajar berdaftar seramai 79 oang dan SK Pos
Brooke seramai 345 orang. Data primer adalah berdasarkan temubual yang
berpandukan borang soal selidik untuk guru dan ketua keluarga orang asli manakala
data primer pula berdasarkan perbancian dan pemerhatian di lapangan yang
berkaitan dengan kemudahan infrastruktur pendidikan di kawasan kajian.
Pengumpulan data juga turut diperoleh daripada hasil temu bual agesi kerajaan
yang terlibat dengan hal ehwal orans asli.

Hasil kajian artikel ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu program
pembangunan dan prestasi pendidikan orang asli, menganalisis faktor yang
mempengaruhi prestasi pendidikan dan seterusnya mengemukakan cadangan untuk
meningkatkan prestasi pendidikan orang asli. Program pembangunan dan prestasi
pendidikan orang asli adalah merangkumi pembangunan fizikal sekolah,
pembangunan modal insan guru, program motivasi ibu bapa, kemahiran belajar dan
bantuan kewangan. Faktor yang mempengaruhi pendidikan orang asli pula
diterangkan dari segi peranan ibu bapa, masalah kendiri pelajar,persekitaran fizikal
dan budaya serta cabaran guru. Akhir sekali, borang cadangan penambahbaikan
bagi pandangan guru disediakan.

3.0 ULASAN, KRITIKAN, KEKUATAN DAN KELEMAHAN TERHADAP JURNAL

3.1 Ulasan dan Kritikan

You might also like