You are on page 1of 5

SEK.

KEB KAMPONG KEDAH

34200 PARIT BUNTAR,PERAK

‘ LOOFA MULTLY MAT’

NUR AIN NAJIHAH


AMIRAH ADLINA
ADLI ZUBAIR

NORAKMAR ABDUL TALIB


Abstrak
‘Loofa multly mat’ atau MTT adalah satu inovasi yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah di kalangan masyarakat dunia.Masalahnya ialah
lambakan bahan buangan tidak terbiodegradasi yang boleh mencemarkan
alam sekitar.Salah satu kaedah untuk mengurangkan lambakan bahan
buangan tidak terbiodegradasi ini ialah dengan menghasilkan inovasi pelapik
kaki pelbagai kegunaan dari bahan semulajadi.Satu kajian telah dijalankan
dan mendapati kebanyakan rumah menggunakan pelapik dari bahan yang
tidak boleh mereput yang kebanyakkannya diperbuat daripada PVC
( Synthetic plastic polimer). PVC ini tidak boleh mereput dan akan
mengeluarkan asap yang berbahaya sekiranya dibakar.Oleh itu,kami telah
menghasilkan pelapik pelbagai guna dari Sabut Buah Petola.Kami memilih
buah petola bantal untuk membuat pelapik ini kerana buah petola bantal
menghasilkan sabut apabila tua.Sabut ini dikeringkan,diwarnakan,dijahit
menjadi pelapik pelbagai kegunaan.Pelapik ini bukan sahaja dapat
mengurangkan penggunaan pelapik kaki getah di dalam rumah dan
membantu suri rumah mempelbagaikan kegunaan pelapik ini tetapi dapat
membantu mengurangkan penggunaan pelapik PVC didalam
kenderaan.Secara keseluruhan pelapik ini banyak memberi manfaat
terhadap semua masyarakat dengan kepelbagaian penggunaannya.Kaedah
untuk menghasilkan pelapik serbaguna ini sangatlah mudah dan tidak
membebankan.Selain itu kos keseluruhan nya sangat murah kerana bahan
utamanya ialah bahan semulajadi iaitu sabut buah petola yang bernilai
Rm10.
PENGHARGAAN

Kami bersyukur kepada Allah swt,kerana Berjaya menyiapkan projek ini


dalam jangkamasa yang diberikan.Projek ‘ Loofa Multly Mat’ ini Berjaya
disiapkan dengan kerjasama ahli pasukan,rakan-rakan dan guru-guru sains.

Semangat kerjasama yang tinggi diantara guru dan pelajar ditunjukkan ketika
membuat projek berkumpulan seperti ini.Kami ingin mengucapkan Terima
kasih kepada semua guru yang menyumbang secara langsung dan tidak
langsung kepada kejayaan projek ini.Kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Guru Besar yang dikasihi kerana memberi sokongan
sepenuhnya untuk projek ini.Sepanjang projek ini,kami sangat gembira
sebagai satu pasukan dengan semua kerja keras yang disubangkan dalam
projek ini.Seperti kata pepatah lama,tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

You might also like