You are on page 1of 11

LAMPIRAN

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 7

1. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang


dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh
penduduk sesebuah negara dalam satu tahun dengan mengambil
kira faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara dari
negara itu sendiri ataupun di luar negara.

KDNK ialah nilai semua barangan akhir dan perkhidmatan yang


dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang terletak dalam
sesebuah negara bagi tempoh satu tahun tertentu dan hanya
mengambil kira semua barangan akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh perusahaan atau syarikat milik penduduk negara
itu sendiri atau penduduk dari negara lain yang beroperasi di
negara itu.

2. Betul

3. Salah

4. Salah

5. Istilah pendapatan negara merujuk kepada keluaran negara, iaitu


mengambil kira jumlah nilai semua barangan dan perkhidmatan
akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dalam jangka
masa tertentu. Keluaran negara ini boleh dibahagikan kepada dua
konsep asas yang, iaitu Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Gross
National Product (GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP).

Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai semua barangan dan


perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluran
yang dimiliki oleh penduduk sesebuah negara dalam satu tahun.
Ianya mengambil kira faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki
warganegara dari negara yang pendapatan negaranya dikira sama
ada faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara
sesebuah negara yang terdapat di negara itu sendiri ataupun di
luar negara, semua nilai pengeluaran yang dihasilkan oleh faktor-
faktor pengeluaran yang digunakan di luar negeri juga dihitung
dalam KNK. Contohnya, pendapatan pekerja-pekerja Malaysia
yang berada di luar negara seperti di Singapura, Brunei

261
Darussalam, Indonesia dan sebagainya dikira termasuk dalam
KNK Malaysia. Namun begitu, bagi pendapatan daripada warga
asing seperti daripada Indonesi dan Bangladesh yang bekerja di
Malaysia tidak diambil kira dalam KNK Malaysia.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua


barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-
faktor pengeluaran yang terletak dalam sesebuah negara bagi
tempoh satu tahun tertentu. Perbezaan antara KDNK dan KNK
ialah KNK mengambil kira semua barangan akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perusahaan atau syarikat
milik penduduk negara (warga negara Malaysia) dan juga
penduduk negara lain (bukan warga negara Malaysia) yang
beroperasi di Malaysia. Contohnya, jika terdapat satu syarikat
multinasional dari Jepun dan Amerika Syarikat yang beroperasi di
Malaysia, syarikat-syarikat ini akan mengeluarkan modal,
teknologi dan kepakaran Malaysia. Syarikat-syarikat multinasional
tersebut akan beroperasi untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Malaysia dan secara tidak
langsung akan meningkatkan juga jumlah eksport barangan.
Operasi tersebut dikira sebagai satu sumbangan yang sangat besar
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun pemilik
syarikat tersebut ialah warga negara asing.

Secara ringkasnya, perbezaan di antara KDNK dan KNK dapat


dinyatakan seperti persamaan berikut:

KDNK = KNK – FBL

iaitu

FBL ialah pendapatan faktor bersih luar negeri yang diperolehi


dengan mencampurkan pendapatan faktor-faktor pengeluaran
yang diterima dari luar negeri dan selepas itu ditolak dengan
pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang dibayar ke luar
negeri.

BAB 8

1. Setiap negara perlu mempunyai satu bentuk pengukuran


pendapatan negara dalam makroekonomi secara teratur kerana
ianya merupakan satu instrumen yang membantu sesebuah negara

262
untuk menguruskan dan mentadbir ekonomi negara dengan bijak
dan berkesan. Pengukuran pendapatan negara boleh membantu
sesebuah negara tersebut membuat perancangan dan kawalan yang
teratur dalam mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah
ekonomi yang timbul. Selain itu, pengukuran pendapatan negara
sangat penting kerana ianya dapat memenuhi tujuan-tujuan berikut:

(i) Sebagai instrumen pengukuran prestasi ekonomi semasa


bagi sesebuah negara sama ada keadaan ekonomi semasa
adalah memuaskan atau tidak memuaskan dengan
pencapaian kepada nilai pertumbuhan ekonomi negara yang
ditetapkan.
(ii) Sebagai instrumen yang dapat mengesan masalah ekonomi
kerana melalui penganalisisan ke atas KNK/KDNK secara
terperinci dapat membantu sesebuah negara untuk
mengenal pasti punca-punca atau faktor-faktor yang telah
menyebabkan berlakunya masalah kelembapan ekonomi.
(iii) Sebagai instrumen untuk membaiki masalah ekonomi
melalui tindakan terancang dan berkesan oleh kerajaan,
misalnya menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan
dalam mengatasi sesuatu masalah yang dikenal pasti.
(iv) Sebagai instrumen untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara dari setahun ke setahun dan pengukuran
ini membantu kerajaan untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
(v) Sebagai satu instrumen yang dapat membezakan taraf
hidup antara negara melalui penggunaan KNK benar per
kapita setiap negara dibandingkan antara satu sama lain.
Jika nilai KNK benar per kapita negara itu tinggi
dibandingkan dengan negara-negara lain, maka negara
tersebut merupakan sebuah negara yang mempunyai
penduduk atau rakyat yang mempunyai taraf hidup yang
baik dan tinggi. Oleh itu, negara tersebut dapat merancang
dan melaksanakan polisi-polisi yang bersesuaian untuk
mengembangkan lagi taraf kehidupan rakyatnya.

2. Kaedah keluaran (nilai ditambah) merujuk kepada kaedah


pengiraan yang mengambil kira semua “nilai ditambah” yang
diwujudkan oleh pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian,
perikanan, ternakan dan perhutanan, perlombongan dan kuari,
perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan kerajaan. Ia
mengambil kira nilai ditambah yang merujuk kepada kenaikan
nilai bagi Sesuatu barangan dan perkhidmatan yang melalui
proses pengeluaran.

263
3. Kaedah perbelanjaan dalam pengiraan pendapatan negara
merujuk kepada menggunakan kaedah campuran nilai
perbelanjaan sesebuah negara terhadap barang-barang dan
perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh faktor-faktor
pengeluaran negara tersebut dalam sesuatu tahun yang
ditetapkan.

4. (i) Perbelanjaan isi rumah (C).


(ii) Pelaburan kasar (I).
(iii) Perbelanjaan kerajaan (G).
(iv) Eksport bersih (X-M).

5. Akaun Semasa:

(i) Akaun dagangan (trade account).


(ii) Akaun perkhidmatan (services account).
(iii) Akaun pindahan (transfer account).

Akaun Modal:

(i) Akaun modal jangka panjang (long term capital account).


(ii) Akaun modal jangka pendek (short term capital account).

BAB 10

1. Dua pandangan mengenai fenomena kemiskinan ialah

(i) Pandangan liberal - Pandangan liberal melihat bahawa


kemiskinan disebabkan oleh struktur ataupun keadaan
persekitaran tempat golongan miskin ini tinggal. Dengan
kata lain, kemiskinan disebabkan oleh berlakunya
pengangguran, kegawatan ekonomi, diskriminasi ataupun
manipulasi oleh pihak-pihak yang memegang kuasa
seperti golongan kapitalis.

(ii) Pandangan konservatif - Pandangan konservatif pula


melihat kemiskinan sebagai hasil daripada keadaan yang
wujud dalam diri individu yang miskin berkenaan. Kita
sering mendengar para sarjana ekonomi, contohnya,
menganggap bahawa seseorang individu itu miskin
disebabkan oleh produktiviti mereka yang rendah dan
golongan ini tiada motivasi untuk memajukan diri
mereka, tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang

264
diperlukan ataupun tabiat kerja yang menjadikan mereka
tidak berdaya saing.

2. Dua cabaran yang terdapat dalam pengagihan barangan dan


perkhidmatan daripada aspek penerima barangan dan
perkhidmatan ialah

(i) Berdasarkan kepada persoalan mengenai definisi keahlian


(membership). Apakah kriteria yang perlu diambil kira
untuk menjadikan seseorang itu termasuk dalam keahlian
penerima pengagihan tersebut? Contoh yang kita boleh
fikirkan ialah kerakyatan sesebuah negara. Adakah
sesiapa sahaja yang lahir di Malaysia dianggap sebagai
rakyat Malaysia? Adakah sesiapa sahaja dibenarkan untuk
mengundi? Kalau kita ikutkan konsep sama rata ini, kita
akan menganggap bahawa semua warganegara Malaysia
adalah diberi hak mengundi. Namun begitu, kerajaan
telah menetapkan umur tertentu sahaja yang dibenarkan
mengundi dalam pilihan raya dan berdaftar dengan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam tempoh yang
ditetapkan sahaja layak untuk mengundi. Dengan secara
tidak langsung kita mendefinisikan semula konsep
persamaan itu dan mendefinisikan semula maksud
keahlian tersebut.

(ii) Menekankan bahawa pengagihan berdasarkan kepada


status (rank). Contoh yang kita boleh lihat ialah
pembayaran gaji pekerja khususnya di sector awam adalah
berdasarkan kepada kategori (rank) dan setiap kategori
adalah berbeza mengikut kelayakan akademik. Konsep
kesaksamaan berdasarkan kepada pembahagian ini juga
dipanggil sebagai kesaksamaan mendatar (horizontal) dan
kesaksamaan menegak (vertical). Kesaksamaan mendatar
bermaksud persamaan layanan kepada kesemua pihak
yang terlibat berdasarkan kepada persamaan kumpulan
(rank) manakala kesaksamaan menegak pula merujuk
kepada ketidaksamaan layanan kepada semua pihak
disebabkan oleh perbezaan kumpulan (rank). Contoh
yang mudah kita lihat ialah berhubung dengan
pembayaran gaji bagi kerja-kerja yang memerlukan
kemahiran dan tanggungjawab yang sama. Di Amerika
Syarikat, tuntutan supaya mendapat gaji yang sama rata
(comparable worth) antara lelaki dan wanita menjadi satu isu
yang sering diperdebatkan. Wanita dan lelaki mempunyai
gaji yang berbeza sungguhpun pekerjaan berkenaan

265
memerlukan kemahiran dan tanggungjawab yang sama.
Dengan kata lain, perbezaan gaji dan upah berdasarkan
kepada aspek jantina dan bukannya kemahiran yang
dimiliki oleh individu berkenaan.

3. Cabaran yang terdapat dalam dimensi barangan dan


perkhidmatan yang akan diagihkan ialah melihat kepada aspek
mendefinisikan semula ruang lingkup item berkenaan. Ianya
berkait rapat dengan konsep pengagihan semula dalam dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, ialah bantuan
kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.
Sesetengah pihak berdasarkan kepada merit, iaitu akademik
pelajar berkenaan dalam membuat keputusan pemberian bantuan
kewangan. Kebanyakannya mengagihkan bantuan kewangan
berdasarkan kepada keperluan kewangan pelajar berkenaan.
Dalam konteks ini, pihak yang memberi bantuan melihat
keperluan kewangan pelajar secara keseluruhannya (total assets),
ataupun melihat jumlah pendapatan yang dimiliki oleh ibu bapa
atau penjaga mereka. Sesetengah penaja bagi bantuan kewangan
pelajar menghadkan program akademik tertentu sahaja seperti
perubatan, perakaunan dengan andaian bahawa pelajar mudah
untuk membayar balik bantuan yang diambil berdasarkan gaji
lumayan yang akan diterima oleh pelajar apabila mereka bekerja
kelak. Cara kita mendefinisikan item ini juga berbeza yang mana
kita melihat bahawa bantuan kewangan sebagai bantuan
kewangan itu sendiri, atau sebahagian daripada aset pelajar, atau
sebahagian daripada aset ibu bapa atau penjaga mereka dan
sebagainya. Cuba anda fikirkan mengenai dasar cukai di Malaysia.

4. Dua model yang menerangkan perkaitan antara ketidaksamaan


dan pertumbuhan ekonomi ialah

(i) Model Dua Sektor Ricardo (Ricardo’s Two Sector Model).


(ii) Model Lebihan Buruh (The Labor-Surplus Model).

5. Peranan kerajaan dalam isu kemiskinan berdasarkan kepada


pandangan liberal ialah kerajaan perlu memberi jaminan ke atas
persamaan substantif (substantive equality), dan menjadikan
manusia bebas serta mempunyai persamaan; persamaan perlu
dimandatkan dan memperolehi kesannya. Manakala daripada
pandangan konservatif ialah kerajaan tidak mempunyai
tanggungjawab sebenar atau menyediakan peluang hanya kepada
orang miskin. Kerajaan perlu menghadkan tindakan di peringkat
prosedur; kesan tidak perlu dimandatkan.

266
6. Faktor penyebab kemiskinan berdasarkan kepada pandangan
liberal ialah kemiskinan disebabkan oleh faktor kelahiran dan
ketidakadilan sosial, dan kemiskinan boleh dibaiki melalui
pengagihan semula sumber.

BAB 11

1. Salah

2. Betul

3. Salah

4. Salah

5. Betul

6. Betul. Selepas kemerdekaan, perusahaan awam ditubuhkan


dengan hasrat dapat membantu negara menggiatkan
pertumbuhan ekonomi melalui suntikan modal besar kepada
projek-projek pembangunan asas negara terutamanya kemudahan
infrastruktur untuk rakyat. Suntikan modal besar ini tidak dapat
dijalankan oleh sektor swasta yang mempunyai batasan dalam
mengeluarkan modal yang sangat besar serta memberi pulangan
jangka masa panjang yang lebih lambat. Dengan tindakan
tersebut, kerajaan telah berjaya membina asas tarikan untuk
menarik pelabur-pelabur asing untuk datang melabur pada
tempoh masa berikutnya. Oleh itu, ekonomi negara dapat
dihidupkan dan digiatkan dengan baik.

7. Jabatan kerajaan, perbadanan awam dan syarikat kerajaan.

8. Pertama: Pemberian tarif perlindungan ke atas pelbagai jenis


barangan seperti barang-barang pengguna, barang-barang
perantaraan dan barang-barang pelaburan. Selain tarif import,
kuota import juga dikenakan bagi melindungi barangan keluaran
tempatan daripada persaingan barangan luar. Terdapat barangan
tertentu yang telah dihadkan jumlah importnya dan terdapat juga
barangan yang dikecualikan cukai kastam dan eksais ke atas
bahan-bahan mentah; pengecualian cukai kastam ke atas mesin-
mesin dan alat-alat kelengkapan dengan tujuan dapat
menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.

267
Kedua: Strategi menggalakkan pelaburan bertujuan untuk
membuka peluang dan dorongan kepada pelabur-pelabur
tempatan dan asing untuk terus meneroka dan melabur dalam
industri-industri di negara ini. Tujuan galakan pelaburan ini
dilakukan oleh kerajaan adalah supaya melalui pelaburan modal
yang besar, pelabur-pelabur juga dapat memperkenalkan
teknologi, teknik pengurusan yang cekap dan mahir, peluang
pekerjaan dan pertumbuhan sumbangan industri kepada ekonomi
negara. Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakkan
Pelaburan (1986) telah menggariskan beberapa bentuk galakan
dan pelepasan cukai yang utama seperti berikut:

(i) Taraf perintis.


(ii) Penggunaan tenaga buruh.
(iii) Galakan penempatan.
(iv) Kredit cukai pelaburan.
(v) Galakan eksport.
(vi) Galakan-galakan lain seperti elaun tambahan modal,
galakan hotel, galakan khas industri elektronik dan
galakan khas bagi perusahaan pertanian.

Ketiga: Menggalakkan pertumbuhan perindustrian negara melalui


penyediaan panduan dan kemudahan tertentu yang dimaklumkan
kepada pelabur bagi memastikan keselesaan dan faedah yang
akan diperolehi oleh para pelabur di negara ini seperti berikut:

(i) Kemudahan seperti infrastruktur dan institusi-institusi


tertentu seperti Malaysian Industrail Development Authority
(MIDA), Malaysian Industrial Development Finance
(MIDF), MARA dan sebagainya serta menubuhkan
kawasan-kawasan perusahaan seperti di Petaling jaya,
Larkin dan Tampoi (Johor), Mak Mandin dan Bayan
Lepas (Pulau Pinang), Sungai Antu dan Bimbawa
(Sarawak), Kepayang dan Likas (Sabah).
(ii) Jaminan bahawa perusahaan pelabur-pelabur tidak akan
dimiliknegarakan atau jika dimiliknegarakan akan
dibayar ganti rugi yang berpatutan.
(iii) Perjanjian bagi mengelakkan cukai dua kali.
(iv) Panduan dan peraturan-peraturan pelaburan yang
dikeluarkan bagi memberi panduan kepada pelabur
untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang
merugikan.

268
BAB 12

1. Kesan yang paling ketara akibat daripada tindakan penjajah


British yang mencorakkan aktiviti ekonomi negara semasa
penjajahan mereka ialah berlaku ketidakseimbangan pembahagian
aktiviti ekonomi dalam perkembangan dan pertumbuhan
ekonomi di antara sektor, kawasan, kaum dan sebagainya.
Keadaan telah mewujudkan jurang yang tidak seimbang antara
aktiviti ekonomi seperti pertanian sara diri, pekebun-pekebun
kecil dan nelayan yang terus ketinggalan sebaliknya aktiviti-
aktiviti yang maju dan berkepentingan seperti perlombongan
bijih timah dan perladangan getah telah dikembangkan. Secara
ringkasnya kesan-kesan-kesan penjajahan adalah seperti berikut:

(i) Pergantungan ekonomi negara pada masa baru


mencapai kemerdekaan amat bergantung kepada
keluaran daripada sektor pertanian (getah) dan
perlombongan (bijih timah).
(ii) Negara Malaysia menjadi pembekal bahan mentah
seperti getah dan bijih timah yang penting kepada
England dan negara Malaysia juga menjadi tempat
pasaran barangan/keluaran daripada industri England.
Pergantungan perdagangan antarabangsa Malaysia
sangat tinggi kepada England.
(iii) Wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan dan
kekayaan di kalangan rakyat kerana di zaman penjajah
terdapat kawasan-kawasan dan bahagian-bahagian
tertentu yang ditumpu dan dibangunkan. Keadaan ini
telah mewujudkan jurang agihan pendapatan dan
kekayaan di kalangan rakyat sama ada mengikut
kawasan seperti luar bandar dan bandar, dan juga
mengikut kaum.
(iv) Pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi seperti
kaum Melayu di sektor pertanian, kaum Cina di sektor
perlombongan dan perniagaan, dan kaum India di
sektor perladangan telah merenggangkan semangat
perpaduan yang diperlukan untuk sama-sama
membangun.

2. Matlamat DEB adalah seperti berikut:

(i) Mengurang dan membasmi kemiskinan dengan


menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum.

269
(ii) Menyusun semula masyarakat bagi membaiki keadaan
ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang
dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.

Matlamat utama DPN adalah lanjutan daripada matlamat DEB


yang telah dilaksanakan, iaitu bertujuan untuk memupuk
perpaduan negara di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
Melalui perpaduan yang dihasilkan, maka usaha untuk
pembangunan ekonomi yang berterusan serta peningkatan tahap
kemajuan sesebuah negara dalam aspek sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup dan kecekapan pentadbiran
kerajaan akan dapat dicapai meliputi aspek-aspek berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara


matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan
yang saksama.
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi
sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan
daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.
(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan
ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia.
(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional
dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan
yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri
dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif,
iaitu semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup
yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial
dan kerohanian yang positif serta menghayati
perasaan bangga dan cintakan negara.
(vi) Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan
tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi
cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat
penyusunan semula masyarakat.
(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu
teras penting dalam perancangan dan pembangunan
sosioekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam
teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta

270
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses
membangunkan satu ekonomi perindustrian yang
moden.
(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai
pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya
perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan
ekologi supaya dalam jangka masa panjang
pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.

271

You might also like