You are on page 1of 19

BAB 4

TEORI GELAGAT PENGGUNA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mentakrifkan tentang teori gelagat pengguna.
2. Menghuraikan tentang pendekatan utiliti kardinal dan ordinal.
3. Menjelaskan tentang hukum utiliti marginal bertambah kurang.
4. Membincangkan tentang keluk puasama dan garisan belajawan.
5. Mengenal pasti keseimbangan pengguna.
6. Menjelaskan tentang lebihan pengguna.

4.1 PENGENALAN

Hukum permintaan menerangkan semakin tinggi tingkat harga barangan


semakin sedikit kuantiti barangan yang diminta dan sebaliknya.
Walaupun demikian, terdapat persoalan iaitu mengapakah kebanyakan
keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan adakah
keluk permintaan juga boleh mempunyai bentuk yang berlainan daripada
keluk permintaan yang biasa? Maka, untuk menjawab persoalan tersebut
dua pendekatan perlakuan pengguna diambil kira, iaitu pendekatan utiliti
kardinal dan pendekatan utiliti ordinal.

Utiliti menerangkan tentang kepuasan yang diterima daripada


penggunaan sesuatu barangan. Utiliti kardinal menerangkan bahawa
pengguna dapat mengukur dan memberi nilai kepada utiliti yang
diperolehi secara kuantitatif. Sebagai contoh, utiliti yang diperolehi
daripada potongan kek pertama yang dimakan ialah lima util dan
potongan kek kedua ialah empat util. Manakala, utiliti ordinal pula
menerangkan bahawa pengguna tidak dapat mengukur utiliti yang
diperolehi secara kuantitatif tetapi ianya dapat memberikan ukuran nilai
secara perbandingan kepada utiliti daripada penggunaan sesuatu
barangan. Sebagai contoh, daripada dua potongan kek yang dimakan,
pengguna mendapati bahawa potongan kek yang pertama lebih memberi
utiliti yang tinggi berbanding potongan kek yang kedua dimakan.

57
4.2 PENDEKATAN KARDINAL

Pendekatan kardinal menganggap utiliti boleh diukur dengan


menggunakan satu unit yang dikenali sebagai util. Jumlah utiliti antara
individu dalam pasaran boleh diukur dan dibandingkan. Dalam
membincangkan pendekatan kardinal, beberapa konsep disentuh iaitu
konsep jumlah utiliti, utiliti sut dan hukum utiliti sut yang semakin
berkurangan.

4.2.1 Jumlah Utiliti

Jumlah utiliti merupakan jumlah kepuasan pengguna daripada kombinasi


penggunaan barangan dan perkhidmatan. Ini disebabkan pengguna
mempunyai cita rasa yang berbeza dalam menggunakan sesuatu
barangan. Berdasarkan kepada cita rasa penggunaan barangan tersebut
telah menerbitkan satu fungsi utiliti. Fungsi utiliti ini adalah seperti
berikut:
U = F (X1,X2, X3,…….,Xn)

U ialah jumlah utiliti, X1,X2, X3,…….,Xn ialah barangan 1 hingga n


yang boleh digunakan oleh pengguna. Justeru, setiap pengguna akan
sentiasa memaksimumkan jumlah utiliti tersebut.

4.2.2 Utiliti Sut

Pengguna mempunyai banyak kehendak tetapi sumber yang ada sangat


terhad. Maka, pengguna mestilah membuat keputusan untuk memilih
mana-mana pilihan yang benar-benar memberikan kepuasan. Contohnya,
pengguna berkeinginan untuk membeli kek coklat dan aiskrim.
Berdasarkan kepada sejumlah pendapatan yang terhad, maka pengguna
mestilah memilih untuk membeli salah satu. Katakan pengguna membuat
keputusan untuk membeli kek coklat, maka dengan memakan kek coklat
tersebut akan dapat memberi satu nilai kepuasan yang paling tinggi
ataupun dipanggil sebagai utiliti.

Semakin banyak kek dimakan kepuasan yang dicapai semakin kurang dan
jumlah utiliti semakin bertambah tetapi dengan kadar yang berkurangan.
Utiliti sut akan menjadi semakin berkurangan setiap kali berlaku
pertambahan kuantiti kek yang dimakan. Oleh itu, utiliti sut
menerangkan tentang perubahan jumlah utiliti kesan daripada perubahan
satu unit penggunaan sesuatu barangan itu pada satu tempoh tertentu.

58
4.2.3 Utiliti Sut Bertambah Kurang

Hukum utiliti sut bertambah kurang (law of diminishing utility)


menerangkan apabila pengguna mengguna semakin banyak barangan,
jumlah utiliti akan meningkat tetapi dengan kadar yang semakin perlahan
atau berkurangan. Berdasarkan kepada Jadual 4.1, apabila sebiji epal
dimakan, utiliti yang dicapai ialah 5 dan apabila semakin banyak epal
dimakan semakin bertambah jumlah utiliti tetapi dengan kadar yang
berkurangan dan utiliti sut menjadi semakin kurang. Tetapi, selepas 5 biji
epal dimakan jumlah utiliti sama dengan 4 biji epal dan apabila terus
dimakan sehingga 6 biji epal, jumlah utiliti berkurangan dan utiliti sut
mencapai nilai negatif dan menurun ke bawah.

Jadual 4.1
Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

Kuantiti Epal (Biji) Jumlah Utiliti Utiliti Sut


0 0 -
1 5 5
2 8 3
3 10 2
4 11 1
5 11 0
6 10 -1

Rajah 4.1
Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

Jumlah Utiliti (TU)

11

10

8 TU

0 1 2 3 4 5 6

Kuantiti Utiliti Sut

59
SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan tentang konsep-konsep berikut:


(i) Jumlah utiliti.
(ii) Utiliti sut.
(iii) Utiliti sut bertambah kurang.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.2.4 Syarat-Syarat Mencapai Keseimbangan Pengguna

Terdapat beberapa syarat bagi mencapai tahap keseimbangan pengguna


atau cara pemaksimum utiliti seseorang pengguna, iaitu

(i) Pengguna mesti bersikap rasional. Ini untuk memastikan


bahawa pengguna mempunyai matlamat untuk
memaksimumkan kepuasan mereka apabila mengguna
sesuatu barangan.
(ii) Pengguna dapat memberi satu nilai secara kuantitatif
terhadap utiliti yang diperolehi.
(iii) Pengguna diberi sejumlah pendapatan yang mesti
dibelanjakan.
(iv) Harga barangan diandaikan tidak berubah pada satu tempoh
waktu.

4.3 PENDEKATAN UTILITI ORDINAL

Jika dilihat dalam teori utiliti sut bertambah kurang, pengguna diandaikan
dapat menilai tahap utiliti dengan menggunakan pendekatan utiliti
kardinal secara kuantitatif. Tetapi, mengikut pendekatan utiliti ordinal,
utiliti tidak semestinya boleh diukur, iaitu pengguna hanya perlu
menyatakan barangan yang mampu memberikan utiliti yang paling tinggi.

Contohnya, terdapat dua beg, iaitu beg merah yang mengandungi dua biji
kek coklat dan beg putih yang mengandungi sebiji kek coklat. Oleh itu,
pengguna sudah tentu akan memilih beg merah kerana ianya
mengandungi dua biji kek coklat dan memberi utiliti yang lebih kepada
pengguna. Justeru, dapat ditunjukkan bahawa gelagat pengguna mengikut
pendekatan utiliti ordinal diandaikan seperti berikut:

60
(i) Jika pengguna diberi pilihan dua beg yang mengandungi dua
barangan yang sama tetapi pada jumlah kuantiti yang berbeza,
maka pengguna akan memilih beg yang mengandungi kuantiti
yang lebih banyak.
(ii) Apabila pengguna menggunakan semakin banyak sesuatu
barangan tertentu ini akan menyebabkan utiliti marginal
semakin menurun.
(iii) Pengguna dapat membuat pilihan antara kombinasi barangan
dan menyusun mengikut kepentingan dan keutamaan
berdasarkan tingkat utiliti.
(iv) Pilihan pengguna adalah konsisten, iaitu jika seseorang
pengguna lebih suka pilihan kek coklat daripada kek oren dan
seterusnya pengguna lebih suka kek oren berbanding kek
epal, maka diandaikan bahawa pengguna lebih berminat
dengan kek coklat berbanding dengan kek epal.

SOALAN DALAM TEKS

2. Terangkan tentang perbezaan perlakuan pengguna,


iaitu antara pendekatan kardinal dengan
pendekatan ordinal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 KELUK PUASAMA

Keluk puasama juga disebut sebagai keluk sama puas. Ianya didefinisikan
sebagai beberapa kombinasi barangan yang digunakan dan kombinasi
tersebut dapat memberi tingkat kepuasan yang sama. Keadaan
sedemikian dapat dilihat dengan lebih jelas melalui contoh berikut:

Berdasarkan kepada Jadual 4.2, Ali ingin membeli dua jenis barangan,
iaitu pakaian dan makanan. Pada permulaannya, Ali membeli 20 unit
pakaian dan dua unit makanan dan ianya memperolehi satu tingkat
kepuasan. Sekiranya Ali mengurangkan penggunaan pakaian kepada 19
unit, ini akan menyebabkan tingkat utilitinya jatuh. Tetapi, tingkat utiliti
tersebut dapat dicapai pada tahap yang sama jika Ali menambah
penggunaan terhadap makanan sebanyak 0.5 unit.

61
Jadual 4.2
Jadual Puasama Ali

Unit Pakaian Unit Makanan


20 2
19 2.5
10 7
7 11
6 13
5 16
4.5 20

Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa 19 unit pakaian dan 2.5 unit makanan
akan memberi utiliti yang sama kepada pengguna dengan penggunaan 20
unit pakaian dan 2 unit makanan. Jadual 4.2 juga dapat menunjukkan
bagaimana teori utiliti sut bertambah kurang. Keadaan yang sama juga
dapat menerangkan tentang bagaimana wujudnya kadar penggantian sut
(marginal rate of substitution - MRS).

4.4.1 Kadar Penggantian Sut (MRS)

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pengguna boleh menggantikan


satu barang dengan satu barangan yang lain pada satu jumlah tertentu
dan akan memperolehi jumlah kepuasan yang sama seperti sebelumnya.
Rajah 4.2
Kadar Penggantian Sut (MRS)

Pakaian

P2 T

P1 U S

Keluk Puasama (IC)

0 M2 M1 Makanan

Berdasarkan kepada Rajah 4.2, pengguna memperolehi tingkat utiliti yang


sama pada titik S dan titik T, iaitu dengan menggunakan 0P1 unit pakaian
dengan 0M1 unit makanan pada titik S dan dengan menggunakan 0P2
unit pakaian dan 0M2 unit makanan pada titik T. Rajah tersebut jelas
menunjukkan bahawa 0P2 lebih besar daripada 0P1 dan 0M1 lebih besar
daripada 0M2.

62
Oleh itu, pergerakan dari titik T ke S menerangkan bahawa pengguna
sanggup menggantikan P1P2 unit pakaian untuk mendapatkan M1M2
unit makanan. Maka, jumlah kesanggupan pengguna menggantikan
pakaian dengan makanan ialah

MRS = 0P2 - 0P1 / 0M1 - 0M2


= TU / US

Maka, kadar yang ditunjukkan digunakan untuk mengukur jumlah purata


unit pakaian yang sanggup dilepaskan oleh pengguna untuk mendapatkan
satu unit tambahan makanan.

Untuk membolehkannya tetap berada pada tingkat kepuasan yang sama


dan kadar penggantian sut yang diberi oleh kecerunan keluk puasama
yang negatif pada satu titik. Kadar penggantian sut di antara pakaian dan
makanan semakin kecil apabila jumlah pakaian semakin sedikit.

4.4.2 Ciri-Ciri Keluk Puasama

Keluk Puasama mempunyai lima ciri penting. Pertama, keluk puasama


mesti mempunyai kecerunan negatif yang menerangkan tentang
pengguna mestilah menggantikan satu barangan dengan barangan yang
lain dengan kadar yang tertentu untuk membolehkannya berada pada
satu tingkat kepuasan yang sama.
Rajah 4.3
Keluk Puasama Bercerun Negatif

1. KPS2 > KPS1 2. KPS Bukan Bercerun Positif

Pakaian Pakaian

KPS1 KPS2

B B
A A

KPS2
KPS1

Makanan Makanan

Rajah 4.3 menerangkan tentang kebenaran andaian pertama, iaitu


pengguna lebih menggemari kombinasi barangan yang mempunyai lebih
banyak kuantiti berbanding dengan kombinasi barangan yang sedikit

63
kuantiti barangan. Pilihan B lebih digemari oleh pengguna kerana ianya
mengandungi jumlah barangan yang lebih banyak daripada pilihan A
(B>A). Sekiranya keluk puasama bercerun positif, maka pilihan A akan
menyamai dengan pilihan B (A=B) sedangkan pengguna mendapati
bahawa (B>A).

Kedua, keluk puasama tidak boleh bersilang antara satu sama lain. Rajah
4.4 menunjukkan keluk KPS1 dan KPS2 bersilang dan terdapat tiga
kombinasi pakaian dan makanan, iaitu pada titik A, B, C dan D. Didapati
pengguna lebih menggemari pilihan A, C dan D kerana ketiga-tiga pilihan
tersebut berada di atas KPS2 dan memperolehi kepuasan yang sama
banyak. Didapati kepuasan A juga menyamai B kerana berada pada KPS
yang sama, maka ianya telah melanggar andaian yang keempat.
Rajah 4.4
Keluk Puasama Tidak Boleh Bersilang

Pakaian

KPS1
KPS2

B C
A
D

Makanan

Ciri yang ketiga ialah keluk puasama cembung ke pusat atau berbentuk
cekung ke bawah. Ini disebabkan oleh kadar penggantian sut antara
barangan semakin berkurangan, iaitu semakin banyak pakaian digunakan
untuk mendapatkan satu unit tambahan pakaian, semakin kurang unit
makanan.

Ciri yang keempat ialah semakin jauh keluk puasama dari titik pusat
(origin) maka semakin tinggi tingkat kepuasan yang diperolehi oleh
pengguna. Ini adalah kerana semakin ke kanan keluk puasama, semakin
banyak kuantiti kombinasi barangan yang digunakan. Keadaan tersebut
memberikan tingkat kepuasan yang lebih tinggi. Rajah 4.5 menunjukkan
bahawa keluk puasama KPS2 mempunyai tingkat kepuasan yang lebih
tinggi berbanding dengan keluk puasama KPS1. Manakala, keluk
puasama KPS1 mempunyai tingkat kepuasan yang lebih tinggi
berbanding dengan keluk puasama KPS0.
64
Rajah 4.5
Keluk Puasama yang Jauh daripada Origin Memberikan Kepuasan yang Tinggi

Pakaian KPS2

KPS1
KPS0

Makanan

Ciri yang kelima ialah setiap pengguna yang menggunakan kombinasi


barangan layak untuk memiliki keluk puasamanya yang tersendiri dan
boleh mempunyai beberapa jumlah keluk puasama yang tidak terhingga.
Berdasarkan Rajah 4.6, antara pilihan A dan pilihan D, iaitu antara keluk
puasama KPS0 dan KPS3 terdapat lain-lain keluk puasama, iaitu KPS1
dan KPS2.
Rajah 4.6
Keluk Puasama Pengguna

Pakaian

C KPS3

B KPS2

A KPS1

KPS0

Makanan

4.5 GARIS BELANJAWAN

Pengguna akan mempunyai keupayaan yang terhad, contohnya jumlah


pendapatan yang hendak dibelanjakan. Maka, berasaskan pada satu
65
pendapatan yang tetap pengguna akan memaksimumkan utiliti
penggunaanya. Garis belanjawan didefinisikan sebagai satu kombinasi
barangan yang boleh dibeli oleh pengguna sekiranya menggunakan
kesemua jumlah pendapatannya. Contohnya, Ali mempunyai sejumlah
pendapatan dan ingin membelanjakannya untuk mendapatkan barangan
X dan Y pada harga Px dan Py dengan andaian harga kedua-dua
barangan tersebut ialah tetap.

Rajah 4.7
Garis Belanjawan

Kuantiti Y

M/Py

Garis Belanjawan Y=M/Py-Px/Py.X

0 M/Px Kuantiti X

Sekiranya Ali ingin membelanjakan kesemua pendapatannya untuk


mendapatkan barangan X dan tiada barangan Y, maka jumlah barangan
X yang boleh dibelinya ialah sebanyak M/Px (jumlah keseluruhan
pendapatan dibahagi dengan harga barangan X). Sebaliknya, jika Ali ingin
membelanjakan kesemua pendapatannya untuk mendapatkan barangan Y
dan tiada barangan X, maka jumlah barangan Y yang boleh dibelinya
ialah sebanyak M/Py (jumlah keseluruhan pendapatan dibahagi dengan
harga barangan Y). Seterusnya apabila disambung kedua-dua titik M/Px
dan M/Py satu garis lurus akan diperolehi yang dipanggil sebagai garis
belanjawan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

Tetapi, Jika Ali ingin membelanjakan pendapatannya untuk mendapatkan


kedua-dua barangan X dan Y, maka jumlah perbelanjaan tersebut mesti
tidak melebihi jumlah pendapatannya. Persamaan berikut menunjukkan
tingkat maksimum yang boleh dibuat oleh Ali.

M = xPx + yPy

M ialah jumlah pendapatan Ali, xPx ialah jumlah perbelanjaan yang


digunakan untuk mendapatkan barangan X dan yPy ialah ialah jumlah
perbelanjaan yang digunakan untuk mendapatkan barangan Y.
Kecerunan garis belanjawan menyamai nisbah antara harga barangan X

66
dengan harga barangan Y, iaitu Px/Py dan ianya boleh ditunjukkan
dalam nilai Y = 1/Py.M – Px/Py.X.

4.5.1 Pergerakan Garis Belanjawan

Pergerakan garis belanjawan berlaku disebabkan oleh dua faktor yang


utama, iaitu perubahan pada tingkat harga barangan tersebut dan
perubahan dalam tingkat pendapatan pengguna.

(a) Perubahan dalam tingkat harga

Kecerunan garis belanjawan akan berubah apabila berlaku perubahan


dalam tingkat harga bagi barangan tersebut. Contohnya, apabila harga
baju tersebut berkurangan daripada RM5 sehelai kepada RM1 sehelai,
menyebabkan lebih banyak kuantiti baju akan diminta.
Rajah 4.8
Perubahan Garis Belanjawan Kesan Perubahan Harga

Makanan (Y)

0 B C Baju (X)

Katakan pendapatan Ali ialah RM50. Maka, pada tingkat harga RM5, Ali
membeli sebanyak 10 helai baju tetapi apabila harga turun kepada RM1
sehelai, Ali akan membeli lebih baju, iaitu 50 helai dengan andaian harga
makanan adalah tetap. Oleh itu, garis belanjawan akan berubah dari AB
ke AC dan sebaliknya jika harga meningkat (seperti Rajah 4.8).
Perubahan garis belanjawan tersebut akan menyebabkan berlakunya
perubahan kecerunan pada garis belanjawan itu sendiri.

(b) Perubahan tingkat pendapatan

Sekiranya pendapatan Ali bertambah akibat daripada kenaikan gaji dari


RM50 ke RM100 dengan andaian harga baju dan makanan ialah tetap,
pertambahan pendapatan tersebut akan menyebabkan Ali akan membeli

67
lebih banyak kedua-dua barangan tersebut. Maka jumlah maksimun baju
yang boleh dibeli oleh Ali ialah 100/5 = 20 helai baju atau jumlah
maksimum makanan yang boleh dibeli 100/1 = 100 unit makanan.

Akibat daripada perubahan dalam tingkat pendapatan Ali telah


menyebabkan garis belanjawan berubah dari AB ke CD (Rajah 4.9) dan
sebaliknya jika pendapatan menurun. Walaupun begitu, perubahan garis
belanjawan tersebut tidak mempengaruhi kecerunannya kerana andaian
kedua-dua tingkat harga baju dan makanan ialah tetap.

Rajah 4.9
Pergerakan Garis Belanjawan Kesan Kenaikan Pendapatan

Makanan (Y)

0 B D Baju (X)

SOALAN DALAM TEKS

3. Pergerakan garis belanjawan berlaku disebabkan


oleh dua faktor yang utama, iaitu perubahan pada
tingkat harga barangan tersebut dan perubahan
dalam tingkat pendapatan pengguna. Oleh itu,
jelaskan bagaimana faktor-faktor tersebut
mempengaruhi garis belanjawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6 KESEIMBANGAN PENGGUNA

Apabila Ali memaksimumkan kepuasannya, maka secara langsung Ali


telah mencapai tahap keseimbangan. Ianya berlaku apabila satu keluk
puasama tangen (menyentuh) garis belanjawan seperti yang ditunjukkan

68
dalam Rajah 4.10. Dengan mengambil kira tiga keluk puasama, iaitu IC0,
IC1 dan IC2, diandaikan pada permulaan Ali membelanjakan
keseluruhan pendapatan untuk membeli makanan sahaja, iaitu pada titik
A. Maka, Ali akan berada pada keluk puasama yang lebih rendah
berbanding dengan keluk IC0. Tetapi, jika Ali menggunakan
pendapatannya untuk mendapatkan sejumlah makanan dan baju pada
titik C, maka Ali akan berada pada IC0, iaitu dengan membeli 0M1 unit
makanan dan 0B1 helai baju. Tetapi, jika Ali terus bergerak ke bawah
lagi, beliau akan memperolehi tingkat kepuasan yang lebih tinggi, iaitu
pada titik D. Pada titik D Ali akan menggunakan 0M2 unit makanan dan
0B2 helai baju.

Pada titik D Ali akan berada pada tingkat keseimbangan, iaitu garis
belanjawan akan bersentuh dengan keluk puasama IC1. Sekiranya Ali
terus bergerak ke bawah, ia akan mencapai tingkat kepuasan yang rendah
semula.

Rajah 4.10
Keseimbangan Pengguna

Makanan

M1 C

I C2
M2 D

I C1

E IC0

0 B1 B2 B Baju

Pada titik keseimbangan D, Ali menyamakan kecerunan garis belanjawan


AB dengan kecerunan keluk puasama IC1. Ini adalah kerana kecerunan
keluk puasama menyamai dengan kadar penggantian sut (MRS) di antara
baju(x) dan makanan(y) yang menyamai nisbah antara utiliti sut baju(x)
dengan nisbah utiliti sut makanan(y). Maka,

MRS = Utiliti Sut x / Utiliti Sut y

dan pada tingkat keseimbangan pula,

Px/Py = MUx/MUy
69
Maka, syarat keseimbangan pengguna berdasarkan keluk puasama adalah
sama dengan syarat keseimbangan berdasarkan teori utiliti sut
berkurangan.

4.7 LEBIHAN PENGGUNA

Satu contoh yang jelas digunakan untuk menerangkan maksud lebihan


pengguna ialah penggunaan udara. Udara tidak mempunyai nilai dalam
bentuk wang tetapi ianya sangat penting kepada manusia untuk bernafas.
Keadaan tersebut menjelaskan bahawa sumbangan udara kepada
kebajikan manusia adalah tinggi berbanding dengan nilai wang. Maka,
perbezaan antara jumlah utiliti terhadap penggunaan sesuatu barangan
dengan nilai wang dalam pasaran dipanggil sebagai lebihan pengguna.

Apabila sesuatu barangan digunakan, maka setiap unit barangan tersebut


akan dibayar pada tingkat harga yang sama dengan nilai barangan
tersebut. Contohnya, pengguna membeli sebanyak 5 potong kek pada
harga RM1.00 sepotong. Ini bermakna bahawa setiap kek yang dibayar
sama dengan utiliti yang diterima daripada potongan kek yang kelima,
iaitu 5 util. Tetapi, mengikut hukum utiliti sut bertambah kurang
potongan kek yang terawal memberikan nilai utiliti yang lebih tinggi
berbanding dengan nilai utiliti bagi potongan kek yang kelima. Ini
menunjukkan bahawa terdapat lebihan akibat daripada penggunaan
potongan kek yang awal.

Jadual 4.3
Harga, Kuantiti Kek dan Jumlah Utiliti yang Dibeli oleh Pengguna

Harga Sepotong Kek Kuantiti Kek Jumlah Utiliti


(RM) yang Minta (Util)
1.00 5 potong 1
2.00 4 potong 2
3.00 3 potong 3
4.00 2 potong 4
5.00 sepotong 5

Berdasarkan Jadual 4.3, bagi potongan kek yang pertama, pengguna


memperolehi lima util, potongan kek kedua pengguna memperolehi 4
util, potongan kek ketiga pengguna memperolehi 3 util, potongan kek
keempat pengguna memperolehi 2 util dan potongan kek kelima
pengguna memperolihi 1 util. Ini menunjukkan sekiranya pengguna
membeli 5 potong kek, jumlah utiliti sebenar yang diperolehi olehnya
ialah 5+4+3+2+1=15. Tetapi wang yang dibayar oleh pengeluar untuk 5
potong kek ialah RM5.00. Ini bermakna lebihan yang diperolihi oleh
pengguna apabila membeli 5 potong kek ialah 15-5=10 util.

70
Rajah 4.11 menunjukkan keluk permintaan individu yang dihasilkan dari
Jadual 4.3. Kawasan di antara keluk permintaan individu dengan garis
harga menunjukkan lebihan pengguna bagi seorang individu.

Rajah 4.11
Lebihan Pengguna bagi Seorang Individu

Harga

5.00

4.00

3.00

2.00

1.00 Harga kek

0 1 2 3 4 5 Kuantiti

Rajah 4.12
Jumlah Lebihan Pengguna bagi Pasaran

Harga (RM)

5.00 T D

1.00 S U Harga kek

D
0 Ko Kuantiti (potong)

Rajah 4.12 menunjukkan keluk permintaan bagi satu pasaran yang


merangkumi kesemua keluk permintaan individu. Jika keluk permintaan
bagi pasaran tersebut ialah DD, maka lebihan pengguna ialah kawasan
yang terletak di bahagian bawah keluk permintaan dan di atas garisan
harga seperti yang ditunjukkan oleh kawasan STU. Kawasan tersebut
menerangkan lebihan utiliti yang diterima oleh pengguna selepas
membayar semua kos barangan tersebut.

71
4.8 KESIMPULAN

Utiliti menerangkan tentang satu konsep yang menjelaskan jumlah


kepuasan yang diperolehi oleh pengguna akibat daripada penggunaan
sesuatu barangan. Pertambahan penggunaan seunit barangan akan
menyebabkan berlakunya pertambahan kepada tingkat utiliti tersebut
yang dipanggil sebagai utiliti sut. Hukum utiliti sut yang bertambah
kurang pula menerangkan tentang apabila jumlah penggunaan sesuatu
barangan bertambah, utiliti sut bagi penggunaan unit terakhir barangan
tersebut akan menurun. Maka, secara langsung hukum ini menerbitkan
keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
Seterusnya, pengguna dapat memaksimumkan utiliti penggunaan sesuatu
barangan apabila harga barangan tersebut sama dengan utiliti sut.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Keluk puasama menunjukkan tentang beberapa kombinasi


penggunaan barangan yang dapat memberi tingkat kepuasan yang
sama. Oleh itu, jelaskan LIMA ciri keluk puasama tersebut.

Jadual Puasama Ahmad

Unit Pakaian Unit Makanan


20 2
19 2.5
10 7
7 11
6 13
5 16
4.5 20

2. Berdasarkan kepada Jadual Puasama Ahmad,

(i) Kirakan Kadar Penggantian Sut (Marginal Rate of


Substitution) antara pakaian dan makanan.
(ii) Rumuskan tentang teori utiliti sut berkurangan
berdasarkan kepada MRS yang diperolehi.

3. Berdasarkan kepada hukum utiliti sut bertambah kurang,


terangkan maksud lebihan pengguna dan bagaimana ianya
berlaku dalam pasaran.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

72
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. (i) Jumlah Utiliti

Jumlah utiliti merupakan jumlah kepuasan pengguna daripada


kombinasi penggunaan barangan dan perkhidmatan. Ini
disebabkan pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza dalam
menggunakan sesuatu barangan. Berdasarkan kepada cita rasa
penggunaan barangan tersebut telah menerbitkan satu fungsi
utiliti. Fungsi utiliti ini adalah seperti berikut:

U = F (X1,X2, X3,…….,Xn)

U ialah jumlah utiliti, X1,X2, X3,…….,Xn ialah barangan 1


hingga n yang boleh digunakan oleh pengguna. Justeru, setiap
pengguna akan sentiasa memaksimumkan jumlah utiliti tersebut.

(ii) Utiliti Sut

Pengguna mempunyai banyak kehendak tetapi sumber yang ada


sangat terhad. Maka, pengguna mestilah membuat keputusan
untuk memilih mana-mana pilihan yang benar-benar memberikan
kepuasan. Contohnya, pengguna berkeinginan untuk membeli
kek coklat dan aiskrim. Berdasarkan kepada sejumlah pendapatan
yang terhad, maka pengguna mestilah memilih untuk membeli
salah satu. Katakan pengguna membuat keputusan untuk
membeli kek coklat, maka dengan memakan kek coklat tersebut
akan dapat memberi satu nilai kepuasan yang paling tinggi
ataupun dipanggil sebagai utiliti.

Semakin banyak kek dimakan kepuasan yang dicapai semakin


kurang dan jumlah utiliti semakin bertambah tetapi dengan kadar
yang berkurangan. Utiliti sut akan menjadi semakin berkurangan
setiap kali berlaku pertambahan kuantiti kek yang dimakan. Oleh
itu, utiliti sut menerangkan tentang perubahan jumlah utiliti kesan
daripada perubahan satu unit penggunaan sesuatu barangan itu
pada satu tempoh tertentu.

(iii) Utiliti Sut Berkurangan

Hukum utiliti sut bertambah kurang (law of diminishing utility)


menerangkan apabila pengguna mengguna semakin banyak
barangan, jumlah utiliti akan meningkat tetapi dengan kadar yang
semakin perlahan atau berkurangan. Contohnya, berdasarkan
kepada Jadual Jumlah Unit dan Utili Sut, apabila sebiji epal

73
dimakan, utiliti yang dicapai ialah 5 dan apabila semakin banyak
epal dimakan semakin bertambah jumlah utiliti tetapi dengan
kadar yang berkurangan dan utiliti sut menjadi semakin kurang.
Tetapi, selepas 5 biji epal dimakan jumlah utiliti sama dengan 4
biji epal dan apabila terus dimakan sehingga 6 biji epal, jumlah
utiliti berkurangan dan utiliti sut mencapai nilai negatif dan
menurun ke bawah.

Jadual Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

Kuantiti Epal (Biji) Jumlah Utiliti Utiliti Sut


0 0 -
1 5 5
2 8 3
3 10 2
4 11 1
5 11 0
6 10 -1

2. Utiliti kardinal menerangkan tentang pengguna dapat mengukur


dan memberi nilai kepada utiliti yang diperolehi secara kuantitatif.
Sebagai contoh, utiliti yang diperolehi daripada potongan kek
pertama yang dimakan ialah 5 util dan potongan kek kedua ialah
4 util. Manakala, utiliti ordinal pula menerangkan bahawa
pengguna tidak dapat mengukur utiliti yang diperolehi secara
kuantitatif tetapi ianya dapat memberi ukuran nilai secara
perbandingan kepada utiliti daripada penggunaan sesuatu
barangan. Sebagai contoh, daripada dua potongan kek yang
dimakan, pengguna mendapati bahawa potongan kek yang
pertama lebih memberi utiliti yang tinggi berbanding potongan
kek kedua yang dimakan.

3. Perubahan dalam Tingkat Harga

Kecerunan garis belanjawan akan berubah apabila berlaku


perubahan dalam tingkat harga bagi barangan tersebut.
Contohnya, apabila harga baju tersebut berkurangan daripada
RM5 sehelai kepada RM1 sehelai, menyebabkan lebih banyak
kuantiti baju akan diminta. Katakan pendapatan Ali ialah RM50.
Maka, pada tingkat harga RM5, Ali membeli sebanyak 10 helai
baju tetapi apabila harga turun kepada RM1 sehelai, Ali akan
membeli lebih baju, iaitu 50 helai dengan andaian harga makanan
adalah tetap. Oleh itu, garis belanjawan akan berubah dari AB ke
AC dan sebaliknya jika harga meningkat (lihat Rajah Perubahan
Garis Belanjawan Kesan Perubahan Harga). Perubahan garis

74
belanjawan tersebut akan menyebabkan berlakunya perubahan
kecerunan pada garis belanjawan itu sendiri.

Rajah Perubahan Garis Belanjawan Kesan Perubahan Harga


Makanan (Y)

0 B C Baju (X)

Perubahan Tingkat Pendapatan

Sekiranya pendapatan Ali bertambah akibat daripada kenaikan gaji


dari RM50 ke RM100 dengan andaian harga baju dan makanan
ialah tetap, pertambahan pendapatan tersebut akan menyebabkan
Ali akan membeli lebih banyak kedua-dua barangan tersebut. Maka
jumlah maksimun baju yang boleh dibeli oleh Ali ialah 100/5 = 20
helai baju atau jumlah maksimum makanan yang boleh dibeli
100/1 = 100 unit makanan. Akibat daripada perubahan dalam
tingkat pendapatan Ali telah menyebabkan garis belanjawan
berubah dari AB ke CD (lihat Rajah Pergerakan Garis Belanjawan
Kesan Kenaikan Pendapatan) dan sebaliknya jika pendapatan
menurun. Walaupun begitu, perubahan garis belanjawan tersebut
tidak mempengaruhi kecerunannya kerana andaian kedua-dua
tingkat harga baju dan makanan ialah tetap.
Rajah Pergerakan Garis Belanjawan Kesan Kenaikan Pendapatan
Makanan (Y)

0 B D Baju (X)

75

You might also like