You are on page 1of 17

BAB LIMA

TEORI GELAGAT PENGGUNA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membezakan konsep jumlah utiliti dan utiliti marginal.
2. Menjelaskan tentang hukum utiliti marginal bertambah kurang.
3. Menentukan keseimbangan pengguna dengan pendekatan
utiliti kardinal.
4. Menentukan keseimbangan pengguna dengan pendekatan
utiliti utiliti ordinal.

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, kita akan belajar mengenai tingkahlaku pengguna yang
rasional dalam membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk
memaksimumkan kepuasan (utiliti). Penggunaan yang dimaksudkan adalah
merangkumi penggunaan ke atas barangan mahupun perkhidmatan.
Pengguna juga membeli barangan dan perkhidmatan bukan sahaja untuk
kegunaannya sendiri malahan juga untuk keluarga mahupun masyarakat.

Dalam bab ini gelagat pengguna dalam memaksimumkan kepuasannya


dilihat daripada dua sudut pandangan yang berbeza. Pandangan pertama
adalah pandangan mereka yang mengatakan kepuasan akibat penggunaan
barang atau perkhidmatan itu boleh diberi angka dan di ukur. Pandangan
yang kedua pula ialah yang bertentangan dengan yang pertama, iaitu pada
pandangan mereka kepuasan itu tidak boleh digambarkan dengan angka
atau nombor tetapi sebaliknya hanya dengan perkataan.

5.2 TEORI UTILITI KARDINAL

Menyatakan bahawa utiliti ataupun kepuasan seseorang pengguna itu boleh


diukur atau dikira.

5.2.1 Asas Pilihan Pengguna: Utiliti dan Jumlah Utiliti

Walaupun berhadapan dengan bermacam-macam barangan di pasaran,


pengguna dapat menentukan barangan yang hendak dibeli. Dalam perkara
ini sudah pasti terdapat suatu cara penilaian tertentu yang dibuat mengenai
nilai relatif barangan tersebut. Misalnya jika kita mempunyai wang sebanyak
RM20.00 untuk dibelanjakan. Kita mungkin membeli sebuah buku, atau
pita kaset atau belanja rakan-rakan kita makan tengah hari. Atau pun
sekiranya suatu barang itu harganya RM10.00, kita akan membelinya, tetapi
56
kalau harganya naik kepada RM11.00 kita tidak akan membeli barang
tersebut. Jadi, apakah yang menjadi asas pilihan-pilihan tersebut?

Dalam menjawab soalan ini ahli ekonomi telah memperkenalkan satu


konsep yang dipanggil utiliti. Kita menggunakan sesuatu barang atau
perkhidmatan kerana ia memberikan utiliti atau kepuasan kepada kita. Jadi,
sama ada sesuatu barangan itu lebih digemari dari barangan lain bergantung
kepada berapa banyak utiliti atau kepuasan yang diperolehi daripadanya
berbanding dengan barangan lain. Campuran semua utiliti yang diperolehi
akan menghasilkan jumlah utiliti atau jumlah kepuasan. Dalam mengira dan
mengukur kepuasan, unit yang digunakan ialah util.

5.2.2 Utiliti Marginal

Utiliti marginal bermaksud tambahan kepuasan atau tambahan utiliti yang


diterima oleh seseorang hasil daripada tambahan seunit barang yang
digunakan.

5.2.3 Hukum Utiliti Marginal Semakin Berkurangan

Hukum ini menyatakan bahawa nilai utiliti marginal akan berkurangan


apabila pengguna menambahkan penggunaan sesuatu barangan secara
berterusan dalam satu masa tertentu. Dalam erti kata lain, tambahan
pengggunaan sesuatu barang yang terus menerus tidak akan terus menerus
menambahkan kepuasan. Pada peringkat awal penggunaan sesuatu barang
ianya akan memberi tambahan kepuasan yang tinggi, namun sekiranya
barang yang sama digunakan berterusan maka ianya akan memberikan
tambahan kepuasan yang semakin kecil dan mungkin sehingga satu tahap
tambahan kepuasan yang diperolehi mungkin menjadi negatif.

Sebagai contoh, andaikan pada satu pagi kita dapat menikmati sebungkus
nasi lemak. Nasi lemak yang kita makan itu memang teramat sedap bagi
kita dan kita boleh menikmati kepuasan yang tertinggi sekali. Namun
sekiranya kita menambah lagi sebungkus, mungkin kita merasakan
tambahan kepuasan yang kita miliki semakin berkurangan. Jika kita
teruskan dengan memakan bungkus nasi lemak yang ketiga, kita akan dapati
kepuasan kita untuk nasi lemak yang ketiga itu semakin berkurangan
berbanding dengan bungkus yang kedua tadi. Begitulah seterusnya
sekiranya kita menambah beberapa bungkus nasi lemak untuk dimakan
pada pagi yang sama ianya akan menyebabkan tambahan kepuasan yang
dimiliki semakin berkurangan dan akan menjadi negatif apabila kita telah
merasa mual atau hendak muntah. Pengurangan dalam tambahan utiliti
apabila semakin banyak penggunaan sesuatu barangan itu d i g u n a k a n
i a n y a dipanggil hukum utiliti bertambah kurang (law of diminishing
utility).

57
Jadual 5.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Marginal

Jumlah Jumlah Utiliti Utiliti


Nasi lemak(bungkus) Marginal
0 0 - - -
1 10 10
2 15 5
3 18 3
4 20 2
5 21 1
6 21 0
7 18 -3

Nasi lemak yang pertama memberikan Balqis 10 util kepuasan. Jika Balqis
terus memakan nasi lemak yang kedua, ia masih lagi menikmati nasi lemak
itu tetapi tidaklah seperti pada bungkus yang pertama. Sungguhpun jumlah
utiliti bungkus yang kedua adalah lebih tinggi daripada yang pertama iaitu
15 util, tetapi dari segi utiliti marginal atau tambahan kepuasan yang
diperolehi daripada penggunaan bungkus nasi lemak yang kedua ialah 5
sahaja, ianya kurang berbanding pada bungkus yang pertama. Pada bungkus
yang ketiga, jumlah utiliti yang diperolehi adalah sebanyak 18 tetapi tetapi
utiliti marginalnya cuma tiga, dan begitulah seterusnya nilai utiliti marginal
semakin berkurang hingga pada bungkus yang keenam jika Balqis masih
makan nasi lemak pada pagi itu, utiliti tambahan yang diperolehi dari
bungkus yang ketujuh itu ialah negatif.

5.2.4 Keseimbangan Pengguna-Kaedah Pengiraan

Seseorang pengguna akan cuba mengagihkan wang yang dimilikinya untuk


memperolehi utiliti yang paling maksimum. Dalam modul ini kita akan
melihat bagaimana seorang pengguna itu membelanjakan wang yang dia ada
untuk memperolehi keseimbangan pengguna. Kita akan lihat bagi kes satu
barang dan bagi kes dua barangan.

(a) Kes Satu Barang (Barang X)

Andaikan Muhammad Fiqri mempunyai RM4.00 (M) dan dia hendak


membelanjakan wang yang dia ada sebanyak RM4.00 itu ke atas satu barang
katakan buku cerita. Harga satu buku cerita (Px) itu ialah RM2.00.

Jadual 5.2: Keseimbangan Pengguna-Kes Satu Barang


Kuantiti Buku Jumlah Utiliti Utiliti Marginal Jumlah
Cerita (Qx) (JU) (UM) Belanjawan(Qx x
Px)
1 2 2 (1 X RM2) =RM2
2 4 2 (2 X RM2) =RM4
3 4 0 (3 X RM2) =RM6
4 1 -3 (4 X RM2) =RM8

58
Sebagai seorang pengguna, Muhammad Fiqri akan terus meningkatkan
penggunaan sehingga Utiliti Marginal dari penggunaan barang tersebut
sama dengan harga barang tersebut dan tertakluk kepada jumlah duit yang
dia miliki. Secara ringkasnya, keseimbangan pengguna akan tercapai apabila:

1) UMx = Px
2) Memenuhi batasan belanjawan (M).

Maka daripada Jadual 5.2, kita dapati ada dua kuantiti output yang
memenuhi syarat pertama, UMx=Px=2 iaitu pada kuantiti pertama dan
kedua. Tetapi untuk mencari keseimbangan pengguna bagi kes satu
barangan, kita mempunyai syarat yang kedua iaitu memenuhi belanjawan
(duit) yang pengguna itu ada. Dalam kes ini, Muhammad Fiqri mempunyai
RM4.00. Jika dia membeli sebuah buku cerita, dia hanya menggunakan
RM2.00 daripada duit yang dia ada. Tetapi sekiranya dia membeli dua buah
buku cerita, maka dia akan menggunakan semua duit yang dia ada iaitu
RM4.00. Maka kesimpulannya, Muhammad Fiqri akan memilih sehingga
kuantiti yang kedua (dua buah buku cerita), barulah ianya dikatakan telah
mencapai keseimbangan.

(b) Kes Lebih Daripada Satu Barang (Barang X dan Barang Y)

Pengguna akan terus meningkatkan penggunaan sehingga UM dari


penggunaan sesuatu barang (UMx) per harga barang tersebut (Px) sama
dengan UM dari penggunaan barang lain (UMy) per harga barang lain (Py).
Atau ianya boleh ditulis seperti berikut.

Hukum/syarat keseimbangan pengguna:


1) UMx = UMy @ UMx = Px
Px Py UMy Py

2) Memenuhi batasan belanjawan tertentu (M):


Px (Qx) + Py (Qy) = M

Jadual 5.3: Keseimbangan Pengguna - Kes Dua Barang

Soya (RM2) Keropok (RM1)


Q JUS UMS UMS/PS JUK UMK UMK/PK
1 24 24 12 10 10 10
2 44 20 10 18 8 8
3 62 18 9 25 7 7
4 78 16 8 25 0 0
5 90 12 6 31 6 6
6 96 6 3 40 9 9
7 100 4 2 43 3 3

59
Jadual 5.3 menunjukkan jumlah utiliti, utiliti marginal dan utiliti marginal
per harga sesuatu barang yang dibeli oleh Muhammad Fahmi. Muhammad
Fahmi membeli dua jenis barangan iaitu air soya dan keropok. Berdasarkan
Jadual 5.3, terdapat lima kombinasi barangan yang memenuhi syarat
pertama iaitu kombinasi 2 soya dan 1 keropok; kombinasi 4 soya dan 2
keropok; kombinasi 5 soya dan 5 keropok; kombinasi 3 soya dan 6 keropok
dan yang terakhir kombinasi 6 soya dan 7 keropok.

Kombinasi-kombinasi yang memenuhi syarat pertama, ditunjukkan dalam


Jadual 5.4 berikut. Selepas memenuhi syarat yang pertama, syarat yang
kedua juga perlu dipatuhi. Ini adalah merupakan syarat yang mesti
dipenuhi bagi mencapai keseimbangan pengguna atau juga dikenali sebagai
memaksimumkan kepuasan pengguna. Syarat kedua bergantung kepada
berapa banyakkah duit ataupun pendapatan yang pengguna itu ada untuk
tujuan penggunaan dua barang itu.

Jadual 5.4: Kombinasi yang Memenuhi Syarat Pertama

Kombinasi S K UM/P (Qs x Ps) + (Qk x Pk) Jum. Kos

A 2 1 10 (2 x RM2)+(1 x RM1) RM5


B 4 2 8 (4 x RM2)+(2 x RM1) RM10
C 5 5 6 (5 x RM2)+(5 x RM1) RM15
D 3 6 9 (3 x RM2)+(6 x RM1) RM12
E 6 7 3 (6 X RM2)+(7 X RM1) RM19

Dengan merujuk kepada Jadual 5.4, kombinasi yang manakah yang


seharusnya dipilih oleh Muhammad Fahmi untuk memaksimumkan
kepuasannya ataupun untuk menyatakan yang Muhammad fahmi telah
mencapai keseimbangan pengguna.

Seperti yang kita ketahui, syarat kedua menyatakan bahawa, kombinasi yang
hendak dibeli mestilah kombinasi yang memenuhi syarat kedua iaitu
bergantung kepada berapa pendapatan atau duit yang pengguna ada.
Andaikan Muhammad Fahmi mempunyai wang saku sebanyak RM10.00.
Dia ingin membelanjakan semua wang yang dia ada itu ke atas dua barang
iaitu soya dan keropok. Persoalannya antara lima kombinasi yang mungkin
dimilikinya (kombinasi A,B,C,D,E), kombinasi manakah yang akan
memberi kepuasan yang maksimum kepada Muhammad Fahmi?
Jawapannya, sudah tentulah kombinasi yang memaksimumkan kepuasannya
atau dalam kata lain kombinasi yang telah memenuhi kedua-dua syarat
keseimbangan ialah kombinasi B, iaitu empat kotak air soya dan dua
bungkus keropok.

Andaikan pula jika Muhammad Fahmi mempunyai duit sebanyak RM15.00,


kombina manakah yang akan dipilih oleh Muhammad Fahmi? Jawapannya
60
sudah pasti kombinasi C, iaitu 5 kotak air soya dan 5 bungkus keropok.
Kombinasi ini dipilih kerana ianya telah memenuhi syarat untuk
memaksimumkan kepuasan pengguna.

5.3 UTILITI ORDINAL

Mengikut pendekatan ordinal, utiliti atau kepuasan tidak boleh diukur.


Pengguna hanya boleh memberitahu tentang kepuasannya dalam
menggunakan sesuatu barang atau sekumpulan barang dalam bentuk
perkataan. Pengguna boleh menyatakan barangan apa yang memberikan
utiliti yang lebih. Misalnya, katakan dalam pinggan A mengandungi dua
biji pisang dan dua ulas nangka, manakala pinggan B mengandungi sebiji
pisang dan tiga ulas nangka. Maka jika seseorang itu diminta memberitahu
pinggan yang mana yang memberikan utiliti yang lebih kepadanya, ia
dapat berbuat demikian. Dalam contoh ini terpulanglah kepada pengguna
untuk menyatakan pinggan yang mana satu yang lebih tinggi kepuasannya
apabila seseorang itu memakannya. Dalam membincangkan kepuasan atau
utiliti mengikut pandangan atau teori ordinal, kita tidak dapat lari daripada
konsep garis belanjawan dan keluk puas sama.

5.3.1 Garisan Belanjawan


Pelbagai kombinasi alternatif dua barang yang boleh dibeli oleh pengguna
dengan menggunakan pendapatan yang ada. Untuk membina garisan
belanjawan adalah amat mudah. Andaikan Muhammad Firdaus
mempunyai RM4.00, dan harga sekotak air minuman ialah RM1.00,
manakala harga sebungkus keropok ialah RM.0.50 sen. Andaikan
Muhammad Firdaus membelanjakan kesemua wangnya ke atas air kotak
maka dia akan memperolehi empat kotak air. Manakala sekiranya dia
membelanjakan kesemua duitnya untuk membeli keropok, maka dia akan
memperolehi lapan bungkus keropok. Oleh itu, dalam membentuk garisan
belanjawan bagi Muhammad Firdaus, kita harus sambungkan titik pada
paksi air kotak dan keropok tadi. Kita akan memperolehi satu garisan
lurus. Sebagai contoh:

Fungsi: M = Px X + Py Y
atau Py Y = M Px X
di mana Y = M/Py (PX/Py)X

Nota: -(Px/Py) = Nilai kecerunan Garis Belanjawan (GB)


*M = Jumlah pendapatan/ wang yang dimiliki (RM 4)
*Px = Harga air kotak (RM 1)
*Py = Harga keropok (50 sen)

Pembentukan Garis Belanjawan:


Nilai pintasan di paksi X(air kotak)= M/Px @ (40/1 = 4)
Nilai pintasan di paksi Y(keropok) = M/Py @ (4/0.50 = 8)

61
Dalam kata lain, garis belanjawan dibentuk dengan mendapatkan jumlah
maksimum bagi setiap barang yang boleh dimiliki oleh seseorang dan
menghubungkan kedua-dua titik tersebut.

Rajah 5.1: Garisan Belanjawan

Barang Y

4 Barang X

(a) Peralihan Garisan Belanjawan

Garisan belanjawan boleh beralih sama ada berlaku perubahan pada satu
paksi sahaja ataupun bergerak ke kanan atau ke kiri dengan selari. Antara
faktor yang menyebabkan pergerakan atau peralihan garisan belanjawan
ialah perubahan salah satu harga barang, perubahan harga kedua-dua
barang dan juga perubahan dalam pendapatan.

Berikut kita lihat dahulu bagaimanakah kesan akibat perubahan harga


barang X, ke atas perubahan garisan belanjawan.

i) Harga barang X meningkat

Andaikan hanya berlaku perubahan dalam harga barang X, iaitu harga


barang X meningkat. Ini bermakna dengan pendapatan yang sama dan
dengan harga barang Y yang tidak berubah, jumlah barang X yang boleh
dimiliki menjadi semakin kecil atau berkurangan. Ini berlaku kerana apabila
harga barang itu semakin tinggi, dengan wang yang sama kita hanya mampu
memiliki barang tersebut dengan kuantiti yang lebih kecil. Sebagai contoh,
katakan harga barang X, iaitu nasi lemak ialah sebungkus RM1.00. Jika kita
mempunyai RM2.00, kita boleh memiliki dua bungkus nasi lemak. Tetapi
jika harga nasi lemak naik kepada RM2.00, maka dengan wang RM2.00
yang kita ada, kita hanya mampu memiliki satu bungkus nasi lemak sahaja.

62
Rajah 5.2: Pergerakan Garis Belanjawan

Barang Y

Barang X

ii) Harga Barang X Jatuh

Dalam bahagian (i) iaitu seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 5.2, kita telah
lihat bagaimana akibat daripada kenaikan harga barang X telah mengalihkan
garis belanjawan ke kiri. Sekarang kita lihat pula apakah kesan kejatuhan
harga barang X kepada garis belanjawan.

Rajah 5.3: Pergerakan Garis Belanjawan Ke Kanan

Barang Y

Barang X

Akibat daripada kejatuhan harga Barang X, kita akan dapat membeli Barang
X dengan lebih banyak. Sebagai contoh, katakan kita mempunyai duit
sebanyak RM20.00 untuk dibawa ke pasar. Dengan RM20.00 itu jika kita
belanjakan semuanya ke atas satu barang katakan ikan kembung yang
berharga RM5.00 sekilogram, kita akan memperolehi empat kilogram ikan
kembung (20/5=4). Tetapi andaikan sekarang harga ikan kembung jatuh
kepada RM2.00 sekilogram, maka dengan duit yang sama kita akan mampu
membeli lebih banyak kilogram ikan kembung. Dalam contoh ini kita akan
dapati garisan belanjawan akan bergerak ke kanan seperti dalam Rajah 5.3.

63
iii) Harga Barang Y Meningkat

Rajah 5.4: Pergerakan Garis Belanjawan Ke Kiri

Barang Y

Barang X

Andaikan hanya berlaku perubahan dalam harga barang Y, iaitu harga


barang Y meningkat. Ini bermakna dengan pendapatan yang sama dan
dengan harga barang X yang tidak berubah, jumlah barang Y yang boleh
dimiliki menjadi semakin kecil atau berkurangan. Ini berlaku kerana apabila
harga barang itu semakin tinggi, dengan wang yang sama kita hanya mampu
memiliki barang tersebut dengan kuantiti yang lebih kecil. Sebagai contoh,
katakan harga barang Y iaitu sebungkus roti berharga RM1.00. Jika kita
mempunyai RM2.00, kita boleh memiliki dua bungkus roti. Tetapi jika
harga roti naik kepada RM2.00, maka dengan wang yang kita ada, kita
hanya mampu memiliki satu bungkus roti sahaja. Keadaan ini ditunjukkan
seperti dalam Rajah 5.5.

iii) Harga Barang Y Jatuh

Dalam bahagian iii di atas, kita telah lihat bagaimana akibat daripada
kenaikan harga barang Y telah mengalihkan garis belanjawan ke kiri.
Sekarang kita lihat pula apakah kesan kejatuhan harga barang Y kepada
garis belanjawan. Akibat daripada kejatuhan harga barang Y, kita akan dapat
membeli barang Y dengan lebih banyak. Sebagai contoh, katakan kita
mempunyai duit sebanyak RM20.00 untuk dibawa ke pasar. Dengan
RM20.00 itu jika kita belanjakan semuanya ke atas satu barang katakan ikan
kembung yang berharga lima ringgit sekilogram, kita akan memperolehi
empat kilogram ikan kembung (20/5=4). Tetapi andaikan sekarang harga
ikan kembung jatuh kepada RM2.00 sekilogram, maka dengan duit yang
sama kita akan mampu membeli lebih banyak kilogram ikan kembung.
Dalam contoh ini kita akan dapati garisan belanjawan akan bergerak ke atas
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6.

64
Rajah 5.6: Pergerakan Garis Belanjawan Ke Kanan

Barang Y

Barang X

iv) Perubahan Pendapatan (M)

Peningkatan dalam pendapatan akan menggerakkan garisan belanjawan ke


kanan secara selari. Rajah 5.7 menunjukkan kesan yang berlaku ke atas
garisan belanjawan akibat daripada kenaikan pendapatan. Dapat
diperhatikan garisan belanjawan bergerak atau beranjak ke kanan dengan
kadar yang selari. Sebagai contoh, andaikan Muhammad Fadhli mempunyai
wang saku sebanyak RM50.00. Harga barang Y ialah RM5.00 dan harga
barang X ialah RM10.00. Maka dengan RM50.00 itu, sekiranya beliau
membelanjakan semua wangnya ke atas barang Y, maka dia akan
memperolehi 10 unit barang Y. Begitu juga halnya, sekiranya dia ingin
membelanjakan kesemua wang yang dia ada ke atas barang X yang berharga
RM10.00 setiap satu, maka dia akan memperolehi sebanyak lima unit
barang X. Garis belanjawan asal bagi Muhammad Fadhli ialah garisan lurus
yang pendek itu. Kemudian dengan mengandaikan berlakunya peningkatan
sebanyak dua kali ganda kepada wang saku Muhammad Fadhli dan
diandaikan juga tiada apa-apa perubahan yang berlaku ke atas harga kedua-
dua barang, maka garis belanjawan akan bergerak ke kanan, seperti yang
ditunjukkan oleh garisan putus-putus.

Rajah 5.7: Pergerakan Garis Belanjawan Ke Kanan

Barang Y

Barang X

65
Pendapatan Jatuh

Keterangan untuk menerangkan bagaimana peranjakan garisan belanjawan


ke kiri seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 5.8 adalah sama seperti apa yang
telah diterangkan sebelum ini dengan menggunakan Rajah 5.7, namun kali
ini adalah akibat daripada kejatuhan dalam pendapatan atau wang saku yang
dimili oleh Muhammad Fadhli. Sudah tentulah dengan wang saku yang
kecil, jumlah barang X dan Y yang dimiliki sudah tentu akan menjadi
semakin kecil juga, dengan andaian semua faktor-faktor lain tetap.

Rajah 5.8: Pergerakan Garis Belanjawan Ke Kiri


Barang Y

Barang X

5.3.2 Keluk Puas Sama

Keluk Puas Sama (KPS) menunjukkan kombinasi titik-titik dua barangan


yang memberi kepuasan yang sama kepada pengguna. Jika U adalah utiliti,
X adalah barang X dan Y ialah barang Y, maka fungsi utiliti ialah:

Fungsi: U=XY
Contoh: Diberi utiliti = 40, maka XY=40.

Oleh itu kombinasi barang X dan barang Y, yang memaksimumkan utiliti


ditunjukkan seperti Jadual 5.5, iaitu Jadual Puas Sama.

Jadual 5.5: Jadual Puas Sama

Kombinasi Y X Utiliti
A 8 5 40
B 10 4 40
C 20 2 40

Daripada Jadual Puas Sama, kita boleh membentuk Keluk Puas Sama
(KPS). Rajah 5.9, menunjukkan KPS yang dibentuk daripada Jadual Puas
Sama 5.5.

66
Rajah 5.9: Keluk Puas Sama

Barang Y

20 C

10 B
8 A KPS

Barang X
0 2 4 5

Berdasarkan Rajah 5.9, ketiga-tiga titik (A, B dan C) memberi kepuasan


yang sama kepada pengguna. Sebagai contoh Titik A, menggambarkan
kombinasi penggunaan barang Y sebanyak 8 unit dan barang X sebanyak 5
unit. Titik B pula menunjukkan kombinasi penggunaan barang Y sebanyak
10 unit dan barangan X sebanyak 4 unit. Kombinasi ini memberi kepuasan
yang sama besar dengan penggunaan kombinasi sebelum ini dan akan juga
memperolehi kepuasan yang sama besar sekiranya pengguna itu memilih
kombinasi di titik C iaitu 20 unit barang Y dan 2 unit barang X.

Ciri-ciri Keluk Puas Sama

1. Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Andaian bahawa pengguna


lebih suka kuantiti yang banyak berbanding kuantiti yang sedikit bagi
sesuatu barang menyebabkan kecerunan keluk puas sama mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan.
2. Keluk puas sama cembung ke pusat. Ini menunjukkan
kecerunan keluk puas sama akan menjadi semakin kurang apabila
semakin menurun ke bawah dan ke kanan di sepanjang keluk puas
sama.
3. Keluk puas sama tidak boleh bersilang. Ini adalah kerana
keutamaan individu adalah transitif. Transitif adalah satu prinsip
di mana jika A lebih digemari dari B, dan B lebih digemari dari C,
maka A lebih digemari dari C.

5.3.3 Keseimbangan Pengguna-Kaedah Rajah

Syarat untuk mencapai keseimbangan pengguna mengikut pendekatan


ordinal ialah keluk puas sama (KPS) mestilah bertanjen (bersentuh) dengan
garis belanjawan (GB), dalam kata keseimbangan itu berlaku apabila
kecerunan KPS sama dengan kecerunan GB. Atau hukum bagi
67
keseimbangan ini berlaku adalah apabila Ux/MUy =Px/Py (bermaksud:
kecerunan KPS=kecerunan GB)

Berdasarkan Rajah 5.10, keseimbangan pengguna tercapai pada titik E1,


iaitu apabila keluk puasa sama (KPS1) bertangen dengan garis belanjawan
(GB) di titik E1. Pada titik keseimbangan ini ( E1), kecerunan keluk puas
sama (KPS1) adalah sama dengan kecerunan Garis Belanjawan. Maka
kombinasi yang memberi kepuasan yang maksima kepada penggunaa ialah
X1 dan Y1, dan titik titik E1 merupakan titik optimum.

Rajah 5.10: Keseimbangan Pengguna

Barang Y

Y1 E1
KPS1

X1
Barang X

5.4 RUMUSAN

Di dalam bab ini, kita telah mempelajari bagaimana tindakan seseorang


pengguna itu membelanjakan wang yang dia ada supaya mencapai kepuasan
yang maksima. Terdapat dua pendekatan untuk mengukur atau menilai
keseimbangan atau kepuasan pengguna yang telah kita pelajari iaitu
pendekatan kardinal dan ordinal. Selepas ini, kita akan lihat pula bagaimana
gelagat pengeluar. Ianya termasuklah memahami kos-kos pengeluaran,
teori firma dan struktur pasaran.

68
SOALAN STRUKTUR

1. Jika jumlah utiliti jatuh, apakah kesannya ke atas utiliti marginal? Beri
contoh berangka untuk menerangkan jawapan anda.

2. Fiqri membeli 2 barang iaitu X dan Y dan utiliti yang diperolehi daripada
unit terakhir pembeliannya ialah 16 util dan 23 util masing-masing. Harga
X dan Y adalah RM1 dan RM1.75 masing-masing. Adakah Fiqri berada
dalam keseimbangan pengguna? Huraikan jawapan anda.

3. Dengan menggunakan rajah, terangkan bagaimanakah faktor-faktor


seperti perubahan harga dan pendapatan mempengaruhi peranjakan garis
belanjawan.

SOALAN OBJEKTIF

1. Jumlah utiliti didefinisikan sebagai


A. perubahan dalam utiliti marginal seseorang yang terhasil
daripada penggunaan barangan.
B. perubahan dalam jumlah utiliti seseorang yang terhasil
daripada penggunaan barangan dibahagikan dengan harga
barangan tersebut.
C. perubahan dalam jumlah utiliti seseorang yang terhasil
daripada penggunaan barangan dibahagikan dengan
perubahan dalam penggunaan barangan tersebut.
D. jumlah semua kepuasan yang diterima seseorang daripada
penggunaan sesuatu barangan.

2. Hukum utiliti marginal berkurangan menyatakan


A. utiliti marginal yang diperolehi daripada penggunaan barangan
yang sama secara berterusan akan berkurangan.
B. lebih banyak barangan tertentu digunakan, lebih besar utiliti
yang diterima daripada penggunaan barangan tersebut.
C. utiliti marginal yang diperolehi daripada penggunaan barangan
yang sama akan meningkat sekiranya jumlah penggunaan
barangan tersebut meningkat.
D. lebih banyak jualan bagi produk tertentu, lebih sedikit utiliti
yang diterima seseorang dari jualan tersebut.

3. Andaikan Balqis mendapat 123 util daripada memakan sekeping roti


canai yang pertama dan 50 util daripada memakan roti canai yang
kedua. Berapakah utiliti marginal bagi roti canai yang kedua?
A. 173 util.
B. 73 util.
C. 50 util.
D. 0 util.

69
4. Seseorang pengguna berada dalam keseimbangan jika beliau
menyamakan
A. jumlah utiliti daripada setiap barangan yang digunakan.
B. jumlah utiliti per ringgit yang dibelanjakan terhadap setiap
barangan yang digunakan.
C. utiliti marginal daripada setiap barangan yang digunakan.
D. utiliti marginal per ringgit yang dibelanjakan terhadap setiap
barangan yang digunakan.

5. Andaikan pengguna membeli kombinasi X dan Y dan memperoleh


MUX/PX = 15 dan MUY /PY = 10. Untuk memaksimumkan utiliti,
pengguna sepatutnya membeli
A. kurang X dan lebih Y.
B. lebih X dan kurang Y.
C. lebih X dan Y.
D. kurang X dan Y.

Soalan 6 adalah berdasarkan Jadual 1 berikut.

Jadual 1

Unit Roti Jumlah Utiliti Roti (Util)


1 20
2 35
3 45
4 50
5 53

6. Utiliti marginal didapati


A. meningkat secara berterusan.
B. berkurangan secara berterusan.
C. meningkat kemudian berkurangan.
D. berkurangan kemudian meningkat.

7. Garis belanjawan memotong paksi mendatar pada 12 unit barang X


dan memotong paksi menegak pada 20 unit barang Y. Jika harga
barang X ialah RM20 dan harga barang Y ialah RM12, berapakah
tingkat pendapatan?
A. RM200.
B. RM240.
C. RM520.
D. RM280.

70
8. Jika pendapatan seseorang berkurangan, garis belanjawannya akan
bergerak
A. menghampiri origin dan kecerunan berubah.
B. menjauhi origin dan kecerunannya kekal sama.
C. menghampiri origin dan kecerunannya kekal sama.
D. menjauhi origin dan kecerunannya berubah.

Soalan 9 adalah berdasarkan Jadual 2

Jadual 2

Bilangan Jumlah Utiliti Marginal Utiliti


Barang Yang (Util)
Diguna
1 50 50
2 80 30
3 (A) 15
4 103 8
5 (B) 5

9. Apakah nilai bagi tempat kosong di (A) dan (B)?


A. 30; 108
B. 100; 95
C. 95; 108
D. 80; 95

10. Apabila harga mutlak sesuatu barang jatuh,__________ seseorang itu


akan meningkat.
A. pendapatan benar
B. pendapatan nominal
C. pendapatan wang
D. keluk puas sama

11. Jika utiliti marginal barang X adalah negatif, maka unit terakhir
barang X adalah__________________.
A teruk
B. barang normal
C. barang bawahan
D tidak bergantung kepada kesan penggantian
.

71
12. Andaikan jumlah utiliti bagi lima unit barang yang digunakan
masing-masing adalah 14, 20, 25, 29 dan 32. Utiliti marginal unit
yang kelima ialah ___________.
A. 5
B. 4
C. 3
D. 2

13. Ahli ekonomi selalu mengandaikan yang wang akan_____________ utiliti


marginal.
A. meningkatkan
B. mengekalkan
C. mengurangkan
D. menyeimbangkan

14. Yang manakah antara kenyataan berikut BETUL?


A. Jumlah utiliti akan meningkat apabila utiliti marginal jatuh.
B. Utiliti marginal adalah sama dengan jumlah utiliti.
C. Utiliti marginal meningkat apabila jumlah utiliti jatuh.
D. A dan C.

15. Andaikan Balqis mendapat 60 util daripada memakan sebili pisang


dan 90 util daripada memakan dua biji pisang yang dimakannya.
Berapakah utiliti marginal pisang yang kedua?
A. 150 util.
B. 30 util.
C. 0 util.
D. 90 util.

72

You might also like