You are on page 1of 11

SULIT 1 3766/1

PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2018

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 3766 / 1


PERNIAGAAN
Kertas 1 / Set 1 1 Jam 15 Minit

PERNIAGAAN
KERTAS 1
SET 1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas yang disediakan.
4. Pcnggunaan kalkulator saintifik yang tidak bolch diprogramkan dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 2 3766/1

1 Apakah tujuan perniagaan ?

A Mencipta barang baru


B Mengagihkan barang
C Memperoleh keuntungan
D Melahirkan usahawan

2 “ Lebihan daripada hasil jualan setelah semua kos yang terlibat ditolak”.
Pernyataan ini merujuk kepada
A penjual dan pembeli
B keuntungan
C ekonomi
D pertukaran nilai

3 Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan Ahmad Enterprise ?

I Mengembangkan perniagaan
II Mengukur tahap prestasi
III Mendapat pengiktirafan
IV Membeli bangunan baharu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Apakah berikut manakah ciri milikan tunggal?

A Keanggotaan tidak terhad


B Modal lebih besar
C Laporan kewangan perlu diumumkan
D Liabiliti tidak terhad

5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.


 Perlu membuat bayaran royalti
 Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo

Apakah bentuk pemilikan perniagaan di atas ?

A Syarikat berhad
B Usaha sama
C Francais
D Koperasi

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3 3766/1

6 Kerajaan berperanan menangani pelbagai isu yang melibatkan bidang perniagaan antaranya…

I jenayah
II pengangguran
III guna tenaga
IV inflasi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Pernyataan di bawah adalah berkaitan peranan agensi kerajaan.

 Perniagaan di kawasan kejiranan setempat


 Kebenaran berniaga di kawasan pasar malam
 Mengawal tahap kesihatan awam

Pihak yang manakah bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut?

A Polis
B Kerajaan Pusat
C Kementerian Kesihatan
D Pihak Berkuasa Tempatan

8 Maklumat berikut berkaitan dengan pengecualian cukai.

 Pengecualian cukai
 Elaun cukai pelaburan

Apakah persamaan yang terdapat kepada pengecualian cukai di atas ?

A Perniagaan berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)


B Perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)
C Perniagaan berasaskan makanan
D Perniagaan berasaskan sumber utama

9 Mengapakah pengilang barangan elektrik tempatan mencetak logo SIRIM?

A Promosi keluaran baru


B Keluaran untuk dieksport
C Kuantiti keluaran terhad
D Mutu keluaran diperakui

10 Apakah yang akan berlaku sekiranya negara gagal mencapai guna tenaga penuh?
3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 3766/1

A Politik tidak stabil


B Pengangguran meningkat
C Wujud pepecahan kaum
D Kemelesetan ekonomi

11 Antara berikut padanan yang tepat berkaitan visi dan misi.

VISI MISI
A Perancangan masa masa panjang Menjelaskan tujuan perniagaan
B Ketetatapan dalam melakukan aktiviti Panduan untuk membuat keputusan
perniagaan
C Memaksimumkan keuntungan Sasaran yang boleh diukur

D Pembentukan maklumat lebih khusus Menjaga kebajikan ahli

12 Penetapan visi dalam sesebuah organisasi perniagaan amat penting. Tujuan penetapan visi dalam organisasi
perniagaan adalah…

A menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan


B mencapai matlamat dalam tempoh lebih 5 tahun
C sasaran yang ingin dicapai secara khusus
D mempunyai ciri-ciri SMART

13 Apakah kepentingan sesebuah perniagaan dalam menguasai syer pasaran?

A Menjadi pemimpin dalam pasaran


B Melumpuhkan perniagaan lain
C Dapat menguasai saham syarikat lain
D Meningkatkan persaingan dalam pasaran

14 Apakah yang terjadi kepada perniagaan jika organisasi gagal mencapai objektif yang telah
ditetapkan?

I Kehilangan pelanggan
II Keuntungan berkurang
III Gagal dalam persaingan
IV Jualan merosot

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan visi,misi dan objektif perniagaan?


3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 3766/1

Faktor Dalaman Faktor Luaran


16
A Sumber manusia Sosiobudaya
B Ekonomi Politik
C Teknologi Undang-undang
D Kewangan Jualan
Antara berikut yang manakah kepentingan bahagian fungsian dalam syarikat Proton Bhd ?

I Membuka peluang pekerjaan


II Membantu mencapai objektif
III Melancarkan perjalanan operasi syarikat
IV Mengembangkan perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Maklumat di bawah berkaitan struktur organisasi dalam Syarikat Aman Bina Sdn. Bhd.

 Pekerja menjalankan tugas yang diberikan oleh ketua


Apakah  Pekerja menghantar laporan tugasan kepada ketua struktur organisasi
yang terlibat ?

A Jenis tugas
B Pembahagian kerja
C Hierarki pengurusan
D Hubungan antara ketua dengan pekerja

18 Komunikasi dalaman antara pekerja dengan pekerja yang lain dalam Syarikat Zawara Sdn Bhd dikenali
sebagai

A ekstranet
B online
C internet
D intranet

19 Antara tugas pengurus dalam bahagian pengeluaran bertanggungjawab memastikan semua bahan input
berada dalam keadaan baik, perkara ini merujuk…

A kawalan awalan
3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 3766/1

B kawalan semasa
C kawalan selepas
D kawalan keselamatan

20 Antara berikut yang manakah kepentingan pasaran baru kepada Syarikat Cantek kayu Enterprise?

A Membuka peluang pekerjaan


B Menguasai pesaing
C Menaikkan imej syarikat
D Mewujudkan peluang pasaran

21 Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.

A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

22 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Encik Razak sebagai pengurus sumber manusia di
Syarikat A.

 Aktiviti menganalisis keperluan sumber manusia dalam organisasi.


 Mengkaji analisis kerja untuk memenuhi keperluan kerja yang perlu
dipatuhi
 Memastikan tidak berlaku lebihan dan kurangan dalam sumber tenaga kerja

Apakah peranan yang dimainkan oleh Encik Razak dalam syarikat tersebut?

A Pemantapan budaya professional


B Kawalan sumber manusia
C Perancangan
D Kepimpinan

23 Majikan akan membayar penggajian ini secara tunai kepada para pekerjanya pada akhir suatu
tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat. Apakah jenis penggajian tersebut?

A Elaun
B Komisen
C Gaji pokok
D Bonus tunai

24 Gambar di bawah menunjukkan Cik Ai Ling yang bekerja sebagai seorang chef di sebuah restoran. Apakah
kategori kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh beliau?

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7 3766/1

I Kelayakan dalam bidang masakan


II Pengalaman kerjaya sebagai tukang masak
III Berpengetahuan tentang pengurusan hospitaliti
IV Kemahiran penggunaan teknologi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Manakah yang merupakan sumber fizikal bagi sebuah pusat tuisyen?

A Pembaikan dan penyelenggaraan


B Bangunan dan kelengkapan
C Kilang dan mesin
D Stok

26 Perusahaan Perabot Kreatif menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas mesin-mesin dan peralatan
mereka dengan tujuan…

A menukar mesin yang lama kepada baharu


B memastikan operasi kilang berjalan lancar mengikut jadual
C operasi pengeluaran dapat dihentikan apabila berlaku kerosakan
D usahawan menjual mesin kepada syarikat pesaing

27 Gambar di bawah ini menunjukkan logo satu badan kerajaan.

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 3766/1

Apakah peranan badan tersebut?

A Meluluskan undang-undang berkaitan harta intelek


B Menguruskan pendaftaran harta intelek di Malaysia
C Menyediakan pembiayaan untuk menggalakkan reka cipta
D Menyediakan kemudahan untuk menghasilkan harta intelek

28 Pernyataan manakah yang betul tentang prosedur mengurus sumber teknologi bagi sebuah syarikat produksi
animasi tempatan?

A Mendaftar hak cipta karya filem animasi dengan MyIPO


B Menyediakan pelbagai kamera berteknologi tinggi
C Menginsuranskan semua jenis kamera dan peralatan
D Menghasilkan pelbagai jenis filem animasi dan dokumentari

29 Puan Manisah telah menghasilkan sebuah buku resepi masakan yang laris di pasaran. Bagi mengelakkan
daripada kegiatan cetak rompak beliau telah mohon hak cipta terpelihara. Apakah tujuan beliau berbuat
demikian?

A Mendapatkan kebenaran untuk memasarkan bukunya di pasaran


B Mendapatkan kebenaran untuk menjual bukunya ke luar negara
C Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri
D Mendapatkan hak perundangan ke atas hasil ciptaannya

30 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Afiq.

Encik Afiq baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dengan sebuah syarikat pengiklanan.
Beliau telah memulakan perniagaan pengiklanannya sendiri dengan dibantu oleh anaknya.
Beliau telah menggunakan wang dalam akaun simpanan peribadinya di bank.

Apakah sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Afiq?

A Overdraf
B Akaun simpanan
C Bank dan institusi kewangan
D Sumber pembiayaan dalaman

31 Syarikat Jaminan Kredit Malaysia memberikan jaminan kepada pinjaman yang dipohon oleh usahawan
yang menghadapi kesukaran

A menyediakan rancangan perniagaan


3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9 3766/1

B mendapatkan pembiayaan daripada bank


C mendapatkan bantuan geran daripada bank
D mendapatkan khidmat nasihat daripada bank

32 Gambar di bawah merupakah agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan kewangan.

Antara berikut yang manakah boleh dirujuk sebagai X?

A Agro Bank
B Tabung Haji
C Malayan Banking Berhad
D Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

33 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran .

Puan Mazni berhasrat memulakan perniagaan salon kecantikan. Beliau memerlukan


modal permulaan sebanyak RM30 000 bagi menyewa kedai dan membeli kelengkapan
serta peralatan dengan segera. Untuk mendapatkan dana tersebut Puan Mazni telah
menjadikan barang kemasnya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman melalui
Skim Pajak Gadai-i, Bank Rakyat.

Apakah sumber perniagaan berkenaan?


A Pajakan
B Sewa beli
C Ar-Rahnu
D Pemfaktoran

34 Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?

A Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan


B Membantu usahawan mengehadkan perbelanjaan semasa
C Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 3766/1

D Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang

35 Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Fatima.

Cik Fatima mengusahakan pusat asuhan kanak-kanak di bandar Temerloh, Pahang.


Beliau menggaji 4 orang pembantu untuk menguruskan pusat asuhan tersebut. Ramai
ibu bapa dan penjaga menghantar anak-anak kecil mereka ke pusat asuhan tersebut
kerana perkhidmatannya yang cemerlang.

Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada kepada masyarakat?

A Membuka peluang pekerjaan


B Sumber pendapatan diri dan keluarga
C Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan jenayah

36 Mengapakah usahawan perlu memilih lokasi yang sesuai untuk perniagaan mereka?

A Memudahkan usahawan memohon pembiayaan bank


B Untuk memaksimumkan jualan dan keuntungan
C Dapat mengurangkan kos sewa
D Memudahkan aktiviti promosi

37 Gambar yang berikut menunjukkan sejenis stok.

Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan jenis stok berkenaan?


A Stok berisiko rendah
B Stok dapat dijual dengan pantas
C Stok tahan lama dan menjimatkan kos
D Stok mudah menjadi rosak dan ketinggalan zaman

38 Antara berikut, manakah merupakan unsur campuran pemasaran?

I Pengguna
II Pengeluar
III Promosi
IV Produk
3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 11 3766/1

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39 Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956?

A Indah Sejati Enterprise


B Syarikat Mega Berhad
C Syarikat Kekal Teguh Sdn.Bhd
D Perniagaan Langit Gemilang PLT

40 Encik Lim dan Encik Malik mahu menubuhkan syarikat persendirian. Mengapakah mereka perlu membuat
permohonan carian nama syarikat?

A Untuk mengelak daripada menggunakan nama syarikat yang telah muflis


B Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama
C Untuk mencari nama syarikat yang lebih bercirikan tempatan
D Memastikan nama yang dipilih mudah diingati pengguna

KERTAS SOALAN TAMAT

3766/1 © HakCipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like