You are on page 1of 12

PROGRAM GEMILANG UPSR 2014

PROGRAM RESTU AYAH BONDA UPSR 2014


TARIKH : 25 JANUARI 2014
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN ARENA BESTARI, SK KEMENTAH, KUALA LUMPUR

OBJEKTIF PERJUMPAAN

 Merapatkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan guru.


 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang format UPSR 2014.
 Memberi penerangan strategi kecemerlangan UPSR 2014.
 Memberi peluang kepada ibu bapa untuk berdialog dengan guru secara terus.

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dan sentiasa beranggapan positif terhadap pelajaran. Membentuk sikap
bertanggungjawab dan menyedari kepentingan ilmu selaras dengan visi sekolah iaitu
menjana generasi terbilang.

OBJEKTIF

 Melahirkan individu yang mempunyai kesediaan dan kesungguhan yang tinggi terhadap
pelajaran.
 Mendedahkan murid-murid tentang kaedah dan teknik yang efektif dalam menjawab
soalan.
 Menanam dan membentuk keyakinan murid dalam menghadapi peperiksaan.
 Membentuk dan merancang satu pelan tindakan serta pendekatan yang sesuai sebelum
menghadapi peperiksaan.
 Menyediakan latihan mental, emosi dan jasmani yang mana penting serta perlu ada
pada setiap individu bagi menghadapi peperiksaan.
 Melahirkan individu yang cekap, luhur dan bertanggungjawab serta membina sikap yang
positif seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

SASARAN

80 orang murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2014.

ANJURAN

Dianjurkan oleh pihak SK Kementah dan PIBG SK Kementah.

1
ATURCARA PROGRAM RESTU AYAH BONDA UPSR 2014

7.30 pagi - Pendaftaran


8.30 pagi - Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ceramah “Mengenal Potensi Diri”
10.00 pagi - REHAT
10.30 pagi - Ucapan Guru Besar SK Kementah
- Taklimat Program Gemilang UPSR 2014
- Taklimat Mata Pelajaran UPSR 2014
- Analisis Pencapaian Murid UPSR 2013
- Kelulusan & Pengesahan Ibu Bapa tentang keperluan kewangan
Program Gemilang UPSR 2014
- Sesi soal jawab
- Bersurai

JAWATANKUASA PROGRAM RESTU AYAH BONDA UPSR 2014

Pengerusi : Tn. Hj Hamid Bin Masdewi AMW, PPN (Guru Besar SKK)
Naib Pengerusi : Pn. Hjh Noorzehan Bt Mohamad (GPK Tadbiran & Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Marlini Bt Abdul Manan
Setiausaha : Pn. Ika Liana Bt Khalid

Juruacara Majlis : En. Che Muhamad Azahari Bin Che Abdullah

AJK Pentas & Dewan : Pn. Zuraidah Bt Jais


Pn. Marina Bt Othman
Pn. Elizabeth Rajam A/P Peter Devanayagam
Pn. Rasyidah Bt Sumari

AJK Makanan : Pn. Noor Aida Bt Mohd Noor


Pn. Nurul Zaitee Bt Jamaludin

AJK Pendaftaran : Pn. Siti Fatimah Bt Hassan


Pn.Norhayati Bt Isman

Displin : En. Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman (GPK HEM)

AJK Sistem PA & LCD : En. Surinderaj A/L Govindarajoo


En. Ahmad Mahyuddien Bt Mahmud

2
PROGRAM GEMILANG UPSR 2014
1. PROGRAM ORIENTASI TAHUN 6
Program Orientasi Tahun 6 ini diadakan bagi menyediakan murid-murid dari segi mental dan
fizikal untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pendedahan awal diberikan tentang format
UPSR terkini bagi setiap mata pelajaran. Murid diterangkan tentang kepentingan
peperiksaan UPSR yang bakal mereka hadapi.

2. PROGRAM RESTU AYAH BONDA UPSR 2014


Majlis ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang format UPSR
yang terkini. Ia juga bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang program-
program yang akan dijalankan di sekolah untuk murid bagi menghadapi UPSR. Selain itu juga
ia memberi peluang kepada ibu bapa berdialog dengan guru tentang sebarang masalah
dalam pelajaran anak-anak mereka.

3. GEMILANG PENULISAN
Murid dikehendaki menulis karangan dan diserahkan kepada Guru Besar. Satu minggu 2 kali
iaitu pada hari Isnin dan Khamis. 2 tajuk karangan akan diberikan kepada murid pada setiap
minggu sama ada oleh Guru Besar atau Guru B. Malaysia Tahun 6.

4. PROGRAM BACAAN YASIN MINGGUAN


Program ini akan dijalankan pada setiap hari Jumaat. Di samping memohon keberkatan Ilahi,
ia bertujuan membentuk sahsiah diri dan nilai murni dalam diri murid. Program ini juga
merupakan satu lagi usaha yang bersifat kerohanian dan membimbing murid supaya
sentiasa bertawakal kepada Allah selain berusaha secara ilmiah. Semoga segala yang
dirancang dan diusahakan akan mendapat restu dari Ilahi.

5. PENGGUNAAN AKHBAR DIDIK


Akhbar Didik yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian pada setiap Isnin mempunyai
pelbagai contoh soalan UPSR. Ini dapat membantu murid meningkatkan prestasi dalam
menjawab soalan yang berformatkan UPSR yang terkini dan membantu guru untuk
dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Murid Tahun 6 perlu melanggan suratkhabar pada
setiap hari Isnin. Penggunaan akhbar Didik akan bermula pada bulan Februari.

6. PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR


Program ini dilakukan di luar sekolah bagi memberi kelainan persekitaran pembelajaran
kepada murid. Ceramah bagi setiap mata pelajaran diberikan kepada murid. Penceramah
bagi setiap mata pelajaran adalah di kalangan guru SK Kementah yang berpengalaman dalam
bidang masing-masing.

7. KELAS TAMBAHAN
i. Kelas Tambahan pada hari Sabtu (8.00-12.20 tghari)
Mengulangkaji pelajaran Tahun 4 dan 5 serta membuat latihan

ii. Kelas Tambahan Cuti Sekolah Mac dan Mei


Bertujuan untuk mengisi masa cuti murid dengan pembelajaran yang berterusan.
Ianya dapat mengurangkan masa murid dari melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.

iii. Kelas Tambahan Intensif (sebelum UPSR)


Diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa selepas waktu persekolahan iaitu
bermula pada jam 1 hingga 1.30 petang. Kelas ini untuk menampung kelemahan

3
murid dalam pelajaran masing-masing. Guru dan murid dapat berbincang tentang
pelajaran yang mereka masih perlukan bantuan.
8. PROGRAM GERAK GEMPUR
Soalan-soalan berbentuk UPSR akan diberikan lebih kerap kepada murid dan kesemua
soalan telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Pendidikan untuk semua sekolah. Usaha ini
merupakan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan dengan sekolah.

9. PROGRAM JATI DIRI GEMILANG UPSR


Program ini akan diadakan di luar sekolah. Penekanan terhadap aspek pengurusan diri dan
masa murid. Memberi keyakinan kepada murid untuk percaya kepada diri sendiri dan
kebolehan mereka.

10. KLINIK MATA PELAJARAN UPSR


Murid-murid akan dikumpulkan dalam kumpulan yang kecil. Guru akan mengenalpasti
murid-murid yang memerlukan bantuan yang lebih berbanding di dalam kelas. Program ini
dilaksanakan di luar waktu pembelajaran seperti awal pagi sebelum perhimpunan harian
bermula.

11. PERJUMPAAN GURU BESAR DENGAN IBU BAPA MURID SASARAN 5A


Bertujuan untuk mewujudkan kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam
membantu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid sasaran 5A bagi
merealisasikan impian mencapai 5A. Semoga memberi manfaat kepada semua pihak.

12. QIAMMULLAIL GEMILANG UPSR


Pengisian rohaniah murid pada saat menjelang UPSR. Semoga segala usaha yang telah
dibuat diberkati dan diredhai Allah. Semoga kejayaan dapat diperolehi. Akan diadakan dua
kali pada bulan April dan September.

13. MAJLIS MALAM RESTU ILAHI MENJELANG UPSR


Ibu bapa, murid-murid dan pihak sekolah bersolat hajat bersama-sama memohon rahmat
Ilahi semoga semua murid dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan menjawab
dengan baik.

14. MAJLIS MOHON RESTU GEMILANG UPSR


Majlis ini bertujuan untuk guru-guru dan murid-murid saling maaf-memaafi antara satu
sama lain. Dengan usaha ini, segala ilmu yang diberi diberkati Allah.

15. PROGRAM SOLAT HAJAT


Solat hajat akan dilakukan di surau pada setiap awal bulan selepas waktu Zohor.

16. SOLAT DHUHA DAN BACAAN YASIN


Solat Dhuha dan bacaan Yasin akan dilakukan pada setiap hari bermula bulan Ogos hingga
September oleh semua murid Tahun 6.

17. JOM SARAPAN


Bertujuan untuk menyediakan sarapan kepada murid pada hari peperiksaan UPSR. Selain
dari itu taklimat ringkas dari Guru Besar dan juga Penyelaras serta sama-sama berdoa
sebelum peperiksaan bermula pada pagi hari peperiksaan UPSR.

18. MAJLIS GRADUASI TAHUN 6


Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid Tahun 6 akan akan menamatkan
persekolahan di sekolah rendah. Majlis ini diharap akan menjadi kenangan yang tidak dapat
dilupakan oleh murid apabila mereka dewasa kelak. Majlis ini diadakan selepas UPSR.

4
19. PROGRAM SELEPAS UPSR
Pelbagai program akan diadakan sebagai pengisian rohani dan jasmani kepada murid.

TENAGA PENGAJAR MATA PELAJARAN UPSR TAHUN 2014

BAHASA MALAYSIA
1. PN. NOOR AIDA BT MOHD NOOR 6 BESTARI
2. EN. CHE MUHAMAD AZAHARI BIN CHE ABDULLAH 6 KREATIF
3. PN. ZURAIDAH BT JAIS 6 MAJU

BAHASA INGGERIS
1. PN. MARLINI BT ABD MANAN 6 BESTARI
2. PN. ELIZABETH RAJAM A/P PETER DEVANAYAGAM 6 KREATIF
3. PN. SITI FATIMAH BT HASSAN 6 MAJU

MATEMATIK
1. PN. MARINA BT OTHMAN 6 BESTARI
2. EN. HILMY BIN MAT NAYAN @ OTHMAN 6 KREATIF
3. PN. MARINA BT OTHMAN 6 MAJU

SAINS
1. PN. IKA LIANA BT KHALID 6 BESTARI
2. EN. AHMAD MAHYUDDIEN BT MAHMUD 6 KREATIF
3. PN. IKA LIANA BT KHALID 6 MAJU

TAKWIM PEPERIKSAAN 2014

TARIKH UJIAN/PEPERIKSAAN
28 – 30 Januari 2014 Ujian Prestasi 1
4 – 6 Mac 2014 Ujian Prestasi 2 / Pra PKSR 1
5 – 9 Mei 2014 PKSR 1
8 – 10 Julai 2014 Ujian Percubaan UPSR 1
12-14 Ogos 2014 Gerak Gempur UPSR
19 – 21 Ogos 2014 Ujian Percubaan UPSR 2 / Pra PKSR 2
9 – 11 September 2014 UPSR
30 Okt – 6 November 2014 PKSR 2

5
ANALISA UPSR 2013

MARKAH
MATA BIL LULUS % TM % GPMP
PELAJARAN MURID KUASAI   TM
A % B % C % D % E %
BM
PEMAHAMAN 42 37 73.80 3 7.10 6 14.30 2 4.80 0 0.00 40 95.20 2 4.80 1.50
BM
PENULISAN 42 29 69.00 9 21.40 2 2.40 1 2.40 1 2.40 40 95.20 2 4.80 1.48
B. INGGERIS 42 6 14.30 10 23.80 15 35.70 10 23.80 1 2.40 31 73.80 11 26.20 2.76
11.5
MATEMATIK 42 13 31.00 8 19.00 13 31.00 3 7.10 5 0 34 81.00 8 19.00 2.50
SAINS 42 5 11.90 16 38.10 17 40.50 3 7.10 1 2.40 38 90.50 4 9.50 2.50
GPS   2.15

PERATUS MENGUASAI MENGIKUT MATAPELAJARAN

UPSR (2013) PKSR 2 (2013) SASARAN 2014

BM (PEMAHAMAN) 95.20 95.65 100

BM (PENULISAN) 95.20 86.67 100

BAHASA INGGERIS 73.8 86.96 90.00

MATEMATIK 81.00 62.22 90.00

SAINS 90.50 86.96 95.00

PERANCANGAN PROGRAM GEMILANG UPSR 2014


6
ANGGARAN PERBELANJAAN PELAKSANAAN
PROGRAM SEBELUM UPSR 2014

BI
L TARIKH PERKARA KOS/MURID
1 2-Jan Program Gemilang Penulisan  
2 8-Jan Program Orientasi Tahun 6
3 9-Jan Mesyuarat Peningkatan Tahun 6
4 24-Jan Pelancaran Program Bacaan Yasin Mingguan
5 25-Jan Program Restu Ayah Bonda UPSR 2014 RM 5.00
6 28-30 Jan Ujian Prestasi UPSR (1) RM 5.00
7 Jan-Sept Kelas Tambahan Intensif (Isnin dan Selasa) RM 10.00
8 10-Feb Jualan Akhbar Didik bermula (setiap hari Isnin) RM 40.00
9 15-Feb Program Kemahiran Belajar RM 20.00
10 Feb-Ogos Klinik Mata Pelajaran UPSR RM 5.00
11 Feb-Ogos Kelas Tambahan Hari Sabtu RM 10.00
12 Feb-Sept Program Solat Hajat (Setiap Awal Bulan)
13 4-6 Mac Ujian Prestasi UPSR (2) RM 5.00
14 24-26 Mac Kelas Tambahan Cuti Sekolah (Pertengahan Penggal Pertama) RM 10.00
15 11-Apr Qiammullail Gemilang UPSR (1) RM 5.00
16 28-30 Mei Kelas Tambahan Cuti Sekolah (Penggal Pertama) RM 10.00
17 Jun **Program Jati Diri Gemilang UPSR
18 Julai Perjumpaan Guru Besar dengan Ibu Bapa Murid Sasaran 5A
19 Ogos-Sept Solat Dhuha dan Bacaan Yasin (Setiap Hari)
20 12-14 Ogos Program Gerak Gempur UPSR RM 5.00
21 5-Sept Majlis Malam Restu Ilahi RM 5.00
22 6-Sept Qiammullail Gemilang UPSR (2) RM 5.00
23 8-Sept Majlis Mohon Restu Gemilang UPSR
24 9-11 Sept Jom Sarapan- UPSR (3 kali sarapan, 1 kali makan tengahari) RM 10.00

JUMLAH RM150.00

** Bayaran dari ibu bapa dan sumbangan PIBG

PERANCANGAN PROGRAM SELEPAS UPSR 2014

7
BI
L TARIKH PERKARA KOS/MURID
1 Sep Program PROTIM Tahun 6  
2 Okt Sukaneka RM 5.00
3 Okt Pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak RM 5.00
4 Okt Seminar Awal Remaja & Persediaan Ke Tingkatan 1
5 Okt Pertandingan Rekacipta RM 5.00
6 Okt Ulangkaji PKSR2 (untuk subjek bukan UPSR)
7 Nov PKSR2
8 Nov Jamuan Perpisahan Tahun 6 RM 35.00
9 Nov Hari Anugerah Cemerlang PIBG
10 13-Nov Majlis Graduasi Tahun 6 RM 50.00

JUMLAH RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 250.00

8
JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

KELAS TAMBAHAN SETIAP HARI ISNIN DAN SELASA

MINGGU 1 DAN 3
(1.00-1.30 PETANG)

HARI/KELAS ISNIN SELASA


SUBJEK BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS
6 BESTARI PN NOOR AIDA PN MARLINI
6 KREATIF EN AZAHARI PN ELIZABETH
6 MAJU PN ZURAIDAH PN SITI FATIMAH

MINGGU 2 DAN 4
(1.00-1.30 PETANG)

HARI/KELAS ISNIN SELASA


SUBJEK SAINS MATEMATIK
6 BESTARI PN IKA LIANA PN MARINA
6 KREATIF EN AHMAD MAHYUDIN EN HILMY
6 MAJU PN LIYANA PN SITI ZURAIDAH

KELAS TAMBAHAN HARI SABTU

 KELAS
MASA
6B 6K 6M
MA
8.00-9.00 T SN BM
9.00-10.00 BM BI MAT
REHAT
10.20-11.20 SN MAT BI
11.20-12.20 BI BM SN

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA (MAC)

10.20- 11.20-
TARIKH KELAS 8.00-9.00 9.00-10.00 REHAT
11.20 12.20
6B SN MAT BI BM
ISNIN (24/3/2014) 6K BI BM REHAT SN MAT
  6M MAT SN BI BM
6B MAT BI BM SN
SELASA (25/3/2014) 6K BM SN REHAT MAT BI
  6M BM SN BI MAT
6B BI BM SN MAT
RABU (26/3/2014) 6K SN MAT REHAT BI BM
  6M BI BM MAT SN

9
KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA (MEI)

REHA
TARIKH KELAS 8.00-9.00 9.00-10.00 T 10.20-11.20 11.20-12.20
6B MAT SN BM BI
RABU (28/5/2014) 6K BM BI REHAT MAT SN
  6M SN MAT BM BI
6B BI MAT SN BM
KHAMIS (29/5/2014) 6K SN BM REHAT BI MAT
  6M SN BM MAT BI
JUMAAT 6B BM BI MAT SN
(30/5/2014) 6K MAT SN REHAT BM BI
  6M BM BI SN MAT

KELAS TAMBAHAN INTENSIF (SEPTEMBER)

KELA
TARIKH S 8.00-10.10 10.10-10.30 10.30 - 12.30
6B BM SN
SELASA (2/9/2014) 6K BI REHAT MAT
  6M SN BM
6B BI MAT
RABU (3/9/2014) 6K SN REHAT BM
  6M MAT BI
6B SN BM
KHAMIS (4/9/2014) 6K MAT REHAT BI
  6M BM SN
6B MAT BI
JUMAAT (4/9/2014) 6K BM REHAT SN
  6M BI MAT
6B BM SN
ISNIN (8/9/2014) 6K BI REHAT MAT
  6M SN MAT

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. ……………………………………...
(IKA LIANA BT KHALID) (HJ HAMID BIN MASDEWI AMW, PPN ) )

Setiausaha Program Peningkatan Tahun 6 Guru Besar


SK Kementah, Kuala Lumpur SK Kementah, Kuala Lumpur

10
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH
KEM KEMENTAH, JALAN LAKSAMANA
54200 KUALA LUMPUR

PROGRAM GEMILANG
UPSR
SK KEMENTAH
2014

“PINTAR BESTARI”

11
SEKALUNG BUDI
Ucapan terima kasih kepada
 Guru Besar SK Kementah
Tn Hj Hamid Bin Masdewi
 PIBG SK Kementah
 Semua guru SK Kementah
 Ibu bapa yang terlibat dan semua
pihak yang sama-sama menjayakan
program yang dirancang.

12

You might also like