You are on page 1of 2

Rangka karangan BM

Tajuk:Kepentingan Semangat Kejiranan


Rangka karangan:
Langkah-Langkah Mengekalkan Semangat Kejiranan
Rangka 1:
-Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka.
-Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga
menimbulkan pelbagai isu semasa pula.
-Terdapat banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Rangka 2:
-Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka.
-Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama
pada malam hari.
-Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu
menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.
-Hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan
antara jiran.
Rangka 3:
-Semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat.
-Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula
semangat yang murni ini.
-Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
-Semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
Rangka 4:
-Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
semangat kejiranan ini.
-Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya
menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.
-Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan
berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan
mereka.
-Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha
memupuk semangat mulia ini.
Rangka 5:
-Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.
-Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu
perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.
-Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat.
-Paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar
dalam masyarakat kita.
-Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat
perpaduan.
-Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan
konsep perpaduan amat strategik.
-Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang
saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah.
-Semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan
nasional.

Kesimpulan:
-Semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi.
-Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini.
-Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

You might also like