You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TENANG,

85300 LABIS,
JOHOR DARUL TA’ZIM No. Tel/Fax: 07.9287333

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JBA 7026.36/100-21/1/1( )
Tarikh : 21 Disember 2020

Yang Dipertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru
D.A Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang,
Kampong Tenang,
85300, Labis,
Johor Darul Takzim

Tuan,

PELAKSANAAN INISIATIF BANTUAN TUNAI KEPADA PENGUSAHA KANTIN


SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan sedia maklum,penutupan


sekolah seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan mulai 9 November
2020 hingga 18 Disember 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 turut memberi
kesan kepada pengusaha kantin sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang hilang punca pendapatan utama. Atas dasar ksprihatinan, KPM bercadang
untuk melaksanakan sumbangan tunai secara one-of sebanyak RM1,500 kepada
pengusaha kantin sekolah di bawah KPM. Cadangan pelaksanaan sumbangan tunai
tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
pada 3 Disember 2020 yang juga merupakan tarikh penutupan akaun kerajaan
persekutuan bagi tahun kewangan 2020.

3. Sehubungan ltu, Pihak Sekolah memohon kerjasama PIBG Sk Kampong Tenang


untuk melaksanakan penyaluran sumbangan tunai secara one-off sebanyak RM1,500
kepada pengusaha kantin sekolah dengan menggunakan tabung PIBG terlebih dahulu.
Kekurangan bakl akaun PIBG akan ditampung semula oleh KPM menggunakan
peruntukan semasa RPM. Penyaluran sumbangan ini hendaklah dibuat selewat-
lewatnya sebelum 31 Disember 2020.

Sekian, terima kasih.

‘SETENANG SETINGGI BINTANG’

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan Amanah,

(....................................................)
Cikgu Zainab Binti Ahmad
Guru Besar,
SK Kampong Tenang,
85300 Labis

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TENANG,


85300 LABIS,
JOHOR DARUL TA’ZIM No. Tel/Fax: 07.9287333

Ruj. Tuan : JPA 7009


Ruj. Kami : JBA 7026.36/100-21/1/1( )
Tarikh :
Pn Rosliza Binti Ehsan,
Lot 901, Jalan Kampong Tenang,
Pekan Air Panas,
85300 Labis.

Tuan,

KEBENARAN MELANJUTKAN TEMPOH SATU (1) TAHUN DARI 01.01.2020 – 30.11.2020


PERKHIDMATAN (MENGUSAHAKAN KANTIN) SK KAMPONG TENANG, LABIS, JOHOR.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sehubungan dengan ini, sebagaimana keputusan mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kantin Sekolah yang bermesyuarat pada 14.08.2019, Pihak Pentadbiran Sekolah
bersetuju membenarkan pihak tuan / puan melanjutkan tempoh Perkhidmatan Kantin /
Mengusahakan Kantin SK Kampong Tenang, Labis selama 1 tahun dari 01.01.2020 hingga
30.11.2020.

Sekian, terima kasih.

‘SEHATI SEJIWA’

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(....................................................)
Cikgu Norazilah Binti Abdullah
Guru Besar,
SK Kampong Tenang,
85300 Labis

Sk: Pegawai Pendidikan Daerah Segamat,


Pejabat Pendidikan Daerah Segamat,
JKR 1884, Jalan Aji,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta’zim
(U.P: Penyelia HEM)
- Wan Mohd Karmizan Bin Wan Ibrahim

Pn Rosliza Binti Ehsan,


Lot 901, Jalan Kampong Tenang,
Pekan Air Panas,
85300 Labis.

09 Ogos 2020

Tuan Guru Besar,


SK Kampong Tenang,
85300 Labis, Segamat,
Johor.

Tuan,

MEMOHON PERLANJUTAN KONTRAK PENYEWAAN KANTIN – PERJANJIAN


PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.


2. Saya dengan sukacitanya memohon jasa baik dan budi bicara tuan untuk melanjutkan
Kontrak Penyewaan Kantin tersebut untuk jangka masa satu (1) tahun lagi bermula dari tarikh
01/01/2020 hingga 31/12/2020.

3. Saya berjanji akan berusaha mempertingkatkan perkhidmatan menyediakan makanan


bagi Program Rancangan Makanan Tambahan. Pihak saya juga berjanji akan mematuhi segala
perjanjian yang telah dibuat terdahulu dan akan berusaha menambahbaik segala perkhidmatan
yang diberi serta kualiti makanan yang disediakan.

4. Semoga permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Atas kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

(ROSLIZA BINTI EHSAN)


Pengusaha Kantin,
SK Kampong Tenang,
85300 Labis,
Segamat, Johor.

You might also like