You are on page 1of 1

Aliran tunai merupakan kedudukan duit keluar dan masuk perniagaan setiap bulan.

Untuk
membolehkan anda melakukan aliran tunai, anda perlu mencatit semua perkara berikut di
bawah:

1. Jumlah jualan yang dibuat setiap bulan. Untuk memudahkan anda mengumpul


semua maklumat ini, cara paling asas adalah dengan mengeluarkan invoice setiap kali
kerja dilaksanakan sehingga siap.
2. Kos jualan. Dalam melaksanakan kerja, apakah barangan yang digunakan dan
berapakah kos pembeliannya. Kos jualan bermakna kos yang perlu dikeluarkan hanya
apabila berlakunya jualan. Dalam kes perkhidmatan penyaman udara ini, selain
daripada bahan keperluan untuk selenggara, kos logistik perlu diambil kira sebagai
kos jualan memandangkan anda perlu keluar jika ada kerja.
3. Untung kasar. Jika anda tolak hasil jualan terhadap kos jualan, anda akan dapat nilai
untung kasar. Perhatikan berapa peratusan untung kasar anda itu. Semak berapakah
kos untung kasar yang dibuat oleh pesaing lain.
4. Kos tetap perniagaan. Dalam kes kawan kita di atas, mungkin dia tidak punyai kos
tetap sewaan premis kerana dia buat kerja secara solo. Oleh itu kos sewaan tak
termasuk kos tetap perniagaannya. Selain dari itu, kos tetap perniagaannya sudah
tentu termasuk gajinya sendiri, bayaran ansuran kenderaan jika ada dan kos-kos lain
yang perlu dibayar. Pastikan bahawa kos tetap perniagaan adalah kos yang anda perlu
bayaran walaupun tidak ada sebarang jualan berlaku setiap bulan.
5. Untung bersih. Hasil daripada untung kasar di atas ditolak dengan kos tetap
perniagaan, anda akan perolehi untung bersih sebelum cukai.

Bila anda dah ada kesemua maklumat tersebut di atas, susun kedudukan perniagaan anda
untuk ketahui untung kasar dan untung bersih setiap bulan.

You might also like