You are on page 1of 4

KAWALAN BELANJAWAN

1. Penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan meningkatkan


prestasi di masa-masa akan datang.

2. Definasi :- satu penyata kuantitatif dan kewangan yang disediakan untuk tempoh akan
datang dan polisinya diikuti sepanjang tempoh itu yang bertujuan untuk mencapai
sesuatu objektif.

3. Objektif sistem kawalan belanjawan :-


(a) Perancangan – merancang aktiviti supaya objektif boleh tercapai.
(b) Koordinasi – menggabungkan semua aktiviti terhadap pencapaian objektif.
(c ) Motivasi –menggalakkan kerjasama diantara semua pihak bagi menjayakan
sesuatu perancangan.
(d) Penilaian – menilaikan prestasi dari masa ke semasa dengan membandingkan
prestasi sebenar dengan yang dirancangkan.
(e) Perlaksanaan – tindakan yang sewajarnya diambil untuk memulihkan keadaan
apabila prestasi tidak memuaskan.

4. Jenis-jenis belanjawan.

A : Belanjawan Jualan
* Disediakan oleh pengurus jualan
* Tujuannya untuk merancang volum yang patut dijual
* Ramalan berdasarkan berdasarkan kepada:-
I – Pengelaman dan pengetahuan tentang pasaran dan pesaing
Ii – Laporan daripada jurujual tentang pasaran dan citarasa pelanggan
Iii – laporan kajian dan penyelidikan
Iv – Analisis daripada data-data statistic yang terkumpul

Contoh:-
Syarikat Ceria Berhad mengeluarkan sejenis kereta mainan “Proton 3”. Harga jualan
adalah RM10.00 seunit.Anggaran jualan bagi bulan Januari 20X1 adalah 10,000 unit.
Jualan dijangkakan akan meningkat 1,000 unit setiap bulan untuk 3 bulan pertama dan
2,000 unit untuk 3 bulan yang berikutnya.
Sediakan Belanjawan Jualan bagi tempoh 6 bulan tahun 20X1
B : Belanjawan Pengeluaran
* Disediakan oleh pengurus pengeluaran.
* Tujuannya untuk merancang volum yang patut dikeluarkan
* Anggaran pengeluaran bergantung kepada:-
I – Anggaran jualan
Ii – Pegangan stok bagi sesuatu tempoh

Pengeluaran diperlukan = Anggaran Jualan + Stok Akhir – Stok Awal

Contoh :-
Stok diawal tempoh adalah 1,000 unit. Pegangan stok akhir 10% daripada volum jualan
bulan berikutnya untuk 3 bulan pertama dan meningkat 12% bagi 3 bulan berikutnya.
Sediakan Belanjawan Pengeluaran bagi tempoh 5 bulan untuk tahun 20X1

C : Belanjawan Penggunaan Bahan


* Disediakan oleh pengurus pengeluaran
* Amaun yang diperlukan bergantung kepada :-
I – Bahan yang digunakan untuk setiap unit barang siap
Ii – Peruntukan tentang pembaziran dan kerosakan

Contoh :-
Untuk menghasilkan Proton 3 ia memerlukan 2 unit bahan getah dan 3 unit bahan plastic.
Harga getah ialah RM0.50 seunit dan plastic RM0.30 seunit.
Sediakan Belanjawan Penggunaan Bahan untuk tempo 5 bulan bagi tahun 20X1
D : Belanjawan Belian Bahan
* Diuruskan oleh pengurus belian
* Amaunnya bergantung kepada :-
I – Amaun bahan yang akan digunakan
Ii – Anggaran pegangan stok

Anggaran Belian = Anggaran Penggunaan + Stok Akhir – Stok Awal


Bahan Bahan Bahan Bahan

Contoh :-
Pada 1 Jan stok bahan getah 2,000 unit dan bahan plastic 3,000 unit. Stok akhir bagi
kedua-dua bahan adalah 10% atas amaun bahan yang digunakan pada bulan yang sama.
Sediakan Belanjawan Belian Bahan untuk tempoh 5 bulan bagi tahun 20X1

E : Belanjawan Buruh Langsung


* Disediakan oleh pengurus kakitangan
* Merancang penggunaan tenaga buruh bagi mengeluarkan produk yang
dirancangkan
* Jumlah jam kerja bergantung kepada:-
I – Masa yang diperlukan untuk mengeluarkan barang siap
Ii – Peruntukan masa terbiar dan kerosakan mesin

Contoh :-
Tenaga buruh separuh mahir digunakan. Proton 3 dapat disiapkan dalam masa 15 minit.
Kadar upah yang dibayar adalah RM6.00 sejam.
Sediakan Belanjawan Buruh Langsung u ntuk tempoh 5 bulan untuk tahun 20X1
F : Belanjawan Overhed Kilang
* Disediakan oleh pengurus kilang
* Tujuannya menganggarkan jumlah overhed yang dijangka akan berlaku.
* Amaun overhed bergantung kepada tabiat overhed sama ada tetap atau berubah.

Contoh :-
Anggaran overhed kilang yang berlaku adalah seperti berikut:-
(1) Sewa kilang adalah RM500 sebulan dan meningkat RM100 mulai bulan April
(2) Mesin yang digunakan mempunyai anggaran belanja susut nilai RM1,200 setahun
(3) Insurans mesin adalah RM1,800 setahun
(4) Bekalang kilang adalah 1% daripada kos anggaran bahan digunakan
(5) Buruh tak langsung adalah 5% daripada kos buruh langsung
(6) Kadar bayaran dijangkakan dapat dikekalkan RM300 sebulan.
Sediakan Belanjawan Overhed kilang untuk tempoh 5 bulan untuk tahun 20X1

G : Belanjawan Tunai
* Disediakan oleh ketua akauntant
* Tujuannya melihat penerimaan dan pembayaran bagi sesuatu tempoh
* Kekurangan akan dibiayai oleh pinjaman

H : Penyata Pendapatan Pro-forma


* Anggaran hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh untuk menentukan keuntungan

I : Kunci Kira-kira Pro-Forma


* Anggaran baki-baki bagi akaun yang terlibat.

You might also like