You are on page 1of 23

14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.

21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

STATUS SOSIO EKONOMI DAN KOMITMEN IBU BAPA TERHADAP


PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH,
MALAYSIA
_____________________________________________________________

Mohamad Johdi Salleh, PhD


Che Noraini Hashim, PhD
Ismael Hassanaen, PhD
International Islamic University Malaysia (IIUM)
Amir Hasan Dawi, PhD
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa
terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Malaysia. Di antara
objektif-objektifnya ialah mengenalpasti perbezaan prestasi akademik pelajar SSE tinggi, SSE
pertengahan dan SSE rendah; meneroka faktor-faktor berlakunya perbezaan prestasi akademik di
antara pelajar-pelajar daripada golongan-golongan kelas sosial di atas; mengenalpasti pengaruh
atau komitmen ibu bapa terhadap prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan; dan,
mengetahui komitmen ibu bapa daripada golongan SSE tinggi, pertengahan dan rendah dalam
membantu mencapai kejayaan. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah di Selangor,
Malaysia, melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat terdiri daripada kelas cemerlang, kelas
sederhana, dan kelas paling rendah pencapaian PMR mereka. Penyelidik turut menemubual
beberapa orang guru untuk menjelaskan persoalan berkaitan kajian. Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan
dan kejayaan kedudukan iaitu bukan semua pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi
kegagalan. Pengalaman membesar dalam kemiskinan telah menjadikan mereka seorang dewasa
berketerampilan, tinggi jati diri, jitu pendirian, sakhsiah berkualiti, lantas berperanan positif-
konstruktif dalam keluarga, masyarakat, dan negara, bahkan sebahagian telah terserlah ke tahap
persada dunia. Anjakan ini amat berkait-rapat dengan sikap guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling yang mendorong khasnya pelajar-pelajar dengan cara memahami, menyayangi, dan
menghargai kesungguhan mereka untuk berjaya di dalam pelajaran. Sesungguhnya paradigma ini
boleh direalisasikan dengan ikhtiar dan tawakkal sebagai manusia ciptaan Allah SWT yang
Maha Pemurah dan Penyayang.

PENGENALAN
1
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Latar belakang status sosio ekonomi (SSE) merangkumi aspek bilangan isi keluarga,
pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga, yang lazimnya
dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Ahli-ahli sosiologi, termasuk Max
Weber bersetuju terhadap lima kelas sosial di dalam masyarakat iaitu golongan atasan,
pertengahan atasan, kelas pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan.
Kedudukan SSE sedemikian turut mempengaruhi kanak-kanak yang secara langsung dan
tidak langsung belajar daripada persekitaran fizikal, sosial dan iklim dalam dunia mereka
dibesarkan. Ketinggian SSE sering dikaitkan dengan berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan
penyerlahan pelbagai kejayaan. Manakala, status SSE rendah pula dikolompokkan dalam
kepapaan, kemiskinan, pengasingan daripada arus perdana kemajuan, kegetiran kehidupan,
kais pagi makan pagi yang petang tiada kepastian, dan pelbagai musyibah kegagalan
kehidupan. Mereka dilabelkan sebagai sering berputus asa dan sukar menerima kenyataan.
Ini menyebakan mereka sukar merancang masa depan dan sering menjadi mangsa keadaan
sehingga berterusan dalam lingkaran ’putaran ganas kemiskinan’.
Kemelut ini berterusan merebak persis wabak iaitu masyarakat umum melabelkan
ibubapa SSE rendah tidak mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap pencapaian anak-anak
mereka di sekolah. Situasi ini berlaku kerana ibubapa tidak menggalakkan cita-cita mereka
dengan tidak menghiraukan pelajaran mereka. Walaupun kanak-kanak ini mempunyai cita-
cita untuk berjaya tetapi gagal mencapai cita-cita tersebut kerana tidak mendapat dorongan
dan sokongan sewajarnya daripada ibu bapa sendiri. Alasan yang sering diberi oleh ibu bapa
ialah dengan menyatakan bahawa mereka tidak memiliki kelayakan akademik dan tidak
mempunyai masa yang secukupnya untuk membantu anak-anak di dalam pelajaran dan ini
akan menjadi situasi ’si buta memimpin si buta’.
Sesungguhnya dimensi bias ini boleh berubah dengan ikhtiar dan tawakkal sebagai
manusia ciptaan Allah SWT yang Maha Pemurah dan Penyayang. Kesungguhan usaha dan
ketinggian komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan iaitu
bukan semua pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi kegagalan. Pengalaman
membesar dalam kemiskinan telah menjadikan mereka seorang dewasa berketerampilan,
tinggi jati diri, jitu pendirian, sakhsiah berkualiti, lantas berperanan positif-konstruktif dalam
keluarga, masyarakat, dan negara, bahkan sebahagian telah terserlah ke tahap persada dunia.
Anjakan ini amat berkait-rapat dengan sikap guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling
yang mendorong khasnya pelajar-pelajar dengan cara memahami, menyayangi, dan
menghargai kesungguhan mereka untuk berjaya di dalam pelajaran. Ini kerana mereka lebih
yakin dan akan terus berusaha hingga berjaya.
Oleh itu, peranan ibubapa dalam mencorakkan pendidikan anak-anak mereka adalah
penting. Tahap ekonomi keluarga seperti tahap kekayaan atau kemiskinan juga memberi
kesan terhadap pencapaian anak-anak di sekolah. Paling penting ialah komitmen ibu bapa
dan guru yang boleh dikelasifikasikan sebagai usaha dan ikhtiar paling efektif dalam
menempa, mengukir, dan menjana kecemerlangan pelajar.

TINJAUAN LITERATUR

2
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Beberapa kajian lepas telah dijalankan untuk memperlihatkan pengaruh latar belakang
keluarga dan komitmen ibu bapa seseorang pelajar terhadap pencapaian dalam pelajaran.
Latarbelakang sosial keluarga bermaksud saiz keluarga, pendapatan ibu-bapa, pekerjaan ibu-
bapa dan aspirasi keluarga.
Ishak Haron (1977) dalam kajiannya menyatakan terdapat pengaruh taraf sosio-ekonomi
yang berbeza ke atas pencapaian akademik pelajar di kalangan kumpulan-kumpulan etnik, kelas
sosial dan tempat tinggal mereka di kalangan masyarakat di Malaysia. Pengaruh yang ketara
ialah kelas sosial yang wujud di dalam sesuatu komuniti atau masyarakat. Pelajar dari kelas
sosio-ekonomi yang tinggi memperolehi purata pencapaian yang tinggi berbanding dengan
pelajar dari keluarga yang berstatus sosio-ekonomi rendah. Perkara ini terserlah dalam kajian
sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini mendapati status sosio ekonomi
merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkat
sekolah rendah (29.0%) dan berkurangan pada peringkat menengah (PMR 16.0% dan SPM
9.0%). Walau bagaimanapun, faktor sosioekonomi tidak mempengaruhi pelajar pada peringkat
STPM. Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap
pelajar terhadap aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

Pengaruh SSE dalam Pencapaian Pelajar:


Kajian Kemiskinan
Kajian-kajian kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap pendidikan
keluarga miskin adalah rendah (Fong Chan Onn dalam INTAN 1991; Unit Penyelidikan
Sosioekonomi Rakyat, 1990). Contohnya, Kajian Sosioekonomi Rakyat Termiskin (Chamhuri,
1994 dalam Chamhuri, 2001) mendapati tahap pendidikan keluarga termiskin adalah lebih
rendah berbanding bukan miskin iaitu antara 65-92 peratus ketua isi rumah termiskin cuma tamat
sekolah rendah dan hanya 1-16 peratus tamat sekolah menengah rendah. Ahli isi rumah termiskin
juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu antara 29-77 peratus tamat sekolah
rendah.Masalah kemiskinan, kesempitan hidup, dan kewangan menyebabkan ibu bapa tidak
mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak. Pelajar yang miskin didapati bekerja
untuk membantu menyara keluarga, membantu ibu bapa bekerja di sawah, ladang, kebun, laut,
atau mengusahakan perniagaan keluarga; dan membantu kerja rumah serta menjaga adik-adik
ketika ibu bapa bekerja.
Manakala keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli
peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin
mata (BPPDP, 1996). Ada juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak
untuk bekerja bagi membantu keluarga. Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan
rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi
tempat belajar.
Hubungan kemiskinan dengan pencapaian dikaitkan juga dengan kesan negatif terhadap
perkembangan minda. Kesan ini termasuk food deprivation yang mempengaruhi konsentrasi dan
pembelajaran harian; kekurangan nutrien atau zat yang mempengaruhi pembesaran, kekurangan
3
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

pengawasan oleh ahli dewasa dan penjagaan anak yang akan menghad pembelajaran;
kekurangan stimulasi yang mengakibatkan kekurangan motivasi untuk belajar dan melambatkan
perkembangan kognitif; tingkah laku yang bermasalah; sikap kendiri yang rendah; buta huruf
dan pencapaian rendah; gangguan kepada kehadiran ke sekolah dan tercicir dari sekolah; dan
kekurangan kemasukan ke universiti.

Kajian Kekayaan
Anak daripada keluarga berpendapatan tinggi dan berpendidikan menikmati persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan. Hal ini boleh membawa kepada pencapaian pelajar yang
menggalakkan di sekolah. Amy J. Orr (2003) mengatakan kekayaan boleh mempengaruhi
pencapaian akademik secara positif. Perbezaan pencapaian pelajaran bukan sahaja antara etnik
kerana perbezaan kekayaan tetapi juga dalam sesama etnik sendiri pun juga begitu. Ibubapa yang
mempunyai pendapatan kukuh kurang mendapat masalah dalam melancarkan anak-anak
mencapai pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Murid daripada ststus sosio-ekonomi tinggi
mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan murid daripada status sosio-
ekonomi rendah dan sederhana. Keluarga yang berada mempunyai peluang-peluang yang lebih
untuk membeli bahan pendidikan atau mengadakan kelas bimbingan tambahan. Persekitaran
pembelajaran yang lebih baik boleh diadakan apabila pendapatan keluarga tinggi.
Masa kini terdapat ahli sosiologi seperti Amy J. Orr (2003) begitu giat dalam mengkaji
hubungan antara kekayaan dengan pencapaian pelajaran. Dalam “Black-White Differences in
Achievement - The Importance of Wealth” Orr (2003) mengatakan:
1. kekayaan boleh mempengaruhi pencapaian akademik;
2. orang kulit hitam (black-american) mempunyai kurang kekayaan berbanding orang kulit
putih (white-americans) kerana terhad keupayaan mengumpul kekayaan mempengaruhi
pencapaian anak-anak mereka;
3. aspirasi kanak-kanak, ekspektasi untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi, sumber-sumber pendidikan, kualiti sekolah, penerimaan sosial dan estim kendiri
dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung status sosio-ekonomi keluarga; dan,
4. ibubapa yang mempunyai pendapatan kukuh menggalakkan mereka melanjutkan
pelajaran ke universiti. Sokongan ibubapa mempunyai kesan positif terhadap motivasi
dan aspirasi murid sekolah.

Memang jelas bahawa ibu bapa dan latar belakang keluarga mempunyai pengaruh dan
berperanan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak serta menentukan hala tuju
kehidupan mereka. Masa yang terbanyak seharian anak-anak ialah bersama ibu bapa di rumah
dengan keluarga. Pada fitrah waras ibu bapa amat seronok untuk berada bersama anak-anak dan
ahli keluarga. Seharusnya, peluang ini digunakan sebaik-baiknya secara konstruktif dan inovatif
oleh ibu bapa.

Pencapaian Pelajar Dan Komitmen Ibu Bapa:

Sejak dilahirkan pembentukan sahsiah, sikap serta persepsi seseorang individu terhadap
kehidupan akan datang banyak dipengaruhi oleh keluarganya. Rasulullah s.a.w. bersabda,
4
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan yang suci (fitrah), ibu bapanyalah yang akan
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Latar belakang keluarga seperti status ekonomi,
pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan menjadi asas
pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang diperolehi di rumah
serta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan pelajar pada peringkat
persekolahan seterusnya.
Pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan untuk
mempunyai aspirasi tinggi, ekspektasi tinggi dan pencapaian akademik tinggi. Keluarga yang
berpendidikan dan berpendapatan tinggi mampu mengadakan persekitaran belajar yang sesuai
dan baik. “Family income correlates moderately with achievement in mathematics” (Alvarez
1989:82)
Manakala anak-anak daripada keluarga berpendapatan sederhana berkecenderungan
mempunyai aspirasi tinggi, kesan daripada status ibubapa yang memberi tekanan kepada anak-
anak untuk berjaya. Aspirasi ibu-bapa mempengaruhi anak-anak dalam cita-cita dan minat
kerjaya. Kajian Phillips (1987) mendapati ibubapa mempunyai pengaruh kuat terhadap anak-
anak dalam perlakuan, sikap dan pencapaian mereka.
Menurut Gardner (dalam Mohamad Daud, 1994), kanak-kanak yang hidup bersama ibu
bapa akan memperoleh nilai kelas sosial yang diamalkan oleh keluarga. Keluarga golongan kelas
sosial bawahan selalunya besar, kurang berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian
individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual
tentang topik yang terbatas, dan mahukan anak-anak mengikut perintah mereka. Manakala
keluarga daripada kelas sosial menengah selalunya kecil, menaruh harapan tinggi terhadap anak-
anak, sentiasa bekerjasama, dan berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat
pencapaian yang lebih tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi.
Ibu bapa kanak-kanak SSE rendah lebih mementingkan peraturan daripada pembelajaran.
Peraturan kepada mereka adalah salah satu elemen yang amat penting dalam kehidupan mereka
terutama anak-anak mereka. Pada pendapat mereka, dengan peraturan sahajalah anak-anak
mereka boleh terselamat di dalam dunia mereka yang dianggap kejam. Jelas di sini menunjukkan
ibu bapa dari SSE rendah lebih mementingkan survival anak-anak mereka daripada pendidikan.
Kajian Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 1996) menggariskan
sikap negatif ibu bapa atau keluarga terhadap pendidikan termasuklah tidak atau kurang
mengambil berat terhadap pendidikan anak, kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran,
lebih suka anak bekerja daripada bersekolah, dan membiarkan anak ponteng sekolah.

Terdapat juga kajian Drop-out & Low Achievement – Case Studies in Selected Primary
Schools in Malaysia (EPRD, 1994) mendapati pelajar yang tercicir dan berpencapaian rendah
adalah daripada keluarga yang kurang memberi sokongan terhadap pendidikan anak-anak
mereka, kurang mengawasi kemajuan pelajaran anak-anak, tidak menyemak kerja sekolah,
menyerah tugas membantu pelajaran kepada anak yang lebih tua, dan lebih suka anak menolong
kerja di rumah daripada bersekolah. Terdapat juga keluarga yang kurang mementingkan
pendidikan dengan memaksa anak perempuan berkahwin bagi mengurangkan beban keluarga
atau tidak menggalakkan anak perempuan belajar ke peringkat tinggi. Selain daripada itu,

5
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

terdapat juga keluarga yang kurang memperuntukkan wang kepada pendidikan anak tetapi lebih
mementingkan kebendaan, penjagaan status, dan hiburan.
Hubungan yang rapat antara keluarga dan sekolah dapat membantu pelajar untuk berjaya
dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan awal Kajian Penilaian Program Intervensi JPN
bagi Menangani Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 2001b) menunjukkan masih terdapat
ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka kepada
pihak sekolah, sering tidak menghadirkan diri apabila dipanggil untuk berjumpa pihak sekolah,
meminta orang lain seperti jiran untuk mengambil rekod kemajuan pelajar, dan kurang
mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Terdapat juga ibu bapa yang enggan melayan atau membalas surat sekolah tentang
masalah pembelajaran atau ponteng sekolah anak-anak mereka. Keadaan ini menyebabkan ibu
bapa atau keluarga tidak mengetahui tentang pencapaian sebenar anak mereka dalam pelajaran
dan kurang memberikan komitmen terhadap program pendidikan di sekolah sama ada dalam
bentuk tenaga, masa atau wang ringgit.
Beberapa kajian mendapati bahawa beberapa ciri persekitaran keluarga mempengaruhi
pencapaian akademik murid sekolah. Status sosio-ekonomi keluarga (Phillips 1987, Abdullah et.
al. 1988, Alvarez 1989), latarbelakang budaya (Stigler et. al. 1982) merupakan antara
pembolehubah yang mempengaruhi pencapaian.
Hess dan Holloway (1984), mengenalpasti lima faktor keluarga yang mempengaruhi
pencapaian anak-anak iaitu i) interaksi lisan antara ibu dan anak, ii) ekspektasi ibubapa dalam
soal pencapaian, iii) hubungan yang berkesan antara ibu-bapa dan anak-anak, iv) kepercayaan
ibu bapa terhadap keupayaan anak-anak, dan v) kawalan strategik dan disiplin dalam keluarga.
Terdapat ibu bapa yang membiarkan anak mereka bekerja sambilan selepas waktu
sekolah, keadaan ini menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran mereka kerana peluang
pekerjaan yang begitu banyak kini dan ditawarkan gaji yang lumayan bagi pendapat anak-anak
tersebut. Terdapat juga sebilangn pelajar yang terus bekerja selepas waktu persekolahan daripada
melanjutkan pembelajaran ke peringkat tinggi.
Kajian Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 1996) menunjukkan
kemudahan memperoleh pekerjaan dari kilang-kilang yang berdekatan sekolah boleh
mempengaruhi pelajar untuk meninggalkan bangku sekolah, khususnya bagi mereka yang
memang bercita-cita untuk bekerja. Masyarakat di luar bandar, umumnya, tidak ada role model
yang boleh memotivasikan pelajar SSE rendah untuk berjaya dan cemerlang dalam akademik
(EPRD, 1994; BPPDP, 1996).

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas, maka satu kajian mengenai pengaruh
latar belakang status sosio ekonomi serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) perlu dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

6
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Objektif Kajian
Kajian tentang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar
dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.3.1 Mengenalpasti perbezaan prestasi akademik pelajar SSE tinggi, SSE pertengahan dan
SSE rendah. Kajian ini akan cuba meneroka apakah perbezaan yang menyebabkan
berlakunya perbezaan prestasi akademik di antar pelajar-pelajar daripada golongan-
golongan kelas sosial di atas.
1.3.2 Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada pengaruh SSE merupakan
faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar di dalam sesuatu golongan SSE.
1.3.3 Mengkaji dan meneliti sama ada pengaruh atau komitmen ibu bapa dapat membantu
serta mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan tanpa
mengira SSE.
1.3.4 Untuk mengetahui dan mengenal pasti komitmen ibu bapa daripada golongan SSE
tinggi, pertengahan dan rendah.
1.3.5 Mengenalpasti kelebihan, kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar
SSE tinggi dan rendah dalam membantu mencapai kejayaan.

Soalan-soalan Kajian
Berikut adalah soalan soalan kajian berdasarkan objektif-objektif kajian di atas:
1.4.1. Bagaimanakah prestasi akademik pelajar SES tinggi dan SES rendah ?
1.4.2. Benarkah SES mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?
1.4.3. Sejauh manakah komitmen ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi anak-anak
mereka dalam peperiksaan?
1.4.4. Apakah komitmen ibu bapa SES tinggi dan SES rendah dalam membantu anak-anak
mereka mencapai kejayaan?

1.4.5. Apakah kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh pelajar SES tinggi dan SES rendah
dalam membantu mencapai kejayaan dalam PMR?

Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia.
Daerah ini dipilih kerana mempunyai pelbagai cirri yang boleh memenuhi persoalan dalam
objektif kajian. Seramai 425 orang pelajar tingkatan empat telah terlibat yang terdiri daripada
200 orang pelajar dari kelas pertama iaitu kelas cemerlang, 135 orang dari kelas sederhana, dan
90 orang pelajar dari kelas belakang iaitu pelajar yang paling rendah pencapaian akademik
7
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

mereka. Penyelidik turut menemubual 20 orang guru yang dipilih secara rawak dari beberapa
buah sekolah yang terlibat dengan kajian ini untuk menjawab drngan lebih jelas soalan-soalan
berkaitan kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Satu
set soal selidik telah digunakan untuk tujuan pungutan data kajian, iaitu soal selidik kajian
tentang Latar Belakang Status Sosio-Ekonomi (SES) Pelajar dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pengkaji telah
menemubual beberapa orang guru yang mempunyai banyak pengalaman serta pengetahuan
mendalam berkenaan topik kajian ini. Temubual ini dilakukan untuk memberi sokongan terhadap
dapatan yang kami perolehi daripada soal selidik dan dokumen-dokumen seperti buku, artikel,
journal dan juga akhbar.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji mengkategorikan pencapaian pelajar kepada 4 kategori;
Kategori pertama: sangat cemerlang iaitu pelajar yang mendapat keputusan 6A dan lebih.
Kategori kedua: cemerlang; pelajar yang mendapat 5A hingga 3A. Kategori ketiga: kategori
kurang cemerlang; iaitu pelajar yang mendapat 2A hingga 1A dalam PMR. Kategori yang
keempat ialah tidak cemerlang; pelajar yang tidak mendapat sebarang A dalam keputusan PMR
mereka.

Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kelas sosial dan ekonomi (SSE) mereka berasaskan
jumlah pendapatan seisi rumah dalam keluarga. Mereka di kategorikan kepada empat iaitu;
pertama pendapatan RM 4000 dan lebih untuk SSE tinggi, kedua pendapatan RM3000-RM4000
untuk SSE sederhana tinggi. Ketiga: pendapatan RM 2000-RM3000 seisi rumah bagi SSE
sederhana dan keempat pendapatan seisi rumah RM1000 dan ke bawah merupakan golongan
SSE rendah.
Bagi dapatan kajian, pengkaji menumpukan kepada beberapa aspek penting iaitu
peratusan pencapaian pelajar dalam PMR mengikut kelas sosial dan ekonomi, faktor komitmen
ibubapa dalam pelajaran anak-anak berdasarkan kategori pencapaian pelajar, dan faktor-faktor
lain yang memberi pengaruh kepada pencapaian pelajar seperti faktor tahap pendidikan ibu dan
bapa.
Dapatan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Prestasi akademik pelajar SSE Rendah, Sederhana, Sederhana Tinggi, dan Tinggi
1.1 Pencapaian pelajar dalam PMR berdasarkan kepada kelas sosial dan ekonomi (SSE)

8
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Pencapaian pelajar SSE Rendah dalam PM R

73%

6(A)& LEBIH
8% 5(A) -3(A)

11% 2(A) - 1(A)


8%
TIADA (A)

Rajah 1: Peratus bagi pelajar SSE Rendah dalam pencapaian Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR)
Berdasarkan rajah di atas, peratusan pencapaian pelajar dari kelas sosial ekonomi (SSE) yang
rendah adalah terdiri dari pelajar yang tidak cemerlang dalam peperiksaan PMR. Peratusan
pelajar yang tidak mendapat sebarang A dalam PMR merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak
(73%), diikuti peratus pelajar cemerlang iaitu pelajar yang mendapat 3A-5A sebanyak (11%),
seterusnya berkongsi peratus yang sama ialah dari pelajar yang pencapaian mereka cemerlang
dan kurang cemerlang dengan masing-masing (8%). Data menunjukkan perbezaan peratus yang
amat ketara bagi pencapaian sangat cemerlang dan tidak cemerlang bagi pelajar dari SSE rendah.

Pencapaian pelajar SSE Sederhana dalam PMR

21% 42%

6(A)& LEBIH

5(A) -3(A)

2(A) - 1(A)
21% 16% TIADA (A)

Rajah 2: Peratus bagi pelajar SSE Sederhana dalam pencapaian PMR


Carta pai di atas menunjukkan peratus pencapaian pelajar dari kelas ekonomi sederhana
dalam PMR. Daripada rajah di atas dapat dilihat peratus yang paling tinggi dalam pencapaian
PMR ialah (45%) iaitu dalam kategori kurang cemerlang dengan pencapaian kurang dari 3A.
Kemudian disusuli peratus untuk kategori pencapaian sederhana (3A-5A) sebanyak (25%) dan
seterusnya (21%) bagi pencapaian kategori tidak cemerlang. Peratus yang paling rendah bagi
pencapaian pelajar SSE sederhana iaitu sebanyak (16%) ialah pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam PMR.

9
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Pencapaian pelajar SSE Sederhana tinggi dalam PMR

10%
18%
6(A)& LEBIH

5(A) -3(A)
45%
2(A) - 1(A)

27% TIADA (A)

Rajah 3: Peratus bagi pelajar SSE Sederhana Tinggi dalam pencapaian PMR

Carta pai yang seterusnya menunjukkan peratus pencapaian pelajar dari kelas ekonomi
sederhana tinggi dalam PMR. Rajah menunjukkan peratus yang tertinggi ialah bagi pencapaian
cemerlang iaitu 5A-3A iaitu sebanyak (45%). Seterusnya diikuti pencapaian sangat cemerlang;
6A dan lebih sebanyak (27%). Peratus yang seterusnya dimiliki oleh pencapaian yang lemah atau
langsung tidak cemerlang -tiada A- iaitu sebanyak (18%). Peratus yang paling rendah ialah bagi
pencapaian yang kurang cemerlang iaitu 2A-1A sebanyak (10%). Bagi kategori SSE sederhana
tinggi dapat dilihat pelajar mengungguli pencapaian dua kategori teratas iaitu sangat cemerlang
dan cemerlang.

Pencapaian pelajar SSE Tinggi dalam PM R

54%

15% 6(A)& LEBIH


5(A) -3(A)

2(A) - 1(A)
8%
23% TIADA (A)

Rajah 4: Peratus bagi pelajar SSE Tinggi dalam pencapaian PMR

Carta pai yang terakhir ini mewakili pencapaian pelajar SSE tinggi dalam Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR). Rajah menunjukkan peratus yang tertinggi iaitu (54%) adalah bagi
pencapaian sangat cemerlang, ini diikuti pencapaian cemerlang iaitu dengan peratus sebanyak
(23%). Bagi pencapaian kurang cemerlang peratus yang diperolehi adalah sebanyak (8%) dan

10
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

merupakan peratus yang paling sedikit. Bagi pencapaian yang lemah peratus yang telah
diperolehi adalah sebanyak (15%). Data ini menunjukkan pelajar dari SSE tinggi menguasai dua
kategori teratas dengan peratusan yang tinggi.

1.2 Taburan bilangan dan peratusan Pelajar berdasarkan kategori kelas sosial ekonomi
(SSE).

6(A) 5(A) - 2(A) - TIADA

BIL SSE KE ATAS 3(A) 1(A) (A) JUMLAH

1. SSE RENDAH 15 20 15 135 185

2. SSE SEDERHANA 15 20 20 40 95

SSE SEDERHANA
3. TINGGI 75 25 5 10 55

4. SSE TINGGI 35 15 5 10 65

Table 1: Jadual menunjukkan bilangan pelajar mengikut SSE dengan pelbagai


pencapaian.

2. Dapatan tentang komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.

Selain daripada tujuan mencari pencapaian pelajar mengikut kelas atau status sosial dan
ekonomi (SSE) pelajar, tujuan kami menjalankan kajian ini ialah untuk mengenalpasti komitmen
ibu bapa terhadap pencapaian pelajar. Oleh yang demikian, bagi mendapatkan keputusan dan
peratusan komitmen ibu bapa penyelidik telah memilih secara purata set jawapan soal selidik
bagi setiap kategori pencapaian pelajar sebanyak lapan (8) set jawapan pelajar. Ini bermakna
penyelidik telah menggunakan sebanyak 32 set soal selidik dalam mendapatkan peratus
komitmen ibu bapa.
2.1 Komitmen ibu bapa bagi pelajar kategori pencapaian Lemah (Tiada A)

SS S TS STS

SOALAN (%) % % %

10 30

Ibu bapa memberi galakkan untuk belajar (25) (75)

Ibu bapa meluangkan masa untuk membantu


membuat kerja sekolah 5 30 5

11
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

(12.5) (75) 12.5

Ibu bapa menyediakan ruang yang 30 5 5

selesa untuk belajar dan mengulangkaji. (75) (12.5) (12.5)

20 20
Ibu bapa membekalkan buku rujukan tambahan
selain buku teks (50) (50)

10 5 5 20
Ibu bapa menghantar mengikuti kelas
tambahan (tusyen) berbayar di luar sekolah (25) (12.5) (12.5) (50)

Ibu bapa memberi pujian, galakan, ganjaran 15 15 10


atau hadiah sekiranya cemerlang di dalam
peperiksaan (37.5) (37.5) (25)

5 15 5 15
Ibu bapa mengambil berat tentang apa yang
saya pelajari di sekolah (12.5) (37.5) (12.5) (37.5)

20 5 15

Ibu bapa menyemak buku kerja/buku latihan (50) (12.5) (37.5)

15 5 10 10
Ibu bapa mengupah guru peribadi datang ke
rumah untuk mengajar subjek tertentu kepada (37.5) (12.5) (25) (25)

Daripada jadual di atas dapatan penyelidik menyatakan (25%) responden sangat setuju
dan (75%) setuju bahawa ibu bapa memberi galakkan kepada mereka untuk belajar. (12.5%)
sangat setuju dan (75%) setuju ibu bapa meluangkan membantu membuat kerja sekolah.
Seterusnya 75% responden sangat setuju dan 12.5% setuju ibu bapa menyediakan ruang yang
selesa untuk belajar. 50% responden setuju mereka dibekalkan buku rujukan tambahan oleh ibu
bapa. Hanya 25% responden sangat setuju dan 12.5% responden setuju ibu bapa menghantar ke
kelas tusyen. Kebanyakkan responden iaitu 37.5% sangat setuju dan 37.5% setuju mereka akan
menerima pujian, galakan, ganjaran atau hadiah jika berjaya dalam peperiksaan. Sebanyak
12.5% sangat setuju dan 37.5% responden setuju ibu bapa mengambil berat tentang apa yang
dipelajari di sekolah. Seterusnya majoriti iaitu dengan peratus sebanyak 50% bagi sangat setuju
dan 12.5% responden setuju ibu bapa menyemak buku kerja dan buku latihan mereka. Akhir
sekali sebanyak 37% responden sangat setuju dan 12.5% pelajar setuju ibu bapa mereka
mengupah guru peribadi.

2.2 Komitmen ibu bapa bagi pelajar kategori pencapaian Kurang Cemerlang (2A-1A)

12
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

SS S TS STS

SOALAN % % % %

25 15

Ibu bapa memberi galakkan untuk belajar (62.5) (37.5)

25 10 5
Ibu bapa meluangkan masa untuk membantu
membuat kerja sekolah (62.5) (25) (12.5)

Ibu bapa menyediakan ruang yang 25 15

selesa untuk belajar dan mengulangkaji. (62.5) (37.5)

15 25
Ibu bapa membekalkan buku rujukan tambahan
selain buku teks (37.5) (62.5)

25 5 5 5
Ibu bapa menghantar mengikuti kelas tambahan
(tusyen) berbayar di luar sekolah (50) (25) (12.5) (12.5)

10 30
Ibu bapa memberi pujian, galakan, ganjaran atau
hadiah sekiranya cemerlang di dalam peperiksaan (25) (75)

15 20 5
Ibu bapa mengambil berat tentang apa yang saya
pelajari di sekolah (37.5) (50) (12.5)

20 5 15

Ibu bapa menyemak buku kerja/buku latihan (50) (12.5) (37.5)

5 5 30
Ibu bapa mengupah guru peribadi datang ke rumah
untuk mengajar subjek tertentu kepada (12.5) (12.5) 75

Jadual 2.2 menunjukkan peratusan pelbagai komitmen ibu bapa dalam dalam pencapaian
pelajar kurang cemerlang iaitu pelajar yang mendapat 2A-1A. Data menunjukkan bahawa 62.5%
sangat setuju dan 37.5% setuju terhadap komitmen ibu bapa dalam memberi galakkan untuk
belajar. Sebanyak 62.5% responden setuju ibu bapa mereka meluangkan masa membantu mereka
membuat kerja sekolah. Seterusnya sebanyak 50% responden sangat setuju dan 12.5% responden
setuju tentang komitmen ibu bapa dalam menyediakan ruang yang selesa untu belajar. Bagi
komitmen ibu bapa menyediakan buku rujukan tambahan sebanyak 50% responden sangat setuju
dan 12.5% setuju. Sebanyak 62.5% responden sangat setuju dan 37.5% pelajar setuju ibu bapa
memberi komitmen dalam membekalkan mereka dengan buku rujukan tambahan. Selanjutnya,
37.5% responden sangat setuju dan baki 62.5% setuju ibu bapa menghantar mereka ke kelas
13
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

tusyen. 50% responden sangat setuju dan 25% setuju ibu bapa memberi pujian, galakkan, ganjaran
atau hadiah sekiranya cemerlang dalam pepriksaan. 25% responden sangat setuju dan baki 75%
setuju ibu bapa mengambil berat tentang apa yang dipelajari di sekolah. Sebanyak 37.5%
responden sangat setuju dan 50% setuju ibu bapa menyemak buku kerja dan latihan. Seterusnya
hanya 12.5% responden bersetuju tentang ibu bapa mengupah guru peribadi ke rumah untuk
mengajar subjek tertentu.

2.3 Komitmen ibu bapa bagi pelajar kategori pencapaian Cemerlang (3A-5A)

SS S TS STS

SOALAN % % % %

25 15

Ibu bapa memberi galakkan untuk belajar (62.5) (37.5)

5 20 15
Ibu bapa meluangkan masa untuk membantu
membuat kerja sekolah (12.5) (50) (37.5)

Ibu bapa menyediakan ruang yang 20 15 5

selesa untuk belajar dan mengulangkaji. (50) (37.5) (12.5)

20 10 10
Ibu bapa membekalkan buku rujukan tambahan
selain buku teks (50) (25) (25)

10 25 5
Ibu bapa menghantar mengikuti kelas
tambahan (tusyen) berbayar di luar sekolah (25) (62.5) (12.5)

Ibu bapa memberi pujian, galakan, ganjaran 20 20


atau hadiah sekiranya cemerlang di dalam
peperiksaan (50) (50)

15 20 5
Ibu bapa mengambil berat tentang apa yang
saya pelajari di sekolah (37.5) (50) (12.5)

10 25 5

Ibu bapa menyemak buku kerja/buku latihan (25) (62.5) (12.1)

10 15 15
Ibu bapa mengupah guru peribadi datang ke
rumah untuk mengajar subjek tertentu kepada (25) (37.5) (37.5)

14
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Jadual 2.3 menunjukkan bilangan dan peratus pelbagai komitmen ibu bapa dalam
pencapaian pelajar cemerlang iaitu kategori 3A-5A. Peratusan yang menggalakkan dalam
galakkan daripada ibu bapa untuk belajar iaitu sebanyak 62.5% responden sangat setuju dan baki
37.5% responden setuju. 12.5% responden sangat setuju dan 50% setuju ibu bapa membantu
membuat kerja sekolah. Komitmen ibu bapa yang berikutnya, sebanyak 50% responden sangat
setuju dan 37.5% setuju ibu bapa menyediakan ruang yang selesa untuk belajar. 50% sangat
setuju dan 25% setuju ibu bapa membekalkan buku rujukan selain buku teks. Seterusnya 25%
responden sangat setuju dan 62.5% setuju ibu bapa menghantar ke kelas tusyen di luar sekolah.
Dalam komitmen ibu bapa untuk memberi pujian dan galakkan serta ganjaran atau hadiah,
sebanyak 50% responden sangat setuju dan baki 50% telah bersetuju. Peratus seterusnya
menunjukkan 37.5% responden sangat setuju dan 50% setuju dengan komitmen ibu bapa
mengambil berat tentang apa yang di pelajari di sekolah. Hanya 25% responden setuju ibu bapa
menyemak buku/ buku latihan mereka. Akhir sekali 25% responden sangat setuju dan 37.5%
responden setuju ibu bapa mengupah guru peribadi datang ke rumah.

2.4 Komitmen ibu bapa bagi pelajar kategori pencapaian Sangat Cemerlang (6A & Lebih)

SS S TS STS

SOALAN % % % %

30 10

Ibu bapa memberi galakkan untuk belajar 75 25

20 20
Ibu bapa meluangkan masa untuk membantu
membuat kerja sekolah 50 50

Ibu bapa menyediakan ruang yang 25 10 5

selesa untuk belajar dan mengulangkaji. 62.5 25 12.5

20 20
Ibu bapa membekalkan buku rujukan tambahan
selain buku teks 50 50

Ibu bapa menghantar mengikuti kelas tambahan


(tusyen) berbayar di luar sekolah 15 15 5 5

15
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

37.5 37.5 12.5 12.5

20 20
Ibu bapa memberi pujian, galakan, ganjaran atau
hadiah sekiranya cemerlang di dalam peperiksaan 50 50

15 20 5
Ibu bapa mengambil berat tentang apa yang saya
pelajari di sekolah 37.5 50 12.5

5 30 5

Ibu bapa menyemak buku kerja/buku latihan 12.5 75 12.5

5 5 30
Ibu bapa mengupah guru peribadi datang ke rumah
untuk mengajar subjek tertentu kepada 12.5 12.5 75

Merujuk kepada rajah 2.3 menunjukkan dapatan penyelidik bagi komitmen ibu bapa bagi
pencapaian pelajar kategori sangat cemerlang. Jadual menunjukkan (75%) responden sangat
setuju dan (25%) setuju bahawa ibu bapa memberi galakkan kepada mereka untuk belajar. (50%)
responden setuju ibu bapa meluangkan masa membantu membuat kerja sekolah. Seterusnya
62.5% responden sangat setuju dan 25% setuju ibu bapa menyediakan ruang yang selesa untuk
belajar. 50% responden sangat setuju dan 50% setuju mereka dibekalkan buku rujukan tambahan
oleh ibu bapa. 37.5% responden sangat setuju dan 37.5% responden setuju ibu bapa menghantar
mereka ke kelas tusyen. 50% responden sangat setuju dan 50% setuju mereka akan menerima
pujian, galakan, ganjaran atau hadiah jika berjaya dalam pepriksaan. Sebanyak 37.5% sangat
setuju dan 50% responden setuju ibu bapa mengambil berat tentang apa yang dipelajari di
sekolah. Seterusnya hanya sebanyak 12.5% responden setuju ibu bapa menyemak buku kerja dan
buku latihan mereka. Akhir sekali hanya 12.5% responden setuju ibu bapa mereka mengupah
guru peribadi.

3. Faktor lain yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam PMR

3.1 Pendidikan Bapa

TIADA 1 (A) - 3 (A) - 6 (A)


BIL KELULUSAN (A) 2 (A) 5(A) & LEBIH

% % % %

15 20 15 20
1. SPM/MCE 37.5 50 37.5 62.5

16
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

5 5
2. STPM 12.5 12.5

10 5 10 5
3. SIJIL/DIPLOMA 25 12.5 25 12.5

10 5 5

4. IJAZAH 25 12.5 12.5

5 5
5. MASTER 12.5 12.5

6. PHD

15

7. LAIN-LAIN 37.5

JUMLAH 40 40 40 40

Jadual di atas menunjukkan taburan peratus untuk tingkat kelulusan bapa dalam
pendidikan bagi 160 orang responden mengikut pencapaian mereka. Berdasarkan jadual di atas,
dapat dilihat bahawa pendidikan bapa bagi responden yang tidak mendapat sebarang A dalam
PMR mereka terdiri daripada 37.5% mempunyai kelulusan SPM, 25% mempunyai siljil atau
diploma dan selebihnya 37.5% tiada kelulusan. Bagi responden yang pencapaian mereka kurang
cemerlang 50% bapa mereka bekelulusan SPM, bagi kelulusan peringkat STPM, sijil dan
diploma masing-masing ialah 12.5%, dan baki 25% mewakili 2 daripada 8 orang responden
menunjukkan bapa berkelulusan ijazah. Seterusnya bagi pencapaian cemerlang iaitu 3A-5A;
bapa responden terdiri daripada mereka yang berkelulusan SPM 37.5%, STPM 12.5%, sijil dan
diploma 25%, ijazah 12.5% dan master 12.5%. Bagi responden yang mendapat pencapaian
cemerlang pula, 62.5% bapa mereka berkelulusan SPM dan berkongsi peratus yang sama ;12.5%
untuk sijil dan diploma, 12.5% ijazah dan 12.5% untuk master.

3.2 Pendidikan Ibu

TIADA 1(A) - 3(A) - 6 (A)

Bil KELULUSAN (A) 2(A) 5(A) & LEBIH

% % % %

17
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

35 15 15 20

1. SPM/MCE 87.5 37.5 37.5 50

5 5 5 5

2. STPM 12.5 12.5 12.5 12.5

10 5

3. SIJIL/DIPLOMA 25 12.5

10 5 10

4. IJAZAH 25 12.5 25

5. MASTER 12.5

6. PHD

5 5

7. LAIN-LAIN 12.5 12.5

JUMLAH 40 40 40 40

Bagi peratus pendidikan ibu pula boleh dilihat dalam rajah 3.2. Berdasarkan rajah diatas,
dapat dilihat bahawa pendidikan ibu bagi responden yang tidak mendapat sebarang A dalam
PMR terdiri daripada 87.5% mempunyai kelulusan SPM, 12.5% mempunyai berkelulusan
STPM. Bagi respondan yang pencapaian mereka kurang cemerlang 37.5% ibu mereka
bekelulusan SPM, STPM12.5%, bagi kelulusan peringkat sijil/diploma dan ijazah masing-
masing berkongsi peratus iaitu sebanyak 25% untuk sijil/diploma dan 25% untuk ijazah.
Seterusnya bagi pencapaian cemerlang iaitu 3A-5A; ibu responden terdiri daripada mereka yang
berkelulusan SPM 37.5%, STPM 12.5%, sijil dan diploma 12.5%, ijazah 12.5% dan master
12.5%. Bagi responden yang pencapaian cemerlang pula, 50% ibu mereka berkelulusan SPM,
STPM 12.5%, dan ijazah 25%.

4. Soalan kajian
Soalan 1: Sejauh manakah komitmen ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi anak-
anak mereka dalam peperiksaan?

18
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Berdasarkan dapatan penyelidik, didapati kebanyakan ibu bapa memberi komitmen yang
sewajarnya kepada pelajar dengan menghantarkan mereka menghadiri tusyen, membeli buku
rujukan, memberi sokongan dan galakkan, menyediakan ruang yang selesa untuk mereka belajar
dan sebagainya. Dilihat tiada banyak perbezaan antara komitmen ibu bapa bagi responden yang
mempunyai pencapaian yang lemah dan responden yang mempunyai pencapaian yang sangat
cemerlang.
Soalan 2: Benarkah SSE mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?
Berdasarkan dapatan penyelidik, didapati SSE memberi pengaruh kepada pencapaian
pelajar dalam pelajaran mereka di mana bagi responden SSE rendah peratus tertinggi iaitu 73%
terdiri dari mereka yang mempunyai pencapaian yang lemah dengan tidak memperolehi sebarang
A. Manakala bagi responden SSE tinggi pula, peratus yang tertinggi iaitu 54% terdiri daripada
pelajar berpencapaian sangat cemerlang.

Soalan 3: Sejauh manakah komitmen ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi anak-
anak mereka dalam peperiksaan?
Soalan ini dijawab berdasarkan temubual yang dijalankan ke atas guru berpengalaman
dan guru kaunseling di sekolah. Menurut responden, tiada perbezaan yang begitu ketara dalam
komitmen ibu bapa antara pelajar lemah dan cemerlang dari segi memberi galakkan kepada
pelajar, akan tetapi dapat dilihat perbezaan dalam komitmen ibu bapa apabila pelajar yang
dibekalkan buku rujukan tambahan dan diberi pengukuhan terdiri daripada pelajar yang sangat
cemerlang dan cemerlang dan kebanyakkan mereka terdiri dari pelajar SSE tinggi dan sederhana
tinggi.
Soalan 4: Apakah kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh pelajar SES tinggi dan SES rendah
dalam membantu mencapai kejayaan dalam PMR?
Berdasarkan temuramah yang dijalankan, antara kelebihan yang dibekalkan oleh ibu
bapa daripada SES tinggi kepada anak mereka bagi membantu dalam pencapaian mereka ialah
penyediaan buku rujukan, menghantar anak mereka menghadiri kelas tambahan (tusyen) &
mengupah guru upahan untuk datang ke rumah. Selain daripada itu, faktor ganjaran juga menjadi
penyebab kepada kesungguhan murid selain dari galakkan yang diberi.
Soalan 5: Apakah komitmen ibu bapa SSE tinggi dan SSE rendah dalam membantu anak-anak
mereka mencapai kejayaan?
Berdasarkan temubual yang dijalankan, tiada banyak perbezaan antara komitmen ibu
bapa dari SSE tinggi dan ibu bapa dari SSE rendah, akan tetapi seperti jawapan kepada soalan 3
dan 4 perbezaan yang dapat dilihat terhadap komitmen ibu bapa ialah dari segi penyediaan
perkara tambahan seperti buku rujukan dan pengupahan guru peribadi untuk mengajar subjek-
subjek tertentu.

PERBINCANGAN & RUMUSAN


Kajian ini menunjukkan latar belakang status sosio ekonomi (SSE) serta komitmen ibu
bapa mempunyai kaitan rapat terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam Penilaian Menengah
19
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Rendah (PMR). Selain itu, taraf pendidikan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam PMR.
Murid yang mendapat pencapaian 6A dan lebih dalam PMR adalah terdiri daripada murid
yang ibu bapanya berpendapatan tinggi, anak pekerja professional, taraf pendidikan ibu bapa
tinggi, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan mempunyai aspirasi professional. Manakala
murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR iaitu 5A hingga 3A pula terdiri daripada
murid yang ibu bapanya berpendapatan sederhana tinggi, anak pekerja professional, taraf
pendidikan ibu bapa tinggi, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan mempunyai aspirasi
professional. Murid yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam PMR iaitu 2A hingga 1A
pula terdiri daripada murid yang ibu bapanya berpendapatan sederhana, anak pekerja
perkhidmatan, taraf pendidikan ibu bapa sederhana, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan
mempunyai aspirasi kerja perkhidmatan. Murid yang mendapat keputusan tidak cemerlang atau
tiada sebarang A dalam PMR pula terdiri daripada murid yang ibu bapanya berpendapatan
rendah, anak pekerja perkhidmatan, taraf pendidikan ibu bapa rendah, mendapat sokongan
daripada ibu bapa dan mempunyai aspirasi kerja perkhidmatan.

Perbincangan & Rumusan Latar Belakang Sosial


Hasil daripada perbincangan ini dapatlah dirumuskan, bahawa perbezaan pencapaian dikalangan
murid-murid disebabkan perkara-perkara berikut:
1. Ciri-ciri latarbelakang seperti status sosio-ekonomi keluarga.
2. Status pendidikan ibu bapa.
3. Komitmen ibu bapa terhadap anak-anak.
Perbezaan pencapaian dikalangan murid-murid disebabkan ciri-ciri latarbelakang seperti
status sosio-ekonomi keluarga, jenis keluarga, saiz keluarga dinyatakan oleh Jencks et. al. (1972)
Boocock (1972), Alvarez’s (1989), Haron (1977) dan Hess dan Holloway (1984. Kajian kes ini
pada umumnya ada kesamaan dengan dapatan kajian Jencks et. al. (1972) iaitu terdapat keadaan
ketidaksamaan dalam pendidikan murid-murid kerana beberapa kesan daripada faktor keluarga.
Boocock (1972) menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang
bergantung kepada jenis keluarga, taraf pendidikan keluarga, jenis pekerjaan ibubapa,
pendapatan keluarga dan faktor keupayaan individu dalam keluarga tersebut.
Selain itu juga, Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak
yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Modal ekonomi iaitu
pendapatan tinggi dan sederhana membantu ibubapa membeli bahan/sumber-sumber pendidikan
seperti buku, komputer, sekolah swasta, tutor dan lain-lain simbol satus.
Ibu bapa yang mempunyai pendapatan kukuh kurang mendapat masalah dalam
membantu anak-anak mencapai pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini tidak berbeza sangat
dengan dapatan Abdullah et. al (1989) dan Alvarez iaitu: Murid daripada ststus sosio-ekonomi
tinggi mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan murid daripada status
sosio-ekonomi rendah dan sederhana. Keluarga yang berada mempunyai peluang-peluang yang
lebih untuk membeli bahan pendidikan atau mengadakan kelas bimbingan tambahan.
20
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Persekitaran pembelajaran yang lebih baik boleh diadakan apabila pendapatan keluarga tinggi.
Kajian Haron (1977) juga menunjukkan pengaruh status sosio-ekonomi terhadap pencapaian
pendidikan dan akademik.
Beberapa aspek kajian kes ini menyerupai kajian Alexander (1997) iaitu ciri-ciri latar
belakang seperti status sosio-ekonomi keluarga, jantina, jenis keluarga, dan saiz keluarga, sikap
dan nilai ibubapa, serta amalan sosialisasi dalam keluarga, dan sumber kendiri kanak-kanak
seperti sikap terhadap diri, matapelajaran dan terhadap sekolah memainkan peranan penting
dalam pencapaian pelajaran.
Murid yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam PMR adalah mempunyai ciri-ciri
berikut: terdiri daripada murid yang ibu bapanya berpendapatan tinggi, anak pekerja
professional, taraf pendidikan ibu bapa tinggi, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan
mempunyai aspirasi professional.

Implikasinya ialah jika seseoarang itu mahu berjaya dalam pelajaran khususnya dalam
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), faktor-faktor di atas perlu diambil kira dalam
kehidupan seorang murid sebagai pelajar. Kepada guru, latar belakang sosial murid adalah
penting dalam pengajaran dan kejayaan pengajaran di sekolah. Perkara ini harus diberi perhatian
yang penting kerana pengajaran di sekolah sahaja tidak mencukupi bagi kejayaan seseorang
murid sekolah.
Murid yang lemah dalam peperiksaan pula terdiri daripada pelajar SSE rendah. Antara
ciri-ciri pelajar daripada SSE rendah, majoriti mereka mempunyai konsep kendiri yang lemah
termasuklah tidak mempunyai cita-cita, tidak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk
lulus peperiksaan, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bersekolah, menjadi liar
kerana pengaruh tidak sihat kawan-kawan remaja di luar sekolah dan tidak pandai menguruskan
masa sendiri, memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti yang tidak menjurus kepada
kecemerlangan akademik, dan terlibat dalam aktiviti salah laku (BPPDP, 1996).
Ibubapa daripada SSE rendah tidak mampu menyediakan tempat tinggal yang kondusif.
Apa yang mampu adalah menyediakan tempat kediaman yang sesak dan bising seperti rumah
pangsa dan kawasan setinggan di bandar dan pinggir bandar tidak menyediakan suasana yang
kondusif untuk pelajar mengulangkaji pelajaran, sebaliknya menjadi faktor penolak pada pelajar
untuk membuang masa dengan melepak.
Sebaliknya, persekitaran keluarga yang kondusif membolehkan anak-anak atau murid
belajar dengan lebih baik dan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada persekitaran
keluarga yang kurang selesa dalam persekitaran pembelajaran anak-anak. Alvarez (1989)
megatakan,
“…children who come from families of educated parents and high family income
tend to have a more stimulating learning environment and thus would do better in
school than those otherwise…” (Alvarez 1989:63).
Oleh sebab itu, guru juga perlu faham pengaruh latar belakang keluarga dan
menyesuaikan pedagogi mereka untuk memaksimakan pembelajaran dikalangan murid-murid.

21
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, kajian ini adalah menunjukkan bahawa latar belakang status sosio
ekonomi (SSE) serta komitmen ibu bapa mempunyai kaitan rapat terhadap pencapaian anak-anak
mereka dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Selain itu juga, taraf pendidikan ibu bapa
juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam PMR.

Hakikatnya, guru, ibu bapa serta pelajar perlu dan mesti mengubah sikap dan pemikiran
daripada yang negatif, ambil mudah, dan “tidak apa” kepada yang lebih positif, bersungguh-
sungguh dan berdaya saing, dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bagi meningkatkan pencapaian
akademik pelajar, strategi ke arah memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas pembelajaran
dan perubahan minda pelajar dan masyarakat perlu menjadi agenda utama semua pihak dan
tumpuan khusus diberi kepada orang Melayu miskin.
Persekitaran keluarga yang rmiskin tidak menyediakan peluang yang mencukupi dan suasana
yang kondusif bagi perkembangan maksimum aspek motor, kognitif, dan sosioemosi anak-anak
sejak dari kecil. Ibu bapa perlu berusaha menyediakan peluang dan suasana pembelajaran yang
selesa untuk anak-anak mereka dalam usaha membantu meningkatkan prestasi anak-anak dalam
pendidikan.
Pembasmian kemiskinan di kalangan pelajar perlu dibanteras . Ini adalah kerana
kemiskinan mengakibatkan kesihatan rendah, pendidikan terabai, ilmu dangkal, tiada keyakinan
diri, dan maruuah diri rendah.
Selain itu juga, peranan ibu bapa dan sekolah perlu dijalin ke arah membentuk sahsiah
seseorang pelajar. Antara program yang boleh dijalankan ialah pusat sumber ibu bapa, school-
van house call, dan ibu bapa melibatkan diri di sekolah.
Guru merupakan input pengajaran yang amat penting untuk memastikan kejayaan pelajar.
Selain itu pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran seseorang guru. Guru
seharusnya bijak menggunakan teknik-teknik serta kaedah-kaedah yang berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan perhatian pelajar selain mengetahui
tentang pengaruh latar belakang keluarga seseorang pelajar.

Rujukan:

Abdullah Mohd Noor. 2005 “Pencapaian Bahasa Inggeris dan Matematik Serta Kaitan Dengan
Latarbelakang Sosial Murid: Perspektif Sosiologikal”, dalam STUDIES IN EDUCATION.
Vol. 9, No. 1, 2004. SHBIE, Universiti Brunei Darussalam, muka surat 97-107.

Faridah Abu Hassan, Naimah Ishak, Hamidah Yusof dan Habibah Abdul Rahim. 2005.
“Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan
Pendidikan Akademik” . Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jilid 7. muka surat 27-73.

22
14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education.
21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Webb, R.B & Sherman, R.R. (1989). Schooling and societies. NY: Macmillan Pub Co.

23

You might also like