You are on page 1of 4

Bahan Bantu Mengajar - Matematik

Cikgu Nona ingin kongsikan beberapa idea dalam mempelbagaikan bahan bantu
mengajar (BBM). Sebagaimana yang guru-guru maklum, BBM mampu meningkatkan
minat dan motivasi murid untuk belajar. Idea-idea ini Cikgu Nona perolehi hasil
pembacaan terutama daripada internet. Sebahagiannya telah saya laksanakan dan terbukti,
murid teruja belajar menggunakan BBM tersebut. Sebahagian lagi, belum dilaksanakan.
In Shaa Allah, tahun hadapan. Selamat mencuba cikgu-cikgu!!

1- TARSIA PUZZLE

Bahan ini seperti teka silangkata, tapi dalam pelbagai bentuk geometri. Murid perlu
memadankan soalan dan jawapan yang sepadan berdasarkan konsep yang dipelajari.
Sesuai dilakukan sebagai aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, Cikgu Nona lakukan sebagai
set induksi untuk mengimbas semula pelajaran lalu.

Kedudukan soalan dan jawapan dalam Tarsia Puzzle mesti bertentangan pada
kepingan yang berbeza.

Contoh Tarsia Puzzle berbentuk segi tiga. Puzzle ini menguji tajuk
Ungkapan Algebra.
Contoh lain susunan Tarsia Puzzle

2- PLACEMAT
Bahan ini seperti peta minda. Setiap murid perlu memberi idea atau jawapan mengikut
kesesuaian konsep yang sedang diajar. Aktiviti boleh dimulakan dengan memerhatikan
dan memahami idea utama di bahagian tengah placemat. Setiap ahli kumpulan secara
serentak memberi idea atau jawapan mereka di ruangan disediakan, satu ruangan bagi
setiap murid.

Contoh penggunaan placemat dalam tajuk


Ungkapan Algebra.

3- PERMAINAN KABOOM

Aktiviti ini berbentuk permainan secara berpasangan atau berkumpulan. Cikgu Nona
gunakan beberapa batang aiskrim dan satu cawan polistrene sebagai BBM. Setiap batang
aiskrim akan dilekatkan dengan soalan bagi tajuk pembelajaran, tetapi terdapat satu
batang aiskrim dilabel 'KABOOM'. Murid pertama akan memilih dan menjawab soalan
yang dicabut secara rawak. Pasangan akan menyemak jawapan dan memberikan markah
(**2 markah setiap soalan betul, 0 jika salah). Murid pertama dan kedua bertukar peranan
sehingga masa ditetapkan oleh guru tamat. Oh ya. Apa yang jadi kalau murid dapat
'KABOOM'??? Jika, batang aiskrim dengan perkataan 'KABOOM' diperoleh,
keseluruhan markah murid akan dihilang ' burn '. Hihi. Apabila masa tamat, pemenang
ditentukan melalui markah terbanyak. Kalau cikgu nak tambah kemeriahan, boleh beri
ganjaran kepada pemenang.

Contoh yang pernah saya buat. Apabila permainan bermula, bahaian atas itu
perlu diletakkan ke bahagian bawah ye.

You might also like