You are on page 1of 3

MPU3313_V2

HEALTH AND WELLNESS 2/KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

Tugasan 1 (a) – PENYAKIT JANTUNG.


1.0 Pengenalan
Ramai diantara kita yang memahami atau mengetahui ‘apa itu sihat dan selamat’ tetapi
segelintir sahaja yang memahami ‘apa itu sihat dan sejahtera’. Pembelajaran mengenai modul
kesihatan dan kesejahteraan ini telah menukar persepsi pelajar serta orang awam mengenai
kefahaman tentang sihat dan sejahtera. Memahami pengertian kedua-duanya akan membantu kita
untuk mengamalkan penjagaan diri.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Seduania (WHO- World Health Organizatition, 2003),
iaitu kesihatan ditakrifkan sebagai keadaan yang kesihatan fizikal, kesihatan mental dan
kesejahteraan social adalah lengkap dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. Kenyataan ini
jelas mendefinasi hubungan rapat kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan manusia.
Manakala konsep kesejahteraan sebagai keseimbangan dari sudut sosial, fizikal, psikologi,
intelektual, alam sekitar dan kerohanian seseorang (Donatelle, Snow dan Wilcox, (1999).
Manakala kesejahteran telah didefinasikan oleh beberapa pakar sejak tahun 1970 an,
definasi kesejahteraan adalah seperti di jadual 1 di bawah
Pentafsir Definasi
1. Dunn (1977) - Menandakan proses aktif apabila seseorang
menyedari dan membuat pilihan peribadi
secara sedar untuk mencapai kesihatan yang
lebih baik dalam semua dimensi penting
kehidupan.
2. Edlin dan Golanty (2010) - Sebagai proaktif dan pencegahan yang
direka bentuk untuk mencapai kesihatan
fizikal, fungsi sosial dan emosi yang optimum.
- Merupakan komitmen batasan dan potensi
peribadi ke arah kesihatan yang optimum
tanpa hanya memberi tumpuan kepada
ketiadaan penyakit.

Jadual 1: Tafsiran Kesejahteran oleh pakar-pakar.

3
MPU3313_V2

HEALTH AND WELLNESS 2/KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

Secara asas kesihatan dan kesejahteraan merupakan aspek penting bagi kehidupan
seharian. Jika ingin hidup sihat kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila kesihatan
terpelihara maka secara tidak langsung kesejahteraan akan hadir. Amalan menjaga kesihatan
dapat membantu kita terhindar daripada penyakit. Terdapat tiga (3) ciri kesihatan yang penting
untuk diamalkan iaitu kesihatan fizikal, mental dan sosial.
Kesihatan Fizikal merupakan keadaan komponen tubuh badan termasuk organ dalaman
seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain. Oleh itu, kesihatan fizikal adalah
merujuk kepada keadaan individu yang bebas daripada kesakitan, ketidakupayaan fizikal,
penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Manakala kecerdasan fizikal ditakrifkan sebagai
keupayaan untuk memenuhi tuntutan permintaan biasa dan yang luar biasa dalam kehidupan
seharian dengan selamat dan berkesan tanpa terlalu letih, dan masih mempunyai tenaga untuk
aktiviti riadah dan rekreasi, (Hoeger & Hoeger, 2003). Berdasarkan takrifan ini bermaksud
kecerdasan boleh diperolehi apabila kita sihat. Jika ingin sihat dan cergas maka amalan gaya
hidup sihat perlu diterap dalam diri kita.
Antara organ terpenting dalam tubuh manusia adalah jantung yang berfungsi untuk
mengepam darah melalui sistem peredaran darah bagi membolehkan oksigen sampai ke seluruh
badan dan mengeluarkan bahan yang tidak diperlukan tubuh melalui sel. Oleh yang demikian,
sistem kardiovaskular yang baik adalah apabila jantung berfungsi dengan baik dan memudahkan
individu menerima tekanan yang minimum. Fungsi dan tugas jantung adalah seperti di Rajah 1
dibawah:

Rajah 1: Gambar jantung dan Fungsi. (sumber internet)

4
MPU3313_V2

HEALTH AND WELLNESS 2/KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

2.0 Faktor Risiko Penyakit Jantung.


Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin penyakit jantung adalah
penyebab kematian utama di Malaysia. Seramai 18,267 kematian atau 15.6 peratus (%) pada
tahun 2018. Manakala pada tahun 2019, ia meningkat kepada 35.3 % berbanding 13,503
kematian pada 2017, (Berita Harian, Oktober 30 (2019). Manakala kaum lelaki merupakan
pesakit jantung teramai yang mati iaitu 17.8 peratus pada tahun 2018. Penyakit Jantung Koronari
merupakan masalah kesihatan global dimana beberapa buah negara Amerika dan Eropah
mengalami peningkatan kes sejak tahun1970an dan menurun hingga sekarang (Sverre, 1993).
Kadar kematian pesakit jantung ini semakin meningkat di kalangan golongan yang
melebihi 50 tahun dan pesakit lelaki merupakan dua kali ganda lebih tinggi bagi pesakit wanita
yang berumur 35 tahun ke atas (Khor, 1994).
Selain itu, terdapat kajian telah dijalankan oleh beberapa pakar daripada Universiti Putra
Malaysia pada tahun 1997 menemui faktor risiko penyakit ini adalah akibat dari kurang amalan
gaya hidup sihat (Lam YL & Khor, 1997). Dimana berpunca daipada pengambilan makanan
tidak sihat, tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

2.1 Pengambilan makanan tidak sihat.


Lazimnya penduduk Malaysia merupakan penggemar makanan yang mempunyai
kolestrol yang tinggi. Nasi Lemak, Gulai Kari dan makanan yang diproses merupakan
penyumbang kepada kolestrol yang tinggi. Tambahan pula ia mudah diperolehi di sekitar
kediaman. Makanan yang mempunyai tahap koletrol tinggi akan menyebabkan saluran
jantung mudah tersumbat. Hal ini akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah
lebih kerap.

2.2 Tabiat Merokok.


Merokok kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki tetapi ada juga kaum wanita
yang mempunyai tabiat ini. Keseronokan merokok yang dikatakan dapat menghilangkan
tekanan sebenarnya mengundang bahaya. Kadar tar (narkotin) yang tinggi akan melekat
pada dinding arteri koronari. Jika diambil secara berterusan dinding arteri akan mengecil
dan aliran darah akan tersumbat.

2.3 Tidak Melakukan Senaman atau aktiviti fizikal.


Punca kekurangan aktiviti fizikal adalah disebabkan sikap individu itu sendiri.
Kesibukan akibat kerja, gagal membahagikan masa antara kerja dan bersukan atau
bersenam juga menjadikan aktiviti ini terbantut. Lazimnya pekerja atau orang dewasa
yang telah bersara kurang melakukan aktiviti fizikal kerana merasakan bahawa tubuh
badan mereka telah uzur dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Walhal anggota
badan jika sentiasa di aktifkan maka ia akan sentiasa cergas dan sihat. Ketiadaan senaman
boleh menyebabkan lemak dalam badan menjadi perumah dan bukan dikeluarkan melalui
rembesan peluh.

You might also like