You are on page 1of 1

.

3 Proses Urbanisasi

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi
yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi
perindustrian yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Situasi ini wujud akibat
daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau proses migrasi. Jadi
peningkatan bilangan industri yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak
positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini (Tuan Pah Rokiah Syed
Husin, 2003: 102).

2.4 Pertambahan Perindustrian

Pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan


dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api seperti petroleum. Dan jika
sekiranya bahan pencemaran ini tidak dikawal, kehidupan manusia dan haiwan akan
mengalami masalah kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang
tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang-kilang perindustrian, gas-gas beracun, asap,
debu dan sebagainya lagi. Oleh sebab itu, hasil daripada situasi ini akan membahayakan
kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di
kalangan pesakit-pesakit asma, gatal-gatal hidung, mata menjadi pedih dan lain-lain lagi.
(Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

Pelepasan Asap Hitam


Dari Cerobong Kilang
Gambar 3 : Pelepasan asap kilang

You might also like