You are on page 1of 30

TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 52

PENCEMARAN UDARA
UNIT 3 (AIR POLLUTION)
Objektif Am: Memahami dan mempelajari episod pencemaran udara, akta
kualiti alam sekeliling 1974, jenis pencemaran dan kesannya, fenomena rumah
hijau, pencemaran udara dalaman, kawalan pencemaran udara dan indeks
pencemaran udara (ipu)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat ;

 Menjelaskan episod-episod penting yang berlaku di dunia termasuk di


Malaysia.

 Menjelaskan kehendak peraturan yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam


Sekeliling 1974, yang berkaitan dengan pencemaran udara.

 Menerangkan jenis-jenis pencemaran udara dan kesannya kepada kesihatan


awam dan persekitaran akibat daripada
i) Sulfur Dioksida,
ii) Nitrogen oksida
iii) Karbon monoksida
iv) Habuk (particulate matter)
v) Habuk plumbum
vi) Ozon dan photochemical smog

 Menerangkan fenomena rumah hijau (green house) dan kesannya kepada


pemanasan global (global warming).
 Menerangkan jenis-jenis pencemaran udara dalaman (indoor air pollution)
akibat daripada;
i) Produk pembakaran
ii) Radon
iii) Asbestos
iv) Bahan organic dari produk kediaman
v) Fomaldehyde
vi) Plumbum
vii) Pencemar biologi.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 53

 Menjelaskan prinsip penggunaan alat kawalan pencemaran udara iaitu;


i) Kebuk mendapan graviti
ii) Pengumpul siklon
iii) Pengumpul basah
iv) Pengumpul fabrik
v) Pemendak elektrostatik
vi) Mengklasifikasikan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia.

 Menerangkan perimeter dan unit pengukuran pencemaran udara iaitu PM10


dan Jumlah zarah terampai (total suspended particulate)

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 54

INPUT
3.0 PENGENALAN

DEFINASI PENCEMARAN UDARA DARI


AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Apa-apa perubahan langsung tidak langsung kepada


sifa-sifat fizikal, haba, kimia, biologi / radioaktif
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan / mengeluarkan / meletakkan buangan-
buangan sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan
berfaedah,menyebabkan suatu keadaan berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan/ kebajikan awam /
kepada binatang burung, hidupan liar, ikan /
hidupan-hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-
tumbuhan / menyebabkan suatu pelanggan terhadap
apa-apa syarat, had / sekatan yang dikenakan di
bawah akta ini.

Cuba anda berikan definasi


pencemaran udara dari
segi aspek pemahanan
anda sendiri……

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 55

3.1 DEFINASI PENCEMARAN UDARA

Kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan


udara tulin dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia
dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Ini termasuklah
kandungan udara tulin yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan
sepatutnya.

3.2 ATMOSFERA BUMI

Sebanyak 95% udara dibumi diliputi oleh lapisan troposfera. Suhu pada
lapisan ini berkurangan mengikut ketinggiannya daripada paras bumi. Ozon
didapati di bahagian terkeatas lapisan troposfera.ianya terhasil daripada
aitiviti-aktiviti manusia dibumi dan bersifat toksid.

Dilapisan stroposfera, kebanyakan sinaran ultraviolet (UV) yang dipancar


daripada matahari diserap oleh sebahagian kecil gas ozon. Sinaran UV
adalah berbahaya kepada hidupan bumi. Lapisan mesosfera merupakan
lapisan paling atas daripada bumi.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 56

GAS DALAM ATMOSFERA

KOMPONAN PERATUS DI UDARA

Nitrogen (N2) 78

Oksigen (O2) 20

Karbon dioksida (CO2) 0.03

Hidrogen (H2)
Karbon monoksida (CO)
Nitrogen monoksida (NO) 0.97
Nitrogen dioksida (NO2)
Sulfur dioksida (SO2)

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 57

3.3 FAKTOR- FAKTOR PERTAMBAHAN MASALAH PENCEMARAN


UDARA.
1. Pertambahan Penduduk.
Pertambahan penduduk menyebabkan lebih banyak permintaan
terhadap barang-barang keperluan dan kemudahan perkhidmatan
2. Perkembangan Industri Dan Teknologi
Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan
pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di dalam
udara.
3. Perubahan Sosial.
Ini adalah seperti proses perbandaran dan peningkatan taraf hidup
masyarakat.

3.4 PUNCA PENCEMARAN UDARA

Punca pencemaran udara sekeliling terbahagi kepada 2 punca yang


utama:-
1. Punca primer
Kemasukan terus dari alam semulajadi / hasil aktiviti manusia
2. Punca sekunder
Tindakbalas dengan kimia/ sinaran matahari di atmosfrera

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 58

Punca pencemaran udara:-


1. Pencemaran Semulajadi
Termasuklah debu, mikro organisma, letupan gunung berapi, debunga
pokok .
2. Aktiviti Manusia.
Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka, asap
kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian.

Sumber pencemaran udara:-


1. Kenderaan (petrol & diesel)
2. Stesen janakuasa
3. Kilang simen
4. Industri kayu
5. Kilang batu bata
6. Industri pembinaan
7. Industri besi / logam
8. Industri kimia
9. Kilang kelapan sawit
10. Industri minyak
11. Peleburan bijih
12. Kilang asbestos
13. Rumah asap getah
14. Pembakaran terbuka

RUMUSAN PUNCA PENCEMARAN UDARA DI MALAYSIA

Punca Peratusan

Kenderaan 79.8 %

Industri / kilang 16.8 %

Pembakaran terbuka 3.4 %

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 59

3.5 FAKTOR PEMERABAKAN PENCEMARAN UDARA

3.5.1 Angin
 Penyerakan beban pencemar di udara adalah bergantung
kepada kelajuan dan arah tiupan angin.
 Kepekatan bahan pencemar berkurangan dengan
bertambahnya kelajuan angin.
 Halangan terhadap laluan angin akan meningkatkan
penyerakan bahan pencemar.
 Ketinggian bahan pencemar dilepaskan ke udara
meningkatkan jarak / kawasan yang terdedah kepada bahan
pencemar tersebut

3.5.2 Topografi
 Bergantung kepada topografi kawasan dan kestabilan
atmosfera di sesuatu tempat.
 Contohnya kawasan berbukit, ditepi pantai (pengaruh bayu),
bersebelahan dgn kws perindustrian.

3.5.3 Kestabilan atmosfera


 Kestabilan atmosfera bergantung kepada perhubungan antara
suhu udara dan paras ketinggian daripada permukaan bumi pada
masa dan tempat tertentu.
 Dalam sesuatu keadaan cuaca yang berbeza boleh mengubahkan
‘environmental lapse rate’ dan ‘adiabatic lapse rate’

KEADAAN ATMOSFERA YANG STABIL


 Atmosfera yang stabil adalah keadaan dimana tiada ataupun hanya
sebahagian kecil pergerakan jisin udara berlaku secara menegak.
Keadaan ini mengakibatkan tidak berlakunya percampuran bahan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 60

pencemar dalam arah menegak. Bahan pencemar terkumpul


berhampiran permukaan bumi.
 Kadangkala dalam sesuatu cuaca yang tertentu boleh
menimbulkan ‘temperature inversion’. Keadaan ini mengakibatkan
kesan dimana baban pencemar terperangkap dan menghalang
percampuran secara menegak.

3.5.4 Jenis pencemar udara


Ciri fizikal, punca dan kesan terhadap alam sekeliling perlu
dibincangkan bagi setiap jenis pencemar udara:-
1. Pepejal terampai (habuk, plumbum, debu, asbestos)
2. Oksida Nitrogen, NOx (NO,NO2,N2O)
3. Oksida Sulfur SOx (SO2,S2O)
4. Karbon dioksida, CO2
5. Hidrokarbon (CH4, C6H6,C3H8,C4H10)
6. Oksida photokimia (O3,PAN-peroxyacethyl aldedhyle nitrate)
7. Choloflorocarbon (CFC)
8. Methana

Pepejal terampai (habuk, plumbum, debu, asbestos)

Ciri Fizikal Zarah pepejal terampai

Punca Industri,kenderaan bermotor, pembakaran secara terbuka

Kesan  Gangguan sistem pernafasan


 Kesan pengaratan ke atas bahan logam
 Menghalang matahari kebumi
 Meningkatkanperubahan cuaca
 jerebu

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 61

Oksida Nitrogen, NOx (NO,NO2,N2O)

Ciri Fizikal Gas coklat kekuningan/kemerahan, kehitaman

Punca Industri,kenderaan bermotor, janakuasa

Kesan  Membantutkan pertumbuhan pokok


 Gangguan sistem pernafasan
 Gangguan sistem pancaindera mata

Oksida Sulfur SOx (SO2,S2O)

Ciri Fizikal Gas berbau kuat & tidak berwarna

Punca Industri simen dan kertas,kenderaan bermotor, pembakaran


minyak

Kesan  Ganggu pertumbuhan pokok


 Kesan pengaratan ke atas bahan logam
 Gangguan sistem pernafasan

Karbon Dioksida, CO2

Ciri Fizikal Gas tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa

Punca Industri,kenderaan bermotor, pembakaran secara terbuka

Kesan  Beracun dan mengurangkan hemoglobin membawa


oksigen.
 Kesan rumah hijau (perangkap haba terbebas ke
atmosfera)

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 62

Hidrokarbon (CH4,C6H6,C3H8,C4H10)

Ciri Fizikal Gas tidak berwarna

Punca Industri,kenderaan bermotor,

Kesan  Ganggu sistem pernafasan


 Menimbulkan kanser
 Kesan rumah hijau (perangkap haba terbebas ke
atmosfera)

Oksida photokimia (O3,PAN - peroxyacethyl aldedhyle nitrate)

Ciri Fizikal Gas seakan biru

Punca Tindakbalas bahan pencemar dengan cahaya matahari

Kesan  Ganggu sistem pernafasan


 Kerosakan pada cat, tekstil,getah
 Kesan rumah hijau (perangkap haba terbebas ke
atmosfera)

AGEN DAN PUNCA PENCEMARAN SERTA KESAN KE ATAS


KESIHATAN

1. Karbon Dioksida
 Punca pencemaran utama adalah daripada pembakaran. Punca
semulajadi dari pereputan biologikal dan dibebaskan daripada
larutan.
 Paras kandungan CO2 yang mendatangkan bahaya kepada
kesihatan ialah lebih daripada 400 ppm.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 63

2. Karbon Monoksida.
 CO dalam udara disebabkan faktor-faktor manusia sendiri melalui
pembakaran hidrokarbon yang tidak lengkap seperti asap dari
ekzos kenderaan, proses perinduatrian dan pembakaran daripada
dapur.
 Gas CO tidak berbau tetapi amat toksik.
Kesan CO kepada kesihatan.
 Pendedahan CO pada paras tinggi boleh menyebabkan kematian
dalam masa yang singkat. (1 % CO dalam udara boleh
menyebabkan kematian kepada manusia.)
 Kesan yang toksik boleh berlaku kepada manusia.

3. Sulfur Dioksida.(S02)
 Punca SO2 adalah dai aktiviti manusia seperti pembakaran
arangbatu, pembakaran sulfur dan pembakaran gas.
Kesan SO2 ke atas Kesihatan.
 Boleh menyebabkan kesan di bahagian saluranpernafasan
terutama kepada mereka yang terdedah kepada SO2 dengan
kepekatan tinggi.
 Boleh menyebabkan kerosakan pada mata.
 Berkemungkinan menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu.

4. Nitrogen Oksida(NO) Dan Nitrogen Dioksida (NO2)


 NO dan NO2 hadir di dalam udara daripada aktiviti manusia seperti
penggunaan kenderaan bermotor, pembakaran hutan, proses
perindustrian dan pembakaran sisa pepejal.
Kesan NO,NO2 ke atas kesihatan.
 Mengakibatkan penyakit pada bahagian dan sistem pernafasan.
 Menyebabkan kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak
nafas.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 64

 Kesan-kesan sampingan seperti menggalakkan tindakan fotokimia


yang menyebabkan pengeluaran elektron dan mengurangkan
keupayaan ozone yang mengurangkan sinaran ultraviolet dari
sinaran cahaya matahari dan mengakibatkan kesan kepada kulit.

5. Methane ( CH4)
 Terhasil daripada beberapa sebab seperti pembakaran yang
tidak lengkap dan pereputan bahan-bahan organik.
Kesan CH4 Ke atas Kesihatan.
 Boleh menyebabkan kanser jika terdedah pada jangkamasa
yang lama.

6. Reaktif Hidrokarbon.
 Terhasil daripada ekzos kenderaan bermotor, proses kimia dan
semasa kerja-kerja pemindahan hasil petroleum.
Kesan Reaktif Hidrokarbon Ke Atas kesihatan.
 Merupakan bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan
kanser.
 Mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak dan ketumbuhan
pada pundi-pundi kencing.

7. Plumbum
 Kehadiran Plumbum semulajadi dalam udara berpunca
daripada debu silikat, letupan gunung berapi, pembakaran
arang dan sampah, serta penggunaan semburan racun perosak
yang berleluasa.
Kesan Plumbum ke atas Kesihatan.
 Mempengaruhi sistem saraf pusat,menimbulkan tanda-tanda
kronik keracunan termasuklah sakit kepala, kehilangan selera
makan, anaemia, kelesuan serta imsomnia.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 65

 Keracunan yang akut boleh menyebabkan koma dan akhirnya


boleh membawa maut.

3.6 KESAN PRIMER PENCEMARAN UDARA


Kesan utama pencemaran udara kepada alam sekeliling iaitu
penipisan ozon, kesan rumah hijau, pemanasan global, jerebu dan
hujan asid.

3.6.1 PENIPISAN LAPISAN OZON


Ozon adalah molekul yang terdiri atas tiga atom oksigen yang
dilambangkan dengan simbol O3. Bahan kimia buatan manusia yang
menipiskan lapisan ozon merupakan isu global sejak tahun 1987. PBB
melalui United Nations Environment Programme (UNEP) telah
melaksanakan''Montreal Protocol'' dalam menangani masalah penipisan
ozon.
Bahan kimia seperti CFC (chlorofluorocarbon) yang merupakan
racun penyembur serangga telah dikenal pasti boleh memusnahkan
lapisan ozon kerana bahan ini menambah klorin dalam persekitaran
atmosfera. Atmosfera hanya mampu menyerap sebilangan kecil atom
klorin maka atom ini akan bertindak dengan nitrogen.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 66

ODS (Ozone Depleting Subtances) atau bahan yang menyebabkan


penipisan ozon – Kloroflurokarbon (CFC), hidroklorofluorokarbon
(HCFCs), carbon tetrachloride, dan methyl chloroform . Kebanyakan
bahan ini digunakan dalam alat pendingin, pemadam kebakaran, pelarut,
pestisid dan aerosol.

3.6.2 KESAN RUMAH HIJAU


Di negara –negara yang berhawa dingin, rumah hijau dibina untuk
menanam tumbuh-tumbuhan & pokok bunga yang memerlukan haba.
Cahaya matahari akan terperangkap menjadi bahangan dalam rumah
tersebut. Manakala bumbung & dindingnya bertindak menghalang haba
mengalir keluar.
Bumi bertindak sebagai satu rumah hijau yang besar. Gas-gas
yang meliputi bumi sebagai bumbungnya & dinding akan memerangkap
haba. Pertambahan gas-gas spt. CO2, metana, nitrus oksida &CFC hasil
dari industri akan memerangkap & menyerap siaran inframerah yang
banyak dari matahari dari terlepas ke angkasa.
Rumah hijau di atmosfera dibentuk secara semulajadi oleh titisan
air dan Karbon dioksida serta bahan terampai. Peningkatan suhu
disebabkan pemerangkapan tenaga haba matahari yang banyak di
atmosfera oleh lapisan rumah hijau ini. Aktiviti manusia telah
menambahkan kandungan Karbon dioksida di udara dan membanyakkan
penyerapan haba sehingga mengakibatkan keadaan panas yang disebut
’pemanasan global’ (Global warming).
Kesan rumah hijau
yang menunjukkan
tenaga haba
matahari
berinteraksi
dengan bumi dan
pantulan radiasi
infra oleh
permukaan bumi

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 67

3.6.3PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global ada kaitan dengan kesan rumah hijau,
penipisan lapisan ozon, jerebu dan proses gangguan lain. Merujuk kepada
pemerangkapan tenaga haba Dan radiasi di udara yang kemudiaanya
memanaskan persekitaran.

Sejak 100 tahun lalu, bumi semakin panas. Bumi


bertambah 1 darjah Ferenheit sejak abad yang
lalu kerana kesan rumah hijau dan aktiviti
manusia. Ramai yang beranggapan ia hanya
peningkatan kecil, tapi bila dilihat kembali,
keadaan itu telah menyebabkan peningkatan
sebanyak 6 inci pada paras lautan dunia yang
akan membahayakan kawasan rendah di dunia
seperti Bangladesh dan Netherland dan kawasan
tepi pantai serta delta seperti Shanghai, Bangkok,
Tokyo, New York dan sebagainya.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 68

Pemanasan global terjadi apabila gas-gas seperti karbon


monoksida, karbon dioksida, klorofluorokarbon(CFC), metana dan nitrus
oksida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarkan semula
sinaran tersebut, lalu suhu purata atmosfera bumi akan meningkat. Gas-
gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem
atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata
atmosfera bumi
Pemanasan global juga disebabkan oleh penipisan ozon apabila
radiasi berlaku akibat pemancaran tenaga suria tanpa dikawal oleh
lapisan ultra ungu.
Penebangan hutan dan penerokaan kawasan hijau juga memberi
kesan kepada atmosfera. Ini kerana tumbuhan mampu menyerap karbon
dioksida dan tenaga haba. Selain itu, tumbuhan memantulkan dan
menghalang tenaga haba sampai terus ke permukaan bumi. Jerebu
yang disebabkan pembakaran terbuka dan asap kenderaan pula
menyebabkan banyak gas karbon dioksida dan sulfur di udara
meningkatkan suhu udara malah menambah partikel rumah hijau.

Beberapa perubahan / kesan pemanasan global:


• Perubahan cuaca dan iklim.
• Pencairan ais dan peningkatan aras laut.
• Pemanasan dan kemarau serta kekurangan bekalan air.
• Gangguan kesihatan, peningkatan tekanan perasaan dan
ketidakselesaan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 69

KESAN INDEKS HABA KEPADA MANUSIA

Kategori Indeks Haba Kesan Umum Kpd Manusia

I >540C Terkena strokhaba jika terdedah dlm


(Terlalu bahaya) jangkamasa yg lama

II 41 - 540C Terkena strok haba, kekejangan haba /


(Bahaya) kelesuan jika terdedah dlm jangkamasa yg
lama

III 32 – 410C Strok haba, kekejangan haba / kelesuan


(Perlu berhati-hati,
Sedikit bahaya)

IV 27 – 320C Mengalami lemah & lesu jika terdedah dlm


(Harus waspada) jangkamasa yg lama.

3.6.4 JEREBU
Jerebu merupakan satu keadaan di mana jarak penglihatan
menurun. Ia adalah pencemaran udara yang disebabkan oleh kehadiran
zarah-zarah halus yang terapung di dalam udara, iaitu partikel atau zarah
terampai yang terdapat di dalam udara seperti habuk, kotoran, abu dan
asap.
Partikel ini mempunyai saiz berbeza dari 2.5 mikron ke 10 mikron.
Contoh: Karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon, nitrik
oksida dan hidrokarbon aromatik polisiklik (bahan kimia yang terhasil
daripada tindakbalas pembakaran tak lengkap atau bahan karbon
berminyak seperti kayu, arang batu, diesel, lemak atau tembakau).

Perbezaan antara kabut dan kabus:


Menurut Jabatan Alam Sekitar (2007a)- kabus wujud jika jarak
penglihatan kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 70

atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk


mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.

3.6.5 HUJAN ASID


 Hujan biasa yang tidak tercemar; pH <5.6
 Hujan berasid;pH<2.0
 Bergantung kepada kewujudan dlm bentuk cecair (hujan asid) /
pepejal (partikel dlm udara)

KESAN HUJAN ASID


 Kerosakan pada bangunan, besi, logam, cat kenderaan
 Gangguan habitat akuatik, tumbuh-tumbuhan dan
mikroorganisma dlm tasik dan sungai
 Gangguan kesihatan kepada orang awam

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 71

 Gangguan proses pertumbuhan pokok kerana kandungan


sulfat, kadmium yang tinggi dlm udara
 Pengaratan bahan logam pada bangunan,
kenderaan,jalanraya

3.7 KUALITI UDARA

Indeks kualiti udara adalah penentuan sama ada kualiti udara


berada pada tahap baik atau sebaliknya. Indeks Pencemaran Udara (IPU)
ialah salah satu cara untuk mengetahui tahap jerebu. Ia melibatkan
pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Semakin banyak zarah-zarah
ini berkumpul maka semakin tinggi bacaan IPU. Sabah pada tahun 1997
pernah mencapai IPU sehingga 148 iaitu di tahap tidak sihat. Tahap
penglihatan jatuh sehingga 4 kilometer ke bawah. Pengelasan tahap
kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Berikut ialah Indeks pencemaran udara (API- Air pollution Index):-

Nilai IPU Kualiti udara

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat

201 - 300 Sangat tidak sihat

301 - 400 Berbahaya

401 - 500 Sangat berbahaya

Lebih 501 Darurat

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 72

3.8 KESAN KETIDAKSEIMBANGAN DAN GANGGUAN ATMOSFERA


KEPADA MANUSIA
Kesan kepada persekitaran Kesan kepada manusia
semulajadi
 Kesihatan
 Perubahan iklim dan cuaca
 Habitat
 Peningkatan paras laut
 Kematian
 Bencana alam( banjir kilat)
 Ketidakselesaan
 Perubahan arus global
 Tekanan perasaan
 Kemusnahan alam sekitar
 Gangguan terhadap pebagai
 Gangguan ekosistem aktiviti

 Habitat hidupan

Contoh-contoh kes mengenai gangguan atmosfera:

KES 1 - Jerebu di Asia Tenggara pada 2006 - antara yang paling


buruk sejak 1998 apabila musim kering adalah agak panjang berikutan
kesan el Nino- akibat pembakaran tidak terkawal di Indonesia yang
tersebar hingga ke selatan Thailand - kerugian kira-kira RM32.71
bilion kepada pelancongan, pengangkutan dan industri pertanian.

KES 2 - Jerebu yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997


telah meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran
alam sekitar. Fenomena ini berpunca daripada pembakaran hutan di
Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 750,000 hektar
hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi negara-negara terbabit seperti
Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, sebahagian Thailand dan
Filipina bukannya sedikit. Semua sektor pengangkutan udara, darat

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 73

dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan pertanian terjejas


teruk.

KES 3 - “ Awan Perang Asia” yang mampu bergerak hampir separuh


dunia dalam masa seminggu dan mengancam berjuta nyawa manusia
dalam masa 30 tahun. Awan Perang Asia ialah sejenis awan berjerebu
setebal 3 kilometer yang menyelubungi ruang udara Negara Negara
selatan Asia, seperti India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal,
Pakistan, Sri Lanka, Afghanistan, Asia Tenggara dan selatan Cina.
Fenomena ini ditunjukkan oleh pemandangan yang berjerebu dan
berwarna kuning keperangan. Ia mengandungi habuk, jelaga, debu
dan abu, gas karbon monoksida, Metana, nitrat berasid sulfat berasid
dan lain lain kimia berbahaya . Awan perang ini menghalang hampir
15 % cahaya matahari dari sampai kepermukaan bumi dan lautan di
bawahnya lalu menjadikan kawasan ini lebih sejuk. Di bahagian
atmosfera Awan Perang sendiri akan menjadi lebih panas kerana
menyerap haba dan memerangkap segala pencemar yang dilepaskan
ke udara. Fenomena sejuk dan panas ini mempengaruhi angin
monsun lalu menyebabkan malapetaka yang dapat kita lihat pada hari
ini iaitu kemarau berlanjutan di kawasan selatan-barat Asia seperti
India, Pakistan, Sri Lanka dan banjir teruk di timur laut Asia seperti
China dan Taiwan.

Beberapa langkah mengatasi/ mengelak gangguan dan


ketidakseimbangan:
• Mengurangkan permintaan terhadap bekalan elektrik dengan
mengamalkan penjimatan bekalan elektrik bagi mengurangkan
penghasilan gas rumah hijau kerana pembakaran arang batu dan
bahan api lain.
• Mengurangkan penjanaan sampah dan memastikan sampah
dibuang dengan betul

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 74

• Menggubal dan penguatkuasaan undang-undang bagi


mengurangkan pembalakan dan penebangan hutan.
• Pengurusan hutan yang lestari
• Mengurangkan penggunaan kereta persendirian.

3.9 PENCEMARAN UDARA DALAMAN

Udara luaran yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan


tetapihakikat sebenarnya, udara dalaman yang tercemarlah yang
membawa risiko kesihatan yang lebih teruk kerana udara dalaman
selalunya 10 kali lebih tercemar berbanding udara luaran
memandangkan kebanyakan dari kita menghabiskan sehingga 90%
dari masa kita di dalam, maka ia melibatkan kesihatan semua.

Punca pencemaran dalaman terbahagi kepada dua:-

Rumah kediaman Ruang kerja


(pengudaraan semulajadi / (pengudaraan semulajadi /
mekanikal) mekanikal)

 Banglo  Pejabat
 Rumah berkembar  Kilang
 Rumah lot  Restoran
 Rumah teres  Sekolah
 Rumah kampung  Hospital

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 75

Sumber pencemar dalaman:-


Rumah Tempat kerja

 Debu habuk sampah  Kilang – habuk kayu, simen,


asbestos
 Asap memasak
 Asap mesin / jentera
 Permaidani
 Asap kenderaan / rokok
 Sofa
 Tekstil
 Tekstil
 Tempat. Penternakan – bulu /
 Haiwan peliharaan
hama haiwan
 Asap rokok
 Debu di tempat kerja

 Debu tanah di kawasan


pembinaan

Pencemar udara dalaman:-

Pencemar Sumber Dalaman Kesan


Utama

Asap rokok Rokok, curut dan Gangguan pernafasan,


paip bronkitis, kanser paru-paru,
penyakit jantung

Karbon Aplikasi gas tidak Sakit kepala, mual, kesesakan


monoksida berliang, dapur kayu nafas

Nitrogen oksida Aplikasi gas tidak Kerengsaan mata, hidung dan


berliang tekak

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 76

Bahan kimia Pelarut, hama gam, Kerengsaan mata, hidung dan


organik kimia tekak, kerosakan hati,ginjal
dan otak

Formaldehid Produk kayu padat, Kerengsaan mata, hidung dan


perabut, kertas tekak, sakit kepala, alahan
dinding

Zarahan Rokok, dapur kayu, Jangkitan pernafasan &


pernafasan debu kediaman bronkitis

Agen biologi Debu rumah, haiwan Tindakbalas alahan, lelah,


(bakteria, virus, peliharaan, Kerengsaan mata, hidung dan
kulat, kulit/ bulu kelengkapan tidur, tekak
haiwan pendingin udara
peliharaan, yang tidak
hama) diselenggara dengan
baik

Kaedah meningkatkan kualiti udara dalaman

1. Kawalan sumber
Meningkatkan kualiti udara dengan menyingkirkan sumber individu
pencemaran atau mengurangkanpengeluarannya.namun
menyingkiran atau pengurangan ini adalah sukar kerana material yang
tercemar ini mungkin terdiri daripada perabut dan barangan keperluan
kediaman.

2. Tingkatkan pengudaraan
Pendekatan dengan merendahkan kepekatan pencemar udara
dalaman.Iaitu meningkatkan jumlah udara luaran masuk kedalam.
Tetapi ianya tidak sesuai jika jerebu melanda di suatu kawasan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 77

3. Penulenan udara
Cara terbaik memastikan kualiti udara dalaman yang selamat ialah
dengan menggunakan penulen udara. Fungsi penulen udara akan
mengitarkan semua udara tercemar berulang kali dan
membersihkannya dengan mengurangkan pembiakan bakteria dan
virus merbahaya

3.10 ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA.

Alat kawalan pencemaran udara biasanya dibina bagi kilang atau


kawalan perindustrian yang menyumbang sisa pencemar iaitu:-

1. Kebuk mendapan graviti (Gravitional settling chamber)


2. Pengumpulan siklon(Cyclone collector)
3. Pengumpul kering (Wet collector)
4. Pemungut beg turas / fabrik (Fabric collector)
5. Pemendak elektrostatik (Electrostatic precipator)

3.10.1 Kebuk mendapan graviti (Gravitional settling chamber)

 Peranti paling ringkas untuk mengawal zarahan


 Terdiri dari ruang lebar di dalam serombongezos di mana zarahan
yang besar dienapkan ke bawah.
 Menggunakan satu sesekat untuk memperlahankan arus gas.
 Hanya zarahan yang besar (>10 μm) boleh disingkirkan dengan
kebuk mendapan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 78

Kebaikan Keburukan

 Murah  Tidak berkesan untuk zarah <


 Kos pengendalian murah 10 μm
 Mudak dikendali & dibaiki  Tidak memadai untuk mencapai
 Keberkesanan memerangkap standard pelepasan yang
zarah >10 μm ditetapkan.

3.10.2 Pengumpulan siklon (Cyclone collector)

 Cara yang paling popular, ekonomi & berkesan.


 Digunakan sebagai prapembersih untuk singkir bahan berat
sebelum rawatan seterusnya
 Cara operasi:-
Apabila udara kotor masuk ke dalam siklon, pusaran yang
kuat akan menyebabkan pepejal berat akan melekat pada dinding
siklon& akan mendap ke bawah sikln dan akan mendap ke bwah
siklon. Udara bersih berada di tengah-tengah silinder & keluar
melalui bahagian atas.

Kebaikan Keburukan

 Harga yang lebih murah  Tidak berkesan


 Kos operasi dan memerangkap zarah <10
penyenggaraan murah μm
 Keberkesanan  Air yang keluar boleh
memerangkap zarah >10 menimbulkan masalah
μm pencemaran air

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 79

3.10.3 Pengumpul kering (Wet collector)

 Gunakan menara sembur yang ringkas


 Tekanan motor yang lebih cekap akan menggalakkan sentuhan
antara udara & air melalui gerakan kuat di dalam ruang sempit
di mana air dimasukkan
 Flumventuri- pengumpul basah yang tinggi dimana air
bertekanan tingi dimasukkan & berserenjang dengan aliran gas.
 Untuk saiz zarah > 5 μm

Kebaikan Keburukan

 Dapat berfungsi terhadap  Berpotensi menjadi karat


zarahan yang mudah terbakar dengan mudah
ataupun meletup  Harga yang mahal
 Mempunyai alat penyerapa gas  Air yang bertakung boleh
dan habuk dalam unit yang menimbulkan masalah
sama pencemaran air.
 Dapat memerangkap habuk
yang lembab dan basah
 Dapat menyejukkan gas yang
panas
 Gas dan habuk berasid dapat
dineutralkan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 80

3.10.4 Pemungut beg turas / fabrik (Fabric collector)

 Cara operasi seperti pembersih vakum biasa


 Beg fabrik – kumpul debu digoncangkan selalu supaya udara
bersih keluar dari beg.
 Proses penurasan udara (sama penurasan air)

Kebaikan Keburukan

 Keberkesanan memerangkap  Memerlukan kawasan lantai


zarah < 5 μm yang luas
 Boleh digunakan bagi  Bahan penapisan (fabrik)
kebanyakan jenis habuk mungkin berbahaya pada suhu
 Mudah dipelbagaidan dipasang yang tinggi / bahan kimia
dikilang  Tidak berkesan dalam
persekitaran yang lembab
 Berpotensi terbakar dan
meletup
 Harganya agak mahal

3.10.5 Pemendak elektrostatik (Electrostatic precipator)

 Cara operasi;
Gas yang masuk dicas dengan elektrod dari satu elektrod
bervoltan tinggi ke voltan yang lain, kemudian bergerak ke elektrod
pengumpul bercas positif. Zarah yang berkumpulpada elektrod
dikeluarkan dengan menghentak paip dengan pemukul. Pemendak
yang digunakan jenis plat.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 3 / 81

Kebaikan Keburukan

 Amat berkesan terhadap zarah  Harganya yang mahal


yang lebih halus <1μm  Tidak dapat mengawal
 Dapat berfungsi denganbaik pelepasan gas ke udara
walaupun isipadu gas yang  Tidak mudah ditanggal dan
banyak dipasang semula
 Boleh direkabentukpada pelbagai  Memerlukan tapak yang luas.
suhu gas.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA

You might also like