You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA , TAMAN TAMING

JAYA 43300 BALAKONG SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA
TAHUN 2018 (1439H)
1.0 PENDAHULUAN

Bulan takbir bulan Syawal disebut bulan takbir kerana seluruh umat Islam di seluruh
dunia mengumandangkan takbir untuk menyambut datangnya bulan Syawal. Secara
serentak seluruh umat muslim mengumandangkan takbir, tahmid, dan tahlil sebagai
bentuk mengagungkan Allah dan bersyukur kepadaNya di hari kemenangan karana
telah melakukan perjuangan berat melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.

Bulan Kembali ke Fitrah Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada
fitrahnya, diampuni semua dosanya, setelah melakukan ibadah puasa Ramadhan
sebulan penuh dan zakat fitrah. Kedatangan Syawal membawa kemenangan bagi
mereka yang berhasil menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan
lambang kemenangan umat Islam hasil dari “peperangan” menentang musuh dalam
jiwa yang terbesar, yakni hawa nafsu.

2.0 MATLAMAT

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun sama ada di peringkat
kebangsaan mahupun pada peringkat sekolah. Pada tahun ini pihak sekolah melalui
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari
Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Taming Jaya. Antara objektif program
ini adalah untuk;

i. mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan dalam mempertahankan


perpaduan di semua peringkat secara berjemaah.
ii. Meraikan semua murid, guru, kakitangan dan pentadbir tanpa mengira bangsa
agama dan status sosial.
iii. Memelihara budaya dan adat berkongsi rezeki bersama dan juga menghayati
keindahan bulan Syawal.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 30.6.2018
Hari : Sabtu
Masa : 10 Pagi- 12.30 Tengah Hari
Tempat: Sekolah Kebangsaan Taming Jaya
4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaan Taming Jaya

5.0 ANJURAN
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan Sesi 2017-2018

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat: En Azmi B Zakaria


Timbalan Penasihat: En Shuhaimi B Abd Rani
Pn Hanizah Bt Mat Soho
En Nik Mohamad Ramadhan B Nik Abdullah
Pn NorHasimah Bt Samarin
Pn HanizaBt Zulkapli

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras: En Mohd Alfan B Abu Bakar


Penyediaan Tempat Jamuan Murid: En Ahmad Hazman B Udzir
En Wan Muhammad Zulfadzli B Wan Ruslan
Penyediaan Makanan Murid: Semua Penyelaras Aliran
Penyediaan Tempat Jamuan Guru: En Nor Azli B Ab Manaf
En Mohd Nazrudin B Amir
Penyediaan Makanan Guru & VIP Cik Nur Atiqah Hashim
Persembahan: En Ahmad Rizal B Mohd Salleh
Kebersihan: Puan Perami A / P Subbiah
Pn Azliza Bt Jusoh
Jurukamera: En Mohd Hafiz B Mazlan
En Mohd Fadzli
Dokumentasi: Pn Nor Syearhar Bt Nor Azmi
Buku Program Cik Nur Atiqah Bt Hashim
PA Sistem: En Ahmad Asyraf Jamaludin
En Mohd Azahari B Othman
Bacaan Doa; En Mohd Hanafi B Mamat
Displin En Mohd Asrul B Farouk
Semua Guru
8.0 TENTATIF PROGRAM

7.20 Pagi : Murid berkumpul ditapak perhimpunan


7.30- 10.00 Pagi : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
10.00- 12.00 Tengah Hari: Murid berkumpul untuk menikmati jamuan
mengikut aliran yang telah di tetapkan;
Tahun 1 :Kantin
Tahun 2:Kantin
Tahun 3:Gelanggang Bola Tampar
Tahun 4:Dewan
Tahun 5:Gelanggang Badminton
Tahun 6:Tapak Perhimpunan
12.00- 12.30 Tengah Hari: Proses pembersihan di semua kawasan yang
terlibat.
12.30 Tengah Hari: Jamuan Guru
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi BKGK
Ucapan Guru Besar
Persembahan
Bersurai

9. 0 PENUTUP
Dengan ini, adalah diharapkan program sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat
Sekolah Kebangsaan Taming Jaya ini dapat direalisasikan dan dijayakan dengan
lancar demi meraikan bulan Syawal yang mulia dan melebatkan lagi pohon ukhwah
warga SK Taming Jaya.

You might also like