You are on page 1of 2

Langkah-langkah Keselamatan Sebelum Memasuki Kedalam Ruang

Terkurung.

Ruang terkurung bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan
atmosfera semasa dihuni dan ruang ini tidak disediakan atau direka bentuk untuk
digunakan terutamanya sebagai tempat kerja. Ruang ini boleh berlaku pada bila-bila
masa mempunyai atmosfera yang mengandungi paras bahan cemar yang mungkin
memudaratkan atau mengalami kekurangan atau berlebihan oksigen, dan ini boleh
menyebabkan pelingkungan dan mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.
Contoh ruang terkurung ialah, Tangki penyimpanan, Tangki di atas lori, Dandang, Silo,
dan lain-lain.
Langkah keselamatan Ruang Terkurung ini dikerluarkan sebagai langkah tetap yang
perlu dipatuhi apabila terlibat dengan ruang terkurung ini.
Antara langkah keselamatan sebelum memasuki ke ruang terkurung yg mana
kandungan gas beracun melebihi tahap TIDAK dibenarkan ialah :

✔ PASTIKAN ruang terkurung telah diberi permit untuk bekerja.

✔ PASTIKAN permit bekerja telah diluluskan.

✔ PASTIKAN ujian gas telah dilakukan dan telah diluluskan.

✔ PASTIKAN anda sihat dan kompeten untuk bekerja di dalam ruang terkurung ini.

✔ PASTIKAN orang yang bertanggungjawab untuk tunggu di luar “stanby person”


adalah seorang yang kompeten.

✔ PASTIKAN pencahayaan cukup di laluan masuk, keluar dan kawasan tempat


bekerja.

✔ PASTIKAN langkah-langkah keselamatan lain telah di ambil dan risiko kemasukan


ruang terkurung ini telah dibincangkan sebelum memulakan pekerjaan.

Selain dari itu juga barang keperluan di dalam ruang terkurung ini juga harus dipastikan
dalam keadaan siap sedia dan boleh digunakan. Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)
adalah sebahagian daripada peralatan tersebut. Kelengkapan Perlindungan Diri adalah
peralatan yang direka dan digunakan bagi melindungi pekerja daripada bahaya yang
spesifik. Ianya dipakai oleh pekerja bagi melindunginya daripada bahaya. Kelengkapan
Perlindungan Diri penting bagi melindungi pekerja semasa kerja-kerja di dalam ruang
terkurung dijalankan.
Antara Kelengkapan Perlindungan yang perlu disediakan ialah :

✔ Peralatan keselamatan asas contohnya Topi Keselamatan, Cermin Mata, Penutup


Telinga (sekiranya bunyi bising), Baju Kerja, Kasut Keselamatan dan lain-lain peralatan
yang bersesuaian.

✔ Peralatan pengujian gas pelbagai untuk kerja di dalam kumpulan atau perseorangan.

✔ Abah-abah keselamatan dan tali hidup untuk di ikat pada abah-abah.

✔ Peralatan alat komunikasi (sebaik-baiknya adalah walkie-talkie).

✔ Escape set 15 minutes (alat bantuan pernafasan sekiranya berlaku kebocoran gas
atau bekalan udara berhenti).

✔ Air Line System (sekiranya gas beracun tidak dapat di sedut keluar).

✔ Lampu suluh dan Sistem Penggera Distress (sistem akan berbunyi sekiranya tiada
pergerakan).

✔ Pastikan peralatan-peralatan instrumentasi yang digunakan telah di buat


penentukuran (calibration) dari wakil kilang yang telah disahkan dan masih dalam tarikh
lingkungan penentukuran.

(Sumber : http://www.niosh.com.my/images/Publication/Brochure/RuangTerkurung.pdf ,
https://www.safetygear.my/safety-info/ruang-maut/ ,
http://intranet.rws.com.my/v2/index.php/documents-library/knowledge-mgmt/km-
archive/211-she-005-prosedur-keselamatan-ruang-terkurung-rev01/file)

You might also like