You are on page 1of 3

30 NOVEMBER 2020

MESEJ DARIPADA KPJH

Assalamualaikum WBT.

Bersama ini di sertakan

*Ringkasan Mesyuarat Koordinasi COVID-19 HRPZ II Bil. 25/2020 (30 November 2020 @ 2.30ptg)

Di pengerusikan oleh Dato Pengarah HRPZ II

1) Pembentangan situasi semasa COVID-19 di Negeri Kelantan oleh wakil CPRC, Dr. Nik Hafiz

QA susulan ,

- Merujuk kepada kriteria kemasukan HCW ke Kelantan yang diputuskan di dalam Mesyuarat CPRC
Negeri, pegawai/anggota yang memasuki Kelantan dari Zon Merah perlu dihantar ke Pusat Kuarantin
dan perlu melakukan ujian saringan. Sekiranya keputusan negatif pada ujian hari kelima (Day 5),
pegawai dibebaskan daripada kuarantin. Sekiranya keputusan positif, pegawai akan dimasukkan ke
Hospital Tumpat.

- Walaubagaimanapun, tempoh kuarantin boleh ditentukan mengikut budi bicara ketua PTJ masing-
masing dengan mengambil kira faktor kepentingan perkhidmatan.

- Saringan terhadap pemandu yang menghantar barangan ke hospital dilakukan dalam tempoh
sebulan sebelum ini dan didapati semua keputusan adalah negative, justeru proses saringan tersebut
diberhentikan dahulu.

- Cadangan penangguhan kes-kes pembedahan yang melibatkan Visiting Surgeon dari luar
terutamanya dari Zon Merah.

2) Update situasi semasa di HRPZ II oleh Dr. Anilawati

- Admission ke HRPZ II lebih kepada critical cases (elderly, with co-morbidities, symptomatic, kes
berkomplikasi), manakala kes-kes stabil dihantar ke Hospital Tumpat.

- Admission ke Hospital Tumpat dan HSIP lebih melibatkan pesakit bersama ahli keluarga dan
komuniti (community transmission).

- Kemasukan pesakit bersama ahli keluarga yang turut positif ini menyumbang kepada kadar
penggunaan katil/wad yang tinggi.

- Kluster Mengketil mencatatkan bilangan kes yang tinggi kerana melibatkan penularan di kalangan
komuniti.

- Kemasukan pesakit positif COVID-19 ke wad-wad yang terlibat ditentukan oleh kumpulan Pakar ID
dan Pakar kanak-kanak yang terdiri daripada Dr. Anilawati , Dr. Noridah, Dr. Ezdiani, Dr. Fadhilah dan
Dr. Sufian (HSIP).
3) Perancangan penggunaan katil di ICU oleh Dato’ Wan Nasrudin

- Peningkatan kemasukan kes-kes kritikal yang memerlukan ICU admission.

- ICU Teratai dijadikan sebagai ICU COVID-19 (Total 12 beds).


- Pengurangan kes-kes pembedahan elektif bagi memberi ruang kepada pengurusan kes-kes COVID-
19.

- Kes-kes yang dimasukkan ke Wad 10 adalah kes kategori 4 dan ke atas.

- Di HSIP, terdapat 2 Negative Pressure Room.

- Kes non COVID-19 : HSIP akan menerima kes NON COVID-19 dari HRPZ II bermula hari ini
sementara HRPZ II mengatur pembahagian pesakit ICU.

- Jabatan Kecemasan dipohon untuk merujuk ventilated kes kepada Jabatan Bius telebih dahulu dan
Jabatan Bius akan mengesahkan tempat di HSIP sebelum pesakit ventilated dihantar.

- Memerlukan tinjauan dari Jabatan-jabatan ke wad-wad yang terlibat mengenai keperluan


peralatan dan keperluan menambah katil HDW.

- Cadangan seterusnya untuk menjadikan Wad Puteri secara keseluruhannya HDW bagi menampung
kes-kes COVID-19.

- ECT dan OT Zamrud berfungsi seperti biasa.

- Kes Neurosurgeri COVID-19 positif akan menjalani pembedahan di HRPZ II.

- Pasukan HUSM akan menyediakan keperluan pembedahan manakala HRPZ II menyediakan fasiliti
termasuk katil ICU bagi post-op care sekiranya diperlukan.

4) Pembentangan persediaan wad di HRPZ II oleh Dr. Azman

- HRPZ II kini berada di Fasa III dan IV iaitu melibatkan Wad 8, 9, 10, 26, ICU Teratai dan ICU
Temenggong (Jumlah keseluruhan 120 katil).

- Wad 26 dijadikan sebagai Wad SARI/PUI/PUS/COVID-19


- Surgical Daycare (SDC) menempatkan kes-kes Onkologi dari Wad 26
- 4 katil di Wad Anggerik dijadikan HDW bagi kes-kes Medical
- 19 katil di Wad Anggerik dijadikan sebagai tambahan Adult Medical Ward
- Wad 12 dijadikan sebagai General Antenatal Ward
- Wad 1 bersedia untuk menerima kes-kes Paeds Surgical
- Wad 4 & 5 menempatkan kes-kes Paeds Medical

5) Hasil perbincangan dalaman Jabatan Bius dan ICU memutuskan :

- Meneruskan perkhidmatan Dewan Bedah bagi kes-kes Semi-E dan Emergency sahaja.

- Mengurangkan kes-kes Semi-E kepada 3 Dewan Bedah sahaja.

- Deployment staf OT ke ICU bagi menampung kekangan staf Teratai bagi penjagaan pesakit COVID-
19 (Shift System).
6) Cuti Terhad ketika pandemik COVID-19

- Dibenarkan kepada anggota yang mempunyai hal kecemasan sahaja.


- Ketua Jabatan perlu memastikan cuti terhad yang diberikan tidak menjejaskan perkhidmatan
kritikal.

- Kakitangan boleh dimobilisasikan ke mana-mana Jabatan/Unit mengikut keperluan perkhidmatan


semasa. (Kakitangan klinik pakar, makmal dan lain-lain tempat yang berkaitan, bertugas secara syif).

- Cuti terhad maksimum 2 hari sahaja.

7) Isu pengurusan jenazah bagi COVID-19

- Dr. Wan Zamri memaklumkan bahawa terdapat carta alir pengurusan jenazah COVID-19, tetapi
pelaksanaan masih tidak mengikut carta alir yang ditetapkan.

- Perlu pembentangan carta alir oleh Jabatan Forensik.

8) Hal-hal lain

- Dato’ Mahiran memaklumkan bahawa sesebuah hospital akan diisytiharkan sebagai Hospital
COVID-19 sekiranya jumlah pesakit COVID-19 mencecah sekurang-kurangnya 50% daripada kapasiti
katil hospital. Pengisytiharan tersebut mestilah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

- Perbincangan lanjut berkenaan keperluan melakukan OT di HSIP terutamanya bagi kes-kes


Ortopedik.

- OT di HSIP didapati under-utilised kerana mempunyai kelengkapan yang lengkap, tetapi tidak dapat
beroperasi secara optimum disebabkan oleh kekangan staf.

- Masalah kekurangan staf dan anggota ini perlu dibincangkan di peringkat JKN.

Mesyuarat di tangguhkan jam 5 ptg.

You might also like