You are on page 1of 5

KENYATAAN MEDIA

SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19


DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
15 Rejab 1443 / 16 Februari 2022

1. Pada hari ini, Rabu 15 Rejab 1443 bersamaan dengan 16 Februari


2022, sebanyak 4 kes yang telah disahkan COVID-19
sekarang berada di dalam Kategori 4 (memerlukan bantuan
oksigen dan di bawah rawatan rapi). 3 daripada kes-kes ini adalah
kes baru di mana dua daripadanya sudah mendapatkan 2 dos vaksin
COVID-19 dan seorang lagi baru mendapatkan satu dos vaksin
COVID-19.

2. Sementara itu, sebagaimana yang dilaporkan kelmarin, terdapat 2


kes dalam Kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan
dan dirawat di Unit Rawatan Intensif) pada masa sekarang.

3. Sementara itu, sebanyak 925 kes baru telah dilaporkan dalam masa
24 jam yang lalu di mana 924 kes adalah kes tempatan dan 1 kes
adalah kes import. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di
Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah sebanyak
1
25,584 orang. Jumlah kes baru ini adalah hasil daripada 5,336
ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

4. Sementara itu, 424 kes telah disahkan sembuh pada hari ini
yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei
Darussalam kepada 17,970 kes manakala jumlah kes aktif ialah
sebanyak 7,512 kes. Dalam masa 7 hari kebelakangan, Pusat
Koordinasi Kebangsaan COVID-19 (N3C19) bersama Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Sukarelawan Belia telah membuat
penghantaran makanan kepada 2,425 rumah iaitu bagi 10,535
individu, samada kes positif yang menjalani pengasingan
diri di rumah atau kontak-kontak terdekat yang dikenakan
Perintah Kuarantin.

5. Pada masa ini, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh


negara atau bed occupancy rate pada masa ini ialah sebanyak 15.4%
di mana 364 kes aktif sedang ditempatkan di pusat-pusat
pengasingan berkenaan. Seramai 7,147 kes kini sedang menjalani
pengasingan diri di rumah.

2
6. Dalam pada itu, terdapat 109 kluster aktif yang sedang di bawah
pemantauan Kementerian Kesihatan pada ketika ini, yang mana
tidak ada kluster baru yang melibatkan tempat perniagaan atau
tempat awam dikesan pada hari ini.

7. Sehingga kelmarin, 15 Februari 2022, pencapaian Program Vaksinasi


Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 48.1%
dari keseluruhan penduduk di negara ini manakala kadar satu dos
dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94%.

8. Sebagaimana yang telah dimaklumkan semasa Sidang Media pada hari


Isnin, 14 Februari 2022, terdapat beberapa prosedur telah
dikemaskini bagi mempertingkatkan pemberian perkhidmatan
kesihatan semasa Gelombang Ketiga COVID-19 ini. Dalam perkara
ini, Kementerian Kesihatan telah mengemaskini definisi “kontak
terdekat” atau primary contacts seperti berikut:
• Orang yang tinggal serumah dengan kes positif.
• Rakan sekerja yang bertugas di dalam bilik atau ruang yang
sama dengan kes positif atau duduk bersebelahan dengan kes
positif.
• Orang yang berinteraksi secara bersemuka dengan kes positif
dalam masa lebih dari 30 minit dan pada jarak kurang dari 1
meter di kawasan tertutup atau di dalam bangunan.
3
• Berada dalam kenderaan yang sama dan duduk pada jarak yang
dekat (tidak melebihi dari dua tempat duduk) dengan kes
positif selama lebih daripada 15 minit.

9. Sebagai tambahan, bagi memudahkan pemberian perkhidmatan


kepada orang ramai, khususnya kepada sesiapa yang akan membuat
perjalanan ke luar negara, swab bagi ujian RT-PCR boleh dilakukan
di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bermula hari Khamis, 17
Februari 2022 dan Panaga Health Centre bermula hari Jumaat, 18
Februari 2022. Perkhidmatan swab yang dilakukan di pusat-pusat
berkenaan akan dikenakan caj yang bersesuaian, yang
berkemungkinan akan termasuk caj pentadbiran.

10. Bagi sekatan pergerakan yang dijalankan dari jam 12 malam semalam
hingga 4 pagi tadi, sebanyak 3 pelanggaran arahan untuk
berada di rumah telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh
negara. Dalam perkara ini, Kementerian Kesihatan ingin
memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada 14
Februari 2022, hanya kesalahan pertama pelanggaran arahan untuk
berada di rumah akan dikenakan denda kompaun manakala sesiapa
yang didapati melakukan kesalahan kedua dan seterusnya akan
dihadapkan ke mahkamah.

4
11. Orang ramai adalah diingatkan untuk melakukan tanggungjawab
sosial masing-masing dengan memakai sungkup muka apabila keluar
dari rumah dan mengamalkan memakai hand sanitiser atau kerap
mencuci tangan. Laporkan hasil ujian ART ke portal yang tertera di
skrin sekarang (www.moh.gov.bn/ARTReport/) jika mendapat
keputusan positif pada ujian ART. Kegagalan melaporkan hasil ujian
ART yang positif ke portal tersebut adalah satu kesalahan di bawah
Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

12. Marilah kita memohon kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar


Negera Brunei Darussalam serta semua rakyat dan penduduknya
diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan
dari segala penyakit khususnya penyakit COVID-19. Aamiin Aaminn
Ya Rabbalalamin.

- TAMAT -

Rujukan : KK/PR/2
Tarikh : 15 Rejab 1443H / 16 Februari 2022

You might also like