You are on page 1of 1

3/7/22, 3:43 PM Kenyataan Akhbar KPK 3 Mac 2022 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-370

ah Kali ke-370 Berkenaan Pendaft…

From the Desk of the Director-General of Health Malaysia


A NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

PRESS

Kenyataan Akhbar KPK 3 Mac 2022 –


Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah Kali ke-370 Berkenaan
Pendaftaran Vaksin COVID-19
BY DG OF HEALTH ON MARCH 3, 2022

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-
370 yang telah bersidang pada hari ini, 3 Mac 2022, bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac
Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga
Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia kepada golongan yang berumur 5 tahun hingga 11 tahun. CoronaVac sebelum ini telah diluluskan
pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas. Ini merupakan vaksin COVID-19
kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan kanak-kanak, di mana sebelum ini pada 6 Januari 2022 kelulusan telah
diberikan kepada vaksin Comirnaty untuk vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat  ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan
keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),
berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi
vaksin tersebut kekal positif.

KKM juga sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan
COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 MAC 2022

https://kpkesihatan.com/2022/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-370-berken… 1/1

You might also like