You are on page 1of 3

BADAN BERTINDAK IMUNISASI COVID-19

COVID-19 Immunisation Task Force (CITF)

KENYATAAN BALAS KEPADA YB KETUA PEMBANGKANG


BERKAITAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)

Saya merujuk kepada kenyataan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua
Pembangkang, berkenaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK).

Sepertimana telah dinyatakan banyak kali sebelum ini, PICK sedang


dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari 2021.
Perancangan PICK telah dibuat dengan mengambil kira jadual penghantaran
vaksin yang diberi oleh syarikat-syarikat pembekal vaksin. Jadual ini juga
telahpun diumumkan sebelum ini.

Saya juga telah jelaskan bahawa mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin
kita akan mula ampuh bermula bulan Jun. Ini juga mengikut perancangan PICK
yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula pada bulan Jun.

1
Berkenaan dengan dakwaan kerajaan negeri Selangor “menunggu berbulan
lamanya hanya untuk mendapat kelulusan yang diperlukan... untuk
mendapatkan 2 juta dos buat rakyat Selangor,” ini adalah tidak benar. Dalam
perbincangan saya dengan YAB Menteri Besar Selangor, beliau ada sebut
secara lisan perancangan Selangor untuk membeli vaksin. Saya memberi
respons yang positif. Namun, sehingga kini saya belum menerima apa-apa
permohonan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri.

Bagi Kerajaan Negeri Sarawak pula, saya telah mengadakan beberapa sesi
libat urus dengan YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Timbalan Ketua
Menteri. Saya telah memberitahu YB Datuk Amar Douglas bahawa bekalan
Kerajaan Persekutuan mencukupi untuk menampung keperluan pelaksanaan
PICK di Sarawak. Beliau juga telah memohon untuk Kerajaan Negeri membeli
vaksin. Saya telah memberi respons yang positif dengan syarat vaksin yang
ingin dibeli oleh Kerajaan Negeri Sarawak mestilah berdaftar di bawah NPRA
terlebih dahulu memandangkan jenis vaksin yang dikehendaki oleh Kerajaan
Negeri Sarawak masih dalam proses penilaian oleh NPRA.

Berkenaan dengan tuntutan kedua YB Ketua Pembangkang yakni siasatan


bebas dilakukan di bawah Parlimen terhadap PICK dan perolehan vaksin, saya
sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat. Sekali lagi saya ingin
mengingatkan YB Ketua Pembangkang bahawa beberapa kontrak pembelian
vaksin telahpun saya dedahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari 2021 bersekali dengan jadual
penghantaran dan harga yang dibayar. Antara ahli PAC yang hadir dan
memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah YB Nurul
Izzah binti Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat
daripada pembangkang pada 19 Mac 2021 yang mana saya telah bentangkan
secara panjang lebar pelaksanaan PICK termasuk menjawab pelbagai soalan
secara terperinci. YB Ketua Pembangkang tidak hadir pada sesi tersebut.

2
Harapan saya, YB Ketua Pembangkang akan terus mengikuti pelaksanaan
PICK dan memberi kritikan bernas untuk saya menjawab. Terima kasih.

Khairy Jamaluddin
Menteri Penyelaras
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
21 April 2021

You might also like