You are on page 1of 4

BIL.

073 | 06 OKTOBER 2023

Kos perubatan
global meningkat
• MDS sumbang penjimatan
• TNB penaja emas IGEM 2023
1 TENAGAWAN . Edaran dalaman sahaja

Kos perubatan
global meningkat
Sama seperti lain-lain negara, Malaysia juga tidak terkecuali dari
berkemungkinan menghadapi kenaikan kos perubatan setiap tahun. Malah,
menurut laporan Willis Towers Watson (WTW) Global Medical Trend Report
2023, kadar inflasi perubatan di Malaysia adalah 12 peratus pada tahun lalu dan
angka ini boleh meningkat sehingga 13.8 peratus pada tahun ini.
Inflasi perubatan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti kos rawatan
perubatan yang semakin tinggi, faktor sosial dan gaya hidup serta teknologi
Inisiatif strategik perubatan adalah usaha
perubatan yang semakin canggih dari masa ke masa.
Syarikat memastikan warga kerjanya
sentiasa mendapat perkhidmatan perubatan Semestinya TNB memandang serius akan peningkatan kos perubatan kerana
yang berkualiti, serta kekal sihat dan cergas. ia melibatkan kebajikan dan penjagaan kesihatan 135,000 warga kerja, pesara
serta tanggungan mereka yang sentiasa menjadi keutamaan Syarikat.
Justeru, pelbagai inisiatif perubatan yang dilaksanakan oleh TNB Healthcare
(THC), TGBS, sejak setahun lalu, telah berjaya menyumbang kepada penjimatan
kos perubatan iaitu RM7.5 juta bagi Tahun Kewangan 2022 dan sejumlah RM7.8
juta pula bagi Tahun Kewangan 2023 (sehingga 31 Ogos 2023) direkodkan.
Pastinya dengan penubuhan tiga Klinik TNB dan kemudahan Medication
Delivery Services (MDS) menjadi faktor utama penjimatan kos perubatan
Kemudahan perubatan TNB diberikan kepada Syarikat kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa, tenaga dan selamat,
semua kalangan warga kerja, pesara dan malah memudahkan warga kerja TNB dan pesara mendapatkan ubat-ubatan
tanggungan yang berkelayakan. pada kos yang optimum dari Klinik TNB sendiri.
2 TENAGAWAN . Edaran dalaman sahaja

MDS sumbang penjimatan


Amat membanggakan bila mana perkhidmatan penghantaran ubatan atau Medication Delivery Services (MDS) telah menyumbang
kepada EBIT TGBS sejumlah RM3.30 juta bagi tahun 2022 dan RM4.97 juta setakat 31 Ogos 2023.
Ia memperkukuhkan lagi penyataan bahawa inisiatif ini berjaya mengawal kos perubatan TNB lantaran bekalan ubatan dibeli secara
pukal terus dari syarikat pembekalan ubatan selain harga kos penghantaran yang murah hasil dari kolaborasi rapat dengan Pos Malaysia.
Keseluruhannya, sebanyak 8,794 bungkusan ubat telah dihantar pada tahun lalu dan setakat 31 Julai 2023 sebanyak 11,803 parcel ubat
pula dihantar melalui kemudahan ini kepada para pesakit.
Kini, menjadi tanggungjawab kita pula sebagai warga kerja untuk terus menjaga kesihatan dan berintegriti dalam mendapatkan rawatan.

Jadual perbandingan harga ubatan di Klinik TNB dan Klinik Panel TNB

Jenis Ubat & Diagnosis Harga Klinik TNB Harga Klinik Panel % Perbezaan
Entresto
Ischaemic Heart Disease RM425.20 RM672.00 36.7% lebih tinggi
(Penyakit jantung)

Forxiga
RM120.30 RM238.00 49.5% lebih tinggi
Diabetes

Crestor
Hyperlipidemia RM150.90 RM279.00 45.9% lebih tinggi
(Kolesterol tinggi)
3 TENAGAWAN . Edaran dalaman sahaja

Ringkas

TNB penaja emas IGEM 2023


Syarikat tampil sebagai penaja emas bagi Persidangan dan Pameran Antarabangsa
Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM 2023) bermula 4-6 Oktober di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur. Syarikat membawa mesej peralihan tenaga TNB, sebagai antara pempamer
utama pameran.
Persidangan anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (NRECC),
bertemakan “Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action” adalah acara tahunan
yagn memberi tumpuan kepada teknologi hijau dan produk ekologi serta membincangkan
isu-isu kelestarian dan inovasi dalam bidang teknologi hijau.

Anugerah “CPO of the Year 2023”


Lokman Hakim Bustan Ariffin
Anugerah 6th Chief Procurement Officers Summit & Award 2023 yang diadakan baru-baru
ini telah menobatkan CPO, Amir Mahmod Abdullah sebagai CPO of The Year Award 2023, atas
pencapaian serta prestasi Bahagian Procurement & Supply Chain secara keseluruhannya.
Lebih 30 Chief Procurement Officers daripada syarikat GLC, tempatan dan antarabangsa
telah disenarai pendek bagi kategori ini. Di antara kriteria penilaian bagi anugerah ini
adalah pencapaian dari segi digital initiative, procurement value creation, high performance
culture, ESG adoption, innovation culture dan DEI initiative (Diversity, Equality & Inclusive).

Menyinari kehidupan yang memerlukan


Premila Balachandran
Baru-baru ini, warga kerja di Jabatan Audit Dalaman Kumpulan (JADK) terlibat dalam
akitviti gotong royong membersih dan membaiki rumah anak yatim di Rumah Penyayang
Nur Iman, Setapak. Aktiviti CSR ini turut melibatkan penyerahan makanan, barang-barang
keperluan dan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban pusat kebajikan tersebut.
Aktiviti bertemakan Creating Better, Brighter Lives: Illuminating the Hearts of Those in
Need berjaya memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan prihatin dalam kalangan
warga JADK selain dapat meningkatkan kesedaran dan integrasi sosial.

You might also like