You are on page 1of 7

KENYATAAN MEDIA

MENTERI KANAN PERTAHANAN

1 MEI 2021

MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN
(PKPP)

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja


Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,137 pemeriksaan
semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Seramai 3,350 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,422


anggota telah membuat pemantauan di 4,323 pasaraya,
restoran (5,269), kilang (2,017), bank (4,102), pejabat kerajaan
(996) dan penjaja (4,607).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,419), tempat ibadah


(3,562), tempat riadah (1,775), terminal pengangkutan darat
(1,488), terminal pengangkutan air (358) dan terminal
pengangkutan udara (117).

Semalam, 286 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.


Daripada jumlah itu, seramai 284 individu dikompaun manakala
dua (2) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (125)


 Aktiviti pusat hiburan (22)
 Tidak memakai pelitup muka (54)
 Tiada penjarakan fizikal (49)
 Lain-lain (36)

Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah


menangkap tiga (3) orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
dan merampas lima (5) buah kenderaan darat.

Sebanyak 175 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara


melalui lapan (8) aktiviti penglihatan.

Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),


Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan
Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi
keselamatan lain turut menjalankan 271 Sekatan Jalan Raya
(SJR) semalam iaitu:

Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 213 SJR


Op BENTENG PDRM - 49 SJR
Op BENTENG AKSEM - 9 SJR
Operasi Sanitasi Awam

Semalam, sebanyak 79 operasi sanitasi dilakukan meliputi 35


zon merah, zon jingga (6) dan zon kuning (8) di seluruh negara.

Operasi sanitasi ini melibatkan 395 anggota Jabatan Bomba


dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 208 Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) serta 75 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 22,368 operasi sanitasi yang


merangkumi 156 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020.
Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan
perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat
awam, pasar raya dan bangunan kerajaan.

Kuarantin Wajib

Semalam, seramai 1,769 individu tiba di semua pintu masuk


antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen
kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 191,168


individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di
73 hotel dan sembilan (9) Institut Latihan Awam (ILA) serta
Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,345 individu telah dikuarantin


dan 182,083 orang dibenarkan pulang manakala 1,740 lagi
dibawa ke hospital.
Barang Keperluan Asas

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong
mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 704 pemantauan harian


ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit
(522), pemborong (151) dan pengilang (30).

KPDNHEP juga telah melakukan 2,283 pemeriksaan khas dan


mendapati semua premis mematuhi SOP.

Saringan Wajib Pekerja Warga Asing

Semalam, seramai 230 warga asing telah menjalani ujian


saringan dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM)


memaklumkan seramai 691,513 pekerja warga asing telah
menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 35,730
majikan.

Daripada jumlah itu, seramai 10,235 orang telah disahkan


positif COVID-19 manakala 681,278 lagi adalah negatif.

Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan


program saringan ini.

Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan COVID-19


adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1
Februari 2021.
Penamatan PKPD Seluruh Kampus UMS, Kota Kinabalu,
Sabah

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seluruh Kampus UMS,
Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan tamat pada 2 Mei
2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan


5611 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 35 daripadanya
didapati positif COVID-19.

KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah


terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang
menunggu keputusan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi


dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM,
Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Seluruh
Kampus UMS, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Mei 2021 seperti
yang dijadualkan.

Penamatan PKPD SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMKA Kota Kinabalu,
Sabah yang dijadualkan tamat pada 1 Mei 2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan


836 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 190 daripadanya
didapati positif COVID-19.

KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah


terkawal. Manakala kesemua kes positif telah diasingkan dan
kontak rapat diasingkan serta dipantau sehingga hari ke-14.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi
dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM,
Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD pada SMKA Kota
Kinabalu, Sabah pada 1 Mei 2021 seperti yang dijadualkan

PKPD Kg. Bergosong, Tawau, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan


peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Kg.
Bergosong, Tawau, Sabah.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 59 ujian saringan dan


daripada jumlah itu sebanyak 22 kes positif COVID-19 telah
direkodkan dalam tempoh satu minggu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi


dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) di Kg. Bergosong, Tawau, Sabah bermula 2 Mei
sehingga 15 Mei 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM


melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang
terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan
COVID-19 ke komuniti luar.
Pelanjutan PKPD Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,
Kelantan

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan Diperketat (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah
Merah, Kelantan yang dijadualkan tamat pada 2 Mei 2021.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah


melaksanakan 866 ujian saringan dan daripada jumlah itu
secara kumulatif sebanyak 422 kes positif COVID-19 telah
direkodkan.

KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam


kalangan penghuni di kawasan PKPD serta terdapat 6 baki
sampel saringan yang masih belum mempunyai keputusan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi


dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM,
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD Maahad Tahfiz
Sains Tanah Merah, Kelantan bermula 3 Mei sehingga 16 Mei
2021.

YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB


MENTERI KANAN PERTAHANAN

You might also like