You are on page 1of 2

JKDM SELANGOR BERJAYA MENYEKAT PENYELUDUPAN MERCUN, BARANG

ELEKTRIK, MINUMAN KERAS, DAGING KHINZIR, DAN “AIRSOFT PISTOL”

Tarikh: 23/02/2024

PELABUHAN KLANG, 20 FEBRUARI 2024 – Semasa musim perayaan Tahun


Baharu Cina, JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) berjaya menyekat penyeludupan
mercun tanpa permit membabitkan nilai dan cukai berjumlah RM 684,000.00 dalam
lima serbuan berasingan dari 5 hingga 8 Februari 2024. Serbuan dan pemeriksaan
melibatkan beberapa lokasi seperti Masjid Tanah, Melaka, Trong, Perak dan
Pelabuhan Klang, Selangor.

Terdahulu JKDM Selangor telah berjaya membuat rampasan ke atas barang elektrik
yang diimport tanpa permit SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. Sebanyak 664 unit
Android TV dan 1990 unit kipas siling berjaya dirampas yang melibatkan nilai dan
cukai berjumlah RM 1.1 juta. Manakala pada 9 dan 13 Februari lepas, JKDM
Selangor berjaya menahan 5 buah kontena yang bermuatan minuman keras di
Pelabuhan Klang dengan anggaran nilai dan cukai berjumlah RM 4.5 juta.

Sementara itu, JKDM Selangor juga berjaya menahan penyeludupan 4 buah


kontena yang bermuatan daging khinzir tanpa permit dari MAQIS. Nilai dagangan
adalah dianggarkan sebanyak RM 2,700.000.00 membabitkan kuantiti rampasan
dianggarkan sebanyak 96,000 kg daging khinzir. Selain itu, rampasan juga turut
dibuat ke atas sebuah kontena yang melibatkan hampir 17,000 unit ‘airsoft
pistol’ dengan anggaran nilai dan duti/cukai berjumlah RM 4.4 juta. Kesemua kes
sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 "𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅" 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 (𝐎𝐏𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀) 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐊𝐃𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Tarikh: 22/02/2024

JOHOR BAHRU, 18 FEBRUARI 2024 - Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) JKDM
Johor berbesar hati menganjurkan Majlis "Flag Off" Operasi Bersepadu (Ops
Bahtera) yang berlangsung di Dataran Haji Misbahudin, Aras LG, Menara Kastam
Johor pada 14 Februari yang lalu.
Agensi-agensi yang terlibat dalam operasi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB). Bagi tujuan operasi yang dikelolakan oleh Bahagian CDN, ianya adalah
untuk mengesan pendaftar baharu, pelesen cukai perkhidmatan di bawah Kumpulan
C (Lesen Rumah Awam).
Program dimulakan dengan bacaan doa serta diiringi dengan ucapan alu-aluan
daripada Tuan Saidin bin Jalaludin, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (TPKN)
Bahagian Cukai Dalam Negeri, JKDM Johor dan seterusnya ucapan perasmian
program oleh YBrs. Puan Wan Saadah Binti Mohamed Muhibbudin, Penolong Ketua
Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri), Ibu Pejabat. Memetik ucapan, beliau
menyatakan bahawa Operasi Bersepadu kali ini adalah memastikan premis yang
bertanggungan perlu didaftarkan dan menjalankan perniagaan dengan mematuhi
peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa. Disamping untuk memberi
khidmat nasihat berkaitan Akta dan Perundangan yang berkaitan.
Program diteruskan dengan penyampaian kit operasi dan taklimat kepada kesemua
pasukan pegawai operasi dari keempat-empat agensi yang terlibat. Program diakhiri
dengan sesi bergambar dan upacara “Flag Off” dirasmikan sepenuhnya oleh YBrs.
Puan Wan Saadah Binti Mohamed Muhibbudin, Penolong Ketua Pengarah Kastam
(Cukai Dalam Negeri), Ibu Pejabat, diiringi oleh Tuan Shaharudin bin Abd Majid, MTT
Pengarah Kastam Negeri (PKN) Johor.
Sejurus sahaja Majlis "Flag Off" dan turut serta dalam Operasi Bersepadu (Ops
Bahtera) Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN), JKDM Johor bersama lain-lain
agensi pada malam harinya, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam
Negeri) Ibu Pejabat berbesar hati untuk membuat satu sesi Lawatan Kerja ke
Pejabat Cukai Dalam Negeri Kota Tinggi pada paginya.
Bangunan ini telah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.
Disamping itu, beliau turut beramah mesra bersama-sama pegawai yang bertugas di
pejabat berkenaan. Semoga dengan sesi terbabit, diharapkan setiap permasalahan
dapat diselami bersama-sama agar penyelesaian disepakati.
Selepas itu, YBrs. Puan Wan Saadah Binti Mohamed Muhibbudin telah hadir ke
Pejabat Pengarah Kastam Negeri dan menandatangani Buku Lawatan Rasmi
Pelawat dan sesi bergambar bersama Pengurusan Tertinggi JKDM Johor.

You might also like