You are on page 1of 11

Page |1

Talking Points
YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan Pertahanan

7 November 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-235 dan Hari ke-
151 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
dilaksanakan.

Task Force Operasi Pematuhan

• Semalam, sebanyak 2,376 Pasukan Task Force Operasi


Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada
11,191 anggota telah melakukan 37,569 pemeriksaan bagi
memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh
negara.

• Sebanyak 2,842 pasar raya, 3,605 restoran, 1,064 kilang, 1,744


pasar awam/tani, 3,107 tempat ibadah serta 1,121 tempat
riadah telah diperiksa.

• Semalam, PDRM juga telah menahan 407 individu atas


kesalahan ingkar arahan PKPP.

• Daripada jumlah itu, seramai 403 individu telah dikompaun


manakala 4 direman.
Page |2

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (148)


o Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (99)
o Premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran
pelanggan (67)
o Premis beroperasi lebih masa (9)
o Aktiviti pusat hiburan (7)
o Private Party (7)
o Dan lain-lain (70)

• Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta


mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam
yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.

Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG melibatkan;

o Angkatan Tentera Malaysia (ATM),


o Polis Diraja Malaysia (PDRM),
o Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
o Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),
o Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),
o Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM)

dan agensi-agensi lain terus mengawal ketat sempadan negara


secara bersepadu dari dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Page |3

bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang


penularan wabak COVID-19.

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 15 PATI, 1


tekong, 1 penyeludup serta berjaya merampas 5 kenderaan
darat.

• Pasukan ATM bersama PDRM semalam telah mengesan 14


buah bot nelayan asing di kawasan perairan Pulau Pinang.

• KD LAKSAMANA TAN PUSMAH telah diaturgerak ke lokasi dan


berjaya mengusir kesemua bot nelayan asing tersebut keluar
dari perairan Malaysia.

• Sebanyak 286 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng


juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:

o PDRM – 149 SJR


o ATM – 128 SJR
o AKSEM – 9 SJR

• Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National


Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan
maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.
Page |4

Operasi Sanitasi Awam COVID-19

Bagi memutuskan rantaian COVID-19, Kerajaan turut


menggiatkan Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 11,188 operasi sanitasi


merangkumi 137 zon.

• Semalam, sebanyak 43 operasi sanitasi di 12 buah negeri


iaitu:

o Sabah (10 operasi)


o Sarawak (4 operasi)
o Selangor (4 operasi)
o Pulau Pinang (4 operasi)
o Melaka (4 operasi)
o Terengganu (4 operasi)
o Kedah (4 operasi)
o Pahang (2 operasi)
o Negeri Sembilan (2 operasi)
o Perak (1 operasi)
o Perlis (1 operasi)
o Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 operasi)
o Putrajaya (1 operasi)
o Labuan (1 operasi)
Page |5

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 289 anggota Jabatan Bomba


dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 228 anggota pihak
berkuasa tempatan (PBT).

• 47 jentera JBPM turut digunakan dalam Operasi Sanitasi


Awam.

Kuarantin Wajib

• Secara kumulatif, mulai 24 Julai 2020 sehingga 6 November


2020, seramai 62,297 individu telah pulang ke tanah air
melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• Daripada jumlah itu, seramai 9,513 individu sedang


menjalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 18 premis lain
termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi
Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri
Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak,
Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan


manakala 52,400 individu dibenarkan pulang ke rumah.
Page |6

Penamatan PKPD Di Taman Semarak dan PPR Sri Balung,


Tawau
• Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan
PKPD di Taman Semarak dan PPR Sri Balung, Tawau bermula
26 Oktober sehingga esok, 8 November 2020.

• Sehingga 5 November 2020, KKM telah melakukan sebanyak


2,051 saringan di Taman Semarak dan hanya 13 kes didapati
masih aktif.

• Bagi PPR Sri Balung, sehingga 31 Oktober 2020, KKM telah


melaksanakan sebanyak 1,149 saringan dan juga mendapati
hanya 13 kes masih aktif.

• Penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi


kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti-lokaliti ini mencatatkan
trend penurunan dan terkawal.

• Atas nasihat KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju agar


pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada
8 November 2020 seperti yang dijadualkan.
Page |7

PKPD SABK Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas, Kuala


Kangsar, Perak
• KKM hari ini turut membentangkan situasi semasa kes
COVID-19 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

• Sehingga 5 November 2020, saringan KKM telah merekodkan


sebanyak 27 kes Positif COVID-19 di kawasan tersebut.

• Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh


KKM, Sidang Khas MKN hari ini bersetuju untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) di SABK Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas,
Kuala Kangsar, Perak berkuatkuasa 8 November 2020
sehingga 21 November 2020.

• Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan


saringan bersasar melibatkan seramai 123 pelajar dan 11
orang staf bagi menyekat penularan kepada komuniti
setempat.
Page |8

PKPB di Beberapa Negeri


• Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM
berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa
negeri di Semenanjung Malaysia iaitu:
• Kedah
• Pulau Pinang
• Perak
• Negeri Sembilan
• Melaka
• Johor
• Terengganu
• Dalam tempoh ini KKM telahpun melaksanakan penilaian
risiko dan mendapati terdapat peningkatan ketara bilangan
kes positif COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-
negeri ini.

• Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk


melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) di negeri-negeri ini berkuatkuasa selama 4 minggu
bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

• Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan


saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan
dalam kalangan komuniti disamping untuk mengekang
penularan COVID-19 di negeri-negeri ini.
Page |9

• SOP bagi PKPB ini adalah sama seperti yang diumumkan


sebelum ini antaranya:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah dan negeri


adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan
perlu mendapat kebenaran daripada PDRM.

• Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu


menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada
majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar


untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko
tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan
awam, terbuka dan sesak.

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan


kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.

• Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti


laungan Azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan
ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

• Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

• Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti


biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
P a g e | 10

• Restoran/kedai makan secara dine-in dihadkan 2-4 orang


satu meja dengan SOP premis makanan yang telah
ditetapkan. Walaubagaimanapun, pembelian makanan
digalakkan secara take away/delivery/drive thru

• Pasar Harian dibuka jam 6.00 pagi – 2.00 petang, Pasar


Borong 4.00 pagi – 2.00 petang, Pasar Tani 6.00 pagi – 12.00
tengah hari

• Operasi Pasar Malam adalah bermula 4.00 petang sehingga


10.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan dengan
pengawasan anggota RELA.

• Operasi Stesen Minyak bermula daripada 6.00 pagi hingga


10.00 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24
jam)

• Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres,


LRT, teksi/ e-hailing (maksimum 2 penumpang) dibenarkan
beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

• Kenderaan bawa pekerja boleh bawa penumpang seperti


ditetapkan sebelum ini.

• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan


semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan
beroperasi.
P a g e | 11

• Waktu operasi klinik, hospital Kerajaan dan swasta


dibenarkan 24 jam manakala Farmasi dan kedai ubat-ubatan
mulai 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.

• Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN.

• Pelaksanaan PKPB di negeri-negeri di Semenanjung ini juga


akan meliputi WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan
Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November 2020.

• Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),
pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam
ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa.

• Bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari


Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali
dengan kebenaran daripada PDRM.

• Walaubagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam


negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.

You might also like