You are on page 1of 3

NORHIDAYU BINTI ANUAR (6R UMK)

Apabila negara berhadapan dengan masalah berkaitan penularan wabak penyakit, Perintah Kawalan
Pergerakan Malaysia (PKP) dilaksanakan untuk membendung wabak daripada tersebar. Pelbagai usaha
telah dilakukan Kerajaan bagi memastikan PKP dipatuhi.

Antara sebab Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan adalah untuk membendung penularan kes
koronavirus (COVID-19). Perintah Kawalan Pergerakan merupakan tindakan pencegahan kerajaan
terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) di seluruh negara. Hal ini bagi membendung dan
mengurangkan risiko jangkitan kes COVID-19 daripada seorang pesakit kepada orang lain.

Selain itu, sebab Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan adalah disebabkan oleh peningkatan kes
COVID-19. Hal ini kerana jumlah kes harian baharu COVID-19 yang terus menunjukkan trend
peningkatan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Kluster membabitkan tempat
kerja iaitu kluster berkaitan perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan mencatatkan bilangan kes
COVID-19 yang tinggi.

Usaha kerajaan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi adalah mengadakan operasi
sekatan jalan raya (SJR). Pihak polis telah mengadakan operasi sekatan jalan raya secara besar-besaran
di seluruh negara untuk memastikan perintah PKP dipatuhi. Kaedah menasihati digunakan, di samping
mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar arahan ditetapkan.

Seterusnya, usaha kerajaan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi adalah melakukan
sekatan perjalanan rentas daerah/negeri/negara. Semua perjalanan antara daerah/negeri, kecuali
perjalanan ke Sarawak tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak polis dengan alasan yang sah
dalam tempoh kawalan. Sekatan menyeluruh turut dikenakan kepada semua perjalanan rakyat Malaysia
ke luar negara.

Akhir sekali, usaha kerajaan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi adalah
meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat
diambil bagi memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP. Hal ini juga akan
menyebabkan pihak yang melanggar sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) berdepan hukuman
lebih tegas di bawah pindaan Ordinan Darurat bagi mengekang penularan COVID-19.

Kesimpulannya, kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk mengawal penularan ini. Oleh itu,
Perintah Kawalan Pergerakan perlu dipatuhi oleh semua pihak supaya wabak tidak tersebar.
LTPA S1 2582021

TEMA : KESELAMATAN

SOALAN

Perintah Kawalan pergerakan Malaysia (PKP) dilaksanakan di negara ini berpunca daripada sebab
tertentu. Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan bagi memastikan PKP dipatuhi. Bincangkan

Kenalpasti kehendak soalan:


1. Kata tugas soalan. – Bincangkan berada dihujung ayat ke 2
2. Isu – PKP
3. Idea – 1. sebab
2. usaha
4. Skema: 3+2 / 2+3
Bahagian pengenalan dan penutup esei buat sendiri ya

You might also like