You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN
2.0 PERANAN DAN FUNGSI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Seperti yang kita sedia maklum, pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah merupakan
badan yang telah ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang mana
ianya bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting demi memastikan sosio-ekonomi
negara berada pada tahap yang membanggakan dan berupaya menentukan sama ada objektif
dasar kerajaan persekutuan dan negeri berjaya dicapai ataupun tidak. Selain itu, Pihak
berkuasa tempatan adalah satu badan yang diwujudkan melalui sistem perundangan serta
aktivitinya terhad kepada kuasa dan tugas yang diperuntukkan di dalam undang-undang
berkenaan. Jika pihak mereka bertindak tanpa menurut undang-undang yang telah ditetapkan,
maka pihak mahkamah boleh menghalangnya.

Manakala undang-undang Kecil merupakan suatu undang-undang yang dibuat di


bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. PBT seperti majlis dewan bandaraya Kuala
Lumpur boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang
kecil mengikut perkara yang diingini bagi kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan
tersebut. Kuasa untuk mewujudkan undang-undang kecil ini diperuntukkan di bawah akta itu
iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
(Akta 133) dan hendaklah disahkan Pihak Berkuasa Negeri.

Sebagai contoh di bawah Seksyen 102, Akta 171 menggariskan kuasa PBT untuk
membuat undang-undang kecil adalah contoh berikut iaitu, mengawal dan menyelia, dengan
pendaftaran dan pelesenan termasuk dalam keadaan wajar dengan melarang sesuatu tred,
perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca
kacau ganggu kepada orang awam. Melaksanakan peruntukan untuk menubuhkan,
memeriksa dan melesen tempat hiburan, rekreasi atau tempat tumpuan awam dan sebagainya.
Berdasarkan hamzah dan habibah (2009), prinsip tersebut juga merupakan asas yang
menentukan status fungsi kerajaan tempatan. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan ianya
menggariskan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan
termasuklah fungsi-fungsi mandatori berdasarkan atas budi bicara pihak penguasa tersebut.
Untuk pengetahuan kita terdapat empat jenis fungsi yang lazim dijalankan oleh sesebuah
pihak berkuasa tempatan iaitu seperti berikut :

(a) Perlindungan merujuk aspek kawalan terhadap keselamatan dan kesihatan awam.
Ini termasuklah perlindungan individu daripada pelbagai bahaya yang boleh
dikaitkan dengan kesihatan awam, harta benda, dan perkhidmatan pembersihan.

(b) Awam pula merupakan fungsi yang memberi faedah kepada semua. Ini
termasuklah alam sekitar yang mana usaha untuk mewujudkan keadaan ekologi
yang seimbang seperti contoh melaksanakan perancangan guna tanah yang
optimum serta mewujudkan keadaan lanskap yang baik untuk kawasan rekreasi
seperti membina kemudahan-kemudahan sosial yang mencukupi untuk
membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan riadah.

(c) Dari aspek individu pula melibatkan pemberian perkhidmatan bantuan secara
terus kepada individu perseorangan seperti bantuan kebajikan.

(d) Perdagangan yang mana ianya melibatkan aktiviti-aktiviti mendatangkan manfaat


kepada penguasa tempatan dan boleh menyumbang kepesatan ekonomi setempat.
Namun demikian aktiviti ini agak terhad dan hanya pihak berkuasa yang
berupaya dari segi tenaga dan kewangan berani menerokai aktiviti ini.
3.0 ISU-ISU SEMASA DAN SELEPAS BERKAITAN COVID-19 DAN
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Dalam tugasan ini saya memilih untuk membincangkan isu pihak berkuasa tempatan
Kuala Lumpur dimana kita lebih fokus terhadap undang-undang kecil dan fungsi yang
dilaksanakan dari aspek perlindungan dimana kawalan keselamatan dan kesihatan awam
menjadi keutamaan. Cuba kita renungkan kembali ketika negara berhadapan dengan kes
Covid-19 yang amat tinggi malah kerajaan memperkenalkan PKP. Ketika itu, kebanyakan
orang duduk di rumah bersama keluarga dan ada pula yang terpaksa berkorban nyawa dan
tenaga demi memastikan kes penularan Covid-19 dapat dikekang. Namun mereka inilah wira
dan wirawati negara yang sanggup meredah risiko berhadapan dengan wabak Covid-19.

Sumbangan yang paling nyata dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan adalah
berkaitan dengan penguatkuasaan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard
(SOP). Pihak PBT bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain demi memastikan
pengusaha perniagaan mematuhi SOP seperti mengamalkan penjarakan fizikal, mengenakan
pelitup muka dan pembersih tangan. Selain itu, PBT juga membantu pihak kerajaan
Persekutuan dengan menyebarkan maklumat berkaitan dengan jumlah kes Covid-19, SOP
yang perlu dipatuhi oleh rakyat dan sebagainya.

Contohnya, pihak Majlis Daerah kuala lumpur mengambil pendekatan membuat


pengumuman melalui siar raya di pasar awam untuk memberi penerangan dan maklumat
yang jelas berkenaan langkah pencegahan terutama perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan termasuk jarak fizikal yang perlu dipatuhi ketika membeli keperluan di pasar
sebagai panduan pengunjung sepanjang berada di premis berkenaan. Terdapat banyak
contoh-contoh lain mengenai penglibatan PBT dalam melaksanakan tanggungjawab
menyelesaikan masalah isu pelanggaran pematuhan SOP semasa pendemik covid 19. Antara
isu yang saya pilih bagi memenuhi tuntutan tugasan pada kali ini adalah seperti berikut :
3.1 ISU PERTAMA

Berdasarkan petikan Berita harian pada 18/10/2021,sebanyak 41 premis di sekitar


bandar raya Kuala Lumpur telah ditutup dalam Tindakan Op Patuh Terhadap Premis
Perniagaan Komersial untuk tempoh 1 hingga 15 Oktober lalu. Menurut Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) penutupan itu dilaksanakan selepas pemeriksaan dilakukan di 419
premis dan syarikat membabitkan aktiviti pusat hiburan, perniagaan restoran, kedai pakaian,
kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang beroperasi
semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tindakan ini adalah bertujuan untuk
memastikan pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang
dikuatkuasakan DBKL.

3.2 ISU KEDUA

Selain itu, DBKL juga telah membuat penutupan terhadap sebuah premis hiburan
mengikut Seksyen 17, Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan 40 premis lain mengikut Seksyen
101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap premis perniagaan yang dijalankan oleh
warga asing tanpa kebenaran.Turut dilaksanakan tindakan menahan sementara 27 warga
Bangladesh, 12 warga Pakistan, enam warga India dan 14 warga Indonesia yang merupakan
pengendali dan pekerja premis bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan. Pelaksanaan
Op Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN
yang telah dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan
peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan (KKM).

3.3 ISU KETIGA

Pihak berkuasa tempatan DBKL dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
IPD Dang Wangi telah melaksanakan Ops Khas Bersepadu Pemantauan dan Tindakan
Pematuhan SOP PPN di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.Sejumlah 10 buah premis
perniagaan telah dibuat pemeriksaan mengejut yang melibatkan premis perniagaan restoran,
bar, dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard
(SOP) sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tindakan penguatkuasaan dengan menutup 2 buah premis serta merta yang
dikendalikan warganegara asing telah dibuat menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan
Tempatan 1976, manakala 4 notis kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 telah dikeluarkan terhadap pemilik atau individu yang melanggar
peraturan yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).DBKL juga turut
mengeluarkan 17 notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan
(WPKL) 2016 kepada pemilik premis dan indvidu yang bekerja tanpa kebenaran pihak
berkuasa tempatan. (Petikan sumber laman web MKN, 2021).

Disamping itu. Bedasarkan petikan berita Astro awani 12/6/2021, DBKL telah
mengeluarkan sembilan notis kompaun terhadap enam syarikat yang gagal mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tindakan khas sekitar Pasar Borong Kuala
Lumpur.Pemeriksaan melibatkan enam premis yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan
borong buah-buahan, sayuran, barangan runcit, barangan am sejuk beku, termasuk premis
mengunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran yang sah.Dalam operasi itu, tiga individu
turut dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka ketika pemantauan SOP dijalankan.

Sejumlah sembilan notis dikeluarkan menerusi Peraturan 16 Akta Pencegahan dan


Pengawal Penyakit Berjangkit 1988 melibatkan kesalahan gagal mematuhi waktu operasi
perniagaan ditetapkan."Satu notis kompaun juga dikeluarkan terhadap pemilik premis yang
menggaji pekerja tanpa kebenaran sah di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 20(1)(b)
Pelesenan Tred 2016. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan
pemantauan dan kawalan di laluan masuk serta keluar Pasar Borong Kuala Lumpur bagi
menghalang kemasukan warga asing yang mahu bekerja di pasar berkenaan.DBKL dalam
kenyataan hari ini memaklumkan pihak mereka hanya membenarkan pekerja warga asing
sektor perkhidmatan lain yang mempunyai permit sah memasuki kawasan itu.

Rondaan kawasan itu juga dilaksanakan bagi memastikan tiada warga asing yang
menggunakan tembok sebagai laluan pintas.Tindakan ini adalah untuk memastikan tiada
warga asing tanpa permit kerja sah terlepas masuk. Tindakan seumpama ini akan diteruskan
dari semasa ke semasa.Warga asing tidak dibenarkan terbabit secara langsung atau tidak
langsung sebagai pembantu atau pekerja di pusat penjaja dan pasar milik DBKL.Ia seperti
dinyatakan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan
1976,"iaitu larangan warga asing sebagai pembantu atau pekerja (Berita harian, 2021).
3.4 ISU KEEMPAT

Bedasarkan maklumat berita Sinar harian 23/6/2022, sebanyak 27 kompuan


dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh tiga hari ke atas
22 premis yang melanggar syarat dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.Unit Media DBKL berkata, tindakan khas oleh
Jabatan Penguatkuasaan (JPK) itu dijalankan sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Harian
Selayang bermula 3 Jun lalu. Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuk
menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran dan beroperasi melebihi had waktu ditetapkan.

Sebanyak 22 notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 16, Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pemilik premis gagal
mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang ditetapkan dalam tempoh PKP. Tindakan
penguatkuasaan juga melibatkan tiga kompaun kepada pemilik premis yang menggajikan
pekerja tanpa kebenaran yang sah dan satu notis kompaun terhadap sebuah premis yang
membuat halangan di lorong belakang premis melalui Seksyen 69(3), Akta Jalan Parit dan
Bangunan 1974.tindakan penguatkuasaan yang dilakukan adalah mengikut bidang kuasa dan
peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI PBT DALAM MENINGKATKAN
TAHAP PEMATUHAN SOP
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, dalam keadaan arus globalisasi pada masa kini, dilihat cabaran
PBT semakin mencabar terutama dalam aspek politik, ekonomi, pengurusan alam sekitar,
teknologi dan sosial. Dalam melaksanakan tugas sebagai PBT di kawasanya, PBT di seluruh
Negara bertanggungjawab dalam melaksanakan segala peranannya kepada masyarakat untuk
menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. Sebenarnya, banyak lagi inisiatif
yang dijalankan oleh PBT di seluruh negara demi mengekang penularan wabak Covid-19 dan
menjaga kesejahteraan penduduk di kawasan masing-masing. Maklumat mengenai inisiatif,
projek mahupun program yang dijalankan oleh PBT seharusnya diuar-uarkan dengan
menggunakan pelbagai platform yang mudah diakses oleh rakyat.

Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk tidak tentu hala. Namun, penyebaran


maklumat mengenai inisiatif yang dijalankan PBT seharusnya bertindak menaikkan imej dan
reputasi sesebuah PBT berkenaan. Selain itu, PBT juga disarankan sentiasa mengamalkan
elemen tadbir urus yang baik seperti partisipasi awam, akauntabiliti, ketelusan dan responsif.
Hal ini penting bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap PBT dan ia nanti akan
diterjemahkan dalam bentuk peningkatan dalam jumlah hasil cukai pintu. Apa-apa pun,
tanggungjawab membendung penularan wabak Covid-19 ini bukan hanya terletak pada bahu
PBT saja, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.
RUJUKAN

You might also like