You are on page 1of 11

A201 GMJT 3113

PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

KUMPULAN A

DRAF TUGASAN KUMPULAN

TAJUK:

PENGANGKUTAN NORMA BAHARU SELEPAS PANDEMIK WABAK


COVID-19

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. NORANIDA MOKTHSIM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


NUR IZYAN SYAZWANI BINTI MOHD NAWAWI 261747
NUR AISYAH BINTI ISMAIL 263708
KU NUR SYAHIRAH BINTI KU ABDUL HALIP 265667

TARIKH:
6 DISEMBER 2020

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 1

(Ku Nur Syahirah / 265667)

2.0 Sebab Memilih Isu Pengangkutan 2

(Ku Nur Syahirah / 265667)

3.0 Norma Baharu di dalam Isu Pengangkutan 2-4

(Ku Nur Syahirah / 265667)

4.0 Solusi Terbaik terhadap Masalah Pengangkutan 4-5

(Nur Izyan Syazwani / 261747)

5.0 Implikasi PengangkutanTerhadap Masyarakat 6

(Nur Izyan Syazwani / 261747)

6.0 Analisis Menggunakan SWOC Analisis 7-8

(Nur Aisyah / 263708)

7.0 Sumbangan Baru kepada Isu Pengangkutan 8

(Nur Aisyah / 263708)

8.0 Kesimpulan 9

(Bersama)

Rujukan

(Bersama)
1.0 Pengenalan
1.Pengangkutan didefinisikan sebagai kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu
barangan dari satu tempat ke tempat yang lain, kebiasaannya bagi perjalanan jarak jauh serta
mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju berbanding
berjalan kaki.
2. Bagi maksud pengangkutan awam atau transit awam pula adalah merangkumi segala
sistem pengangkutan di mana penumpang-penumpang tidak bergerak dalam perjalanan
menggunakan kenderaan persendirian. Kebiasaanya, penumpang yang menaiki pengangkutan
awam berada di kawasan terdekat dengan sistem pengangkutan seperti bas dan keretapi yang
destinasinya ke tempat kerja, pusat membeli-belah dan institusi pendidikan yang
menjimatkan kos [ CITATION Yas20 \l 1033 ].
3. Sistem pengangkutan biasanya dibahagikan kepada beberapa pembahagian iaitu
pengangkutan darat, pengangkutan laut serta pengangkutan udara.
4. Pengangkutan darat adalah pengangkutan yang paling popular digunakan secara meluas di
Malaysia. Pengangkutan darat dibahagikan kepada dua iaitu pengangkutan jalan raya dan
pengangkutan rel.
5. Seterusnya, pengangkutan laut merupakan pengangkutan yang sangat penting dalam
urusan perdagangan dalam dan luar negara. Ia terdiri daripada dua iaitu perkapalan
antarabangsa dan perkapalan dalam negeri. Perkapalan antarabangsa bermaksud berlayar
merentasi lautan besar seperti kapal kargo, kapal kerentan serta kapal penumpang manakala
perkapalan dalam negeri pula, berlayar sepanjang pantai seperti feri, kapal persisir pantai dan
sebagainya. Terdapat beberapa agensi seperti Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia
(MISC),
6. Pengangkutan udara merupakan pengangkutan yang mengambil masa singkat ke destinasi
yang jauh tetapi mahal dari segi kosnya. Pengangkutan udara ini dibahagikan kepada dua
iaitu kapal terbang dan juga helikopter.

1
2.0 Sebab Memilih Isu Pengangkutan
1. Pada akhir bulan Disember 2019, dunia dikejutkan dengan berita mengenai penyakit
berjangkit iaitu Coronavirus 2019 (COVID-19). Penyakit COVID-19 didefinisikan sebagai
penyakit yang disebabkan oleh coronavirus novel yang kini dipanggil sindrom pernafasan
yang teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang sebelumnya dikenali 2019-nCoV, yang
pertama kali dikenal pasti di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China.
2. Penduduk di Malaysia menggunakan pelbagai mod pengangkutan untuk bergerak dalam
dan berinteraksi antara satu sama lain semasa perjalanan mereka dalam hal urusan
perniagaan, aktiviti ekonomi, membeli-belah, pendidikan serta pelancongan luar dan dalam
negara.
3. Sebab memilih isu berkaitan pengangkutan ini kerana apabila pandemik wabak COVID-19
melanda seluruh dunia, maka aktiviti pengangkutan di Malaysia mahupun dunia tergendala
seketika yang menyebabkan kerugian pada nilai yang tinggi. Akibat dari pandemik ini,
sebarang sistem pengangkutan tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa kerana pihak
kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sejurus itu
menjadikan suasana norma baharu yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia.
4. Pada bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) secara holistik di seluruh negara ekoran daripada kes semakin meningkat pada waktu
itu untuk mengurangkan penularan wabak berjangkit COVID-19 ini. PKP menyebabkan
semua aktiviti ekonomi di negara ini ‘beku’ termasuklah sistem pengangkutan awam

2
3.0 Norma Baharu di dalam Isu Pengangkutan
1. Norma baharu dimaksudkan dengan perkara baru yang dilakukan akibat daripada sesuatu
perkara berlaku seperti pandemik wabak COVID-19 di mana manusia perlu sentiasa berjaga-
jaga apabila bersua muka dengan orang lain.
2. Penggunaan pengangkutan awam merosot pada kadar yang sangat ketara selepas pandemik
wabak COVID-19 sejak awal tahun ini, terutama sepanjang tempoh PKP yang dilaksanakan
di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Hal ini disebabkan oleh norma baharu yang
diterapkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini seperti budaya kerja dari rumah serta
pembelajaran dalam talian. [ CITATION DrM20 \l 1033 ]
3. Selepas tempoh PKP digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),
jumlah pengguna pengangkutan awam menunjukkan peningkatan, tetapi masih di kadar yang
sangat rendah ini disebabkan hanya melibatkan pengguna yang bekerja.
4. Pengguna lebih rela menaiki kenderaan sendiri daripada pengangkutan awam kerana
bimbang akan keselamatan serta kesihatan diri untuk berhadapan dengan orang lain serta
menaiki kenderaan sendiri menjanjikan keselesaan, cepat dan juga lebih privasi yang tidak
perlu berhadapan dengan orang lain. [ CITATION DrM20 \l 1033 ]
5. Keadaan hari ini mendesak masyakarat perlu belajar untuk ‘hidup’ dengan wabak COVID-
19 dan membiasakan diri dengan norma baharu dan patuh pada SOP bukan sahaja berkenaan
isu pengangkutan tetapi juga berkenaan hal-hal lain seperti kedai makan atau restoran, pusat
membeli-belah dan pelbagai aktiviti ekonomi
6. Bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada kenderaan persendirian, alternatif
lain juga perlu dipilih oleh rakyat di negara ini bagi menghidupkan kembali sistem
pengangkutan awam. Antaranya seperti berjalan kaki dan berbasikal bagi bergerak ke sesuatu
tempat, tetapi ia hanya berperanan bagi sesetengah pengguna dengan jarak yang tertentu.
Pengangkutan awam khususnya dilihat sebagai komponen yang kritikal sangat penting dalam
membuat pilihan yang sedia ada
7. Penyediaan maklumat kepada masyarakat adalah sangat penting supaya ia dapat dilihat
dengan jelas dan dapat memahami langkah yang diambil oleh penyedia perkhidmatan
pengangkutan awam bagi memastikan pengguna berasa selamat terutama ketika
menggunakan pengangkutan awam.
8. kerajaan membuat garis panduan SOP berkenaan dengan sistem pengangkutan seperti
penjarakan sosial 1 meter, jika dahulunya boleh berhimpit di dalam pengangkutan awam
tetapi sekarang hanya separuh dari penumpang kebiasaannya dapat menaiki pengangkutan
awam tersebut. Hal ini dapat mengekalkan penjarakan fizikal serta meningkatkan tahap
keselamatan para penumpang daripada dijangkiti virus COVID-19. [ CITATION DrM20 \l 1033 ]

3
4.0 Solusi Terbaik terhadap Masalah Pengangkutan
1. Pengangkutan untuk urusan bekerja memerlukan surat pelepasan pekerjaan untuk mereka
meneruskan kerja mereka bagi darjah ketersampaian ke tempat kerja. Namun masalah
pengangkutan ini telah menjadi masalah kepada individu disebabkan oleh harga tambang
yang terlalu mahal. Hal ini adalah disebabkan oleh orang ramai yang tidak ramai
menggunakan pengangkutan awam kerana menjaga keselamatan diri masing-masing dan
tidak mahu mempunyai kontak rapat dengan sesiapa sahaja.
2. syarikat pengangkutan awam ini haruslah merendahkan atau memberikan potongan
tambang kepada golongan yang berpendapatan rendah agar dapat meringankan beban mereka
dan seterusnya menggalakkan mereka untuk terus menggunakan pengangkutan awam agar
mampu membina atau menaikkan kembali ekonomi negara yang telah merosot.
3. Pengangkutan awam membawa banyak kemudahan kepada semua individu dari pelbagai
segi namun menjadi masalah kepada sesetengah individu apabila tempat meletak kenderaan
tidak mencukupi dengan kadar rakyat di Malaysia ini. Hal ini disebabkan oleh penyebaran
wabak covid-19 telah menyebabkan orang ramai menggunakan LRT dan MRT ke tempat
kerja kerana tidak mahu terlibat dalam kesesekan lalulintas dan penyekatan polis di jalanraya.
4. Pengurus pengangkutan awam haruslah meningkatkan kualiti pengangkutan perkhidmatan
pengangkutan awam dengan menyediakan kemudahan wifi secara percuma di dalam bas,
KTM, LRT dan sebagainya bagi menarikkan lagi minat orang ramai menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam ini.. Seterusnya, perkhidmatan pengangkutan awam juga
diwajibkan membuat tempat khas kepada golongan orang kurang upaya dan juga warga emas
untuk memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan ini. Kemudahan yang dinyatakan
adalah seperti tempat duduk khas, besi pemegang dan tandas OKU bagi memudahkan lagi
penggunaan kepada mereka.

4
5.0 Implikasi Pengangkutan Terhadap Masyarakat
1. pengangkutan awam seperti LRT telah membawa kelebihan kepada semua pengguna jalan
raya di darat kerana mereka tidak perlu bersesak di laluan lalu lintas. Hal ini adalah
disebabkan oleh rakyat Malaysia yang kebanyakan bekerja di bandar-bandar besar yang
menggunakan pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal di bandar (Haryati
Shafii, 2003). Sesetengah masyarakat Malaysia menggunakan pengangkutan persendirian
terus ke tempat kerja dan ada juga yang meletakkan kereta di stesen perhentian LRT
2. penggunaan pengangkutan awam sebenarnya telah menjimatkan dan memendekkan masa
dan jarak kepada masyarakat di Malaysia. Hal ini telah memberikan impak yang positif
kepada masyarakat kerana mereka boleh memenuhi komitmen terhadap waktu pekerjaan
yang telah ditetapkan di dalam jadual organisasi pekerja.
3. Kewujudan jalanraya yang baik telah memudahkan pengangkutan bergerak untuk pelbagai
urusan dan perkhidmatan terutama kepada perkhidmatan food panda yang memerlukan
jaringan jalanraya yang baik. Tambahan pula pada musim penyebaran virus covid-19 telah
membuatkan banyak peluang pekerjaan dari segi pekerjaan food panda yang juga sekaligus
telah menjadi sukarelawan frontliner untuk membantu masyarakat untuk tujuan pembelian
secara atas talian.

5
6.0 Analisis Menggunakan SWOC Analisis

S W O C

KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG KEKANGAN

1.Memudahkan 1.Meningkatkan 1.Meningkatkan 1.Mengurangkan


pergerakan kadar peluang pekerjaan perkhidmatan
masyarakat Kemalangan penggunaan
jalan raya

Pengangkutan merupakan sumber yang penting dalam sesebuah negara sama ada
pengangkutan darat, laut mahupun udara.
Kekuatan
Kekuatan (Strength) dalam sektor pengangkutan boleh dilihat dari segi memudahkan
pergerakan masyarakat. Pengangkutan yang ada sama ada persendirian ataupun penggunaan
pengangkutan awam mampu mempercepatkan dan memudahkan perjalanan seseorang. Hal
ini dapat dibuktikan dengan Sisten Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, moneral dan KLIA
ekspress yang mana ianya memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu
lintas. Sekaligus orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan
awal sebelum memulakan perjalanan.
Kelemahan
Kelemahan (Weakness) sudah semestinya ada. Kelemahan yang ada pada pengangkutan ialah
menyebabkan kadar kemalangan jalan raya meningkat. Pertambahan bilangan penggunaan
kenderaan seperti kereta, motosikal, bas, lori dan sebagainya telah menyebabkan sering
berlakunya kemalangan sehinggakan meragut nyawa terutamanya melibatkan motosikal.
Malah, sikap pengguna kenderaan yang tidak bertanggungjawab dan cuai ketika memandu
telah memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang lain sekaligus meningkatkan kadar
kemalangan yang terutamanya musim perayaan.
Peluang
Peluang (Opportunity) yang ada akan meningkatkan peluang pekerjaan. Dalam keadaan
norma baharu ini sudah semestinya memberi peluang kepada individu-individu yang terpaksa
berhenti atau diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu untuk melakukan kerja-kerja
seperti pemandu grab, pekerja food panda dan penghantar barangan seperti J&T. Hal ini
demikian kerana, ramai yang tidak dapat keluar untuk membeli barangan keperluan ataupun
untuk makan di restoran disebabkan oleh PKPB yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.
Secara tidak langsung, mereka dapat menempah makanan dari food panda dan membeli
barangan secara dalam talian. Justeru ia memberi peluang pekerjaan sama ada pekerjaan
sampingan atau tetap untuk meningkatkan pendapatan.

6
Kekangan
Kekangan (Constrain) yang terpaksa di hadapi terutama dalam sektor pengangkutan awam
ialah mengurangkan perkhidmatan penggunaan. Semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), perkhidmatan dan pengangkutan awam seperti bas, LRT, komuter dan
lain-lain terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Permintaan akan menurun untuk
jangka masa yang lama walaupun PKP sudah dilonggarkan dan diganti dengan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikenakan di beberapa buah negeri
tertentu sahaja. Kebanyakan pekerja berkerja dari rumah dan kebanyakan masih tidak mahu
dan berwaspada untuk menggunakan pengangkutan awam. Dalam keadaan sekarang berlaku
peralihan mod pengangkutan awam yang mana langkah-langkah tambahan seperti membasmi
kuman dengan lebih kerap, melindungi pekerja dengan peralatan sesuai, membenarkan
penumpang duduk di satu tempat untuk menjaga jarak sosial serta terpaksa mengubah jadual
perkhidmatan yang memberi kesan kepada anggaran kos yang terpaksa ditanggung.

7.0 Sumbangan Baru Kepada Isu Pengangkutan


1. Membantu melestarikan bandar. Pengurangan terhadap penggunaan kenderaan
persendirian telah mengurangkan pelepasan asap-asap kenderaan terutamanya di bandar-
bandar yang sering mengalami kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, dalam keadaan masa
kini penggunaan kenderaan berkurangan disebabkan oleh orang ramai tidak keluar dari
rumah melainkan atas urusan yang kerja dan urusan penting. Malah, kebanyakannya juga
terpaksa bekerja dari rumah. Secara tidak langsung, ianya mampu mengurangkan pencemaran
udara dan alam sekitar terpelihara.
2. Pembangunan infrastruktur pengangkutan. Ia merupakan sebahagian daripada
tanggungjawab sosial kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan
mewujudkan akses yang lebih baik dan berpatutan. Melalui Belanjawan 2021, sektor
pengangkutan diberi peruntukan sebanyak RM6.05 billion yang mana ianya meningkat 67.47
peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengumumkan
Insentif Pas Perjalanan tanpa had MY30, Program Transformasi Bas Henti-Henti (SBST)
yang akan diperluaskan ke Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan secara berfasa
pada 2021 hingga 2023 dengan peruntukan sebanyak 150 juta. Hal ini membuktikan bahawa
kerajaan mengukuhkan sistem pengangkutan negara demi kesejahteraan rakyat lebih-lebih
lagi dalam situasi negara dan rakyat masih berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-
19.

7
8.0 Kesimpulan
1. Pengangkutan awam merupakan peranan yang sangat penting terhadap corak perjalanan
masyarakat di Malaysia.
2. Sistem pengangkutan dalam era norma baharu ini memerlukan kita sebagai manusia perlu
menerima hakikat bahawa virus COVID-19 masih wujud dalam persekitaran dan perlu hidup
dengannya sehinggalah ianya benar-benar hilang dari muka bumi ini.
3. Pengurusan keadaan perjalanan secara mapan dapat mengelakkan daripada kelewatan bagi
memulihkan sektor ekonomi dan mengurangkan kadar kes penularan wabak COVID-19.
4. Dalam situasi pandemik COVID 19 banyak merubah landskap sistem pengangkutan di
Malaysia.
5. Pelbagai halangan, cabaran, kekangan terpaksa di hadapi oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk memastikan sektor pengangkutan dapat memberi impak yang positif
kepada negara. Bahkan, ianya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah
negara demi kemakmuran bersama.

8
Rujukan
Abd Rahim Md Nor. (2002). Impak Pengangkutan Terhadap Kualiti Alam Sekitar Bandar:
Mitigasi Melalui Penggunaan Pengangkutan Awam: Bangi.
Bijak Perdagangan. (2012). Pengangkutan di Malaysia. Retrieved from
https://bijakperdagangan.wordpress.com/
Dr. Mohd Fahmy Abdullah. (Mei 09, 2020). Norma baharu:
Cabaran dan Peluang Pengangkutan Awam. Astro Awani. Rettrieved from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-baharu-cabaran-dan-peluang-
pengangkutan-awam-242186
Dr. Muhamad Nazri Borhan. & Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim. (Oktober 12, 2020). Norma
Baharu Pengangkutan Awam. Berita Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/10/740960/norma-baharu-
pengangkutan-awam
Haryati Shafii. (2003). Kualiti Hidup di Bandar: Indeks dan Penunjuk bagi Mengukur
Kesejahteraan Hidup: Bangi.
Yasir Ali, Anshuman Sharma. & Md. Mazharul Haque. (2020). Transportation and a
Pandemic: A Case Study of COVID-19 Pandemic. A case studies. Retrieved from
https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-981-15-7679-9_14

For Overall, please do refer these comments below:


1. Please do check properly the spelling for the certain words;
2. Why should you put number for each the point? Make the sentences with the article
formatting.
3. Need to revise some of the sentences which not suitable for academic writing;
4. Do check the citation in paragraph. How to write the right citation in the paragraph;
5. Need put the source for each of the sentences;
6. Recheck your references. Check details how to write the right references;
7. Please keep do the proper work. Don’t put a mess work.

Thank you!

You might also like