You are on page 1of 5

LAWATAN YBM KE DAERAH KUANTAN

1. Penglibatan NGO dalam bantuan semasa PKP


Sehingga 29 Mei 2020 sebanyak 87 NGO di seluruh Pahang terlibat dalam
membantu menyalurkan perkhidmatan bantuan bekalan kepada warga Pahang
yang terjejas semasa PKP. Jumlah nilai keseluruhan sumbangan NGO yang
dIsalurkan kepada golongan yang memerlukan ini dianggarkan sebanyak
RM639,280 dengan memberi manfaat kepada 10,713 penerima di seluruh
Pahang.

Jenis-jenis barang yang telah disalurkan adalah dalam bentuk makanan kering,
makanan bermasak, makanan basah dan lain-lain keperluan . Kesemua
penglibatan NGO ini adalah mematuhi Prosedur SOP PKP Penyaluran
Bantuan NGO yang telah ditetapkan kerajaan.

Pecahan perkhidmatan NGO mengikut jadual di bawah :-

Melalui JKMN / Melalui PKOB Jumlah


PKMD
JKMN Pahang
Seketariat Skuad 21 0 21
Bencana
Covid19@JKMN
Pahang

Kuantan 3 29 32

Pekan 4 0 4

Rompin 4 0 4

Maran 1 1 2

Temerloh 1 0 1

Bera 2 0 2

Jerantut 0 3 3

Bentong 0 5 5

Raub 0 5 5

Lipis 6 2 8

Cameron Highland 0 0 0

Jumlah 42 45 87

1
Sepanjang PKP juga sebanyak 21 NGO telah bergabung di bawah Seketariat
Skuad Bencana Covid19 yang beroperasi di Pusat Sementara Operasi
Sukarelawan/NGP yang beroperasi berhampiran pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Pahang.
Data sehingga 21 Mei 2020 penglibatan NGO dari gabungan NGO-NGO di
bawah Seketariat Skuad Bencana Covid19@JKMN Pahang dengan nilai
sumbangan sebanyak RM76,400 telah disalurkan oleh para sukarelawan
seketariat ini kepada 1528 ketua keluarga yang terkesan memohon bantuan
terputus bekalan daripada Seketariat Skuad Bencana Covid19 (rujuk lampiran
1)
Antara sebahagian ahli Gabungan NGO Seketariat Skuad Bencana Covid19
ini adalah terdiri daripada NGO :-
• Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Pahang
• Skuad Bencana Negeri Pahang
• Dapur Infaq Ummah
• Malaysia Relief Agency (MRA)
• Persatuan Bulan Sabit Merah
• Chefs Association Malaysia
• Al Risalah Management
• Jabatan Amal
• Skuad Sabil Pahang
• Pronita
• Pertubuhan Dana Mawadah
• Kelab 4X4 Pahang
• 1 World 1 Motorsports
• Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang
• Kelab Kesenian Kebudayaan dan Warisan Pahlawan
Kersani Pahang
• Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Pahang
• Suara Anak Pahang
• Haluan Pahang
• Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang
• Persatuan India Prihatin Negeri Pahang
• Pertubuhan Sukarelawan Daerah Kuantan
• Pertubuhan Anak Muda Teruntum, Kuantan, Pahang

Sebanyak 80 orang sukarelawan dari NGO-NGO ini terlibat dalam misi


bantuan ini.

2
2. Bantuan Bakul Makanan

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah menerima peruntukan


sebanyak 21,500 unit bakul makanan untuk diagihkan kepada keluarga yang
terkesan secara langsung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehingga 29 Mei 2020, sebanyak 21,011 unit bakul makanan telah berjaya
diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Pengagihan dibuat adalah berdasarkan kepada aduan yang diterima melalui


panggilan telefon ke Bilik Gerakan JKM Negeri/Daerah/Pusat Kawalan Operasi
Bencana Daerah, Talian Kasih 15999 dan rujukan pemimpin tempatan.

3. Bayaran Bantuan Bulanan JKM

Bagi membantu meringankan beban penerima bantuan untuk menyambut


aidilfitri dalam tempoh PKPB, JKM telah mengambil inisiatif melaksanakan
pembayaran bantuan Persekutuan dan Negeri bagi bulan Jun lebih awal iaitu
pada 20 Mei 2020. Bayaran Bantuan Persekutuan melibatkan 24, 458 orang
klien yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 8,000,050.00. Manakala
bayaran Bantuan Am Negeri melibatkan 2,592 orang klien yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM777,600.00.

4. Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman (Nur
Iman) Kuantan, Pahang.

Nama Pengerusi : Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof


Bilangan penjaga : 10 orang sukarelawan
Jumlah penghuni : 55 orang (25 lelaki dan 30 perempuan)
Lingkungan umur penghuni: 8-17 tahun tahun

Pertubuhan ini telah mula beroperasi pada 2012.

5. Lawatan ke rumah klien daerah Kuantan


i. Klien Ibu Waja
Nama : Rohaya binti Ismail
Umur : 47 tahun
Alamat : KS 54B, Lorong Permatang Chengal, Kampung Sungai Soi,
Kuantan.
Klien : Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM300.00 sebulan.
Keterangan :

3
Penama merupakan seorang balu yang bekerja sebagai tukang sapu di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur dengan memperolehi
pendapatan sebanyak RM900-RM1000.00 sebulan. Penama menanggung 3
orang anak yang masih bersekolah.

ii. Klien Khidmat Bantu Di rumah (Home Help Services)

Nama : Fatimah binti Mohd Ali


Umur : 82 tahun
Alamat : KS 13, Lorong Permatang Limau, Kampung Sungai Soi,
Kuantan.
Klien : Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350.00 sebulan.
Keterangan :

Penama merupakan seorang warga emas berusia 82 tahun, telah kematian


suami dan mempunyai 4 orang anak. Tiga daripada empat orang anak penama
mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental yang berumur di antara 31
hingga 45 tahun. Ketiga-tiga anak OKU penama tersebut perlu sentiasa diawasi
dan diuruskan makan dan minum sepanjang masa. Penama turut dibantu oleh
seorang lagi anak lelaki yang tinggal bersebelahan dengan rumah penama.
Penama sudah tua, uzur dan tidak lagi berupaya untuk bekerja.

iii. Klien Orang Kurang Upaya (OKU)

Nama : Norehan binti Saari


Umur : 26 tahun
Alamat : DG 24, Lorong Tok Imam Awang Kassim, Kampung Pahang,
Kuantan.
Kategori OKU : Masalah Pembelajaran
Klien : Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM400.00 sebulan.
Keterangan :

Penama merupakan seorang OKU Masalah Pembelajaran dengan No


Pendaftaran LD061012002100. Penama bekerja sebagai tukang jahit dengan
memperolehi anggaran pendapatan sebanyak RM400.00 sebulan. Penama
merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Ibu dan bapa penama
bekerja sebagai petani dengan mengusahakan kebun milik saudara mereka.
Bapa penama juga merupakan seorang OKU kategori Pertuturan (sumbing)
dan menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM400.00 sebulan
daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.

4
LAMPIRAN 1

You might also like