You are on page 1of 10

PERTUBUHAN

BELIA AMANAH
(PEMBELA)
No. Pendaftaran:
PPBM4514/ 09

No. 128, Lorong Melor 2/1


Taman Melor, Sungai Petani
08000, Kedah Darulaman
pembelasp@gmail.com
http://pembelasp.blogspot.com/

Ogos 10, 2010

YANG BERKENAAN.
Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN MENYERTAI
PROGRAM BERBUKA PUASA DAN PEMBERIAN SUMBANGAN (KAMI
PRIHATIN) BERTEMPAT DIRUMAH ANAK YATIM KAMPUNG CHE
BEMA, SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI, KEDAH.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak persatuan PEMBELA dengan kerjasama
Gerakan Belia 4B (M), Kawasan Merbok dengan sukacitanya memaklumkan akan
menganjurkan program KAMI PRIHATIN iaitu satu program berbentuk jamuan berbuka
puasa dan pemberian sumbangan seperti di atas.
2.Sehubungan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Datuk
/Datin/Tuan/Puan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim yang
berada di rumah anak yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar.
3.Tujuan utama program ini ialah untuk meraikan selain membantu anak-anak yatim
bagi menyambut Ramadhan dan seterusnya hari raya Aldilfitri. Berikut adalah butiran
bagi program yang telah dirancangkan:
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 28 Ogos 2010 (18 Ramadhan 1431)


: Sabtu
: 5.00 Ptg
: Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar.

3.Pihak Persatuan PEMBELA amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak


Datuk/Datin/Tuan/puan bagi menjayakan program yang telah dirancangkan ini. Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi no telefon seperti tertera dibawah.
Yang benar,
_________________________
Muhamad Yusnizam bin Yunus
Setiausaha PEMBELA
012 4073873
Mohd Nazrulnizam B. Mohamad Nat
(Penyelaras Program)
019 - 4589942

ASRAMA PERTUBUHAN ASUHAN &


DIDIKAN
ANAK-ANAK YATIM KAMPUNG CHE
BEMA
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN.
Telefon : 04-4211963 / 1964
Faks : 04-4214998

Page 2

OBJEKTIF
Memberi bantuan penginapan, pendidikan dan bimbingan kepada
anak-anak yatim miskin
Membantu melahirkan generasi yang mempunyai jati diri yang
kuat
Melahirkan generasi anak-anak yatim yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang
Membimbing anak-anak yatim agar seimbang dalam ilmu dunia
dan akhirat

MATLAMAT
Mendidik, memupuk dan melahirkan generasi anak-anak yatim
yang cemerlang.
MOTO
BERSAMA, BERBUDI, BERBAKTI

Page 3

SEJARAH PENUBUHAN

DI AWAL PENUBUHAN........
Rumah anak-anak yatim miskin yang terletak di Kampung Che Bema, Jalan Sungai Layar Hujung, Sungai Petani telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember
1999 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM851,600.00. Pentadbirannya diletakkan di bawah
Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan / swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku
pengerusi telah diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Rumah anak-anak
yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia
dengan nama "Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Sungai Petani".
Asrama ini memulakan operasinya dengan menempatkan 20 orang anak-anak yatim miskin perempuan dari umur 10 tahun hingga 12 tahun. Ianya diletakkan dibawah satu jawatankuasa yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Rumah Anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema, Sungai
Petani yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Kamil Bin Zain, selaku Penghulu Mukim Sungai Petani
pada masa itu dengan dibantu oleh 10 orang ahli jawatankuasa lain.
Penyeliaan rumah tersebut telah diamanahkan kepada Hajah Hamidah Binti Abdul Wahab iaitu
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al Jaffri, Sungai Layar yang menawarkan diri untuk
membantu. Beliau bertanggungjawap melaporkan segala perkembangan dan aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa kepada Jawatankuasa. Disebabkan kematian penyelia pada tahun
2003, pengurusan terpaksa diberhentikan untuk seketika. Semua anak-anak yatim miskin perempuan yang ditempatkan di situ telah dikembalikan kepada waris masing-masing.
Aktiviti :
Semua kanak-kanak ini bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Syed Jan
Al-Jaffri, Sungai Layar iaitu 2 km dari Rumah Anak-anak Yatim Miskin. Van sekolah telah digunakan sebagai kemudahan pengangkutan untuk membawa kanak-kanak ini pergi dan balik ke sekolah. Selain dari menghadiri Kelas Fardhu 'Ain yang dikelolakan oleh Pejabat Agama Daearah
Kuala Muda, pengajian Al-Quran juga diadakan dari masa ke semasa untuk anak-anak
ini.Terdapat pelbagai pihak korporat, pertubuhan NGO, siswa-siswi dan individu mengadakan
lawatan ke rumah ini untuk beramah mesra dan mengadakan jamuan disamping menghulurkan
bantuan kepada anak-anak ini.
Pada 1 Januari 2006, Rumah Anak-anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema beroperasi kembali. Pada
hari pendaftaran, seramai 35 pelajar telah mendaftarkan diri. Saringan telah dibuat oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan berdasarkan status
anak yatim dan pelajar miskin. Jawatankuasa bersetuju memilih 20 orang pelajar yang difikirkan
layak untuk menetap di asrama yang telah telah disediakan pelbagai kemudahan untuk keselePage 4

saan penghuninya. Semua yang dipilih adalah mereka yang tinggal di dalam Daerah Kuala
Muda.

Pada kali ini, semua anak yatim yang dipilih adalah anak-anak yatim lelaki yang berumur di
antara 9 tahun hingga 14 tahun. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al
Jaffri bagi pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah Sungai Layar, Sungai Petani bagi pelajar sekolah menengah. Anak-anak ini dijaga dan dibimbing oleh seorang penyelia, pembantu
penyelia dan pengasuh. Terdapat 2 orang tukang masak yang bertanggungjawap dalam penyediaan makanan kepada anak-anak ini.
Kanak-kanak di asrama ini dibekalkan dengan pelbagai aktiviti agar dapat membentuk peribadi
yang cemerlang. Pihak asrama menitikberatkan pengetahuan agama dan akademik agar anakanak ini seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Kanak-kanak ini dikehendaki menghadiri Kelas KAFA, kelas agama dan ceramah motivasi bagi memantapkan lagi pengisian rohani mereka.
Manakala bagi meningkatkan pengetahuan akademik, mereka diberi kelas tambahan bagi subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Terdapat pelbagai pihak samada kerajaan, swasta dan orang perseorangan menghulurkan bantuan dan sumbangan disamping melakukan lawatan untuk melihat sendiri keadaan anak-anak
yatim miskin ini.

KEMUDAHAN ASRAMA

Asrama
Terdapat 3 bilik dan menempatkan 21 katil pada masa ini. Kapasiti yang sebenarnya ialah 80
katil.

Surau
Surau yang disediakan memudahkan anak-anak ini menunaikan solat dan ia juga dijadikan tempat melakukan pelbagai aktiviti keagamaan. Kapasitinya ialah 30 jemaah.

Page 5

Dewan Makan
Dewan ini mampu menempatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini dilengkapi
dengan kerusi dan meja yang selesa, kipas angin, televisyen, ' water cooler ' dan sinki.

Bilik Kuliah
Kanak-kanak ini disediakan bilik ulangkaji atau kuliah yang selesa bagi memudahkan mengulangkaji pelajaran. Bilik ini juga digunakan sebagai bilik tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Ia dilengkapi dengan meja, kerusi, rak buku, papan putih dan kipas angin

Padang Permainan
Padang ini digunakan oleh kanak-kanak untuk beriadah di waktu petang samada bermain bola
sepak, layang-layang dan lain-lain permainan.

Page 6

Gelanggang Sepaktakraw / Badminton


Gelanggan ini disediakan untuk kemudahan anak-anak ini beriadah.

Pejabat Pentadbiran
Pejabat ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada pihak pengurusan untuk melakukan
kerja-kerja pentadbiran.

Bilik Mesyuarat
Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat memudahkan pelbagai pihak untuk melakukan mesyuarat dan perjumpaan untuk kebaikan anak-anak yatim ini. Terdapat kerusi dan meja yang selesa disamping kemudahan penghawa dingin.

Page 7

Ruang Tamu
Disediakan ruang tamu untuk kegunaan perjumpaan dan pertemuan diantara pihak pentadbiran
dengan pihak luar. Ia juga digunakan sebagai tempat pertemuan antara anak-anak yatim dengan
waris masing-masing. Ruang tamu ini dilengkapi dengan set kusyen, televisyen dan penghawa
dingin.

Kuarters Kakitangan ( Warden )


Asrama ini menyediakan 2 buah rumah warden bagi memudahkan pengawasan dan penjagaan
ke atas kanak-kanak ini. Setiap rumah dilengkapi 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang
makan.

Dapur
Ruang dapur yang disediakan adalah luas bagi memudahkan penyediaan makanan kepada kanak-kanak ini.

Page 8

PERBELANJAAN

Berikut adalah senarai perbelanjaan bulanan bagi Rumah Anak Yatim Miskin Kg. Che Bema,
tetapi perbelanjaan ini berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Perkara

RM

Makanan Basah dan Kering

RM
3,000.00

Pengangkutan Sekolah

800.00

Wang Saku Sekolah

800.00

Sewa Van Sembahyang Jumaat

120.00

Bayaran Elaun Pekerja


1. Penyelia

700.00

2. Pembantu Penyelia

350.00

3. Jaga / Pengasuh

700.00

4. Tukang Masak

1400.00

Jumlah
Belanja Luar Jangka
Jumlah Keseluruhan
Page 9

3,150.00
500.00
8,370.00

MAKLUMAT PERIBADI PENGHUNI TERKINI

1. Mohd Hafiz B. Idrus

15 tahun

2. Badrul Shah Saharijan

15 tahun

3. Muhammad Hamdi B. Idrus

14 tahun

4. Sopian B. Md Noor

15 tahun

5. Mohd hafizan Jamaludin

14 tahun

6. Lukeman Walasri

13 tahun

7. Baharudin Shah Saharijan

13 tahun

8. Yunus b. Jamal

13 tahun

9. Zulshazali b. Ghazali

13 tahun

10. Shahrul Amri Daud

12 tahun

11. Shahril Amri Daud

12 tahun

12. Mohd Shakir Zuffairy

11 tahun

13. Mohd Izzat b. Abu bakar

11 tahun

14. Mohd Sani B. Idrus

12 tahun

15. Mohd hakimi b. Idrus

9 tahun

16. Mohd Nor Fauzi

12 tahun

17. Mohd Loqman B. Zainon


18. Mohd Zaki Yusuf

13 tahun

SUKARELAWAN:
1. Haji Mat Saad b. Haji Ahmad

Penyelia Asrama

2. Abu Bakar b. Darus

- Pengawal keselamatan Asrama

3. Siti Aishah Bt Rahman

- Tukang Masak Asrama

4. Che Siah Bt. Ali

- Pembantu Tukang Masak

5. Hafizul Syam B. Hanafiah

- Guru tahfiz

6. Kamaludin Idris

- Keceriaan Asrama

Page 10

You might also like