You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

[20 Markah]
A. Bulatkan jawapan yang betul. (20 markah)

1. Sistem reproduktif berfungsi untuk.......


A. Menghasilkan oksigen C. Menghasilkan darah
B. Menghasilkan zuriat D. Membantu tumbesaran

2. Berikut merupakan organ dalam sistem reproduktif perempuan kecuali…


A. Saluran falopio C. Skrotum
B. Uterus D. Ovari

3. Berikut merupakan organ dalam sistem reproduktif lelaki kecuali…


A. Skrotum C. Testis
B. Faraj D. Zakar

4. Remaja perempuan akan mencapai akil baligh apabila didatangi................


A. Ihtilam C. Demam
B. Peluh D. Haid

5. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh apabila didatangi................


A. Ihtilam C. Demam
B. Peluh D. Haid

6. Mengehadkan batasan sentuhan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dapat
memupuk sikap saling ___________ antara satu sama lain.
A. menghormati C. menghargai
B. membenci D. menangani

7. Mengapakah seorang doktor dibolehkan mencuci luka pada anggota seksual murid?
A. Doktor suka menyentuh anggota seksual pesakit.
B. Doktor adalah golongan yang profesional dan menghormati pesakit.
C. Doktor suka mengambil kesempatan ke atas murid.
D. Doktor ingin mendapat pendapatan yang lebih.

8. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan
kerana itu merupakan salah satu cara __________ diri sendiri.
A. menghargai C. menghormati
B. membenci D. menangani

1
9. Daging, ikan, ayam dan kekacang mengandungi .....
A. lemak C. karbohidrat
B. protein D. vitamin dan mineral

10. Bahan pengawet ialah…


A. Bahan yang digunakan untuk menambah khasiat dalam makanan.
B. Perasa yang digunakan untuk menambah keenakan dalam masakan.
C. Bahan yang digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis
dalam makanan.
D. Bahan yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan kulat, bakteria dan yis
dalam makanan.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan inhalan?


A. Dikenali sebagai bahan sentuhan yang menimbulkan kesan kepada perubahan
minda.
B. Dikenali sebagai bahan sedutan yang menimbulkan kesan-kesan psikoaktif.
C. Dikenali sebagai ubat yang menimbulkan kesan kepada perubahan minda.
D. Dikenali sebagai bahan sembuhan yang menimbulkan kesan kepada perubahan
minda.
Soalan 12 berdasarkan maklumat di bawah.
 Menyepikan diri
 Pertelingkahan
 Tekanan emosi

12. Pernyataan di atas merujuk kepada punca ____________.


A. Konflik dan stres
B. Penyakit
C. Kematian
D. Gangguan keselamatan.

13. Berikut adalah peranan remaja dalam masyarakat kecuali …


A. Merosakkan harta benda awam
B. Memberi khidmat sosial
C. Mengamalkan budi bahasa
D. Mengamalkan pergaulan sihat

14. Apakah maksud perhubungan maya?


A. Perhubungan secara fizikal.
B. Hubungan melalui alat komunikasi elektronik.
C. Hubungan melalui khayalan.
D. Perhubungan secara mental.

2
Soalan 15 berdasarkan pernyataan di bawah.
Merupakan sediaan bakteria, virus dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan
untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan agar menghasilkan daya tahan terhadap
penyakit tertentu.
15. Pernyataan di atas menerangkan tentang…
A. Bahan inhalan C. Bahan pengawet
B. Vaksin D. Bantu mula
16. Jenis kecederaan ringan adalah seperti berikut kecuali…
A. Melecet
B. Melecur
C. Luka kecil
D. Patah

17. Antara berikut yang manakah bukan kepentingan memberi bantu mula untuk kecederaan
ringan.
I Mempercepat pemulihan.
II Kecederaan menjadi parah.
III Mengurangkan kesakitan mangsa.
IV Kecederaan susah untuk sembuh.
A. I dan IV
B. II dan IV
C. I dan III
D. I dan II

18. Berikut adalah situasi yang boleh menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecur,
kecuali…
A. Terkena wap air panas semasa membuka periuk panas.
B. Terkena asid semasa berada di makmal.
C. Memakai kasut yang ketat.
D. Air kopi terkena di tangan semasa menuangnya.

19. Apakah etika semasa menggunakan alat komunikasi ‘emel’?


A. Hantar emel secara panjang
B. Menggunakan butiran yang benar
C. Menggunakan kata yang kurang sopan
D. Menghantar maklum balas dengan lambat

20. Susunkan langkah yang betul ketika memberi bantu mula untuk kecederaan melecet.
I Balut dengan plaster berubat.
II Bersihkan luka dengan air.
III Keringkan dengan kapas atau kain kasa.
IV Gunakan antiseptik.
A. II, IV, III, I
B. II, III, IV, I
C. III, II, IV, I

3
D. I, III, IV, II

BAHAGIAN B
[20 Markah]

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (5 markah)


seksual masyarakat menghormati menghargai menangani

1. Sebagai seorang yang sedang meningkat remaja, kita perlu tahu cara ______________
pengaruh dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi kesihatan diri.

2. Mengehadkan batasan sentuhan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dapat
memupuk sikap saling _______________ antara satu sama lain.

3. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan
kerana itu merupakan satu cara ________________ diri sendiri.

4. Organ ____________ merupakan organ yang perlu dijaga dari aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.

5. Memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata dalam khalayak ramai
menunjukkan perempuan itu menghormati dirinya sendiri dan ________________.

B. Kenal pasti jenis penyakit berjangkit yang berikut. (5 markah)

campak
campak cacar
cacar kepialu
kepialu rubela
rubela beguk
beguk

1. Penyakit merebak melalui bawaan udara dan sentuhan.


2. Penyakit boleh merebak melalui bawaan udara dan titisan air dari
mulut dan hidung pesakit.
3. Pesakit mengalami bengkak pada kelenjar air liur.
4. Penyakit ini merebak melalui percikan cecair dan mulut pesakit.
5. Bakteria dibawa oleh lalat, lipas dan tikus.

C. Gariskan jawapan yang betul mengenai kepentingan pelbagai jenis makanan.


(10 markah)

4
1. ( Memelihara / Merosakkan ) kesihatan fizikal dan mental.
2. Membantu ( menaikkan / mengawal ) berat badan.
3. ( Malas / Bersemangat ) untuk melakukan sesuatu kerja.
4. Badan sihat dan tidak kelihatan ( gemuk / kurus )
5. ( Membekalkan / Mengeluarkan ) nutrien yang mencukupi.
6. ( Menjauhi / Menghidapi ) penyakit.
7. ( Membina / Mengurangkan ) tumbesaran yang sempurna.
8. Mengekalkan gaya hidup ( sihat / terjejas ).
9. Minda akan lebih ( cergas / lembap ).
10. Proses penghadaman akan ( lancar / rosak ).

BAHAGIAN C
[10 Markah]

Jawab soalan yang berikut.

1. Nyatakan tiga peranan remaja dalam masyarakat. (3 markah)


i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________

Bahan inhalan ialah bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan dan
boleh mengakibatkan kesan-kesan psokoaktif seperti berkhayal dan ketagihan.

2. Senaraikan dua bahan yang dikategorikan sebagai bahan inhalan. (2 markah)

i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________

Penyakit berjangkit merupakan penyakit bawaan agen jangkitan atau vektor.

3. Bagaimanakah cara penyakit berjangkit dapat dirawat? (2 markah)

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5
4. Cadangkan tiga tindakan yang boleh digunakan untuk mencegah daripada dijangkiti
penyakit berjangkit. (3 markah)
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________
- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like