You are on page 1of 1

Nurul Hanida Binti Kamarul

F-10-19, PPR Sri Cempaka


Pantai Dalam, 59200
Kuala Lumpur

___________________________________________________________________

Guru Kelas 2 Mawar


Sekolah Kebangsaan Bangsar,
7, Jalan Pantai Baharu,
Taman Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur. 5 April 2021

Tuan/Puan

MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN


KEBIMBANGAN PENULARAN KES COVID-19

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Puan Nurul Hanida Binti Kamarul merupakan ibu kepada Syaza Ariyana
Binti Abdul Hakim murid kelas Tahun 2 Mawar, Sekolah Kebangsaan Bangsar.

3. Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat
menghantar anak saya ke sekolah buat masa ini disebabkan kes Covid-19 masih
lagi tinggi di kawasan saya. Saya bertanggungjawab memastikan anak saya berada
di rumah sepanjang tempoh pengecualian ini.

4. Segala perhatian daripada pihak sekolah, saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Tandatangan sini

(Nurul Hanida Binti Kamarul)


No Tel: 0123456789

You might also like